PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, May 19, 2011

DSAI: Bersiap sedialah

 


DSAI: Bersiap sedialah
Posted on Wednesday, May 18 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
Juragan


PendapatOleh: modayu

"
Assalamualaikum ....

Mata ini tak dapat nak tidur walaupun dipejam-pejamkan. Susah plak rasanya nak lelapkan mata kali ini. Tak tahu kenapa, tapi apa yang pasti tetiba aku diberi idea oleh Allah yang mencurah-curah yang terpaksa juga aku bangun untuk menulisnya juga disini.

Entahkan benar entahkan tidak, yang penting aku kena tulis juga beberapa fakta yang aku rasa penting malah ianya amat ajaib sekali jika kita renunginya dalam-dalam. Bila kita selidiki halus-halus perkembangan mutakhir ini, maka dapat disimpulkan bahawa kuasa manusia dan kuasa Allah, hanya Allah sahaja yang mampu melenyapkan kuasa manusia yang rakus dan tamak haloba ini. Mengapa tajuk DSAI: Bersiap sedialah diberi nama? Mari kita lihat mengapa DSAI harus bersiap sedia.

Ilham yang aku dapat pada malam ini adalah berkenaan sejarah DSAI dan macamana Allah aturkan perjalanannya sehingga kesaat ini malah mungkin keperingkat yang lebih tinggi lagi insyaAllah.

Semasa beliau diperingkat pelajar sehingga mengetuai ABIM, sinar politik beliau begitu menyerlah. Beliau ini begitu arif dengan permasalahan masyarakat setempat dan hatinya dengan orang kampong amat kuat dan rapat. Gaya percakapan dan perbahasan amat memberi keyakinan kepada sesiap yang mendengarnya. Ketika kemuncak mogok lapar diBaling Kedah pada tahun 70an, dimana DSAI mengepalai kempen tersebut agar kerajaan membela nasib rakyat disana yang kebuluran dan kekurangan makanan. Disebabkan kes tersebutlah, maka DSAI dipenjarakan agar beliau tidak lagi menghasut rakyat melawan kerajaan ketika itu. Disini logik yang pertama yang kita harus ambik perhatian adalah, DSAI telah dipenjarakan. Bermaksud kerajaan mahu matikan watak DSAI dari pentas politik negara bukan? Adakah perancangan mereka berjaya?Fikirkan. .

Setelah dibebaskan daripada penjara, sinar DSAI tetap bergermerlapan malah lebih memancar.
Masakan tidak memancar sehingga Dr M sendiri memujuk DSAI kedalam UMNO. Bagi Dr M, dengan memasukkan DSAI kedalam UMNO, ianya akan memanjangkan lagi jangka hayat UMNO dipersada politik negara. Dan ianya terbukti sehingga kini UMNO masih lagi bertahan dalam kerajaan hari ini. Sekira DSAI tidak menerima pelawaan Dr M ketika itu, rasanya kita pada hari ini mungkin diperintah oleh parti yang lebih hebat dari parti yang memerintah sekarang. Walaupun DSAI mengkhianati perjuangan rakan-rakannya diABIM dan PAS ketika itu, sahabat-sahabatnya tetap mendoakan agar DSAI selamat pergi dan selamat kembali.

Didalam UMNO, DSAI mendaki tangga kepuncak begitu cepat dan menakjubkan. Misi perjuangan beliau tidak dapat dibendung oleh sesiapa didalam UMNO itu sendiri. Dengki khianat dan pelbagai ragam didalam parti itu telah ditempoh dengan tenangnya oleh beliau. Sehinggakan beliau berjaya menjawat jawatan pemangku perdana menteri selama beberapa ketika. Ini bermakna hanya menunggu masa sahaja untuk beliau menjadi PM yang sebenar.
Tapi Allah Maha berkuasa dan Allah telah tidak izinkan beliau menjadi PM. Hanya Allah sahaja yang mengetahui mengapa Dia lakukan begitu. Mungkin ada hikmah yang lebih menanti dihujung sana.

Sessi untuk mematikan watak DSAI berlaku untuk kali kedua agar beliau tidak berjaya menjadi PM yang ke5. Pelbagai jentera perang dan para pengikut parti berpakat dengan gigihnya agar DSAI tidak benar-benar menjadi PM. Ini kerana mereka percaya bahawa jika DSAI menjadi PM maka habislah periuk nasi mereka yang selama ini mereka ratah dari dapur negara. Mereka mengetahui bahawa DSAI bukan jenis yang leka dengan wang ringgit ini. Maka demi untuk menguburkan kerjaya politik beliau, fitnah berkenaan akhlak dicipta. Dengan fitnah yang menggila iaitu tuduhan meliwat dan pelbagai macam benda buruk dilakukan keatas DSAI. Jika sekali pandang, dengan tuduhan tersebut sudah pasti DSAI boleh berehat dipenjara buat selama-lamanya. Adakah perancangan mereka itu berjaya seperti yang mereka harapakan?Atau Allah telah merancang yang lebih ajaib daripada itu? Pelik tapi logik. . Lihat bagaimana keajaiban kedua ini tetap berlaku. Dengan terpenjaranya DSAI buat kali kedua disebabkan fitnah yang direka itu, maka PR(PKR, DAP dan PAS) mendapat memerintah negeri setiap satu iaitu Selangor untuk PKR, Penang untuk DAP dan Kedah untuk PAS sementara Perak berkongsi bertiga sekali walaupun sekejap.
Kelantan tetap kekal ditangan PAS. Pelikkan. Sepatutnya setelah direka bermacam cerita buruk tentang DSAI, maka prestasi PR pasti terbenam. Ini tidak, apa yang mereka rancangkan tetap tidak menjadi malah memberi lagi kelebihan kepada DSAI menyinar diarena politik negara.

Sekarang, DSAI diaibkan lagi. kali ini memang lagi gila dibuatnya. Belum habis kes liwat, mari plak kes video seks. Puak-puak yang mereka cipta fitnah ini pasti berpuas hati kerana DSAI pasti akan terjerat dan akhirnya berkubur dengan PR nya pada kali ini. Mereka masih tidak nampak bagaimana Allah susun perancanganNya sehingga berjaya menafikan 2/3 kuasa UMNO diparlimen disebabkan fitnah mereka yang tidak menjadi. Cuma kali ini apa yang tergerak dihati kecil ini ialah jika DSAI dipenjara buat kali ketiga disebabkan fitnah yang direka ini, maka bersiap sedialah untuk menerima keajaiban yang ketiga yang mana kita semua nantikan selama ini. Daripada sebuah negeri iaitu kelantan, kini menjadi 4 negeri tidak termasuk PErak yang dirampas secara pintu belakang, dan juga KL yang dikuasai PR 90%, Negeri sembilan yang tidak mendapat 2/3 kerusi oleh BN. Hanya ayat 'BERSIAP SEDIALAH' untuk kemungkinan keajaiban yang ketiga ini berlaku, InsyaAllah.

Mereka merancang dengan liciknya dan tanpa jemunya, Allah juga merancang dengan KuasaNya. . Semakin dicerca hamba Allah itu semakin bersinar jalan kejayaan nya. . Mana tau mungkin negara kita akan mendapat seseorang yang menjadi PM dengan hanya keluar dari penjara seperti terjadi pada Nelson Mandela diAfrika Selatan.

Walluaklam.

Md Daud Yusri Fie Alhutan Melintangi

www. dadiydoo. com"

 

Berita Baik Hari Guru makan tuan, PM, TPM terperangkap
Posted on Wednesday, May 18 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
Juragan


Oleh: amkns

"
Sebelum sambutan Hari Guru 16 Mei 2011, media heboh memperkatakan akan ada Berita Baik untuk semua guru akan diumumkan pada 16 Mei 2011. Lalu berita baik tersebut dibacakan secara langsung oleh Najib dari luar negara, dan diulas lanjut oleh Muhyiddin di Sarawak tempat DAP banyak menang. Adakah Najib dan Muhyiddin diberi skrip yang salah untuk dibaca sempena sambutan Hari Guru?

Tak tahulah macamana Najib dan Muhyiddin nak buat cover up lepas ini. Majoriti guru-guru yang tidak mendapat berita baik tersebut dah mula sedar mereka terpedaya dengan pengumuman berita baik tersebut.

Yang kaya bertambah kaya, yang susah bertambah susah nampaknya dalam berita baik tersebut, macam sistem kapitalis pula.

Cover up di N.Sembilan senang saja agaknya, panggil Mawi buat konsert sempena menghargai jasa guru seperti berikut di amkns.blogspot.com

GURU SEKOLAH RENDAH KECEWA
BERITA HARIAN 18 Mei 2011

Majlis minta agihan insentif menyeluruh

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) meminta satu kajian dibuat Kementerian Pelajaran berhubung insentif diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, kerana ia meminggirkan warga pendidik sekolah rendah. Yang Dipertuanya, Roslan Madon, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan insentif kepada guru besar dan guru di sekolah rendah serta Sekolah Kurang Murid (SKM).

“Nyata, kerajaan terlepas pandang warga pendidik di sekolah rendah, walhal alam persekolahan bermula di sekolah rendah. Kenapa jasa warga 7,900 pendidik sekolah rendah tidak diambil kira,” katanya. Sempena Hari Guru, kelmarin, Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54.

Selain itu, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48. Bagi GPK sekolah rendah kluster, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Roslan berkata, GMGBM akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi bagi meminta supaya guru besar dan guru sekolah rendah turut diberikan insentif bagi menaikkan semangat serta motivasi mereka.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mahu mengadakan pertemuan dengan Najib dalam masa terdekat berhubung pemberian insentif itu.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata ia bagi membincangkan tuntutan dikemukakan NUTP kepada kerajaan sebelum ini tetapi tidak dilaksanakan. “Kami juga akan menyuarakan kekecewaan kami kerana insentif yang diberikan tidak membabitkan guru sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Di KUCHING, Jawatankuasa Bersama Kesatuan Persatuan Guru Malaysia (JBKPGM) menyifatkan insentif diumumkan kerajaan tidak adil kepada masyarakat guru keseluruhannya kerana ia hanya membabitkan guru berijazah di sekolah menengah. Naib Pengerusi JBKPGM, William Ghani Bina, berkata insentif itu langsung tidak membabitkan guru bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan 160,000 guru yang mengajar di 7,800 sekolah rendah.

Oleh itu, JBKPGM yang mengadakan Mesyuarat Tergempar di Kuching, malam kelmarin, memutuskan meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula kaedah baru kenaikan pangkat guru yang diumumkan kelmarin.

Ghani berkata, JBKPGM juga berkata beberapa permintaan dikemukakan mereka terlepas pandang. Antaranya, elaun khas untuk Pengetua sebanyak RM600 dan Guru Besar RM500 kerana penyandang jawatan itu hanya menerima RM150 dan RM100 sekarang.

“Elaun yang mereka terima selaku ketua di sekolah terlalu rendah berbanding dengan elaun guru dilantik sebagai warden asrama iaitu RM280 untuk Ketua Warden dan RM240 bagi Guru Warden, selain RM250 untuk Guru Pendidikan Khas," katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Ucapan Ibrahim menghasut? Dengarlah sendiri...

Mei 18, 11 8:21pm

Apabila presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika
mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini, ia menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia, tetapi nampaknya tidak begitu halnya dengan pemimpin kerajaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan cepat menegaskan bahawa pandangan Ibrahim itu tidak mewakili semua orang Islam di Malaysia.

Hishammuddin juga berkata ektremis juga wujud dalam masyarakat Cina, tetapi beliau tidak menamakan mereka.

Sementara itu, rakan kabinetnya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pula memberitahu Malaysiakini semalam bahawa tiada tindakan boleh diambil terhadap Ibrahim kerana kenyataannya kini menjadi satu norma di Malaysia.

Menurut Nazri, walaupun kenyataan itu tidak disenangi, namun rakyat Malaysia perlu matang dalam berdepan dengan watak-watak seperti Ibrahim.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak kelmarin, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaulatan orang Melayu Islam”.

Antara intipati ucapan Ibrahim pada malam itu ialah:

"... Sebenarnya, darah saya sekarang ini tengah panas ni. Ini bukan main-main. Darah saya tengah panas, bulu roma saya sedang tegak ni... sebab majlis terakhir (saya) di Kelantan tadi, saya istihar, di hadapan polis, saya sebut kepada kakitangan keselamatan, kalau nak sampaikan ini ke Bukit Aman, silakan. Tolong tape apa yang saya cakap."

"Kalau ada pihak di Pulau Pinang, terutama diantara paderi Kristian, yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, terus dengan agenda yang kita tahu, niat mereka ini, saya tawar... kalau nak perang salib boleh. Ini Salahuddin Ayyubi dari negara Malaysia," katanya merujuk kepada pahlawan terkemuka Islam.

NONE"Sampai sekarang ini, usaha mencabar posisi, kedaulatan dan digniti kita umat Melayu Islam, terus menurus, dihayunkan di sana sini. Cabaran ke arah posisi kedaulatan digniti kita umat Melayu Islam, yang menjadi penduduk majoriti, yang menjadi penduduk dan ketuanan negara asal ini, mereka cabar terus menerus."

"Bermula dengan isu-isu bangsa, sekarang berjangkit kepada isu-isu agama. Bila berjangkit kepada isu agama, ertinya jihad."

"Mula mula bila tercetus berita ini, keesokan hari semua nafi, dan seolah-olah tuduh pula Utusan (Malaysia) tidak bertanggungjawab. Tanya setiausaha agung PERKASA, tanya rakan-rakan PERKASA... saya salah seorang awal-awal lagi saya kata 'sah, benda ini betul'."

Ianya walaupun pihak yang menghadiri pertemuan pastor itu menafikan ada ikrar seumpama itu. Ibrahim bagaimanapun merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli DAP, Mohamed Razali, yang turut hadir di majlis tersebut.

Walaupun Mohamed berkata beliau mempunyai versi yang berlainan, tetapi beliau tidak mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku di majlis tersebut.

Bagaimanapun, adakah ucapan Ibrahim itu menghasut? Anda hakimilah sendiri. Dengarlah sendiri ucapan penuh Ibrahim dalam klip video selama 45 minit pada malam tersebut.
Di sini

[Baca berita penuh]

Video l 45 minit

 

No comments: