PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, August 12, 2011

Ribut luar biasa Ramadhan kali ini

Ribut luar biasa Ramadhan kali ini
Posted on Thursday, August 11 @ 05:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
KetamBatu


ArtikelOleh: rozmal

"
Ramadhan 1432 H / 2011 M pada kali ini negara kita ditimpa pelbagai bencana alam. Ribut luar biasa yang menerbangkan khemah-khemah di bazar Ramadhan seluruh negara , hinggalah kejadian tanah runtuh di Pahang. Semua ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa. 10 hari Ramadhan telah berlalu, siapa boleh jamin kita masih hidup hingga akhir Ramadhan untuk berhari raya?

Buatlah semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.  

Kisah sebelum ini yang berlaku dua hari sebelum Ramadhan iaitu Bala melanda Port Dickson, jadikan sebagai iktibar di http://waghih.blogspot.com/2011/08/bala-melanda-port-dickson-jadikan.html  

3 KHEMAH BAZAR DIPUKUL RIBUT 

JEMPOL 10 Ogos 2011 - Peniaga bazar Ramadan berhampiran pusat perniagaan Kiara, Bahau dekat sini melalui detik-detik mencemaskan apabila tiga daripada 12 khemah yang menempatkan gerai mereka roboh dipukul ribut petang semalam. 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika bazar tersebut dipenuhi orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.

 

Ribut dan angin kencang itu menyebabkan beberapa peniaga mengalami kerugian akibat pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman musnah.

 

Seorang peniaga, Mohd. Nazri Ali, 29, berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli minuman.

"Pada mulanya hujan turun dengan lebat dan diikuti angin yang kuat. Melihat keadaan itu, saya mula menutup barang jualan saya kerana takut terkena air hujan. "Tiba-tiba, angin kencang melanda lalu memukul khemah peniaga di hadapan. Ia menyebabkan khemah diterbangkan lebih kurang lima meter," katanya. 

Menurutnya, kejadian itu berlaku begitu pantas ketika para peniaga sibuk menjual makanan dan minuman mereka. Tambahnya, keadaan ketika itu sangat cemas menyebabkan peniaga dan pengunjung lari menyelamatkan diri. 

Sementara itu, pengunjung, Alwi Alias, 39, terkejut semasa tiba di bazar berkenaan selepas kejadian ribut itu apabila mendapati keadaan lintang-pukang di situ. "Makanan dan minuman yang dijual peniaga musnah dan bertaburan di jalan.

Kejadian yang sama juga berlaku di hadapan pusat perniagaan Billion di Bahau," katanya. 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

"

 

 

Saturday, August 6, 2011

Senarai Aktiviti WARGAKILANG utk Bulan Ramadhan ini

Untuk yang berminat menyertai Aktiviti Amal Wargakilang di bulan Ramadhan ini, berikut adalah senarai yang bakal dijalankan dalam masa terdekat ini:

Program :JJMK-Edisi Ramadan Zon Tengah-Sharing & Caring
Tarikh: 13hb Ogos 2011
Hari: Sabtu
Masa :7.00a.m - 1.00p.m
Lokasi :Perkampungan Orang Asli Ulu Slim, Slim River
Koordinator : Saudari Roha (012-4317948), Setiusaha NGO WARGAKILANG
Zon: Tengah

Program :JJMK-Edisi Ramadan Zon Utara-Sharing & Caring
Tarikh: 20hb Ogos 2011
Hari: Sabtu
Masa :7.00a.m -5.00p.m
Lokasi :Belantik, Gulau , Nami,Sik Kedah
Koordinator : Saudara Shukri (019-5407859), Timb YDP NGO WARGAKILANG
Zon:Utara


Program :NGO Wargakilang Menyantuni anak2 yatim Raudhatul Jannah
Tarikh: 23hb Ogos 2011
Hari: Selasa
Masa :5.00p.m - 10.00p.m
Lokasi : Gombak, Selangor
Koordinator : Saudari Roha (012-4317948), Setiausaha NGO WARGAKILANG
Zon: Tengah

Program :Projek Pemulihan Pondok Ahmad Nahu
Tarikh: 1hb Julai 2011- 30hb Jun 2012
Masa : Menerima sumbangan sepanjang tahun sehingga mencapai sasaran yg ditetapkan.
Lokasi :Pondok Ahmad Nahu , Kuala Beris, Sik Kedah
Koordinator : Saudara Aznee (012-4323305), AJK NGO WARGAKILANG
Zon: Utara

Pihak2 yg berminat untuk membuat sebarang sumbangan boleh menghubungi koordinator mengikut program yg disenaraikan di atas bagi mendapatkan keterangan lanjut.

Sekian harap maklum

Mohd Monier Bin Mat Din0 comments

Thursday, August 4, 2011

Al-Fatihah Buat Arwah

 

Tazkirah Ramadhan: Kisah Mak Lang

 

Subuh pagi tadi saya menerima SMS daripada Cikgu Din bagitau kata Mak Lang dah meninggal petang semalam. Dia pun baru dapat tau dari saudara dia di kampong.

Watak Mak Lang adalah sesuatu yang special buat rakan-rakan di NGO Wargakilang khususnya mereka yang mengikuti konvoi Jln-Jln Masuk Kampung di musim Ramadhan yang lepas. Waktu itu ada lebih kurang 30 buah kereta kalau tak silap, masuk kampung bagi sumbangan ramadhan melalui beberapa kawasan Parlimen di negeri Kedah.

Destinasi akhir kami hari itu ialah di rumah Mak Lang.

Mak Lang yang tinggal di Kubur Panjang dlm kawasan parlimen Pendang ini agak seorang istimewa buat kami. Beliau adalah seorang Ibu Tua yang tabah, tinggal di pinggir hutan bersama dua orang anak lelakinya yang agak berusia, seorang ada masalah mental dan seorang lagi agak lurus bendul.



Cikgu Din, jiran setaman saya yang rekemen kami pi rumah Mak Lang.

Sebab utamanya, kata Cikgu Din Mak Lang ini walau pun tua sedikit uzur dan miskin, tapi rajin mai masjid. Hobi utama Mak Lang ialah membaca Al-Quran. Walaupun rumah kayu yang dikongsi dengan lembu-lembu ternakannya itu tak ada letrik, tapi tiap-tiap malam Mak Lang tak pernah miss baca Al-Quran - pakai lilin dan pelita ayam!



Lalu, misi akhir kami dalam Jln-Jln Masuk Kg Ramadhan yang lepas, selepas menziarahi dan menghulur sumbangan kpd berpuluh buah keluarga sepanjang laluan kami itu ialah nak pasang lampu letrik di rumah Mak Lang, tarik letrik dari rumah bersebelahan.

 

 


Seronok tak kira Mak Lang bila tengok kami mai ramai-ramai itu, sehinggakan menitis air mata dia.

 



Dan, kami pun tumpang seronok juga tengok Mak Lang seronok. Kami harap bantuan yang tak seberapa itu akan mampu menceriakan Mak Lang menyambut syawal yang bakal menjelma tak beberapa hari lagi tu.

Sebelum balik, kami ramai-ramai ambik gambaq depan rumah Mak Lang.



Puas hati sungguh Jln-Jln Masuk kampong kali itu, dlm report saya kepada sebuah Badan yg mengamanahkan saya membawa sumbangan barangan kpd Mak Lang itu saya paparkan gambar kwn-kwn sedang memasang lampu letrik, saya tulis kat situ "Deliver Lights to the Poor" [membawa cahaya kpd orang miskin] – dalam makna dia tu.



Tak sangka itu adalah Ramadhan terakhir Mak Lang, Ramadhan pertama dan terakhir bersama lampu letrik dan dapur gas yang kami pasang. Belum pun beberapa hari di Ramadhan ini, Mak Lang sudah pergi menyambut panggilan Illahi.

Rakan-rakan yang tersiar gambar mereka di bawah ini tentunya punya kenangan yang tersendiri bersama Mak Lang. Bila saya amati gambar-gambar ini, seolah-olah mcm lambaian peluk cium terakhir dari Mak Lang buat kami semua.

>

' border=0>

Tadi, bila saya send email kpd rakan-rakan memaklumkan pemergian Mak Lang ini, seorang sahabat jadi agak terkejut. Bukan terkejut sebab Mak Lang tiba-tiba sudah tiada, tapi dia jadi terpana kerana beliau dan isteri punya satu kisah tersendiri bersama Mak Lang yang tak pernah dicerita kpd sapa-sapa sebelum ini.

Kata sahabat kami ini, hari tu bila beliau dapat tau Mak Lang ini kaki masjid, alim dan rajin baca quran, duduk di pinggir hutan dengan keadaan daif macam tu, beliau dah dapat rasa yang Mak Lang ini bukan manusia biasa macam kita, mesti ada sesuatu yang special pasal Mak Lang ini.

Sebab itu, hari itu beliau dan isteri yang paling last balik. Bila 30 buah kereta itu dah bertolak balik, depa tak balik lagi.

Beliau suami isteri ini pi jumpa Mak Lang, pi cerita masalah depa, dah bertahun dah kahwin tapi masih tak dapat-dapat anak. Dia minta jasabaik Mak Lang, sempena bulan Ramadhan yang barakah itu, minta Mak Lang tolong doakan kebahagiaan buat depa suami isteri, dan kalau boleh mintalah tolong bagi depa dapat zuriat, yang depa lama dah tok tunggu itu.

Semalam Mak Lang meninggal, hari ini sahabat kami ini terus jadi termangu sebab masin mulut Mak Lang dan barakah bulan Ramadhan bangkali, sehari dua ni kawan kami ini tak berani nak pi mana-mana sebab bila-bila masa saja isterinya yang sedang sarat MENGANDUNG ini akan melahirkan anak – zuriat depa yang pertama!

Saya pun tak pasti sebab apa saya tuliskan cerita ini, mungkin sebagai tazkirah untuk kita semua barangkali – JANGAN PANDANG REMEH DOA ORG-ORG TUA dan JANGAN PANDANG RENDAH KEBERKATAN DOA DI BULAN RAMADHAN yang mulia.

Al-Fatihah buat Mak Lang.

Moga rohnya bahagia dan dipenuhi dengan rahmat yang mencurah-curah di alam sana.

Mungkin kisah Mak Lang ini juga boleh dijadikan iktibar untuk kita semua; apakah kita boleh pasti yang Ramadhan ini adalah bukan Ramadhan terakhir buat kita?

Sama-sama kita muhasabahkan diri masing-masing.

Selamat Berpuasa.

moniermatdin@yahoo.com

 

Terharu Melihat Kegigihan Seorang Ibu Tunggal Membesarkan 15 Orang Anak
Posted on Thursday, August 11 @ 22:06:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
KetamBatu


Kenyataan MediaOleh MOHD SHAHIR ABU HASSAN

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa turun padang dengan mengadakan pelbagai program kebajikan dengan menjadikan kelompok masyarakat miskin tegar sebagai kelompok sasaran untuk diberi bantuan. Ternyata, Parlimen Titiwangsa yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur masih kaya dengan golongan gelandangan dan terpinggir yang tergolong di dalam golongan miskin tegar.

Salah satu keluarga yang diziarahi oleh pemuda Titiwangsa adalah sebuah keluarga di Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Keluarga besar ini ditanggung oleh seorang ibu tunggal bernama Zalina binti Kassan. Terkesan di jiwa pemuda melihat kegigihan beliau membesarkan 15 orang anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

Beliau menetap di sebuah rumah kampung di sebelah stesen LRT Datuk Keramat, Keramat, Kuala Lumpur. Tidak disangka, dalam kepesatan ibu kota masih ada insan yang hidup dalam keadaan serba sederhananya.

Puan Zalina, yang menjadi ibu tunggal sejak 3 tahun lalu setelah kematian suaminya kerana sakit jantung, tidak mempunyai pendapatan tetap. Beliau hanya memperolehi zakat dari Baitul Mal sebanyak RM 500 sebulan disamping mengasuh beberapa orang anak jirannya. Dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa itulah beliau membesarkan anak-anaknya serta menjaga ibunya yang sudah tua.

Anak-anaknya pula kesemuanya masih belajar dan belum bekerja. Bayangkan, bagaimana beliau mampu menampung kehidupan seharian keluarganya dengan pendapatan demikian. Rumah yang didiaminya kini adalah milik ibunya yang juga tinggal bersamanya.

Sebelum ini, Al-marhumah YB Dr Lo'lo' Ghazali menjadikan Puan Zalina sebagai adik angkat dan selalu menziarahi beliau dan anak-anak selain memberi sumbangan memandangkan kesusahan hidup yang terpaksa Puan Zalina lalui.

Atas keprihatinan ini dan sebagai meneruskan usaha Al-Marhumah, DPPK Titiwangsa menghulurkan sedikit sumbangan agar mampu menampung kehidupan beliau sekeluarga. Selain beliau, ada lebih kurang 10 keluarga yang mengalami nasib yang sama. Ada yang terdiri dari OKU, ibu tunggal, miskin tegar, mengidap HIV, sakit dan lain-lain lagi yang kesemuanya akan cuba dibantu sempena Ramadhan tahun ini.

Justeru itu, DPPKT amat mengharapkan sumbangan orang ramai bagi menjayakan program sumbangan ‘Pemuda Prihatin’ tahun ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad melalui akaun Dana Kebajikan Pemuda Titiwangsa : 14041010075226. Segala sumbangan didahului dengan ucapan terima kasih.



Disediakan oleh;


MOHD SHAHIR ABU HASSAN
Timbalan Ketua

 

=====================================================================================

Isu Gereja, Menenggelam Pendaftaran Pemilih Warga Asing

Ogos 8, 2011 ustazidrisahmad Tinggalkan komen Go to comments

 

i

2 Votes

Quantcast

Isu Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) dengan Gereja Methodis Damansara Utama telah  menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu My Kad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta.

Manakala media perdana BN cuba  menimbus isu pendaftaran ini.

Parti Islam Semalaysia Pas telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini.

Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu ini. Kononnya merekalah pembela agama. Pas istiqamah menentang isu murtad di negara ini. Di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi. Sejarah telah mencatatkan berlaku  penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda Pas dalam operasi lalang 1987 kerana isu kristianisasi.

Tahniahlah kepada pemimpin umno dan media umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam , umno menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.

Kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi. Sepatutnya kalau umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

=========================================================================================================

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?


Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

 

Surah Al-Baqarah:183


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)


Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?


Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

 

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.


Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”.
Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

 

Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w.  iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).


Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.


Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.


Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul.
Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”


Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.


Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.


Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).


Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.


Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..


Asal usul Uwais al-Qarni


Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.


Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.


Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.


Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.


Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).


Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.


Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.


Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.


Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.


Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.


Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”


Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak.  Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.


Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.


Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja  iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.


Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.


Doa yang paling utama di malam Qadar


Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.


Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.


Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.


Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.


Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.


Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.


Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).


Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.


Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.


Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.


Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.


Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak).
Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.


Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran.
Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.


Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

 

Doa Paling Afdal di Bulan Ramadhan

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.


“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.


Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.


Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.


Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.


Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.


Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.


Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.


Penutup


Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.


Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..


Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.


Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan kita mengharapkan kepada Allah swt.  agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

 

 

Tiga sekeluarga maut nahas

KEPALA BATAS – Tiga sekeluarga maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki dirempuh sebuah pacuan empat roda di Permatang Binjai di sini ketika dalam perjalanan pulang dari membeli juadah berbuka puasa petang semalam.

Dalam nahas pada 6.45 petang itu, dua beradik Nurmadiah Hashim,38, dan Nurhashima Hashim, 44, serta menantu Nurhashima, Shamsul Kamal Razali, 38, mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Seberang Perai Utara ASP Suhaimi Md Nor berkata, isteri Shamsul Kamal, Siti Suraya Mansor, 23, dan saudara mereka Mohd Firdaus Azlan, 10, cedera parah dan dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini.

"Mereka pergi ke bazar Ramadan Maklom dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bakar Kapur, Penaga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suhaimi berkata, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan yang dipandu Siti Suraya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika di simpang empat Jalan Permatang Binjai.

"Kereta pacuan empat roda dari arah Butterworth itu dipandu laju dan melanggar bahagian kiri kenderaan dinaiki lima sekeluarga terbabit sehingga menyebabkannya terseret ke bahu jalan, manakala kereta pacuan empat roda itu pula terbalik,” katanya.

Suhaimi berkata empat orang yang menaiki kereta pacuan empat roda itu hanya cedera ringan. - Bernama

12 Ogos 2011

 

Tuesday, August 09, 2011

Gelombang Rakyat Bersih 3.0
Posted on Monday, August 08 @ 15:33:47 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur


Kenyataan MediaOleh MOHD SANY BIN HAMZAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat isu tindakan serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini sengaja dipolemikkan secara besar-besaran oleh pihak tertentu supaya dapat meredakan isu pemberian status warganegara kepada penduduk pemastautin tetap dalam negara ini. Isu pemberian taraf kewarganegaraan kepada pemastautin tetap adalah suatu isu yang cukup besar yang membabitkan pencabulan dan pengkhianatan terhadap kedaulatan Negara sepertimana yang telah dibuktikan oleh PAS Negeri Selangor melalui laporan polis mereka baru-baru ini.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap supaya PAS negeri-negeri lain juga perlu membuat penumpuan untuk membersihkan daftar pemilih di negeri masing-masing dan membuat laporan polis terhadap sebarang perkara yang mencurigakan dan meragukan. Persediaan juga perlu dilakukan untuk proses semakan dan bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku ke 3 tahun 2011 ini yang akan dipamerkan pada Oktober nanti. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga berharap semoga permintaan PAS untuk mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan isu ini akan dapat diadakan dalam masa terdekat.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyokong saranan Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu supaya pihak Kerajaan dan SPR menerima pakai lapan tuntutan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) untuk dilaksanakan tanpa ada dolak-dalik lagi. Lapan tuntutan tersebut pastinya akan menyebabkan pilihanraya menjadi adil dan telus kepada semua pihak. Adakah pihak Kerajaan UMNO/BN dan SPR bersungguh-sungguh untuk tidak menjadikan pilihanraya yang akan datang ini bersih, telus dan adil? Dimana tidak kenanya tuntutan BERSIH :

1.       Adakah permintaan supaya MEMBERSIHKAN DAFTAR PEMILIH boleh mengancam keselamatan Negara?

2.       Adakah saranan supaya MEREFORMASIKAN UNDI POS boleh menyebabkan Negara darurat?

3.       Adakah MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL terlalu mahal berbanding sistem Biometrik?

4.       Adakah AKSES KEPADA MEDIA SECARA BEBAS DAN ADIL untuk semua parti yang bertanding satu tindakan yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan huru-hara?

5.       Adakah permintaan MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI terlalu ekstrem?

6.       Adakah permintaan supaya PENGUKUHAN INSTITUSI AWAM supaya tidak dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dianggap bahaya dan berbaur hasutan?

7.       Adakah saranan supaya HENTIKAN RASUAH boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum?

8.       Adakah permintaan supaya HENTIKAN POLITIK KOTOR terlalu sukar untuk difahami?

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS bahawa sekiranya UMNO/BN bersungguh-sungguh merasakan bahawa mereka akan dapat menawan semula Negeri Selangor dengan kelebihan majoriti 20 kerusi maka mereka sudah pasti telah menjalankan dan melaksanakan gerakerja yang kotor dan luar tabi’ie sepertimana yang telah dilakukan terhadap kerajaan PAS Terengganu lalu. UMNO/BN sememangnya tidak boleh dan tidak akan dapat mempertahankan kesinambungan politik mereka sekiranya mereka tidak melakukan helah dan penipuan dengan mempergunakan institusi jabatan-jabatan kerajaan. UMNO/BN pasti tidak akan mampu untuk mempertahankan kuasa pemerintahan mereka sekiranya sistem pilihanraya di dalam Negara ini dadakan secara bebas dan adil.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan supaya pihak Kerajaan dan SPR bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihanraya umum yang ke 13 akan datang ini secara bebas, telus dan adil ataupun mereka akan menghadapi gelombang kebangkitan amarah rakyat yang sudah jemu dan jelak dengan sikap berdolak-dalih mereka melalui GELOMBANG RAKYAT BERSIH 3.0. InsyaALlah.

MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

 

Serbuan Gereja Damansara Utama
Posted on Tuesday, August 09 @ 00:01:19 MYT by ismet_ulamraja


Minda Khalid SamadPeristiwa ini telah banyak mendapat liputan dalam media perdana dan alternatif. Berbagai pandangan telah diberi. Saya hanya mahu menjelaskan dua perkara di sini.

 1. Soal menyebar atau mengembang agama lain kepada orang Islam adalah dilarang dalam Perlembagaan. Semua pihak harus terima dan akur dengan peruntukan ini. Peruntukan ini bertujuan untuk menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama seperti Malaysia di mana sekiranya dirasakan ada usaha bersungguh-sungguh untuk memurtadkan orang Islam, maka ianya akan menghasilkan ketegangan dan persengketaan.


Dalam soal ini PAS mengutuk sebarang usaha kearah menyebarkan agama lain di kalangan orang Islam dan sesiapa yang melakukannya perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya.

 2. Soal menyerbu sebuah rumah ibadat bukan Islam merupakan suatu isu yang serius. Ianya boleh menghasilkan satu imej yang buruk terhadap Islam apabila ianya dilakukan atas nama agama Islam. Ini kerana ianya memberikan gambaran bahawa Islam tidak menghormati rumah ibadat orang bukan Islam. Tindakan yang sebegini ini perlu diluluskan oleh pihak atasan samada Pengarah atau Exco-Kerajaan Negeri yang berkaitan setelah mengambil-kira ketepatan maklumat yang diterima serta kewajaran tindakan tersebut. Apakah matlamat serbuan dan adakah matlamat itu hanya mampu tercapai melalui serbuan? Soal adanya hak dan kuasa satu perkara, tetapi yang lebih penting ialah kebijaksanaan tindakan sedemikian rupa.

Pengalaman kita dengan serbuan Pegawai Penguatkuasa JAIS selama ini semuanya kurang manis. Ustadz terpaksa melarikan diri dengan kehadiran pegawai penguatkuasa yang tiba dengan bengis dan garang. Kadangkala dalam keghairahan mereka hendak menangkap ustadz, kasut pun tidak dibuka semasa memasuki masjid/surau. Peristiwa yang melibatkan Dr. Asri, mantan Mufti Perlis masih segar diingatan. Lengkap bersenjata bagaikan ingin menahan seorang pengganas.

 Ada kemungkinan mereka hanya ‘ganas’ dengan orang Islam dan penuh sopan dengan yang bukan Islam? Terserah kepada masing-masing memikirkannya sendiri. Namun yang penting adalah kewajaran tindakan memaksakan kehadiran ke dalam Gereja tersebut perlu dipersoalkan.

SEKIRANYA yang 12 dipaksa hadir dan sedang diseksa oleh yang lain supaya murtad dengan diletakkan ke atas bara api, maka tindakan menyerbu masuk adalah wajar. Ianya bertujuan menyelamatkan orang Islam yang sedang diseksa oleh kerana agama mereka.

SEKIRANYA yang 12 hadir secara rela dan sedang dipujuk dengan berbagai ucapan yang menyatakan kelebihan agama Kristian dan betapa Islam itu keras dan bersifat memaksa, tanpa adanya keprihatinan dan sebagainya, maka tindakan menyerbu mungkin mendatangkan natijah yang sebaliknya. Adalah lebih baik dipantau, dapatkan nombor kereta serta maklumat lain dan seterusnya didampingi golongan 12 tersebut selepas dari itu. Kalau dalam 12 ini pula ada yang sanggup berkerjasama dan melalui maklumat dari mereka, pihak Gereja boleh ditemui kemudiannya untuk berbincang dan dinasihati.
Kalau bukti memadai, mungkin juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tidak perlu serbu. Matlamat tercapai, nama baik Islam tidak tercemar, yang 12 dapat diuruskan dan dinasihati dan begitu juga pihak Gereja.

 Tetapi sekira matlamatnya adalah untuk menghasilkan isu yang mana MCA boleh membantai PR Selangor ‘yang ditunggang PAS’ sehingga JAIS menyerbu Gereja, maka serbuan itu adalah 'wajar'. Sekira matlamatnya juga adalah untuk menghasilkan isu agar UMNO pula boleh serang PR Selangor ‘yang ditunggang DAP’ sehingga adanya kes memurtadkan ummat Islam, maka serbuan itu adalah 'wajar'. Begitulah juga sekiranya serbuan itu bertujuan untuk mengalihkan isu piliharaya BERSIH, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, maka serbuan tersebut juga adalah 'wajar'. Tetapi sekiranya serbuan tersebut bertujuan untuk menangani masalah murtad dikalangan umat Islam, maka saya kira terdapat banyak cara lain yang jauh lebih baik lagi berhemah.

 

 

Sampai ke Jakarta: Cincin berapi Rosmah, mafia Kazakh dan perebutan Umno
Posted on Monday, August 08 @ 11:35:33 MYT by ismet_ulamraja


Petikan Blog @ LamanOleh Wong Choon Mei

Berita cincin permata mewah bernilai RM24.4 juta yang didakwa milik isteri Perdana Menteri Najib Razak telah sampai ke kepulauan Indonesia. Akhbar utama republik itu, Kompas, dalam editorial pengarangnya yang jarang berlaku mengulas penonjolan Rosmah Mansor dan melaporkan cincin berlian tersebut bernilai AS $ 24,4 juta!

Akhbar itu turut mendakwa Nooryana Najib, anak pertama pasangan Najib-Rosmah yang berusia 22 tahun itu bakal berkahwin dengan keluarga yang punya hubungan dengan mafia Russia. Menurut Kompas, ibu mertua Nooryana memiliki hubungan dengan kongsi gelap Eropah.

Memang ia bacaan sensasi tetapi tidak sedikitpun hal tersebut yang belum dibisikkan lagi ke seluruh Malaysia. Pertama, cincin itu sendiri, yang disifatkan Rosmah hanya sebagai gosip, tidak memerlukan perhatiannya, dipercayai sebahagian daripada mas kahwin Nooryana dan hadiah istimewa kepada Rosmah, yang terkenal dengan selera kemewahan melampaunya itu. Malah sebelum cerita cincin ini dan cerita pemilikan unit paling atas (penthouse) pangsapuri mewah di New York menjadi tajuk utama berita, Rosmah sering dipersoalkan oleh penggubal undang-undang Pakatan Rakyat di Parlimen kerana perbelanjaan membazir Rosmah dalam lawatan luar negara, seringkali bersama rombongan pengiring yang besar dalam penerbangan kelas pertama yang menggunakan perbelanjaan awam.

Belati Umno siap tertancap untuk Najib

Betapapun menjengkelkan Rosmah yang berusia 60 tahun itu kepada rakyat Malaysia, tetapi pendedahan-pendedahan terkini yang memburukkan Rosmah itu sebahagian besarnya muncul akibat perebutan kuasa di dalam parti pemerintah Umno. Senario politik tempatan telah mengetahui bahawa Najib dan Rosmah mahu kekal untuk satu penggal lagi. Namun prestasi buruk Najib dengan hampir tiada apa-apa pencapaian dan kejayaan besar sejak mengambil alih dari Abdullah Badawi pada bulan April 2009 telah membuatkan rakan-rakan dalam partinya itu tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepadanya pintu keluar dari pemerintahan.

Penganalisa politik menyatakan 4 puak berminat untuk bertanding bagi jawatan presiden Umno yang dijangka bakal berlangsung selewatnya tahun hadapan. Mereka termasuklah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Putera Kelantan, Tengku Razaleigh, malahan Adullah Badawi juga.Sudah tentu, tidak mungkin kesemua keempat-empat mereka akan bertanding tetapi sebaliknya mereka akan cuba untuk menewaskan antara satu sama lain – melalui semua cara dan kaedah – sebelum pertandingan rasmi bermula.

Untuk skandal terkini yang disiarkan di Jakarta, beberapa media UMNO - bergantung kepada puak mana yang disokong mereka – secara tergesa-gesa menyalahkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana membocorkan berita. Bagaimanapun, pembantu Anwar berkata ianya tidak benar, meskipun mengakui populariti Anwar amat tinggi di Indonesia, tetapi pengaruhnya tidaklah sampai untuk dapat menyuruh perintah membuat laporan berita di Kompass.

Memandangkan musuh-musuh Najib yang paling dekat kini dari dalam partinya sendiri dan bukannya dari Pakatan Rakyat, maka hal ini dapat diterima akal. Malah, pemerhati UMNO bertaruh bahawa terdapat beberapa hubungan dengan Abdullah, melalui anak menantunya yang bercita-cita tinggi, Khairy Jamaluddin. Walau bagaimanapun, mereka juga membuat spekulasi barangkali ianya kerja penyokong Muhyiddin atau bahkan Razaleigh walaupun peluangnya semakin tipis. Mereka menyatakan apabila Najib dan Rosmah mula-mula pergi ke Kazakhstan atas lawatan rasmi, Khairy merupakan orang pertama yang memberitahu seluruh dunia Twitter di Malaysia untuk ternganga atas keberanian pasangan ‘pertama’ negara tersebut.

Najib dan Rosmah telah didakwa oleh ahli-ahli politik pembangkang sengaja menjadualkan lawatan rasmi mereka untuk membawa rombongan besar tetamu peribadi bagi menghadiri pesta pertunangan anak perempuan mereka dengan Daniyar, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayez. Ibu Daniyar, Maira, merupakan isteri kepada adik bekas presiden Kazakh iaitu Bolat Nazarbayev.

Sekarang sangat jelas Najib yang dicemari skandal semakin tidak digemari. Muhyiddin mempunyai sokongan Umno paling tinggi dari broker kuasa, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang juga sedang mempertimbangkan Razaleigh.

Ibu mertuaku Mafia?

Manakala itu, Kompas, yang merupakan akhbar dengan pembaca paling luas di Indonesia, melaporkan bahawa “Maira Nazarbayev, yang hidup dengan gaya hidup ala Imelda Marcos dikatakan memiliki hubungan dengan mafia Russia.” Akhbar itu turut menyatakan dakwaan cincin Rosmah itu, yang tidak dinafikannya secara langsung, memang miliknya. Rosmah hanya menyebut bahawa tidak berbaloi untuk dia menjawabnya

“Apakah cincin bernilai USD$24 juta (RM71.15 juta) ini akan membuka pintu perubahan dan pendemokrasian di Malaysia? Hanya rakyat Malaysia yang boleh menentukannya,” tulis Kompas.

Media UMNO juga telah cuba untuk menyalahkan pemilik kedai Jacob & Co kerana melibatkan Rosmah yang tidak bersalah dalam aktiviti penggubahan wang haram. Ya, selain daripada Anwar, mereka juga mencela hubungan Maira dengan kongsi gelap dan mengaitkan kesemua hal ini dengan pemilik Yahudi Jacob & Co. Jika benar dakwaan mereka, maka ibu mertua Nooryana telah menjadi penjenayah!
Apakah boleh untuk anak perempuan kepada pasangan ‘pertama’ Malaysia mengahwini sebuah keluarga dengan jaringan Mafia global?

Hal ini sudah tentu menuntut penyiasatan. Malaysia sudah mendapat malu kepada pihak berkuasa dunia ekoran isu penggubahan wang haram. Untuk selanjutnya terus dikaitkan, apalagi secara langsung seperti yang didakwa melalui keluarga ‘pertama’ Perdana Menteri, maka ia memerlukan kajian semula tentang kesesuaian Najib sebagai pemimpin tertinggi negara.

Semua dalam keluarga

Kebetulan, keluarga Najib juga tidak bebas daripada skandal. Nooryana dan Daniyar perlu tabah dalam perkahwinan mereka dan mempunyai keyakinan dalam kasih sayang mereka dan tidak lemah semangat. Persamaan dalam keluarga mereka dapat mengatasi perbezaan.

Pertama, Najib dipercayai telah menerima sogokan dari DCN penjual senjata Perancis pada awal tahun 2000 untuk membeli 2 buah kapal selam Scorpene dengan harga yang terlalu tinggi, sebanyak RM7.3bilion. Pihak berkuasa di Paris sedang memuktamadkan siasatan dan perbicaraan mahkamah terbuka bakal bermula bulan depan.

Kemudiannya, keterkaitan urus niaga Scorpenes itu diikat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia yang cantik, berusia 28 tahun, yang dibunuh di bumi Malaysia oleh dua orang bekas pengawal peribadi Najib.
Mereka bahkan menggunakan bahan letupan tentera Gred C4 untuk mengebom hancur Altantuya, bagi mengelak untuk dikesan. Namun, meskipun dua orang tersebut telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, soalannya masih tetap kekal, siapa yang mengarahkan mereka untuk membunuh Altantuya?

- Malaysia Chronicle

 

Kontroversi gereja: PAS berdepan ujian terbaharu
Posted on Sunday, August 07 @ 09:32:50 MYT by SemutApi


Petikan Blog @ LamanDari Siasahdaily

PAS berdepan ujian terbaharu berhubung isu hubungan antara agama melibatkan Kristian ekoran kontroversi tercetus selepas siasatan Jabatan Agama Islam Selangor, Jais ke atas sebuah gereja Metodis di Damansara, Selangor minggu lalu.

Di peringkat dalaman, PAS Selangor menyaksikan pertembungan antara bekas pesuruhjaya, Datuk Dr Hasan Ali dengan timbalan pesuruhjaya yang dilantik semula selepas muktamar, Khalid Abdul Samad.

Di peringkat nasional, PAS berdepan kempen negatif terbaharu pesaing politiknya, terutama Umno sekiranya parti Islam itu menunjukkan pendirian rasmi yang boleh dilihat sebagai apologetik atau tunduk kepada tuntutan politik pilihan raya.

PAS telahpun berada dalam kedudukan defensif ekoran laporan-laporan media propembangkang yang memberi tafsiran sangat negatif terhadap tindakan ke atas majlis di gereja itu, perkembangan yang sangat menguji pragmatisme parti berasas agama itu.

PAS sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dikritik Umno sebagai tunduk kepada kepentingan politik pilihan raya untuk memenangi undi bukan Melayu dan kepada PKR dan DAP, dua lagi parti anggota Pakatan Rakyat.

Isu berkaitan Kristian semakin menjadi perhatian dalam politik negara kebelakangan ini, dan menjadi satu isu kritikal dalam pilihan raya Sarawak bulan April lalu.

Selain isu melibatkan Kristian, PAS juga dikritik secara berterusan oleh Umno berhubung isu penjualan arak, pusat hiburan, rumah urut dan pelbagai aktiviti maksiat di negeri-negeri ditadbir parti PR.

Terbaharu, PAS didakwa Umno sebagai tunduk kepada tekanan DAP di Kedah, berhubung sekatan operasi pusat hiburan pada bulan Ramadan.

Umno - yang menguasai kerajaan pusat tanpa sokongan kuat komponen bukan Melayu - walau bagaimanapun tidak memperlihatkan sikap yang jelas dalam isu-isu tersebut.

Parti utama gabungan Barisan Nasional itu turut bersikap pragmatik dengan pemimpin-pemimpin tertinggi mengelak daripada menyatakan pendirian jelas dalam isu terbabit.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri mohd Najib Abdul Razak mengadakan lawatan bertemu pemimpin agama Katolik dunia tidak lama dulu, sebagai satu usaha menarik sokongan Kristian dan minoriti agama menjelang pilihan raya umum.

Umno memperolehi peluang lebih luas untuk mengkritik PAS dalam isu berhubung kedudukan Islam selepas pilihan raya pada Mac 2008 apabila PAS dilihat sebagai berkompromi dalam hal-hal melibatkan hubungan antara agama dan kedudukan agama Islam.

Isu-isu melibatkan Kristian, seperti lawatan wakil rakyat PAS ke gereja, penggunaan kalimah Allah oleh Katolik dan pelbagai isu lain membuka peluang kepada Umno untuk meningkatkan kempen negatif terhadap PAS.

PAS memberi persetujuan bersyarat terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, pendirian yang dilihat sebagai berkompromi oleh sesetengah pihak, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Muslim dan sekumpulan ilmuan agama Islam berpengaruh.

Kontroversi terbaharu melibatkan Jais, yang didakwa melibatkan usaha memurtadkan orang Muslim menjadi bahan terbaharu untuk Umno menyerang PAS dan menjejaskan kredibiliti parti itu yang bersaing dengan Umno untuk undi Melayu-Muslim.

PAS juga dilihat berdepan cabaran untuk mengekalkan imej lebih liberal atau "progresif" dalam menangani pelbagai isu sensitif, terutama ketika kepimpinan tertinggi parti dikuasai golongan yang dinilai sebagai progresif selepas pemilihan muktamar lalu.

Perkembangan melibatkan kontroversi gereja di Selangor itu menjadi cabaran terbaharu terhadap PAS menjelang pilihan raya umum akan datang. Cabaran ini, yang menyentuh politik dalaman dan nasional PAS, menambahkan lagi isu kritikal yang akan perlu ditangani dalam Pilihan Raya Umum ke-13.


http://siasahdaily.blogspot.com

 

 

Betulkah Menantu TPM Dapat Projek Biometerik?.

 

 

Posted on Monday, August 08 @ 15:25:35 PDT by paktam

Penulis Tamu

Oleh Mohd Sayuti Omar

KETIKA menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh Hamzah petang semalam saya didatangi oleh seorang kawan.
Beriya dia menarik tangan saya ke tepi, menjauhi dari orang lain. Cara dia berbuat begitu seolah-olah apa yang beliau hendak beritahu itu perkara yang sulit dan amat penting.

Saya sambil membetulkan samping akur dengan tarikan tangannya. Berceritalah dia dalam keadaan serius dan meminta saya dedahkan. "You kena dedah ini untuk kebaikan negara. Negara kita sudah habis," katanya.

 


Dia ini adalah bekas Ketua Pemuda Umno di sebuah bahagian di Utara yang kini sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti lagi kerana kecewa dengan apa yang berlaku dalam partinya itu.

"Biar rakyat tahu, dan jangan sampai rakyat dan negara terus kerugian," katanya bersungguh. Iya..iya saja apa yang diberitahunya. Kawan ini lalu bercerita bukan main serius lagi, siap dengan mimik muka dan mata yang terkebil-kebil. Peliknya dia selalu menceritakan sesuatu dan memberi maklumat tambahan tetapi tidak mahu tulis sendiri. Setahu saya dia juga ada blog yang dibangunkan dengan penuh kerahsiaan.

Apa ceritanya? Ceritanya sudah saya ketahui serba sedikit sebelum ini. Iaini mengenai penglibatan menantu Timbalan Perdana Menteri, Udin anak Yassin dalam dunia perniagaan. Menantu Udin anak Yassin itu dikatakan mendapat kontrek membekalkan komputer untuk sistem biometerik yang bernilai berjuta-juta ringgit yang hendak dilaksanakan kini.

Menurut kawan itu menantu Udin anak Yassin dikatakan memperolehi tander membekalkan komputer kepada lebih 300 buah syarikat yang mendapat tander untuk menguruskan Pendatang Tanpa Izin (Pati) dalam program pemutihan. Kawan itu siap sebut dengan nilai dan juga keuntungan yang diperolehi syarikat menanti Udin anak Yassin itu.

Katanya peruntukan untuk membekalkan komputer kepada 300 syarikat saja melibatkan RM15 juta dan peruntukan untuk Jabatan Imigresen RM600 juta.
Jumlah itu katanya belum untuk Polis, SPR dan lain-lain.

Apa yang kawan itu persoalkan syarikat itu baru saja ditubuhkan dan tidak pun ada pengalaman dalam bidang perniagaan. Bukan itu saja tambahnya ada lagi hal-hal yang ganjil yang berlaku di sebalik tander berkenaan.

Sebenarnya saya tidak pelik dengan kejadian seperti itu. Sebelum ini pun sudah banyak kali kita dengar kroni PM dan menteri mendapat projek itu dan ini. Dr Mahathir bergaduh dengan Anwar bukan fasal liwat sangat tetapi fasal Anwar cegah kerajaan bailout syarikat anak Mahathtir yang hendak mampus dan mengalami kerugian berbillion ringgit.

Itulah puncanya. Sebab itu Mahathir marah dan terkilan dengan Anwar. Mahathir merasa tindakan Anwar itu bagaikan lumoran tahi ke mukanya sebagai PM dan menganggap Anwar tidak mengenang budi. Cuba kalau Anwar menyokong bailout syarikat anak Mahathir itu mungkin Anwar tidak terpenjara dan nasibnya tidak jadi seperti hari ini.

Begitu juga di zaman Abdullah Badawi jadi PM. Kisah menantunya Khairy Jamaluddin dijaja dan dijual mendapat berbagai projek. Malahan Khairy dikatakan mempunyai kuasa pemutus dalam pentadbiran Abdullah terutama melihat projek-projek besar.

Kesimpulannya apa yang diceritakan oleh kawan itu tentang penglibatan menantu TPM dalam perniagaan tidak menghairankan. Cuma apa yang dibimbangkan kalau semasa bapa mertua jadi TPM menantu sudah untung besar bagaimanalah nanti setelah bapak jadi PM tentu untung berlipat kali ganda lagi.

Harap-harap ada orang akan hantar gambar menantu Udin anak Yassin untuk sama-sama kita tetap dan juga nama syarikatnya untuk kita semak berapakah modal berbayar di dalam syarikat berkenaan dasn siapa-siapa lagi rakan kongsinya. Jangan-jangan syarikat RM2 sahaja?

http://msomelayu.blogspot.com



Iklan Top inside

 

Isu Jais tenggelamkan warga asing daftar pemilih

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.

“Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar.

“Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama.

Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini.

Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.

Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi.

“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad.

“Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara,” ujarnya.

Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid.

“Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan,” ujarnya lagi.

Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi.

“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” katanya.