PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, June 30, 2011

Perkataan BERSIH dan Baju Kuning

Polis sita tapak ceramah BERSIH

Joseph Sipalan
Jun 29, 11
3:27pm

Kongsi 298

Tapak ceramah Pakatan Rakyat di Gombak pagi ini disita oleh pihak polis yang dipercayai sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk membantutkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

pkr weeklly pc 090807 amirudin shariADUN Batu Caves Amirudin Shari berkata anggota polis itu tiba dengan dua kereta pada jam 10.30 pagi dan mereka dengan segera mengepung kawasan itu dengan pita kuning di dewan Kampung Wira Damai dan sebuah padang berhampiran.

"Mereka beritahu kami tidak dibenar menggunakan tapak ini untuk cermah malam nanti.

"Kami telah memohon permit (ceramah) di bawah nama BERSIH dua atau tiga minggu lalu sebelum pihak berkuasa memutuskan bahawa perkataan 'BERSIH' tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Amirudin pihak polis juga tidak memberikan alasan yang jelas berhubung mengapa tapak ceramah Pakatan itu disita tetapi percaya ia ada kaitan
dengan penggunaan perkataan 'BERSIH'.

NONEPersatuan penduduk kampung itu telah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan ketua balai polis Gombak menerusi peguam mereka Zulkarnain Lukman dan Zulhazmi Shariff, bagi mendapatkan penjelasan.

Zulkarnain berkata pihak polis enggan berbincang meskipun mereka telah menunggu selama sejam. Tindakan itu memaksa mereka membuat laporan polis terhadap pegawai polis berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Baju kuning pun jadi sasaran polis

Lee Weng Keat
Jun 30, 11
12:09pm

Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

NONEAhli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.

Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi.

Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu.

NONEMenurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.

Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah

 

RE: Kartun Utusan Hina Islam (Boikot Utusan)

UMNO perlu tahu - Lagi menekan lagi rakyat jauhinya
Posted on Wednesday, June 29 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


KomentarOleh Aspan Alias


Nampaknya tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih.

Pada hari ini kedengaran Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO. Sekarang Omar Din pula menjadi jurucakap UMNO. UMNO sendiri kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih.

Banyak pihak yang tidak tahu untuk bercakap, telah dengan lancang bercakap dan tidak seorang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukan keadaan tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kehadapan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.

Masing-masing bercakap dengan garang dan ‘heroic’ untuk menunjuk maco dengan harapan dianggap sebagai manusia yang mempunyai ‘consequence’ yang hebat. Bermacam-macam cara untuk menempelkan diri kepada ramai yang mereka sayangkan negara sambil menonjolkan diri masing-masing dan mengharapkan dapat perhatian pihak yang tinggi.

Dalam kumpulan pemimpin yang banyak kelemahan, mereka selalunya amat bergembira dengan keadaan kucar kacir kerana dalam keadaan aman pemimpin-pemimpin pengecut ini selalu tidak akan timbul dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya terdapat mereka yang sudah berusia seperti saya masih lagi menjadi aktivis untuk meletakan diri dan wajah mereka berada di dada-dada akhbar khususnya di dalam media perdana.

Cara ini memangnya satu cara yang lazim dilakukan semasa dahulu dan rakyat akan terpengaruh dengan cara ini. Tetapi sekarang rakyat yang sudah terbuka pandangannya dengan pengaruh dunia moden ini mereka dengan mudah memahami maksud dan tujuan mereka berkelakuan begini. Rakyat sudah pandai membaca dan membelek ‘air di dalam tunggak’; tahu yang mana satu yang jujur dan yang mana yang hanya berpolitiking dengan keadaan yang ada untuk menaiki tangga sosial melalui politik tadi.

Kita terlalu defensif seperti kita ini dari pihak pembangkang. Oleh kerana kita suka mengambil sifat seperti pembangkang saya merasakan yang rakyat akan meletakan mereka di tempat yang secucok dengan mereka, iaitu untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam dewan-dewan lagisltaif negara.

Maka rakyat dari sekarang sudah mempunyai persepsi yang UMNO dan BN sudah selayaknya untuk menyesuaikan dengan sikap defensive mereka itu dengan duduk di pihak pembangkang. Cara dan sikap mereka pun akhir-akhir ini memang seperti parti yang hendak jadi pembangkang. Bagaimana rakyat hendak memberikan tempat sebagai pihak yang berkuasa jika sikap dan cara kita layaknya untuk menjadi pembangkang?

Jika UMNO masih berselera untuk menjadi pihak yang memerintah, maka pemimpin-pemimpin parti ini wajar kembali kepada sifat dan kualiti sebagai pemerintah dan bersifat ‘magnanimous’ yang tinggi….ada ‘class’ kata anak-anak muda sekarang.

Orang tua-tua dahulu selalu berkata, seorang berdarah raja jika dia menjadi tukang sapu sampah pun dia tetap raja. Tetapi kalau orang itu sengkek (toman kata orang NS) jika kita letakan mahkota di kepala mereka pun, ia tetap sengkek. Itulah sebabnya jika hendak menempah songkok, tempahlah dari tukang songkok. Jangan tempah dari pembuat kasut. Nanti songkok akan rupa kasut pula. Itulah yang berlaku sekarang. Yang tidak layak menjadi pemimpin di angkat menjadi pemimpin. Yang layak menjadi pemimpin sentiasa diketepikan.

Begitulah pentingnya ‘disposition diri’ bagi mereka yang bercita-cita hendak jadi pemimpin. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian elok duduk dengan saya di kedai kopi mamak sahaja. Sesudah makan tosai, kita pesan pula roti canai. Kita duduk di mana selayaknya kita.

Kepimpinan negara akan dilihat sebagai kepimpinan yang tempang jika orang yang memimpin itu bukannya yang selayaknya duduk di atas kerana ianya akan memudharatkan sistem kerajaan yang ada di bawahnya.
Mereka yang jenis ini akan merasakan yang sistem yang ‘rigid’ untuk kebaikan negara itu membebankan mereka. Sistem yang baik akan menghalang dari mereka menunjukan kuasa.

Kita harus mengambil isu kelayakan ini sebagai perkara besar di dalam kepimpinan negara. Jika kita hanya mereka yang sepatutnya berada di sana maka tidak timbul masalah ‘attitude’ dalam kepimpinan. Jika kita pilih pemimpin yang baik tidak timbul ada permainan ilmu hitam misalnya kerana mereka yang mempraktikan ilmu hitam ini adalah orang yang paling rendah darjatnya kerana sanggup menduakan Tuhan yang maha Esa.

Tidak akan timbul juga tindakan menunjuk-nunjuk dengan ‘door gift’ yang mahal seperti jam yang ‘diamond studded’ kepada jemputan yang menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan anak kita. Kekayaan kita tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerana ianya akan membeza nilai keperibadian seseorang itu. Jika pemimpin yang duduk dalam ‘public office’ yang tinggi orang ramai akan bertanya. ‘dimanalah mereka ini dapat kekayaan hingga berkemampuan untuk memberi hadiah yang bermillion harganya ini?’

Itulah sebabnya kita melihat rakyat begitu ramai memberikan sokongan moral terhadap NGO Bersih ini…bukannya kerana mereka menyokong Bersih tetapi mereka terlalu mual dengan apa yang dilihat mereka di dalam kepimpinan negara kita.

Rakyat sayangkan negara mereka kerana ini sahajalah negara tempat mereka berteduh. Itu sebabnya rakyat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan negaranya ditadbir oleh mereka yang selayaknya diyakini.

Kita boleh salahkan sesiapa, tetapi jangan sekali-kali menyalahkan rakyat.  UMNO perlu tahu - Lagi menekan lagi rakyat jauhinya

 

 

Umporno perkuda polis apco hingga guna mahkamah halang ceramah di P. Pinang

 

 

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang memberi amaran mengenai tindakan keras yang akan diambil terhadap pihak yang menyertai dua perhimpunan haram yang dijadual berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 8 malam esok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-dua perhimpunan yang akan diadakan esok mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

 

"Polis mendapat perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret iaitu (mengikut) Seksyen 98, Kanun Prosedur Jenayah, notis pemberitahuan mengenai larangan (mengadakan perhimpunan haram itu) yang diserahkan kepada pihak penganjur dan ditampal di kedua-dua lokasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 

Ayub turut memberi peringatan akan menggunakan kuasa yang ada mengikut undang-undang bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung.

 

"Saya merayu semua pihak supaya mematuhi perintah mahkamah ini dan seterusnya memberi amaran kepada sesiapa yang melanggarnya akan berdepan tindakan polis," katanya.

 

Katanya, difahamkan, kedua-dua perhimpunan haram berkenaan bakal dihadiri Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk Ambiga Sreenevasan dan turut dijangka hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ayub berkata, 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan reman sehingga 2 Julai ini kerana mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram di ibu negara, berkemungkinan dibenarkan berjumpa anggota keluarga masing-masing esok.

 

Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai layanan buruk polis terhadap 30 aktivis itu semasa dalam tahanan.

 

"Kita memberi perhatian berat terhadap kesihatan dan kebajikan tahanan-tahanan ini. Malah, tiga daripada mereka dibawa ke hospital semalam untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu selesema dan batuk," katanya.

 

Kumpulan berkenaan ditahan di plaza tol Sungai Dua di sini pada 25 Jun lalu ketika sedang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini dan kempen PSM 'Udahlah tu... Bersaralah', yang dikatakan ditumpukan di bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu. - BERNAMA

 

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH:Kenapa ** gabra dengan 9 Julai

Kenapa BN gabra dengan 9 Julai

 

 

Posted on Tuesday, June 28 @ 07:44:00 PDT by paktam

Oleh Panah Hijau

Barisan Nasional (BN) senantiasa menguar-uarkan bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan penuh rakyat.  Baghttp://bersih.org/wp-content/uploads/2011/06/bersih-gif-1.gifuslah kalau macam itu.  Tetapi persoalannya sekarang ialah mengapa BN tiba-tiba berasa gelisah terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan diadakan pada 9hb Julai yang akan datang ini?

Bermacam-macam adegan BN  telah menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sedang berasa gelisah setiap hari, setiap jam malah setiap saat yang sedang berlalu ini sementara tarikh 9Julai datang semakin hampir.

 

Bukankah BN sudah mendapat kembali sokongan penuh rakyat atau itu andaian mereka sahaja?  Jika ianya adalah andaian maka BN akan berdepan dengan hakikatnya nanti pada 9hb Julai bahawa sokongan rakyat memang bukanlah memihak kepada mereka tetapi memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mungkinkah BN sekarang sedang berkerja keras mahu memburuk-burukkan imej Bersih 2.0 selaku mengharapkan supaya orangramai tidak akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 nanti?  Jalan-jalan, bersembang-sembang dengan kawan sahaja, adakah itu salah?  Lagipun ianya digelar 'Walk For Democracy' bukannya satu pergerakan revolusi.

Apa agaknya sudah berlaku kepada BN ini?  Tidakkah mereka ingin memberi sokongan mereka kepada Bersih 2.0 supaya pilihanraya yang akan datang adalah bersih?  Bukankah pilihanraya yang bersih adalah sesuatu yang baik?  Penulis rasa hairan mengapa BN tidak mahu menyertai bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 padahal ianya adalah satu perhimpunan yang baik dan aman, dengan matlamat dan tujuan yang mulia.

Perdana Menteri Najib Tun Razak selalu mengheboh-hebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia.  Adakah ini retorik kosong sahaja?  Jika Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, rakyat patut diberi peluang untuk berhimpun secara aman.

Selain dari itu, Bersih pun telah memberi jemputan kepada BN untuk menyertai perhimpunannya tetapi BN telah menolak dan diam membisu sahaja. 
Justeru itu, Pemuda UMNO pula berhasrat mengadakan perhimpunannya yang tersendiri.  Mengapa begini?

Adalah diharap bahawa BN akan turut menyertai Perhimpunan Bersih nanti.  Tidak perlulah buat perhimpunan yang berasingan pula.  Bila BN menyertai bersama, barulah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib itu akan nampak dipratikkan oleh UMNO.  Jika tidak, ia hanyalah tinggal sebagai laungan kosong sahaja.

PANAH HIJAU
28hb Jun 2011

 

 

 

'Bersih 2.0 Australia' tak hirau amaran kerajaan

Jun 29, 11 10:18am

Kongsi 18

Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demkian.

bersih rally 271207 02Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Maverick itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.

Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.

bersih rally in london 131107 defiance"Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.

"Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik," kata Maverick.

Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.

NONEMenurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.

"Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini.

"Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini," katanya lagi.

 

 

BERSIH: Pelbagai Teori dan Spekulasi

Posted on Tuesday, June 28 @ 01:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh Juragan 

 

 Oleh: MaZaShah

 

"Perhimpunan 9 Julai semakin hari semakin panas. Mereka yang berada tampuk kuasa kini gusar dan gelisah. Sehari suntuk memikirkan strategi yang boleh digunakan untuk mengagalkan perhimpunan 9 Julai, yang boleh dianggap salah satu perhimpunan bersejarah bagi rakyat dalam menuntut pilihanraya bersih dan adil. Sehingga hari ini, pelbagai teori dan spekulasi dilontarkan pelbagai pihak. Antaranya:-

 

Rusuhan Kaum

 

Sejak Gerak Aman dilancarkan di Padang Kelab Sulaiman oleh Presiden PERKASA, angin-angin perkauman dilihat bertiup kencang. Ucapan Presiden PERKASA dikecam oleh pelbagai pihak kerana berbaur ugutan dan perkauman dan boleh menjerumus ke arah rusuhan kaum. SMS ugutan berunsur perkauman juga dihantar kepada Pengerusi BERSIH Dato Ambiga. Ini mengingatkan kita tentang peristiwa 14 Mei 1998 di Jakarta. Demostrasi pada mulanya menuntut Presiden Suharto meletak jawatan atas dakwaan korupsi, bertukar menjadi rusuhan kaum. Ada pihak berpendapat rusuhan kaum itu sengaja dilakukan bagi mengalih perhatian rakyat tentang isu pokok yang sebenar, iaitu isu korupsi Presiden Suharto.

 

Pertempuran

 

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PERKASA, Gerak Aman, Patriot di tafsir oleh rakyat seolah-olah mereka mahukan pertembungan fizikal dengan peserta himpunan BERSIH. Jika ini benar-benar berlaku, ia amat mendukacitakan dan amat memalukan. Hak untuk berhimpun secara aman termaktub di dalam perlembagaan. Pelbagai pihak berhak menyuarakan bantahan secara aman. Tidak perlulah kehendak mereka dihalang dengan begitu sekali. Seolah-olah kita berada di negara yang mengamalkan konsep opresi dan supresi terhadap rakyat. Jika diimbas kembali, di Amerika Syarikat pernah terjadi demostrasi pertembungan antara dua pihak, antara Klu Klux Klan (yang terkenal dengan isu perkaumannya) dan sebuah kumpulan rakyat yang menolak isu perkauman. Walaubagaimanapun, kesemuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan pihak berkuasa mengawal keselamatan kedua pihak tanpa memilih bulu dan bertindak secara profesional. Terdapat juga pertempuran antara dua kumpulan baru-baru ini, sebagai contoh di Mesir, kumpulan pro-Hosni Mubarak bertempur dengan kumpulan yang mahu mengulingkan pemerintahan diktator Hosni Mubarak.

 

Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA)

 

Ini merupakan senjata ampuh bagi pihak berkuasa untuk mengagalkan perhimpunan 9 Julai. Kebelakangan ini media massa mencanangkan isu pengunaan ISA terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan ini. Pengunaan ISA akan di justifikasikan atas nama keselamatan negara. Ada pihak berpendapat apabila pemimpin dan pengerakan utama BERSIH di ISAkan maka perhimpunan ini akan lumpuh. Tetapi ini juga ibarat jalan mati, di khuatiri dengan mengunakan ISA, ini akan mengugat Barisan Nasional pada PRU 13 akan datang apabila rakyat bangkit menolak Barisan Nasional. Tangkapan ISA secara 'berjemaah' bukanlah sesuatu perkara yang baru, ini mengingatkan kita semula tentang Operasi Lalang 1987.

 

Kawalan Keselamatan

 

Sasaran bilangan peserta BERSIH agak mengerunkan. Bilangan yang boleh dikategorikan sangat besar untuk sesebuah perhimpunan aman. Jadi tidak terkejutlah pihak berkuasa juga akan melipat gandakan sekatan jalanraya menjelang hari tersebut. Bas-bas yang membawa peserta sudah pastinya akan ditahan sebelum sampai ke destinasi, ini mengingatkan kita tentang peristiwa bas peserta "Walk for Justice" yang ditahan sebelum memasuki 'gelangang'. Seperti biasa, sebelum perhimpunan sebenar bermula, akan berlaku pesta tangkapan 'berjemaah', ini hanya merupakan 'psychological warfare' untuk melemahkan semangat dan moral peserta. Itu sahaja, tidak lebih dari itu. Sasaran utama mereka ialah, mereka yang memakai baju BERSIH dalam kumpulan yang kecil. Golongan sasaran inilah yang akan memenuhi trak-trak polis untuk sesi pra-perhimpunan, mungkin perhimpunan Anti ISA pada 1 Ogos boleh dijadikan pedoman dan pengajaran.

 

DBKL dan ATM

 

Terdapat juga spekulasi dan khabar angin yang betiup kencang, kononnya, pihak penguatkuasa DBKL juga akan bekerjasama dengan anggota polis untuk mengawal keselamatan. Ya, bilangan anggota polis jauh lebih kecil dibandingkan dengan bilangan peserta demostrasi dari BERSIH, GERAK AMAN dan PATRIOT (UMNO). Terdapat juga khabar angin kononnya ATM akan turut memberi kerjasama untuk mengawal keadaan pada hari tersebut mengikut 'public order manual'.

 

Darurat dan Telekomunikasi

 

Terdapat juga spekulasi-spekulasi nakal yang mengatakan kononnya pada hari tersebut akan diisytiharkan darurat untuk mengelakkan rakyat berbondong-bondong turun ke jalan bagi menyatakan tuntutan. Tersebar pula di Twitter kononnya pada hari tersebut semua rangkaian telekomunikasi akan diputuskan. Ini akan menyukarkan perhubungan antara mereka untuk menjayakan BERSIH 2.0 kali ini. Mengingatkan kita bagaimana Hosni Mubarak mencantas Internet dan menisytiharkan darurat di Mesir untuk mengelakkan maklumat untuk menjatuhkan beliau tersebar luas di kalangan rakyat Mesir.

 

Walaubagaimanapun, spekulasi hanyalah spekulasi, tiada fakta yang dapat menghuraikannya. Inilah sebahagian spekulasi dan teori yang dilontarkan pelbagai pihak. Diminta semua peserta demostrasi berniat BERSIH, berfikiran BERSIH, dan mengelakkan diri dari terjebak mainan politik pihak tertentu yang cintakan rusuhan, provokasi dan pergaduhan. Tetapi sedikit pelik, walau sebanyak mana ugutan dan amaran, rakyat seolah-olah hilang deria dan perasaan takut. Rakyat seolah-oleh berpegang pada prinsip 'lagi tekan, lagi lawan'. Keberanian rakyat kebelakangan ini mungkin menjadi penentu masa depan negara pada pada PRU 13 kelak.

 

dipetik dari bloghttp://bangsarakyat.blogspot.com/"

 

 

 

 

 

Panduan Himpunan BERSIH 2.0

Posted on Monday, June 27 @ 22:31:47 PDT

Dilulus untuk paparan oleh aya 

 

 Oleh Zabidie Abas

 

Fakta :

Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur

(Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL).

Aman Dan Tanpa Senjata.

 

Tuntutan Bersih 2.0 :

BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)

Reformasikan Undi Pos

Gunakan Dakwat Kekal

Akses Media Yang Bebas & Adil

Tempoh Berkempen Minima 21 Hari

Kukuhkan Institusi Awam

Hentikan Rasuah

Hentikan Politik Kotor

 

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :

Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO's.

 

Kedudukan Parti-Parti Politik :

Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.

 

Jangkaan/ Unjuran :

Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mereformasikan pilihan raya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .

 

Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan :

 

 

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Sediakan baju hujan berwarna kuning.

6. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan.

7. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

8. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

9. Sedikit garam batu ; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

10. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

11. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis "N100 Respirator, N95 Respirator" dan "Surgical facemask" untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

12. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

13. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

14. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

15. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721.

 

Perkara Yang Tidak Dibenarkan :

Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.

Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya.

Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.

Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

 

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan :

 

Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

 

Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

Jangan lupa "charge" bateri handphone dan kamera.

Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru

Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab..

 

Semasa Perhimpunan Dan Perarakan :

 

Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari "Field Commander" yang dilantik.

Ikutilah arahan dari Unit Amal atau "Field Commander" sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada "Field Commander"

Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan "Field Commander".

Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

 

Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi "sound system" akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

 

Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa.

Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

 

Selepas Perhimpunan :

 

Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

 

Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]

Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.

Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.

Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.

Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.

 

Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi :

Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan "Field Commander" Unit Amal.

Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.Jangan hampiri mereka.

 

Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan

Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

Duduk jika pimpinan arahkan.

Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air "water canon" berwarna kuning.

Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

Ambil gambar mereka jika sempat.

Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan :

 

Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab "Saya kerja swasta atau kerja sendiri". Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan :

Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

 

Tunggu! Perhatian… :

 

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

 

 

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

 

 

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.

 

Harapan Kita Semua :

 

 

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan berjaya tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan erjay perundangan dan erjaya implementasi erjay kita.

Ingat, Himpunan Bersih erjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihan raya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada "Field Commander" atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

 

http://amkj.blogspot.com/

 

Ingat! Kita semua akan dihisab di Akhirat nanti.

Posted on Tuesday, June 28 @ 18:28:42 PDT

Dilulus untuk paparan oleh aya 

 

 Oleh: tokpepijat

 

" Polis suatu kerja mulia. Menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Jika berlaku kecurian, pembunuhan dan pergaduhan, polislah tempat rujukan utama rakyat.

 

Di Malaysia, polis berada dalam dua alam. Pertamanya, di alam kepolisan sejati. Rakyat pandang mulia polis yang berada di alam ini. Mencegah jenayah dan bertindak betul, cepat dan amanah.

 

Satu lagi alam polis ialah alam kepolitikan. Alam inilah menimbulkan kebencian rakyat. Bersikap "double standard" apabila bertindak. Lebih mengikut telunjuk orang politik. Banyak kes dan isu boleh dijadikan bukti.

 

Apabila polis terlalu ikut telunjuk orang politik, maka terjadilah dwi tindakan. Jika perhimpunan haram dianjurkan oleh UMNO dan sekutunya, polis menjaga lalulintas dan keselamatan penunjuk perasaan. Polis jadi seperti polis Britain !

 

Tetapi jika sebaliknya, polis bertindak ganas. Tembak gas pemedih mata, tangkap, sepak terajang, maki hamun dan sumbat dalam lokap. Polis jadi seperti polis Zionis !

 

Inikah keadilan?

 

Ingat! Anda semua ada anak isteri dan keluarga.

 

Seronok benarkah anda menangkap rakyat yang sekadar berhimpun dengan aman?

Seronok benarkah anda menembak gas pemedih mata mengenai sasaran samada kanak-kanak, anak kecil, orang tua. Adakah anda tiada anak kecil?

 

Hari ini...anda gagah menembak gas pemedih mata, kuat menyebak terajang dan ada kuasa untuk menangkap.

 

Bagaimana hari esok selepas pencen? Adakah anda selesa dan harmoni menghadapinya atau masih dihantui dengan lagak aksi anda menzalimi rakyat?

 

Ingat! Kita semua bakal di adili di Akhirat nanti. Itupun jika kita percaya adanya Hari Akhirat. "

 

 

 

 

 

 

Wednesday, 29 June 2011MERENUNG LATAR-BELAKANG PARTI.

UMNO

 

 

Bendera Umno yang jarang-jarang mahu digunakan.

 

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR  adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara . Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

 

 

PAS

 

 

 

 

 

Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

 

 

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

 

 

PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".

 

 

Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah. PAS juga adalah sebahagian dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.