PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, June 15, 2011

Mudah Murtad, Ulama UMNO baca Komik Ke?



Mudah Murtad, Ulama UMNO baca Komik Ke?
Posted on Tuesday, June 14 @ 17:19:14 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Oleh: mohdnoorawang

"Syabas 1 Malaysia. 1 Ummah. Nak murtad (orang Islam nak keluar ugama) hanya dengan berhujah di mahkamah kerajaan BN/UMNO. Senyap sepi ulama UMNO dan PM Najib.

>Malah dengan gahya menteri jaga ugama Islam DS Jamil Khir memberi tahu kepada MP seramai 300 orang yang berugama Islam telah diluluskan keluar ugama Islam atau murtad.

Riuh rendah macam gelagat kera dan monyet pemimpin UMNO bermula dari PM Najib sehingga cerdikpandai pembodek bodoh UMNO menyerang PAS dan DS Tuan Guru Haji Hadi dengan kaedah uslud berdawah dan berpolitik dengan gagasan sebuah negara berkebajikan.

Semalam dalam buliten tv3, bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir menyerang PAS dengan hujah biasa macam budak UPSR. Jelas Mahathir benci pada Islam yang dibawa oleh PAS.

Untuk rekod Mahathir satu satunya perdana menteri bangsa Melayu dan berugama Islam merosakkan ugama dan bangsa Melayu secara sedar, halus dan terang. Mahathir sendiri pernah menghina Nabi Muhmammad saw. Ulama umno dan Jakim takut untuk tegur gelagat Mahathir, mungkin ulama umno baca komik kot.

PAS tidak menukar perjuangannya. Islam tetap mejadi dasar perjuangan. Hanya orang yang benci dan mahu kedudukkan, pangkat dan harta sahaja membuat riuh macam gelagat kera dan monyet.

BN/UMNO riuh hentam PAS dalam masa yang sama BN/UMNO gagal mengawal kenaikkan harga barang. Kenaikkan bil letrik memberi kesan yang tinggi kepada pengguna.

BN/UMNO menyekat dan membatalkan subsidi super diesel kepada operator atau syarikat pengguna seperti lori pengangutan dan nelayan kelas c. Wahai Najib beras naik lori, jika bahan bakar naik atau sekat subsidinya, sudah tentu harga beras untuk mengimbangi kos pengangutan yang dicaskan oleh operator lori. (satu *****uh,)

Saranan kami pada BN/UMNO PM Najib dan pembodek bodoh dan watak watak yang sama dengannya jangan jadi watak kera dan monyet untuk menipu rakyat.

Amat malang PM Najib dalam mentadbir urus kewangan negara sehingga mahu menambah bajet 2011 sebanyak RM11 Billion, pada sesi dewan yang sedang bersidang. Kita tunggu ahli parlimen pakatan rakyat berhujah.

Namum parlimen BN/umno sebagai tong sampah kerana watak kera dan monyet bergayut didahan pokok tua UMNO. Ayuh kita lawan dan hancurkan UMNO/BN sebagai petualang bangsa. seperti Mahathir dan juak juaknya.

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan
Posted on Tuesday, June 14 @ 05:52:39 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


BeritaSumber Mkini

NONEMahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.




RM1.8 juta... untuk laman Facebook?
Posted on Tuesday, June 14 @ 17:01:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.


“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan

 

No comments: