PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, June 21, 2011

Usrah: Peranan, Ciri & Persediaan Harakah Islamiah

Usrah: Peranan, Ciri & Persediaan Harakah Islamiah
Posted on Sunday, June 19 @ 22:59:48 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
KetamBatu


Oleh: ustaznik

"
panji-islamDalam Bab ke 3, bahagian ke II dari buku Apa Erti Saya Menganut Islam, almarhum Ustaz Fathi Yakan membicarakan tentang peranan, ciri dan persediaan harakah Islamiyyah.

Topik ini datangnya selepas topik yang ke 2 iaitu saya mesti meyakini beramal untuk Islam itu wajib. Saya kupas perkara ini (ciri, peranan dan tanggungjawab harakah islamiyah) dalam usrah di sini: ciri, peranan, tggjwb harakah islamiyyah (3) .
Huraiannya lebih lanjut secara bertulis dari buku tersebut seperti di bawah:

Peranan Harakah Islamiyah ialah membawa manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah sama ada secara individu atau jama’ah dengan berusaha dan bekerja untuk menegakkan masyarakat Islam yang menjadikan Kitabullah (Al-Qur’an) dan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai sumber hukum dan pengajarannya.

Harakah Islamiyah ialah satu tanzim ‘alami yang merangkumi para petugas dalam arena dakwah di seluruh pelosok muka bumi. Untuk mencapai matlamat di atas, Harakah Islamiyah menggunakan dakwah Islamiyah yang bersih lagi murni, sesuai dengan permasalahan dan tuntutan masa kini dan akan datang. Termasuk dalam cara ini ialah mengajak masyarakat supaya turut serta di dalam gerakan Islam dan menyusun mereka dalam gerakan tersebut. Dalam persediaannya pula mereka mestilah dididik supaya meyakini perjuangan ini supaya dengan keyakinan itu mereka akan bekerja untuk Islam dan berjihad di dalamnya.

Di antara tuntutan yang dimaksudkan ialah menghapuskan penjajahan dan saki baki pemikiran dan falsafahnya, sama ada penjajah timur mahupun barat, sehingga umat Islam kembali semula kepada keperibadiannya yang asal dan bebas.

Sejak hari-hari awalnya Harakah Islamiyah telah memberi perhatian berat dalam urusan membersihkan ajaran Islam dari saki baki bidaah dan khurafat dan mengemukakan Islam kepada orang ramai dalam bentuknya yang murni sesuai dengan keagungannya dan ketinggiannya.

Harakah Islamiyah meyakini bahawa hukum-hukum Islam dan ajarannya bersifat sempurna dan menyeluruh, mampu menyusun seluruh urusan manusia di segala bidang.

Harakah Islamiyah menganggap bahawa kaedah asasi yang menjadi tapak tertegaknya Islam di sepanjang sejarah manusia ialah kaedah “Lailaha illah” (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) iaitu mengesakan Allah dalam uluhiyyah (ketundukan dan kepatuhan) dan hakimiyah (kehakiman dan perundangan) dengan pengertian mengesakan Allah di sudut ‘akidah di dalam hati, di sudut ibadah terjelma di dalam syiar-syiar dan di sudut syariat pula terjelma di dalam realiti kehidupan.

Harakah Islamyiah juga meyakini bahawa Islam adalah kekuatan asasi untuk membangunkan umat Islam, kekuatan asasi untuk menyelamatkan seluruh dunia, kekuatan asasi untuk membebaskan manusia dari belenggu penindasan taghut dan para pelaku kezaliman sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama seluruhnya hanya untuk Allah.

Harakah Islamyiah berpendapat bahawa menerima dan mengamalkan sistem kapitalisme, sosialisme, komunisme dan lain-lain sistem ciptaan manusia merupakan satu kekufuran terhadap Islam yang agung, menderhakai Allah pemilik alam semesta, perjalanan hidup yang tidak dipandukan oleh petunjuk Ilahi, meraba-raba dalam keadaan yang tidak memberikan apa-apa faedah, menghabiskan tenaga-upaya dan masa. Allah berfirman, maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Al-’Imran 3: 85)

Sebenarnya Al-Imam Hasan Al-Banna rahimahullah (semoga Allah meredainya) telah menyimpulkan tentang peranan Harakah Islamiyah dengan berkata:

“Peranan kita secara umum ialah tegak berdiri menghadapi serangan arus taghut yang terdiri dari tamadun kebendaan, peradaban yang mementingkan kemewahan dan nafsu-syahwat, yang telah meratah bangsa-bangsa umat Islam. Tamadun ini telah menjauhkan umat dengan kepimpinan Nabi s.a.w dan petunjuk Al-Quran, ia telah menghalang alam jagat ini daripada cahaya petunjuk dan menyebabkan umat Islam mundur terkebelakang beratus-ratus tahun.

Peranan ini mestilah berterusan sehinggalah bumi kita bebas dari belenggunya dan bangsa kita terselamat dari balanya. Dan peranan kita bukanlah terhad di sini sahaja malah kita akan menghadapi dan memerangi peradaban tersebut di bumi tempat kelahirannya sehingga seluruh alam ini akan melaungkan nama Nabi Muhammad s.a.w sehingga manusia semuanya meyakini Al-Quran dan naungan Islam akan meneduhi alam. Di saat inilah tercapainya cita-cita seorang muslim, maka di kala itu tiada lagi fitnah ke atas agama ini dan jadilah agama ini semata-mata bagi Allah. Firman Allah bermaksud: “..Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; 5- Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Rum 30: 4-5)

Inilah peranan dan tanggungjawab kita secara umum. Adapun secara terperincinya maka tanggungjawab kita kepada umat Islam ialah:

1.       Sistem Pemerintahan Dalam Negeri. Dengan wujudnya sistem ini akan terlaksanalah hukum-hakam sebagaimana yang dituntut dalam firman Allah, maksudnya: “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya sanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq.” (Al-Maidah 5: 49)

2.       Sistem Hubungan Antarabangsa. Dengan wujudnya sistem ini akan terlaksanalah bentuk perhubungan sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah, maksudnya: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (Al-Baqarah 2: 143)

3.       Sistem Amali Dalam Kehakiman. Sistem ini adalah bersumber dari firman Allah, maksudnya: “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (Al-Nisa’ 4: 65)

4.       Sistem Pertahanan Dan Ketenteraan. Dengan perlaksanaan sistem ini dapat digerakkan rakyat umum sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah, maksudnya: “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam)”. (Al-Taubah 9: 41)

5.       Sistem Ekonomi (Iqtisad). Sistem ini bertujuan membebaskan kekayaan, harta-benda, negara dan individu-individu berdasarkan firman Allah, maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan”. (Al-Nisa’ 4: 5)

6.       Sistem Kebudayaan Dan Pelajaran. Sistem ini adalah untuk menghapuskan kejahilan dan kebodohan selaras dengan perintah wahyu yang pertama dari Al-Quran, maksudnya: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.” (Al-’Alaq 96: 1)

7.       Sistem Kekeluargaan dan Rumah-tangga. Sistem adalah untuk membentuk putera-puteri yang Muslim dan golongan dewasa Muslim yang melaksanakan perintah Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala)”. (At-Tahrim 66: 6)

8.       Sistem Hidup Perseorangan. Sistem ini adalah bertujuan menjadi pedoman hidup bagi individu secara khusus supaya kehidupannya berjaya mencapai maksud firman Allah, bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah (berjayalah) sesiapa yang membersihkan dirinya.” (Asy-Syams 30: 9)

9.       Menghidupkan roh atau semangat kejiwaan secara keseluruhan dalam setiap diri individu di kalangan ummah sama ada pemerintah ataupun rakyat kerana melaksanakan tuntutan Allah Taala, maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Al-Qasas 28; 77)

10.   Akhirnya kita mahu supaya lahirnya individu muslim, rumah tangga muslim, rakyat muslim dan pemerintahan Islam. Kita ingin membina sebuah negara (daulah) yang mampu memimpin negara-negara Islam yang lain, sebuah negara merangkumi seluruh umat Islam, sebuah negara yang dapat mengembalikan keagungan mereka, mengembalikan tanah air mereka yang telah hilang dan mengembalikan tanah air mereka yang dirampas dan di tawan. Selain dari peranan dan tanggungjawab tadi, kita mahu supaya Daulah Islamiyah ini mengepalai pembawa panji-panji jihad dan dakwah ke seluruh alam sehingga dunia ini dapat mengecap kebahagiaan dari ajaran Islam. bersambung..

Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam ? – Karangan: Fathi Yakan

Ogos 13, 2007 HermanSamsudeen Tinggalkan komen Go to comments

 

i

2 Votes

Quantcast

Buku karangan Fathi Yakan ini amat menarik untuk dibaca, khususnya bagi mereka yang sedang mencari hala tuju hidup dan jalan perjuangan. Telah ramai manusia yang lahir dan berhidup dengan mengaku mereka itu Islam tanpa memahami tuntutan dua kalimah syahadah yang mereka ucapan setiap hari dalam solat mereka.

Justeru itu, saya menyarankan agar saudara-saudara dapat menghayati buku ini dan boleh disalin dari link berikut:

Mukadimah

Bahagian Pertama:

·         Mukadimah Bahagian Pertama

·         Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah

·         Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah

·         Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah

·         Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya

·         Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri

·         Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam

Bahagian Kedua:

·         Mukadimah Bahagian Kedua

·         Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam

·         Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib

·         Bab 3: Peranan, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah

·         Bab 4: Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Dalam Islam

·         Bab 5: Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah

·         Bab 6: Saya Mesti Memahami Tentang Pemusatan Amal Islami

·         Bab 7: Saya Mesti Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaan

(juga boleh diakses melalui page Usrah)

Categories: Agama, Buku, Cerita Teladan, Ekonomi, Hak Asasi, Jenayah, Keluarga&Masyarakat, Pendidikan, Politik, Sains & Teknologi, Sosial, Undang-Undang

 

Ustaz Fathi Yakan meninggal dunia

Antara buku harakah yang paling awal saya kenal ialah buku karangan Ustaz Fathi Yakan bertajuk ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ telah membuatkan diri saya berjaya menemui matlamat hidup yang sebetulnya.

Dan hari ini mendapat berita bahawa Ustaz Fathi Yakan sudah meninggal dunia yang bersebab musabbab dari serangan angin ahmar.

Kita kehilangan satu permata Islam yang bersinar ke seluruh dunia. Tetapi kematiannya tidak akan melenyapkan terus semangat ruhul jadid yang sentiasa segar dalam ingatan hasil kata-katanya dalam hampir 35 buah bukunya.

Tidak sepatutnya bagi penegak agama Islam merasa lemah dengan kematian beliau tetapi perjuangan perlu diteruskan oleh kita yang tinggal ini sebagaimana dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W yang menyaksikan kepintaran Saidina Abu Bakar dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur.  Surah Al-Imran Ayat 144

Betapa besar jasa beliau hanya Allah yang mampu membalasnya. Innalilahi wainna ilahi raji’un. Al-Fatihah

Buku ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’

Berita kematian dan biodata

Anda mungkin juga meminati:

·                          Rakusnya dengan kehidupan dunia

·                          Kebathilan tetap dihapuskan

·                          Kehidupan Penagih

Rakusnya dengan kehidupan dunia

Semakin hari mengikuti perkembangan isu semasa membuatkan saya bertambah meluat dengan scene-scene yang dilakonkan oleh watak yang hanya mementingkan kehidupan dunia semata-mata.

Betapa kerakusan pemimpin terhadap kuasa seolah-olah mereka tidak akan mati untuk selamanya. Kuasa sementara yang dipegang di atas dunia membuatkan mereka lupa kehidupan yang kekal abadi Akhirat.

Patut lah Firaun mengaku sebagai Tuhan dan tidak mahu mengikut nasihat Nabi Musa ketika mana Nabi Musa menyeru supaya mengikuti perintah Allah dan menjauhi larangannya dan membebaskan Bani Israel melata dibumi dengan aman, puncanya adalah bila sudah mendapat kuasa mereka akan lupa tentang Akhirat disebabkan segala kesenangan amat mudah sekali diperolehi dan boleh pula membeli orang lain supaya mengikut telunjuknya.

Allah S.W.T tidak akan membiarkan begitu saja mereka yang tidak mahu menurut perintahnya diseksa dan diazab samaada di dunia atau di akhirat tetapi dihantar satu golongan yang akan memberi ingatan tentang perbuatan buruk yang mereka lakukan dan jika mereka tetap berdegil tunggulah azab Allah yang akan ditimpakan kepada orang yang zalim.

Kisah sahabat Nabi Mus’ab Bin Umair mungkin cukup untuk kita sebagai renungan yang mana selepas dia berhijrah ke Madinah bersama-sama Nabi tiada baginya harta dan pakaian melainkan sehelai selendang yang diletakan di atas badannya yang bertampung dengan kulit. Baginda Nabi ketika melihat Mus’ab menangis kerana mengenangkan kemewahan yang diperolehi ketika di Mekah dahulu disebabkan terlalu dimanjakn oleh ibunya.

Baginda bertanya kepada Mus’ab ” Bagaimanakah keadaan kamu pada satu saat nanti pergi diwaktu pagi dengan satu pakaian dan diwaktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan akan diangkat lagi hidangan yang lain. Dan kamu menghias rumah kamu seperti kamu memasang kelambu Kaabah. Maka jawab sahabat ” Wahai Rasulullah tentulah kami pada waktu itu lebih baik daripada hari ini, kami akan memberi penumpuan pada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki ”

Lalu Nabi bersabda ” Tidak ! Keadaan kamu pada hari ini lebih baik daripada hari itu ”

Begitulah peringatan Nabi kepada kita tentang bahayanya kemewahan yang terlampau yang mana jika tidak diiringi dengan iman pasti kekayaan yang dikejar akan membutakan hati dari melihat kebesaran Allah S.W.T.

Orang yang bijak menjadikan kekuasaan dan kekayaan sebagai jambatan dia menuju ke Akhirat. Kekuasaan yang dipegang hanyalah untuk menyuruh manusia membuat kebaikan dan mencegah dari melakukan perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah.

Kekayaan digunakan untuk menolong orang susah bukan untuk menyusahkan lagi mereka yang tersedia susah.

Jika semua manusia berfikiran begitu amanlah dunia tetapi sengaja Allah ciptakan disetiap zaman ada pembesar dan pemimpin yang zalim dan ada juga golongan yang akan membetulkan keadaan. Semoga Allah memasukkan kita semua dalam golongan pembela agamaNya.

 

5 2009

Kebathilan tetap dihapuskan

Betapa pedih menatap wajah-wajah yang begitu lemah cedera dan meninggal dunia diragut rejim zionis tanpa rasa belas kasihan.

Serangan atas dasar untuk menghapuskan mujahidin Hamas terus dilakukan tentera Israel yang turut direstui US.Setakat hari ini hampir 500 orang telah meninggal yang rata-rata terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Ulama’ terkenal Islam, Syeikh Yusof Al-Qardawi pun telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan berkewajipan mempertahankan semenanjung Gaza dan tanah Islam dari pencerobohan pihak musuh.

Di Indonesia juga hampir 1000 mujahidin sudah bersedia berlepas ke sana untuk membantu pejuang Hamas. Bagi kita yang tidak mampu ke sana cukuplah dengan berdoa kepada Allah S.W.T supaya menghancurkan rejim Zionis laknatullah.

Allahu Akbar!

Info Palestin :

Palestin Kini

Rumah > Jenayah, Keluarga&Masyarakat, Keratan Akhbar > Benarkah “Kongsi” dan “KL Gangster” Mendedahkan Aktiviti Sulit Pekida Yang Didakwa Gangster Melayu

Benarkah “Kongsi” dan “KL Gangster” Mendedahkan Aktiviti Sulit Pekida Yang Didakwa Gangster Melayu

Jun 10, 2011 HermanSamsudeen Tinggalkan komen Go to comments

 

i

Rate This

Quantcast

Terkejut saya bila ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan meluahkan hasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana kononnya mendedahkan perkara sulit dalam Pekida. Apa yang sulit dalam Pekida dan kaitannya dengan filem Gangster ala Hong Kong ini? cuba cecita….

Kenapa Pekida berasa cukup terganggu dan tercabar, sedangkan selama ini mereka mendakwa tidak ada kena mengena dengan aktiviti gangster khususnya di Kuala Lumpur ini? hairan jugak…

Tapi bila saya imbas kembali artikel sorang teman bertajuk “Budaya politik Gengsterisme yang dibawa menantu Pak Lah ke dalam UMNO”….. dalam artikel nie mmg banyak komen-komen ahli Pekida yang menceritakan siapa diri mereka sebenarnya…

Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul
Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

“Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

“Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

“Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat,” ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

“Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

“Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.

 

 

"

No comments: