PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, May 04, 2011

Merungkai permainan kata-kata Najib dan Chua

Merungkai permainan kata-kata Najib dan Chua

May 4, 2011

by Dr. Dzul

Analisis Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 2 Mei:Rakyat kini berhadapan dengan satu permainan teka-teki yang dimainkan oleh dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.Baru-baru ini, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri telah menjemput PAS untuk bersama-sama BN kerana parti Islam tersebut tidak mungkin dapat merealisasikan matlamat mereka di dalam Pakatan Rakyat kerana DAP tidak memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Secara tidak langsung dan teoritis, jemputan Najib bermaksud bahawa BN secara dasarnya sudah setuju (maklumlah beliau ialah Presiden BN), dan dapat membantu PAS untuk menjayakan dasar Islamnya di dalam sistem negara.

Manakala bagi Chua pula, beliau menyatakan bahawa MCA secara dasarnya bersetuju untuk PAS menyertai Barisan Nasional, namun bersyarat – “hanya dan jika hanya” parti Islam tersebut menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini.

“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata Chua.

Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, ini bermaksud Presiden MCA telah mendedahkan ketidakikhlasan Najib dalam memberikan ‘wadah’ yang lebih baik untuk PAS untuk melaksanakan perjuangannya kerana beliau amat sedar bahawa MCA  (seperti yang didakwa Chua bahawa beliau tahu) akan membantah sekeras-kerasnya dasar Islam yang dibawa PAS tanpa mempedulikan pendirian Umno.

Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, MCA telah membuktikan bahawa tanggapan semua orang ternyata silap bahawa Umno menentukan segala-galanya dalam BN kerana Chua telah menunjukkan bahawa beliau boleh tidak mengendahkan Umno dalam perkara-perkara yang tidak disukainya.

Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, maka DAP bukan penghalang terbesar untuk PAS mencapai cita-citanya, sebaliknya ia adalah MCA, tidak kira di mana PAS berada asalkan parti Islam tersebut kekal konsisten dengan perjuangannya.

Menjawab balas kepada permainan teka-teki Najib-Chua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) dari PAS telah memberi penjelasan yang cukup ringkas bagi merungkai permainan politik ini jika ada di antara rakyat yang keliru dengan drama ‘good cop, bad cop’ (polis baik, polis jahat) yang dilakonkan oleh Najib dan Chua.

“MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak!

“Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat,” tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam.

Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan.

“Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!” kata Dzulkefly.

“Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!”

Apa yang dikatakan Dzulkefly agak benar kerana Chua, yang mengakui bahawa beliaulah pelakon dalam video seks dengan seorang wanita tiga tahun yang lalu, terkenal dengan sikap biadapnya terhadap Islam yang diberikan lampu hijau oleh Umno secara senyap.

Sebagai contoh, Chua pernah menyoal mengapa kedai-kedai di Kelantan tidak beroperasi ketika Hari Raya Haji, memandang rendah serta menghina kaum Muslimat yang enggan bersalam dengan kaum lelaki bukan muhrim atas kehendak agama dan juga mengeluarkan kenyataan menyimpang bahawa negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam ‘is naturally corrupt’ (biasanya mengamalkan rasuah).

Watak Chua juga terjejas teruk apabila beliau mencetus kontroversi di Twitter bulan Mac yang lalu setelah menggunakan kata-kata kesat dalam bahasanya ketika membalas pengkritik yang merentasi isteri-isteri mereka, orang tua dan juga saudara kandung.

Namun demikian, walaupun sedar dengan kelakuan Chua, Umno dan terutamanya Najib tidak pernah menegur beliau atas tindakannya menghina Islam,  dan bagi kebanyakan orang, sebenarnya Najib mengizinkan Chua untuk terus meremehkan Islam sebagaimana yang beliau suka buat di hadapan komuniti bukan Islam, terutamanya kaum Tionghua.

Sekiranya ada pemimpin DAP yang melakukan perkara yang sama seperti Chua, sudah pasti ulama-ulama Umno akan melenting dan menyarankan bahawa pemimpin terbabit didakwa di bawah akta hasutan, dan lebih teruk lagi dikurungkan dalam ISA yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam.

Dengan kelalaian yang cukup jelas dalam menjaga nama baik Islam, parti dan golongan manusia yang sama ini cukup bebal dalam mengajak PAS untuk menyertai pasukan mereka, yang kononya demi mencapai cita-cita yang tidak boleh dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat.

Ia dilakukan dalam keadaan cukup sedar bahawa dalam pasukan tersebut terdapat satu parti anti-Islam, MCA yang menentukan syarat penyertaan dengan menyuruh parti Islam menggugurkan dasar Islam sebelum menyertai BN.

Sekarang, siapa lagi yang masih betul-betul keliru dalam permainan teka-teki Najib-Chua ini?

 

No comments: