PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, May 30, 2011

3 sebab BN tak potong subsidi petrol

3 sebab BN tak potong subsidi petrol


Pertama ,PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi.

“Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat

 

 

 

 

 

Himpuan Sejuta Belia : Najib Silap Baca Golongan Muda, Kata Anwar
Posted on Sunday, May 29 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


MultimediaOleh Naeem Raffi

TEMERLOH 29 MEI : Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumpulkan belia di Putrajaya untuk meraih undi mereka memperlihatkan rasa gusar beliau terhadap kebangkitan golongan itu bagi menuntut perubahan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Najib semalam mendakwa sejuta belia yang dibawa ke Putrajaya untuk  sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, hadir kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh pembangkang.

Hakikat ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

Anwar malam tadi mengupas ucapan Najib di majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran.

 

Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri.  

 

Berucap kepada lebih 10,000 peneroka Felda dan penduduk kampong di Kerdau, Pahang semalam, Anwar berkata Najib tersilap membaca gerak hati anak muda.

 

“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

 

“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah,  benci dengan kezaliman.

 

“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan

tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan,” kata Anwar.

 

Anwar menegaskan perubahan itu amat perlu kerana kerajaan yang ada sekarang mengharapkan kepada pengitaran fitnah semata-mata untuk menarik sokongan bagi mengekalkan kuasa.

 

Anwar berkata beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa. Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya.

 

"Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu."

 

Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan serta mudah terperdaya dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu.

 

"Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?” tanya Anwar.

 

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan.

Himpuan Sejuta Belia : Najib Silap Baca Golongan Muda, Kata Anwar

No comments: