Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011- -Nak raya
Macam domino pula, bila satu barang naik, semua barang turut naik sama.Dan kali ini, diberitakan bahawa tambang pengangkutan awam juga akan dinaikkan mulai 1 Ogos 2011.
Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.Adakah anda sudah bersedia dengan kenaikan ini? Kami ada rasa tidak puas hati sebab kenaikan tambang pengangkutan awam ini.
Dulu masa harga minyak naik mendadak, kadar tambang pengangkutan awam ini juga dinaikkan.Tapi, bila harga minyak turun, adakah kadar tambang pengangkutan awam ini diturunkan? Tidak sama sekali! Dan kali ini, atas rasional apakah kadar kenaikan tambang ini perlu dinaikkan? Rata-rata perkhidmatan teksi sudahpun menggunakan NGV yang hampir 5 kali lebih murah dari harga petrol RON 95.
Apabila bercerita mengenai perkhidmatan awam,kami suka untuk bercerita tentang janji kerajaan terhadap sistem pengangkutan awam di
Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan
Sekarang ni, dengan segala macam pelarasan harga seperti harga gula, tarif elektrik dan sebagainya, tahap keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia masih lagi sama.Tiada apa yang boleh dibanggakan.Perlu lagikah tempoh dalam 5 tahun lagi atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah barulah kerajaan Malaysia dapat menunaikan janjinya untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Malaysia? Kita tengok sahajalah.
Apa pendapat anda mengenai isu kenaikan tambang pengangkutan awam ini?
P.S. Semua naik, apa yang tak naik..Layan video di bawah..Mungkin ianya boleh mengubati hati anda tentang segala macam kenaikan ini..
From:
Sent: Tuesday, May 24, 2011 10:38 AM
To:
Cc:
Subject: PETROL RON 95 NAIK...TARIF LETRIK JUGA NAIK...........!
PETROL RON 95 NAIK...TARIF LETRIK JUGA NAIK...........!
19 May, 2011 Author: tukartayarbaru | Filed Under: ISU-ISU SEMASA |
Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang
Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.
Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.
Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.
Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.
( BN = Barang Naik..............yang pasti Petrol naik.....!... Tarif letrik naik..................... Inilah kelemahan kerajaan BN...kenapa rakyat masih tidak sedar diri dengan kebodohan pentadbiran BN? Kenapa? Susah betul mendidik jiwa melayu yang telah di"BIUS"
No comments:
Post a Comment