PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, May 23, 2011

Silap Mata Kroni-Kroni UMNO Melalui Bil Eletrik TNB

 

 

Silap Mata Kroni-Kroni UMNO Melalui Bil Eletrik TNB

Posted on Sunday, May 22 @ 21:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh Juragan 

 

 Oleh: BayangDiAir

 

"Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.

 

TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Inimaklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.

 

Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lessen memandu, pembayaran bil domestic, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui mou dengan TNB. Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu ‘cover’ caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia? Berikut ceritanya.

 

Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW. Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:-

 

 

1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00

 

200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60

 

200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40

 

100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70

 

Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.

 

Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-

 

750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. Itu baru seorang pelanggan.

 

Kiralah sendiri kalau 100 000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB.

 

Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tanah terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda. Lalu beliau terlepas cakap dengan katanya, “ini agenda politik”. Rakyat tanyalah diri sendiri, “ ini agenda politik siapa?”. Mahukah lagi rakyat mengekalkan parti yang memainkan agenda jahat ini?

 

Maklumat lanjut di: http://dakwahkemaman.blogspot.com"

 

 

Agama Kristian pula UMNO perkuda

Posted on Sunday, May 22 @ 22:02:03 PDT

Dilulus untuk paparan oleh aya 

 

 Oleh LANG TOK TEH

 

 Makin teruk, makin celaru, makin tak ketahuan hala.

 

 Islam Hadari yang UMNO cipta dula, Najib sudah lempar dalam telaga buruk mana? Mana segala slogan yang UMNO cipta dulu, semuanya hancur belaka.

 

Slogan 1Malaysia pulak la ni, kita tunggu dan tengok rakyat nak lempar dalam parit mana?

 

Semua slogan yang dicipta UMNO adalah untuk kelabu kan mata serta pemikiran rakyat. Sekarang rakyat dah cerdik, UMNO dah tak boleh nak tipu rakyat dengan segala mak nenek slogan yang mereka cipta sendiri.Bila UMNO dah nampak slogan slogan sudah tak mampu lagi untuk perdaya rakyat, UMNO beralih kepada Islam untuk mendapat sokongan rakyat.

Najib pun berapi-api bercakap tentang Islam, panggil pak sheikh dari Arab buat segala seminar yang menampakkan UMNO betol-betol nak pada Islam, tambah elaun imam dan siak, Jakim yang jadi tunggangan UMNO, disuruh sedia teks kuhtbah yang menampakkan kepada rakyat bahawa umno memang nak pada Islam. Tak cukup dengan itu, UMNO menggunakan D7, unit Polis untuk tangkap GRO dan serbu tempat pelacuran yang sama berulangkali. Semuanya sebab nak tunjuk kepada rakyat yang UMNO pun tak mau perkara mungkar. Padahal banyak lagi lessen pusat judi dan hiburan yang UMNO bagi.

 

Rakyat sudah semakin tahu UMNO sebuah parti berdasarkan sekular, dasar yang asingkan politik dan agama.

 

Mana ada parti politik sekular semacam umno memperjuangkan agama. Bila MCA & Gerakan hina Islam, UMNO langsung tak berani bersuara.

 

PAS Kelantan nak laksanakan hukum hudud, pemimpin UMNO yang bangkit menentang habis-habisan. Akhirnya segala sandirwara umno memperkudakan Islam untuk meraih sokongan rakyat khusus orang melayu tidak diterima rakyat. Sebaliknya rakyat semakin meloya serta meluat melihat UMNO memperkudakan islam untuk mengekalkan agenda politik sekularnya.

 

Setelah UMNO gagal mengunakan agama Islam untuk agenda politiknya, UMNO tanpa ada perasaan malu dan tangungjawab menggunakan agama kristian pula.

 

Akhbar Utusan Malaysia dijadikan terompah untuk menjayakan agenda politik sempit UMNO. UMNO menjadikan agama Kristian untuk membangkitkan sengketa antara agama, serta membakar api perkauman. UMNO kini wajib dilihat semakin bahaya, cara pemikiran pemimpin umno untuk mengekalkan kuasa cukup bahaya, rakyat perlu matang serta tidak melatah dengan agenda jahat yang dilempar oleh UMNO kepada rakyat.

 

UMNO yang semakin tenat, selepas gagal dalam memperkuda agama Kristian bagi meraih sokongan orang melayu, tidak mustahil selepas ini UMNO akan menggunakan agama Hindu pula sebagai kuda baru untuk mendapat sokongan orang Melayu.

 

Rakyat kini perlu bangkit segera menolak UMNO BN sebelum pemimpin-pemimpin UMNO memperkudakan pelbagai agama yang ada di Malaysia bagi tujuan politik sempitnya.

 

Agama Kristian pula UMNO perkuda

 

 

Malaysia cipta rekod, 10 tertinggi di dunia minum arak

Posted on Sunday, May 22 @ 22:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh Juragan 

 

 Oleh: amkns

 

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat negara ini membelanjakan RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya, demikian laporan akhbar The Star 23 Mei 2011 (Utusan Malaysia tak berminat ulas isu ini agaknya)

 

Monday May 23, 2011

Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol

By CHRISTINA TAN

chris@thestar.com.my

 

KUALA LUMPUR: Malaysia has been named by the World Health Organisation (WHO) as the world’s 10th largest consumer of alcohol despite its small population and size.

 

Statistics by the international body this year also showed that Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol with a per capita consumption of seven litres.

 

Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.

 

Deputy Women, Family and Community Development Minister Heng Seai Kie said the problem of alcohol consumption in the country was getting serious.

 

“Alcohol is not only causing a lot of health issues but is also contributing to a significant number of accidents,” she said here yesterday.

 

Heng was speaking to reporters after launching booklets and seminars on “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” organised by the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) and supported by IOGT International, a worldwide community of non-governmental organisations, and the National Association of the Prevention of Drug Abuse (Pemadam).

 

She said the ministry, through the National Population and Family Development Board, would hold a campaign to create awareness on the danger of alcohol abuse.

 

She said 10 seminars would be held nationwide this year.

 

They would be conducted in Mandarin, Malay, English and Tamil and were aimed mostly at those from the Chinese and Indian communities, which had a high alcohol abuse rate.

 

“The public has to understand that alcohol is not part of our culture and it will bring harm if it is abused,” she said.

 

Earlier, in his speech, KLSCAH secretary-general Yong Yew Wei said the Road Safety Council estimated that drinking and driving caused 30% of road accidents nationwide, with 38% of these resulting in fatalities.

 

“A study also shows that absenteeism from workplace among alcoholics is 16 times higher than others,” he said, adding that non-governmental bodies played a vital role in promoting a healthy lifestyle.

 

Source: www.thestar.com.my

 

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

Written by Nazri Abdullah

 

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

 

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

 

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

 

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

 

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

 

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

 

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

 

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

 

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

 

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

 

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

 

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

 

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

 

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

 

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

 

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

 

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

 

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

 

Sumber: Harakahdaily"

 

 

JMM Ialah Pengecut Yang Sebenar!

Posted on Sunday, May 22 @ 20:31:06 PDT

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper 

 

 Oleh S/U Akhbar TGNA

 

 

 

 

1. Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah seperti yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, muka surat 11 pada hari ini, 23 Mei 2011. Beliau dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

 

 

2.       Program yang dimaksudkan oleh Azwanddin itu ialah program Munajat Anak Muda Kelantan yang berlangsung di Padang Perdana, Kota Bharu pada 20 Mei 2011 yang lepas yang menyaksikan belasan ribu hadirin membanjiri Padang Perdana untuk program khatam al-Quran dan solat hajat.

 

3.       Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan. Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan. Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional. Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM.

 

4.       Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh UMNO. Berlainan dengan UMNO yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka. Contoh jelas antaranya ialah apabila UMNO memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan. Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

 

5.       Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu. Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM.

 

6.       Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut. Bahkan jika UMNO dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya. Ini kerana budaya ‘upah dan suap’ yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka. JMM hanyalah merupakan ‘budak suruhan’ kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.

 

Sekian.

 

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

 

Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

 

Bertarikh : 23 Mei 2011 / 19 Jamadil Akhir 1432

 

 

 

 

 

 

 

No comments: