PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, July 22, 2011

Polis: Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'

Polis: Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'

Hafiz Yatim
Jul 22, 11
10:03am

Kongsi 44

Police menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

NONESebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.

Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.

NONEMenurut Salleh, rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

funeral baharudin vanSalleh berkata rakaman itu menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Dakwanya, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

funeral baharudin bersih protesterSehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan
laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

Polis: Mat Sabu akan didakwa buat tuduhan palsu

Hafiz Yatim
Jul 21, 11
5:30pm

Kongsi 197

Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

NONEPengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

Menurut Salleh, rakaman visual itu memaparkan motosikal yang dibonceng oleh Mat Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U motosikal itu terkena 'fender' Pajero polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

NONE"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya.

"Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini...Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar pajero polis," katanya.

police mat sabu google map bersihTambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mat Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

Mat Sabu semalam menafikan beliau berlakon dan berkata skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mat Sabu: 'Saya tidak berlakon...'

Abdul Rahim Sabri
Jul 21, 11
8:48am

Kongsi 178

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih boleh berpidato di pentas ceramah walaupun masih berkerusi roda akibat kecederaan dirempuh kereta polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

NONE"Saya (masih) boleh bersyarah (berceramah) dalam tempoh 30 minit... Doktor pun kata, boleh bergerak mengikut keupayaan kita. (Malah) doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik," kata beliau ketika ditemui Malaysiakini di kediamannya di Shah Alam pagi semalam.

Jumaat lalu, Mohamad menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Beliau yang menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, di mana doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

NONEDitanya sama ada beliau akan menangguhkan ceramah dalam masa terdekat, Mohamad berkata beliau terpaksa menangguhkan semua programnya, tetapi tidak menolak kemungkinan hadir memenuhi beberapa jemputan.

Ketika dikunjungi
Malaysiakini, Mohamad - yang keluar dari hospital tiga hari lalu - juga menunjukkan gambar sinar X mengenai kecederaan lututnya selepas menjalani pembedahan.

Sepanjang pemerhatian
Malaysiakini, di sebalik menahan kesakitan, beliau masih mampu senyum dan ketawa. Doktor menasihatkannya supaya banyak berehat dan hanya bergerak mengikut keupayaan dirinya.

Lunjur kaki

Malaysiakini mendapati Mohamad kelihatan lebih sihat, bertenaga dan sudah mampu menggerakkan kaki kanannya jika dibanding ketika ditemui sewaktu menziarahi Allahyarham Baharudin Ahmad 10 Julai lalu.

NONEBeliau kini mampu mengangkat, melunjurkan kaki di atas sofa, manakala bila berjalan pula, dalam keadaan terhencot-hencot dengan bantuan tongkat. Sebelum ini, beliau terpaksa dipapah oleh pembantunya.

Dalam pertemuan selama 30 minit itu juga, beliau ditemani pembantunya, bergerak menaiki tangga rumah dua tingkatnya untuk bersiap ke pejabatnya di Jalan Raja Laut.

Sewaktu menuruni tangga kemudiannya, Mohamad - yang akan menyambut ulangtahun ke-58 Oktober ini - turut kelihatan penat sambil berseloroh berkata:

"Budak-budak kalau lima hari, dah melompat dah. Orang tua lambat sikit (sembuh)".

Beliau yang juga pernah ditahan ISA, juga kesal dengan
laporan media arus perdana yang melaporkan bahawa beliau cuba menarik simpati dengan berkain pelikat dan berkerusi roda sewaktu sidang DUN Selangor minggu lalu.

NONEEkoran itu, Mohamad - yang dibenarkan keluar wad Isnin lalu - bagaimanapun enggan melayani permintaan akhbar tersebut yang berhasrat bertemu dengannya.

Bahkan beliau turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang beliau berlakon untuk meraih simpati susulan kecederaan lututnya itu.

"Saya tidak berlakon," tegasnya sambil menegaskan kecederaan itu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kemungkinan hari ini beliau akan pulang ke kampung halamannya di Pulau pinang untuk mendapatkan rawatan kampung secara tradisional di samping bertemu dengan saudara-mara di sana.

 

No comments: