PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, May 23, 2011

Bersih 2

15k sertai majlis Himpunan 10k Pemuda Kelantan.

8:08 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM

 

18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 22 Mei: Biarpun dianggarkan 10,000 akan hadir pada majlis Munajat Rakyat Kelantan (Ipon 10k Pemuda), namun seramai 15,000 orang hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Mereka hadir untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan Kelantan agar terus kekal mentadbir negeri setelah 21 tahun kepimpinan ulama mewarnai pentadbiran kerajaan negeri itu.

(GAMBAR: Bob Lokman antara tetamu yang hadir)

Majlis berkenaan bermula kira-kira jam 3.00 petang pada majlis yang diadakan di Padang Perdana.

Majlis pada sebelah malam itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti bacaan al-Quran 30 juzuk beramai-ramai bagi menjayakan 100 kali khatam al-Quran yang dibacakan sendiri oleh golongan pemuda termasuk pelajar tahfiz al-Quran dan pelajar-pelajar pondok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan solat sunat hajat bagi memohon pertolongan dari Dia agar mengekalkan pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulamak disamping dijauhi segala usaha jahat pihak lawan untuk menghancurkan pentadbiran keajaan negeri.

Kesemua program munajat termasuk solat sunat hajat, Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Mudir Pondok Darilnaim, Ustaz Mohd Aziz Che Man.

(GAMBAR: Muslimat turut serta)

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, pemimpin masyarakat dan lain-lain jemputan.

Majlis disebelah malam bertambah meriah bukan hanya setakat bacaan al-Quran kehadiran pimpinan tertinggi parti dan kerajaan negeri, sebaliknya Bob Lokman yang turut diberi kesempatan berucap pada malam itu.

Turut berucap pada majlis disebelah malamnya, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Abdul Fatah Mahmood.

Husam ketika berucap pada majlis itu menyelar kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan subsidi minyak adalah candu kepada rakyat.

Katanya, kenyataan sedemikan jelas membuktikan kebajikan untuk rakyat langsung tidak ada sebaliknya untuk membenankan mereka sehingga mengistiharkan sabsidi adalah seumpama candu kepada rakyat.

Macamana Perdana Menteri boleh berkata demikian, sepatutnya membela rakyat,”ujarnya.

(GAMBAR:Ikrar para pemimpin PAS mempertahankan kerajaan negeri Kelantan)

Bagaimanapun beliau berpendapat rasuah dan korupsi adalah candu sebenar yang mampu merosakkan kebajikan rakyat.

Tambahnya, kerana rasuah negara boleh tergadai akibat diterajui oleh pemimpin yang tidak beramanah.

”Saya harap rakyat di seluruh negara menilai balik kepimpinan kerajaan BN hari ini, kita buat perhitungan segera khususnya menjelang pilihanraya umum akan datang,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji program yang dianjurkan oleh anak muda itu kerana ianya juga antara tanggungjawab jamaah Islam bagi mempertahankan kerajaan yang membela kebajikan rakyat.

Sambungnya, semua lapisan masyarakat wajar mempertahankan kerajaan Kelantan yang banyak membela kebajikan untuk mereka.
HD/-

 

20 tahun Tok Guru jadi MB, 20 fakta menerajui perubahan
Posted on Sunday, May 22 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
teori


Analisis IsuOleh: wanibrah

"
Kini Tok Guru Nik Abdul Aziz sudah lebih 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan. Perkembangannya sudah dua dekad. Panduan menjalankan tugas menteri besar ialah prinsip dalam kaedah Islam, iaitu "siasah syariyyah" yang mengamalkan prinsip pentadbiran Ubudiah, Mas'uliah dan Itqan. Prinsip itu menjadi isi kandungan utama dalam dasar Membangun 
Bersama Islam Negeri Kelantan. Kesan kandungan itulah telah merakamkan sekurang-kurang kemajuan 20 fakta program Dasar “Membangun Bersama Islam – Menerajui Perubahan” yang kini mendapat establishment dan manfaat besar pelbagai pihak.

Berikut adalah rumusan daripada 20 fakta:

Bil.

Program/projek

Pihak pemanfaat

1

Sistem gadaian Islam ar-Rahn dibawah Permodalan Kelantan Berhad.

Bank Rakyat - sistem pajak gadai ar-Rahnu; YAPEIM. Kini turut dilaksana oleh Bank Islam.

2

Peraturan pembinaan rumah kos rendah – tiga bilik.

Pemaju Perumahan

3

Skim bantuan rumah dhuafat

Membantu beban golongan miskin, kini ditiru oleh Kerajaan Pusat sebagai projek rumah mesra rakyat.

4

Kurikulum pendidikan sekolah YIK telah diterima pakai oleh sekolah agama di negeri lain.

Johor dan Sarawak; termasuk di luar negera (Singapura, Kampuchea)

5

Sukatan peperiksaan STU diterima sekian lama sebagai saluran memasuki pengajian di Universiti al-Azhar Mesir.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerima  idea STU ini dan telah melahirkan STAM (ganti STU) sebagai syarat masuk universiti tempatan dan Al-Azhar Mesir.

6

Kurikulum Pendidikan Sepadu YIK (pengajaran selari pendidikan Islam dengan sains-iktisas) berjaya melahirkan pelajar cemerlang.

Pihak KPM secara tidak langsung telah mengesahkan kelebihan kurikulum sepadu YIK apabila memasukan aliran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

7

Amalan tazkirah di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri telah diterima secara meluas.

Seluruh negara oleh swasta/korporat/bank.

8

Amalan tazkirah dalam waktu solat tarawih di masjid dan surau.

Di seluruh negara.

9

Sekolah tahfiz al-Quran telah berkembang pesat atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan

Selepas itu berkembang di seluruh negara, termasuk inisiatif swasta.

10

Perbankan Islam dicetus di Kelantan ekoran tindakan memindah akaun kerajaan kepada Bank Islam

Merangsang bank-bank konvensional membuka kaunter Sistem Perbankan Tanpa Faedah/Sistem Perbankan Islam.

11

Penggunaan wang syariah beteraskan emas dan perak melalui Dinar dan Dirham Kelantan mendapat sambutan hangat dan alternatif dalam sistem pertukaran/ perniagaan.

Kelantan mendahului negeri-negeri lain, termasuk menjayakan hasrat Dr. Mahathir sebelum bersara dari Perdana Menteri; menambahkan lagi produk perniagaan Islam untuk menghalang riba.

12

Mencetuskan produk pelancongan Islam – industri pelancongan agama dengan menjadi masjid, pusat pengajian pondok, dan bulan Ramadhan sebagai produk agama, termasuk membuka Kariah Ramadhan setiap tahun.

Memberi ilham kepada kemajuan industri pelancongan negara untuk menarik pelancong umat Islam dari negara Arab datang ke Malaysia.

13

Cuti hari Sabtu/dua hari dalam seminggu bagi pejabat Kerajaan Negeri

Diterima pakai oleh Kerajaan Pusat.

14

Pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam, November 2005

Dtiru oleh Kerajaan Terengganu – Kuala Terengganu Bandar Raya Pesisir Air.

15

Cuti bersalin 60 hari bagi kakitangan awam wanita

Diterima pakai di Terengganu (rea pentadbrian PAS) dan dipakai oleh kerajaan Pusat.

16

Memula dan menangguhkan majlis/ mesyuarat berpandukan “etika pentadbiran Islam” membaca al-Fatihah/ al-Asri dan tasbih kafarah

Dipakai oleh kerajaan Pusat – dibuat pengubahsuaian, antaranya bacaan al-Fatihah diubah kepada bacaan doa.

17

Membina masjid seni bina tradisi Cina untuk Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra (dikenali Masjid Beijing) di Rantau Panjang tahun 2008.

Ditiru oleh Persatuan Muslim Cina dan JAKIM.

18

Melaksanakan skim khairat kematian “takaful kifalah” untuk warga emas.

Turut dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Kemudian ditiru oleh pihak Barisan Nasional atas nama “Takaful Merdeka.”

19

Merakyatkan pembangunan menerusi projek “Ladang Rakyat.”

Diterima pakai Kerajaan Selangor sebagai “merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)”; turut ditiru oleh Perdana Menteri – dijadikan slogan “...rakyat didahulukan.”

20

Berkat pentadbiran Islam yang menaungi rakyat, kini seruan ‘Allahu Akbar’ telah mendapat ampun perkenan Tuanku Sultan Muhammad ke-V menggantikan seruan tradisi ‘daulat tuanku’

Natijah ini telah melengkapkan fungsi dan kedudukan Al-Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri yang dilihat telah mendahului negeri-negeri lain ke arah memartabatkan Islam sebagai dasar mentadbir negeri.

Semoga, diberkati Allah dan Kelantan terus berkat dan makmur. Amin ya Rabbal 'Alamin.

 

SAMM sedia jayakan "Walk For Democracy" (BERSIH 2)

 







Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah mengumumkan akan diadakan satu mobilisasi terbesar rakyat yang dikenali sebagai "perarakan demokrasi" (Himpunan BERSIH 2) yang akan diadakan pada 9 Julai 2011, jam 2 petang.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu, semalam dan turut menyatakan program ini akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

Sehubungan dengan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga telah membuat keputusan hari ini untuk mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim yang lansung tidak mem pedulikan 4 tuntutan yang dituntut oleh BERSIH semenjak Himpunan BERSIH kali pertama November 2007 lalu. Selain menambah dua lagi tuntutan yang dikira penting dalam menjamin demokrasi hak rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Tuntutan tersebut ialah :

  • Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Bn gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu
  • Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
  • Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;
  • Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.
  • penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
  • melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

Semua tuntutan ini adalah tuntutan munasabah, namun regim seolah pekak dan angkuh tidak lansung mahu mendengar. Tuntutan - tuntutan ini bukan tuntutan baru, ia telah lama berkumandang namun regim terus angkuh. Maka oleh kerana tidak ada jalan lain maka jalan mobilisasi rakyat dipilih.

SAMM bersedia menawarkan diri menyertai jawatankuasa mobilisasi yang akan dibentuk dalam turut sama menjayakan program tersebut.
SAMM akan menggerakkan semua poket sel - sel anak muda yang bergabung dengan SAMM untuk turut sama terlibat dalam proses mobilisasi ini. Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendiri SAMM.

Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin perlembagaan persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat. Dalam proses pilihanraya sudah tentu ada menang dan ada kalah namun SAMM sedia melihat mana - mana pihak untuk kalah kepada rakyat namun tidak akan sanggup melihat rakyat tewas kerana penipuan pilihanraya.

SAMM akan bersungguh - sungguh untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan BERSIS 2007.

 

 

 

No comments: