PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, July 29, 2011

Datuk Azhar! Hang Diamlah!!!

Siri Pengkhianatan UMNO terhadap Melayu
Oleh : Teratailiar




"Kami adalah bangsa Arab sebelum menjadi orang-orang Islam dan Muhammad adalah seorang Arab sebelum dia menjadi seorang Rasul. Kami adalah Arab sebelum Musa, Muhammad, Jesus dan Ibrahim."

Amir Faisal, anak kepada Sarif Hussein, dalang penentang


Khalifah Othmaniyah Turki
*************************************************************************************

"Sebelum Austria wujud, kita sudah pun wujud dan apabila Austria tidak wujud lagi kita akan terus juga wujud."
The Idea of The Austria State, Frantisek Palacky
*************************************************************************************




Berbicara tentang perpaduan Melayu (Islam?) memang membosankan. Sudah berkali-kali diajar masih tidak mengerti. Burung kakak tua sekalipun mungkin sudah boleh menghafali apa yang diajar tuannya. Tapi adat bercakap dengan Orang Kuat Umno, IQnya barang kali bawah 80. Jika di US, dengan tahap pemikiran begini nak masuk sekolah rendah pun tak layak. Kena masuk sekolah khas.

Tidak ada apa-apa istimewanya dengan Melayu. Yang memperkuatkannya hanyalah Islam. Kerajaan Melayu Melaka pun kuat bukan kerana bangsanya. Setelah bergaul dengan pedagang2 Muslim dari Arab dan India, dan selepas rajanya memeluk Islam, barulah tersirna kehebatan kuasa Melayu sebagai sebuah Empayar.

Apalah sangat jika kita meniru apa yang telah diucapkan oleh Amir Faisal seperti di atas. Atas nama nasionalisme Arab, bapanya, Sarif Hussein , telah membayar harga yang cukup tinggi untuk dibayar oleh umat Islam seluruh dunia hingga kini -kejatuhan Empayar Islam Turki. Itu pun bukan kerana kebijaksanaannya mempelopori idea baru.

Sebenarnya, kata-kata ini pernah diulang hampir 80 tahun sebelumnya di Eropah menjelang Revolusi 1948. Lajos Kossuth misalnya, ahli politik juga seorang peguam mengutarakan kesatuan bangsa Magyar untuk membebaskan Hungary dari Austria. Dalam masa yang hampir sama, apabila Frantisek Palacky, nasionalis Chezc yang berjuang untuk kebangsaan Slav di Bohemia dan Moravia gagal mencapai cita-citanya, tiba-tiba nadanya bertukar menjadi pemuja yang lebih Austrian dari Austria. Begitu mudahnya seorang pejuang bangsa bertukar watak.

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu. Sengaja saya selang selikan dengan tulisan yang dihitamkan supaya tidak berpinar mata dek panjangnya senarai ini:

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi GILA BABI!!!

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Belajar sejarah Umno beri alasan
Belajar kitab pun Umno tak mahuKerana UMNO 98.84% tanah Melayu Pulau Pinang hilang..
DAERAH Timur Laut merupakan kawasan yang paling pesat membangun di negeri Pulau Pinang. Ia kini muncul sebagai pusat komersial terbesar di negeri itu sekali gus menyaksikan kaum Cina menumpu di daerah tersebut.

Penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China.

Kesannya adalah apa yang kita lihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Perkembangan itu memperlihatkan kaum Melayu yang telah ada di pulau tersebut 'ditolak' ke kawasan yang lebih jauh dari pesisir pantai Timur Laut. Ini menyebabkan banyak kaum Melayu menumpu ke kawasan Barat Daya yang mana Balik Pulau merupakan salah satu kawasan majoriti berpenduduk Melayu.


Situasi tersebut sekali gus menjawab kenapa kaum Melayu hampir tidak memiliki tanah di daerah Timur Laut.

Ini dibuktikan dengan statistik terkini yang menunjukkan hanya 1.16 peratus kaum Melayu memiliki tanah di daerah tersebut, berbanding kaum bukan Melayu sebanyak 19.84 peratus. Peratusan lain tanah dimiliki oleh syarikat, agensi dan kerajaan negeri.

Faktor yang menyebabkan kaum Melayu kurang mampu memiliki tanah di daerah tersebut adalah kerana harga tanah yang terlalu tinggi. Jika ada pun kaum Melayu memiliki tanah yang 'sekangkang kera' itu, ia adalah tanah yang diwarisi daripada datuk dan nenek moyang mereka sejak ratusan tahun lalu.

Untuk memiliki tanah baru adalah mustahil bagi kaum Melayu Pulau Pinang memandangkan ada tanah terutama di Georgetown berharga RM400 sekaki persegi.

Ini menyebabkan kaum Melayu tidak ramai yang tinggal di daerah tersebut yang juga merupakan pusat komersial utama di Pulau Pinang.

Jika diteliti dari aspek ekonomi, memang satu kerugian besar kepada kaum Melayu yang tidak mampu membeli rumah dan tanah di daerah tersebut. Ketidakmampuan itu juga adalah kerana harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh kaum Melayu.

Rata-rata seunit rumah bertingkat iaitu pangsapuri kos sederhana dan pangsapuri mewah ditawarkan pada harga antara RM300,000 hingga RM500,000 seunit. Malah, ada yang menjangkau harga melebihi RM1 juta seunit. Rumah atas tanah pula seperti rumah berangkai, rumah teres dan banglo pula ditawarkan pada harga yang lebih mahal, iaitu melepasi tujuh angka.

Harga yang terlalu tinggi itu bukan sahaja menyebabkan kaum Melayu tidak mampu memilikinya, malah kaum Cina juga begitu. Ini kerana kebanyakan penduduk Cina yang kaya dan profesional kini lebih suka berhijrah ke luar negara.

"Saya ada banyak kawan berketutunan Cina yang bekerja sebagai jurutera di kilang-kilang di sekitar Bayan Lepas berhijrah ke luar negara, khususnya Australia," kata seorang penduduk, Fatimah Ariffin yang telah bermastautin di Pulau Pinang sejak 21 tahun lalu.

Faktor semakin ramai golongan profesional Cina dan kaya raya berhijrah ke luar negara diakui oleh Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk.

Faktor berhijrah ke luar negara dan mempunyai anak yang sedikit dalam kalangan penduduk Cina menyebabkan jumlah penduduk majoriti Pulau Pinang hari ini adalah kaum Melayu.

Sumber daripada Jabatan Perangkaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan Statistik Penduduk Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus.

"Sungguhpun majoriti penduduk Pulau Pinang sekarang adalah kaum Melayu, tetapi jumlah mereka di bahagian pulau masih tidak dapat mengatasi jumlah penduduk Cina.
"Ini kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah yang terlalu mahal di pulau terutama di daerah Timur Laut. Ia sekali gus memaksa mereka memiliki hartanah di Seberang Prai.

"Mereka (orang Melayu) hanya berulang-alik dari seberang ke pulau untuk bekerja. Selain itu, kebanyakan kaum Melayu di daerah ini adalah kakitangan kerajaan. Dengan gaji kakitangan kerajaan, mana mereka mampu membeli rumah di sini," katanya.

Menurutnya, kaum Melayu juga didapati lebih selesa tinggal di tanah besar kerana selain faktor harga rumah yang jauh lebih murah, mereka juga boleh memiliki rumah atas tanah seperti rumah teres, rumah berangkai atau banglo.

Katanya, faktor keselesaan hidup di rumah atas tanah turut mempengaruhi kaum Melayu berpindah ke tanah besar.

Keadaan itu juga katanya membuatkan kehadiran orang Melayu di daerah Timur Laut tidak ada kesan untuk mewujudkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melayu di situ.

"Dari aspek politik, apa yang patut wakil rakyat Barisan Nasional buat adalah mempertahankan kerusi yang sedia ada. Ini kerana kajian mendapati agensi amanah yang dianugerahkan tanah untuk bumiputera di daerah itu tidak mempunyai tanah yang cukup untuk bawa masuk orang Melayu (pengundi) ke Timur Laut," katanya.

Beliau juga berkata, kebanyakan tanah milik agensi amanah bumiputera pula terletak di kawasan yang tidak strategik sekali gus gagal menarik minat kaum Melayu untuk menetap di situ.

"Orang lebih suka tinggal di kawasan yang ada aktiviti ekonomi yang aktif. Kawasan seperti itu pula banyak terletak di pusat-pusat komersial di tengah bandar, sedangkan tidak ramai Melayu mampu tinggal di bandar.

"Keadaan ini menyebabkan lama kelamaan kehadiran orang Melayu di bandar dengan sendirinya akan terhakis," katanya.

Agak menakutkan melihat nasib orang Melayu di Pulau Pinang hari ini kerana di bawah kepimpinan kerajaan DAP sekarang, agensi amanah yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum Melayu di negeri itu menghadapi kesukaran untuk menjalankan projek.

"Projek-projek yang dijalankan oleh pihak swasta pula semuanya lebih menjurus kepada meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Ini menyebabkan mereka hanya mendirikan projek pangsapuri mewah yang berharga lebih daripada RM300,000 seunit.

"Pada harga itu, tentulah orang Melayu tidak mampu membelinya. Lama kelamaan juga, orang Melayu dengan sendirinya akan berpindah ke seberang, sekali gus menghakis pemilikan hartanah di bahagian pulau,"tambahnya.

Azeem menegaskan, oleh kerana faktor yang menolak orang Melayu keluar ke seberang adalah ekonomi maka meningkatkan pencapaian ekonomi kaum Melayu perlu menjadi agenda utama pemimpin Melayu hari ini.

"Selagi orang Melayu tidak ada kuasa ekonomi dan kuasa beli sebagaimana kaum Cina, maka selagi itulah orang Melayu Pulau Pinang akan ketinggalan dan terus terpinggir," katanya.


Media UMNO KHAS buat Penyokong UMNO Pulau Pinang...
Cuba korang baca.. siapa penyebab Melayu Pulau Pinang Terpinggir.. Siapa penyebab Melayu Pulau Pinang terkeluar dari Pulau Pinang.. Siapa juga yang menyebabkan Tanah orang Melayu Pulau Pinang semakin berkurangan...

Ini kali kedua kenyataan ini dinyatakan oleh ADUN Pulau Betong, Farid Saad..

Pastinya bukan DAP mahupun PAS ataupun PKR!!!Sila baca.. jangan jadi Buta Perut opps silap Buta maklumat.

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.


Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.


HarakahDaily

Datuk Azhar! Hang Diamlah!!!
Posted on Thursday, July 28 @ 18:16:25 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


ArtikelOleh: AnakSgDerhaka

"
Semalam Berita Harian melaporkan.. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata pembinaan rumah mewah yang mencecah jutaan ringgit telah menyebabkan penduduk terpaksa keluar dari penempatan asal kerana tidak mampu memiliki rumah mahal.

Katanya, pengusiran secara halus orang Melayu satu daripada taktik kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang sememangnya dikenali seorang yang rasis dan chauvinis seperti didakwa pelbagai pihak.

“Ini satu bentuk pengusiran orang Melayu di bahagian pulau dengan rumah di sana termasuk di kawasan paling hulu (luar bandar), iaitu Balik Pulau harganya bermula RM500,000 ke atas... mana orang Melayu berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah semahal itu.

Itu kata Datuk Azhar yang baru kehilangan Pusat Khidmatnya..

Jika diteliti dari aspek ekonomi, memang satu kerugian besar kepada kaum Melayu yang tidak mampu membeli rumah dan tanah di daerah tersebut. Ketidakmampuan itu juga adalah kerana harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh kaum Melayu.

Rata-rata seunit rumah bertingkat iaitu pangsapuri kos sederhana dan pangsapuri mewah ditawarkan pada harga antara RM300,000 hingga RM500,000 seunit. Malah, ada yang menjangkau harga melebihi RM1 juta seunit. Rumah atas tanah pula seperti rumah berangkai, rumah teres dan banglo pula ditawarkan pada harga yang lebih mahal, iaitu melepasi tujuh angka.

Harga yang terlalu tinggi itu bukan sahaja menyebabkan kaum Melayu tidak mampu memilikinya, malah kaum Cina juga begitu. Ini kerana kebanyakan penduduk Cina yang kaya dan profesional kini lebih suka berhijrah ke luar negara.

Mungkin kerana factor usia Datuk Azhar telah terlupa bahawa tanah milik Melayu yang terpaksa keluar dari penempatan asal mereka itu telah dijual oleh pemilik asal tanah-tanah yang diwarisi dari nenek moyang mereka selama ratusan tahun itu kepada Pemaju dengan kerelaan mereka sendiri, jadi itu pilihan yang mereka sendiri telah buat.

Hakikatnya.. fenomena Melayu berhijrah keluar dari Pulau Pinang bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah bermula sejak dari UMNO diperkudakan oleh GERAKAN ketika mereka memerintah Pulau Pinang.

Bukankah suatu masa lalu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad telah mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan UMNO semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, katanya beliau sebagai generasi muda dalam UMNO mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam UMNO, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang – sepenuhnya sila baca di (SINI)

Kerana sikap tidak amanah dan juga lalai pemimpin- pemimpin UMNO itu juga 98.84% tanah milik Melayu di Pulau Pinang telah hilang – sila baca di (SINI)

Satu pengakuan yang khlas dari ADUN Pulau Betung yang amat pahit untuk ditelah oleh Datuk Azhar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang juga mempertikaikan pembinaan rumah yang mahal itu dengan melihatnya sebagai satu politik halus DAP yang mahu menghalau rakyat miskin dan yang kurang kemampuan untuk memiliki rumah dan tinggal di negeri itu.

Katanya “Kerajaan BN juga dahulu telah meletakkan syarat kepada semua pemaju rumah mewah harus membina 30 peratus rumah kos rendah dalam projek mereka. Inilah perangai DAP yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat”,

Kenapa beliau tidak menyebut sehingga habis apa sebenarnya syarat yang memerlukan para pemaju membina 30% rumah kos rendah dalam projek mereka?

Ramai yang tidak tahu, mengikut garis panduan yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 30% rumah kos rendah perlu dibina oleh pemaju yang memajukan sesuatu projek perumahan jika jumlah rumah yang dibina oleh mereka melebihi 150 buah..

Kerana bijaknya para peguam yang berada di pihak pemaju, mereka telah memanipulasi kelemahan yang ada ini dimana dalam sesuatu projek perumahan mereka membina kurang dari 150 buah rumah oleh itu tiada rumah kos rendah yang perlu dibina oleh mereka melainkan hanya memberi sedikit sumbangan berbentuk material kepada kerajaan negeri sebagai ganti.

Jadi kerana bijaknya mereka memanipulasi undang-undang yang telah ujud sejak dari UMNO diperkudakan GERAKAN lagi kini kita melihat banyak projek-projek rumah mewah yang jumlahnya sedikit dibangunkan oleh berbagai Syarikat.

Berbagai syarikat yang jika disiasat merupakan anak-anak syarikat kepada dua atau tiga Syarikat Induk..

Jadi salah siapa sebenarnya Melayu Pulau Pinang terpinggir dan kemudiannya tersingkir dari bahagian Pulau??

Salahkan UMNO!!!!

Datuk Azhar.. hang diamlah!! Datuk Zainal Abidin Osman pun sama juga…

Lagi satu.. Wang Ehsan RM100 yang dikutip dulu tu dah pergi mana? Nak songlap jugak ka?

Baca juga siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu di (SINI)

"

 

Ulama Muda keluar Umno?
Posted on Thursday, July 28 @ 18:54:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh Ust Saiful Bahri

Antara Terkepit & Tersepit. Nabi dah pesan, orang mukmin jangan dipatut dua kali dalam satu lubang. Dah berbuih diberi pesanan agar ulama menjauhi Parti Sekular Umno, tetapi sebahagian ulama muda kononnya nak buat transpornmasi dalam Umno.

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno adalah usaha membaiki dari dalam Umno. Tapi apa yang Anwar dapat. Mata Lebam!. Ketika ulama menyertai Umno untuk menentang Malayan_Union tetapi apa yang ulama dapat? Loteri Kebajikan!

Ketika Ulama Muda dengan beberapa pimpinannya yang menghadapi tekanan akibat mengajar tanpa tauliah termasuk perbicaraan di Negeri Sembilan. Tersepit dengan tekanan undang-undang itu mereka akhirnya didesak agar masuk Umno. Dan selepas itu nampaknya isu tersebut sudah reda. Tetapi kini, nampaknya isu itu bergolak kembali. Mereka terkepit pula dengan isu keganasan dan teroris pula. Ahak!.. terlepas mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Sudah lama diingat bahwa Umno bukan tempat untuk berteduh! Apalah faedahnya menabur jasa kepada Umno.. kain terlepas, tangan terkena tahik.

Jalan yang terbaik buat Ulama muda Umno ialah keluar dari Umno beramai-ramai menyertai Pakatan Rakyat dan bersama-sama berani menumbangkan kerajaan zalim Umno-BN ini.
Jangan dok ingat sangat kat ‘sampul’ tu. Selamat berjuang wahai Ulama Muda!!!

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku.
Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.
Selain Asri, seramai 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.
Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.
“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ulama Muda keluar Umno?

 

Rosmah mahu peruntukan lebih untuk Permata

POKOK SENA: Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).

Bernama hari ini melaporkan Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan  pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.

Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu untuk  ‘memastikan’ kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses  pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.

Kuasa yang diberikan kepada Rosmah yang menggelar dirinya sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia’ mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan.

Ini kerana  ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.

Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita  Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak  membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia..

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17857

Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta - fitnah

 

Jul 29, 11 11:12am

Kongsi 16

Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah....
apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.

14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.

Bantu rakyat

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.

Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.

Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” kata Rosmah.

 

No comments: