PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, May 31, 2011

Tan Sri Muhyiddin, Kami sedia tanggung beban...

Tan Sri Muhyiddin, Kami sedia tanggung beban...
Posted on Monday, May 30 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
teori


ResponOleh Changing Your Mindset


Wahai YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketahuilah bahawa rakyat 1Malaysia sudah lama bersedia untuk bersama-sama memikul bebanan kenaikan harga petrol jika harganya naik lagi seperti yang Tan Sri war-warkan.

http://www.nst.com.my/nst/PixFront/pix052903Sejak sekian lama kami semua menerima sahaja kenaikannya walaupun ada di antara kami yang dulu mampu berkereta ke pejabat kini terpaksa bersesak-sendat dalam bas rapidKL, LRT dan KTM Komuter.

Ketahuilah bahawasanya kami telah lama bersedia. Kami telahpun buktikan dengan pengorbanan kami menelan sahaja apa yang kerajaan mahu kami telan. Kenaikan harga petrol kami telan, kenaikan harga gula juga kami telan. Semalam Tan Sri meminta kami bersiap sedia untuk menelan lagi kenaikan baru harga petrol. Pasti enak rasanya untuk kami telan lagi.

 

Kami bersedia sahaja demi kerajaaan yang kami sayang. Minta kami bayar cukai pendapatan kami turutkan. Apa lagi wahai Tan Sri? Pohonlah apa sahaja akan kami tunaikan. Akan kami telan sampai kami muntah darah, semuanya kerana Malaysia

 

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/05/petrol-naik-minyak1.jpgCuma kali ini kami ada satu sahaja permintaan. Selepas banyak permintaan kerajaan kami telan, kami cuma nak minta satu sahaja. Cuma satu sahaja yang kami minta, dan kami takkan minta apa-apa lagi kalau permintaan kami yang satu ini dapat Tan Sri dan kerajaan BN tunaikan. Kami berjanji jika permintaan yang satu ini dapat Tan Sri penuhi, undi kami memang kami janjikan untuk Barisan Nasional.

 

Cuma 1 yang kami minta, hentikan segala bentuk pembaziran daripada yang duit cukai yang telah kami bayar dan yang kami amanahkan kepada kerajaan untuk menggunakannya untuk tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Duit cukai yang kami bayar ini bukan untuk subsidi kepada IPP atau menyelamatkan projek-projek kroni sehinggakan subsidi untuk rakyat pula TERPAKSA ditarik balik. Tan Sri kata subsidi petrol yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah RM10 billion tetapi kini telah mencecah RM18billion, tetapi kami pelik kenapa subsidi untuk IPP RM19billion tidak ditarik balik? Mereka ada membayar cukai ke? Kami bayar! Mereka menikmati subsidi daripada duit rakyat sebanyak RM19billion tetapi masih mampu menjana keuntungan. Kami juga yang menanggung rugi. Jika sudah untung banyak untuk apa lagi dibayar subsidi? Adakah ini bukti Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan? 

 

Memang ada perjanjian ditandatangani antara kerajaan dengan IPP tetapi kita semua tahu ianya berat sebelah kerana kepentingan rakyat bukan keutamaan semasa menandatangani perjanjian tersebut. Samada ia kesilapan teknikal atau disengajakan hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jika kerajaan sedar ianya berat sebelah mengapa tidak dibawa ke meja rundingan semula?. Pengusaha IPP juga rakyat Malaysia, mereka juga manusia. Bawalah ke meja rundingan, perjanjian itu ciptaan manusia dan ia boleh diubah jika kedua belah pihak bersetuju. Malangnya kami tidak nampak usaha yang telus dilakukan untuk membatalkan perjanjian tersebut. Jika hal pertelingkahan ideologi politik boleh diheret ke mahkamah mengapa hal yang melibatkan kepentingan rakyat tidak boleh dipertahankan?

 

Bukan ini saja... banyak lagi pembaziran yang berlaku. Jika semua pembaziran ini dapat diberhentikan maka kami dengan rela hati akan menelan kenaikan harga petrol kali ini dan juga kenaikan-kenaikan pada masa hadapan serta kami berikrar dan berjanji undi kami akan sentiasa untuk Barisan Nasional. Antara pembaziran yang kami maksudkan (cuma sebahagian):-

 

1. RM500juta komisen kapal selam kepada Perimekar sepatutnya disalurkan kepada pembangunan rakyat.

2. RM111juta utk PERMATA di bawah First Lady of Malaysia Office (perlukah semua ini sedangkan isteri PM yang terdahulu tidak pun memerlukannya)

3. RM50juta untuk pembangunan email 1Malaysia

4. RM50sen dibayar oleh agensi kerjaan bagi setiap email yang dihantar kepada 27juta rakyat Malaysia

5. Ketelusan dalam pembahagian peruntukan Ahli Parlimen. Peruntukan untuk Parlimen Pembangkang tidak disalurakan. Ianya adalah duit cukai rakyat yang diperlukan untuk menbangunkan kawasan tersebut untuk kesejahteraan rakyat. Ianya bukan duit BN.

6. .....

 

Kami keliru kerana kami dihantar ke sekolah kerajaan supaya kami menjadi cerdik pandai, agar kami boleh membantu menbangunkan negara Malaysia. Kenapa apabila kami bersuara, pendapat kami dibangkang buah fikiran kami dinafikan. Untuk apa kami menjadi cerdik pandai jika idea kami tidak dipertimbangkan. Jika kami lari meninggalkan Malaysia untuk mencari rezeki dan pengalaman diluar negara, kami dikatakan tidak mengenang budi. Kami diberitahu bahawa kerajaan mahukan kami pulang untuk berkhidmat membangunkan Malaysia, kami bersedia pada bila-bila masa. Tapi apakah jaminan nasib kami tidak serupa dengan mereka yang sedia ada di Malaysia. Kami tidak mahu menelan apa yang kami tak mahu telan.

 

Apa yang kami boleh buat jika kabinet memutuskan untuk menaikkan harga petrol selepas kenaikan harga gula baru-baru ini?. Kami terpaksa telan kerana petrol adalah nadi kehidupan, petrol kini sama pentingnya dengan keperluan asas lain; letrik dan air. Tanpa petrol bolehkah kita meneruskan kehidupan harian kita dengan teratur? Tanpa petrol bolehkah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada keluarga kita? Tanpa petrol mampukah kita bergerak ke tempat kerja? Petrol adalah barangan asas untuk manusia hari ini. Ia bukan lagi barang mewah. Apa pilihan kami? Kami cuma ada 1 pilihan iaitu telannnnn!...walaupun perbelanjaan bulanan membeli petrol kami kini melebihi kenaikan gaji tahunan kami. Hilang makna kenaikan gaji apabila semuanya ditelan oleh kos petrol yang meningkat. Bagaimana dapat kami meningkatkan taraf hidup keluarga kami dan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak kami jika pendapatan kami tidak mampu menampung keperluan harian kami?. Bukan seorang yang mengalami penderitaan ini tetapi jutaan rakyat kelas menengah dan kelas bawahan mengalami masalah yang sama setiap hari. Kepada siapa harus kami meminta pertolongan? Hanya kepada Tuhan kami bermohon semoga dipermudahkan perjalanan hidup kami dan dipermurahkan rezeki kami, serta dikurniakan untuk kami pemimpin yang adil dan bijaksana. Amin

 

Ikhlas daripada

Anak Malaysia Prihatin

 

http://2.bp.blogspot.com/-5JK_6OwDmhE/TduaUq-CQ4I/AAAAAAAASVA/MbA7DAQI-6A/s1600/bnner%2Bbn%2Bbarang%2Bnaik%2B002.jpg

Baca : Rakyat Perlu Bersedia Tanggung Sebahagian Kos Subsidi - Muhyiddin

GERIK, 29 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditanggung kerajaan sekiranya jumlah yang sedia ada meningkat ke paras yang lebih tinggi dan melampaui kemampuan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan mempunyai tahap keupayaan untuk menanggung jumlah subsidi yang meningkat, bagaimanapun jika peningkatan harga minyak dunia melonjak ke paras yang lebih tinggi, berkemungkinan kerajaan tidak mampu lagi menanggung jumlah subsidi yang begitu besar dan rakyat perlu bersedia untuk menanggung sebahagian kos itu.
Tan Sri Muhyiddin, Kami sedia tanggung beban...

 

Monday, May 30, 2011

3 sebab BN tak potong subsidi petrol

3 sebab BN tak potong subsidi petrol


Pertama ,PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi.

“Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat

 

 

 

 

 

Himpuan Sejuta Belia : Najib Silap Baca Golongan Muda, Kata Anwar
Posted on Sunday, May 29 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


MultimediaOleh Naeem Raffi

TEMERLOH 29 MEI : Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumpulkan belia di Putrajaya untuk meraih undi mereka memperlihatkan rasa gusar beliau terhadap kebangkitan golongan itu bagi menuntut perubahan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Najib semalam mendakwa sejuta belia yang dibawa ke Putrajaya untuk  sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, hadir kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh pembangkang.

Hakikat ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

Anwar malam tadi mengupas ucapan Najib di majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran.

 

Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri.  

 

Berucap kepada lebih 10,000 peneroka Felda dan penduduk kampong di Kerdau, Pahang semalam, Anwar berkata Najib tersilap membaca gerak hati anak muda.

 

“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

 

“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah,  benci dengan kezaliman.

 

“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan

tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan,” kata Anwar.

 

Anwar menegaskan perubahan itu amat perlu kerana kerajaan yang ada sekarang mengharapkan kepada pengitaran fitnah semata-mata untuk menarik sokongan bagi mengekalkan kuasa.

 

Anwar berkata beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa. Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya.

 

"Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu."

 

Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan serta mudah terperdaya dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu.

 

"Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?” tanya Anwar.

 

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan.

Himpuan Sejuta Belia : Najib Silap Baca Golongan Muda, Kata Anwar

Friday, May 27, 2011

Business proposal from hong kong

Hello

How are you ? Am from Hong Kong, am a Chinese , I have a Mutual business
proposal am proposing to you, that I will want you to handle from your
country, I will like to seek your consent first.

I have a serious business project proposal for you to manage and handle
for me in your country. This project involves a huge specific amount I
can't mention here for security reasons. It involve a transaction from my
bank in Hong Kong. Am a chinese man, and we are bound by laws here.

If you feel you can have this handled, please let me know, so that I send
you an attached comprehensive details of this transaction. you should send
me response to my email: leelanhk7@bricksmail.com
Sincerely,
Lan Lee Cheng

SEMINAR SAID ANNURSI

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI... LIHAT BANNER DI BAWAH.... SEBARKAN ....

 

 

Pada 8hb Jun 2011(Rabu) jam 7.30mlm

Di Markaz Pas Pongsu 1000

 

Sheikh Badiuzzaman Said Nursi: Wali Allah Abad ke-20

Dicatat oleh Al-Faqir ilallah di 8:22 PM Selasa, 30 Mac 2010

 

Assalamualaikum w.b.

Ketika leka meng"upload" gambar dalam akaun Facebook, penulis terhenti dan terpanggil untuk merenung sebentar pada gambar seorang ulama' wali Allah besar ketika awal abad ke-20. Beliau adalah Badiuzzaman Said Nursi. Beliau bukan sahaja membawa tajdid dalam pemikiran akademik ketika itu, tetapi beliau juga pernah terlibat dalam peperangan. Post kali ini menceritakan biografi seorang wali Allah ketika era kejatuhan Khilafah Islamiyah.

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan di perkampungan Nurs di Wilayah Bitlis, yang terletak di timur Anatolia pada tahun 1876M, iaitu tahun Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta pemerintahan Uthmaniyyah. Beliau yang kemudiannya diberi gelaran Badiuzzaman (Keagungan Zaman) berketurunan Kurdi dan tidak bertutur di dalam Bahasa Turki, hinggalah beliau berhijrah ke bandar Van.Semasa di Van, beliau telah membuat analisa terhadap tahap kefahaman masyarakat tempatan, khususnya kaum Kurdi terhadap Islam. Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa beliau berkewajipan untuk belajar ilmu-ilmu Sains supaya dapat disinergikan dengan ilmu teras Islam yang lain. Badiuzzaman Said al-Nursi telah meluangkan masa belajar dengan tekun ilmu Geografi, Fizik dan Falak.Beliau seterusnya berusaha agar ilmu Sains ini diajar seiringan dengan ilmu agama agar mereka yang tidak dapat memahami kecuali melalui ‘bahasa Sains’ akan dapat juga sampai kepada hakikat Iman.

Ketika berlakunya kucar kacir besar-besaran di Istanbul pada 13 April 1909 yang membawa kepada tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari takhta Khalifah, Parti Ittihad ve Terakki telah pun menguasai negara. Mereka telah menangkap ramai sarjana Islam dan diheret ke muka pengadilan. Di antara mereka itu ialah Badiuzzaman Said al-Nursi. Tetapi disebabkan oleh kepintarannya berhujah, mahkamah gagal mensabitkan beliau dengan sebarang pertuduhan, dan akhirnya dibebaskan.

Badiuzzaman Said al-Nursi juga pernah pergi ke Syam (Damascus) dan menyampaikan khutbahnya di Masjid al-Umawi di sana. Khutbah yang disampaikannya di situ dikenali sebagai al-Khutbah al-Syâmiyyah, menjelaskan tentang sebab-sebab kemunduran umat Islam sebagaimana yang diperhatikannya.

Beliau juga telah secara sukarela menyertai Perang Dunia Pertama bersama-sama dengan 3000 orang anak muridnya. Mereka bertempur dengan tentera Russia yang bekerja keras menawan Bitlis. Selepas ramai tentera Russia terbunuh di satu pihak, serta tentera Islam dari kumpulan Turki dan Kurdi di satu pihak yang lain, akhirnya Bitlis jatuh ke tangan Russia. Badiuzzaman Said al-Nursi telah ditawan dan dipenjarakan. Akan tetapi, semasa di penjara itu, beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam kepada tawanan perang. Badiuzzaman telah berjaya melepaskan diri dari tawanan tersebut dan melarikan diri ke Siberia. Kemudiannya beliau ke Eropah dan seterusnya pulang ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin dan Vienna.Di Istanbul, Enver Paşa yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu telah mengurniakan Badiuzzaman Said al-Nursi pelbagai anugerah kehormat di atas jasanya memimpin orang ramai ke arah bangkit menentang penjajahan Russia. Enver Paşa juga telah melantik beliau menjadi anggota Darü’l-Hikmeti’l-Islamiye, sebuah akademi yang menghimpunkan sarjana Islam di Istanbul ketika itu.Selepas berlakunya Perang Kemerdekaan dan berjayanya Turkish Grand National Assembly dibentuk, kabinet Atatürk telah menjemput Badiuzzaman menyertainya di Ankara. Jemputan itu diterima, namun selepas tibanya Badiuzzaman ke Ankara, dia tidak dapat bersekongkol dengan mereka kerana beliau mendapati anggota kabinet itu tidak patuh kepada Syariat Islam.Beliau menegur Atatürk dan anggota kabinetnya, “tidak ada kebaikan yang boleh saya harapkan daripada golongan yang mengabaikan Solat!” Selepas itu, Badiuzzaman Said al-Nursi meneruskan kegiatannya berdakwah, mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik di antara penjara dan pembuangan, hasil tekanan yang dibuat oleh regim Atatürk.Pada tahun 1935, kerajaan Republik Turki telah membuat pertuduhan terhadap Badiuzzaman bahawa kononnya beliau menubuhkan sebuah gerakan rahsia yang menentang pemerintah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Eskişehir dan kemudiannya dibuang ke Kastamonu. Manakala pada tahun 1943, Mahkamah Denizli telah mendakwa Badiuzzaman Said al-Nursi bahawa beliau memimpin sebuah pergerakan rahsia yang bertujuan menggulingkan pemerintah, serta menuduh Atatürk sebagai ‘Dajjal dan Pembinasa Agama’. Pendakwaan itu berlangsung selama 9 bulan. Beliau akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan tetapi ditahan daerah di Emirdağ, sebuah bandar di daerah Afyon.Pada tahun 1952, Badiuzzaman tiba di Istanbul tetapi kemudiannya pulang semula ke Emirdağ dan di peringkat inilah, risalah-risalah karangannya, dikumpul dan ditulis dengan huruf Arab untuk disebarkan kepada orang ramai. Pengikut Badiuzzaman menjadi semakin ramai khususnya selepas tahun 1950 iaitu di era pemerintahan İsmet İnonu.Penulisan Badiuzzaman telah menjadi pembimbing yang besar kepada umat Islam di Turki. Beliau menulisnya secara non linear iaitu mentafsirkan ayat-ayat al-Quran bukan mengikut susunan Surah atau Ayat. Sebaliknya berdasarkan kepada keperluan masyarakat menerusi isu-isu yang timbul dari semasa ke semasa. Beliau sendiri menggelar Risalahnya sebagai “penolak keraguan yang ditimbulkan oleh Syaitan-syaitan Jin dan manusia, serta pengukuh Aqidah kaum Muslim di jalan yang Haq dan betul”Pada tahun 1960 Said al-Nursi berhasrat untuk berpindah dari İsparta ke Urfa. Di rehlah kali inilah, Badiuzzaman Said al-Nursi menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas suatu perjalanan hidup yang panjang dan berliku, iaitu pada 23 Mac 1960 bersamaan 25 Ramadhan 1379. Beliau selamat dikebumikan di Urfa.Akan tetapi pada 11 Julai 1960, Revolusi Tentera telah menggulingkan pentadbiran kabinet Adnan Menderes dan beliau sendiri dihukum gantung oleh pihak Tentera dengan alasan bersikap acuh tidak acuh di dalam mengekang kebangkitan semula golongan pro-Islam. Pada masa itulah, anggota revolusi telah mengarahkan supaya makam Badiuzzaman Said al-Nursi dibongkar dan jenazahnya dikeluarkan untuk dipindahkan ke İsparta. Di bandar itulah, Badiuzzaman Said al-Nursi bersemadi di suatu tempat yang tidak diketahui, hingga ke hari ini.

Dakwah yang dilakukan oleh Badiuzzaman Said al-Nursi menonjolkan kesungguhan beliau memecahkan kebekuan tradisi pengajian ilmu Islam, mendorong kepada penguasaan ilmu Syariat dan Sains dan saling mempergunakan kedua-dua ilmu tersebut ke arah memahami hakikat Iman.Beliau tidak banyak mendatangkan perselisihan pandangan Ulama, sebaliknya banyak memfokuskan kepada meneroka pelbagai kaedah penyampaian demi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat memahami mesej yang hendak diketengahkan.Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran untuk Badiuzzaman Said al-Nursi yang kehidupan dan matinya bujang, kerana berkahwin dengan perjuangan yang gigih dan berpanjangan.

 

 

Sumber:

Kertas kerja Seminar Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran Buat Ummah oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pada 4 Februari 2006. Artikel asal bertajuk Dakwah Badiuzzaman Said al-Nursi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Thursday, May 26, 2011

Dialog Ustaz Harun Din Dengan Mubaligh Hindu

Dialog Ustaz Harun Din Dengan Mubaligh Hindu
Posted on Wednesday, May 25 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
Juragan


Open ArtikelOleh: zharifjenn

"
Ustaz Harun Din

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya.
Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula.
Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam.
Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam.
Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

>
Mohammad Fitri Abdullah


"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya.
Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini.
Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu.
"Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti
Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?

sumber:
Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu

Komen: Tajuk asal diedit kepada yang lebih sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia - Juragan"

RE: Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH

 

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH

 

selatanonline

 

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.
Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

 

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?


Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

·         Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

·         Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

·         Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.

·         Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

·         Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

www.muzir.wordpress.com

SUMBER: http://muzir.wordpress.com/2010/05/27/istiwa-azam

Posted by ahmadi

__._,_.___



This e-mail and any attachments are for authorized use by the intended recipient(s) only. They may contain proprietary material or confidential information and/or be subject to legal privilege. They should not be copied, disclosed to, or used by any other party. If you have reason to believe that you are not one of the intended recipients of this e-mail, please notify the sender immediately by reply e-mail and immediately delete this e-mail and any of its attachments. Thank you.



This email is confidential and intended only for the use of the individual or entity named above and may contain information that is privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that any dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message. - This mail is sent via Sony Asia Pacific Mail Gateway.


Wednesday, May 25, 2011

You Have Won!



 
Yahoo! UK & Ireland 

   
 
Dear Winner,
 
We are here to notify you that you have been approved for a lump sum payment of  US$3,250,000.00 U.S.Dollars in this Year Yahoo!!/MSN Lottery Awards & Window Live Promotion,Get back to this office immediately to claim your prize.

Congratulations!!
Mrs.Amy Gold
Director of operation,Yahoo!/MSN Lottery

Tuesday, May 24, 2011

Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011

Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011- -Nak raya

by Staff Berita Semasa on May 24, 2011

Macam domino pula, bila satu barang naik, semua barang turut naik sama.Dan kali ini, diberitakan bahawa tambang pengangkutan awam juga akan dinaikkan mulai 1 Ogos 2011.

Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.Adakah anda sudah bersedia dengan kenaikan ini? Kami ada rasa tidak puas hati sebab kenaikan tambang pengangkutan awam ini.

Dulu masa harga minyak naik mendadak, kadar tambang pengangkutan awam ini juga dinaikkan.Tapi, bila harga minyak turun, adakah kadar tambang  pengangkutan awam ini diturunkan? Tidak sama sekali! Dan kali ini, atas rasional apakah kadar kenaikan tambang ini perlu dinaikkan? Rata-rata perkhidmatan teksi sudahpun menggunakan NGV yang hampir 5 kali lebih murah dari harga petrol RON 95.

Apabila bercerita mengenai perkhidmatan awam,kami suka untuk bercerita tentang janji  kerajaan terhadap sistem pengangkutan awam di Malaysia secara keseluruhannnya. Pengangkutan awam oh sistem pengangkutan awam di Malaysia. Mungkin kerajaan Malaysia terlupa agaknya dengan janjinya sendiri. Itu sebabnya tahap keberkesanan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih ditakuk lama.

Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf mutu sistem pengangkutan awam di Malaysiay. Janjinya bila? Tu………masa tahun 2006 lagi. Masa itu di bawah pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan sebanyak 30 sen untuk harga minyak ketika itu dan kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM4.3 billion. Malangnya kerajaan hanya berbelanja sekitar RM834.75 juta.

Sekarang ni, dengan segala macam pelarasan harga seperti harga gula, tarif elektrik dan sebagainya, tahap keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia masih lagi sama.Tiada apa yang boleh dibanggakan.Perlu lagikah  tempoh dalam 5 tahun lagi  atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah barulah kerajaan Malaysia dapat menunaikan janjinya untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Malaysia? Kita tengok sahajalah.

Apa pendapat anda mengenai isu kenaikan tambang pengangkutan awam ini?

P.S. Semua naik, apa yang tak naik..Layan video di bawah..Mungkin ianya boleh mengubati hati anda tentang segala macam kenaikan ini..

 

 


From: Azlisham Said
Sent: Tuesday, May 24, 2011 10:38 AM
To: Azlisham Said; Azmi Kasim; Hairi Nizam; Mohd Razaidi; Mohd Shahir; MohdZaini Ayub; Mohammad Fitri; Sabri Hamid; Suhaimi Nor; Norzamlan KamaralZaman; Bunyamin Sabran
Cc: Fadzil Ahmad; Aminoor Rashidin Hashim; Amran Hamzah; Anilah CheBakar; Azman Abdullah; Hapizi AbdHalim; Kamarunizam Hashim; Mohd Anif; Mohd fairul izuan Saad; Mohd Fazrul CheMat; Mohd Fitri Othman; Mohd Razaidi; Mohd Rethudden; Mohd ridzuan Amin; Mohd Yazir; MohdZaini Ayub; Muhamad Ridzuan; Muhammed Faizal; Norainn Omar; NorAmiza Nawang; Nur Marisa Isnaini; Nurul Khairina Abdul Rahim; Rosly Zakaria; Zamri Mutalib; Mohd Soffian; Mohd Latif; Mohamad Sufian1; Ahmad Farizan; Amiruddin Jusoh; Fadzil Ahmad; Sharulnizam Bakar; Mohd Razaidi; Helmy Zainal Abidin; Kamarunizam Hashim; Mohd Azril; Mohammad Imran; Abdul Rizal; Mohd Shahir; Mohd Ali; Borhan Rahman; Nazri Shafie; Abdul Hisham; OmarSidek Husin; Mohd Anif; Mohd Norizuan; Amirul Ridzauan; Saipu Bahri; Muhammed Faizal; Suhaimi Nor; Naqsyabandi Jamaludin; Abd Suhadee; Mohd Hidayat; Mohd Latif; Sabri Hamid; Naqsyabandi Jamaludin; Mohd Shahir; Mohd fairul izuan Saad; Mohammad Fitri; Mohd Fazli; Muhamad Rizal
Subject: PETROL RON 95 NAIK...TARIF LETRIK JUGA NAIK...........!

 

PETROL RON 95 NAIK...TARIF LETRIK JUGA NAIK...........!

19 May, 2011 Author: tukartayarbaru | Filed Under: ISU-ISU SEMASA | 

 

 

 

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

 

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

 

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

 

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

 

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

 

 

( BN = Barang Naik..............yang pasti Petrol naik.....!... Tarif letrik naik..................... Inilah kelemahan kerajaan BN...kenapa rakyat masih tidak sedar diri dengan kebodohan pentadbiran BN? Kenapa? Susah betul mendidik jiwa melayu yang telah di"BIUS"kan oleh Mahathir selama 22 tahun dulu..susah bro...)