PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, April 12, 2011

Sekolah terima notis , PRU-13 Jun 2011?

Sekolah terima notis , PRU-13 Jun 2011?
Posted on Monday, April 11 @ 08:16:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


BeritaOleh: amkns

"
Teori Domino: PRU 13 BN TumbangSekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13?The Malaysia Insider, KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. 

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya. 

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji. 

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan. 

“Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan. 

Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu. Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya. 

Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-terima-notis-awalkan-peperiksaan-petanda-pru-13/

"

 

Skandal RM8 juta STDC, ‘peluru besar’ untuk serang BN

 

 

Posted on Monday, April 11 @ 17:00:00 PDT by paktam

Penulis Tamu

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini hanya berlangsung kira-kira satu setengah jam. Hampir keseluruhan sidang diisi dengan para Exco Kerajaan Negeri menjawab soalan dari ahli-ahli Dewan. Selesai sidang, ADUN BN merungut di hadapan media kononnya kerajaan negeri tidak memberi masa yang panjang untuk mereka mengemukakan lebih banyak soalan.

 

BN hanya meludah ke langit dan tertimpa batang hidung sendiri. Tempoh masa bagi sidang DUN untuk pertengahan atau penghujung penggal di Kedah memang begitu sejak separuh abad lalu. BN yang membuat peraturan itu dulu untuk menyekat pembangkang dari bertanya terlalu banyak soalan. Bila giliran mereka jadi pembangkang, rasailah pula peraturan yang mereka sendiri cipta dulu.

Media-media talibarut BN memfokuskan kepada isu ‘berok naik nyioq’ untuk membidas Menteri Besar kononnya menghina usaha BN membawa balik pelajar dari Mesir. Mereka cuma mahu mengalih isu. Isu yang lebih besar dari ‘berok naik nyioq’ ialah pendedahan terperinci Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Amiruddin Hamzah berhubung penyelewengan kerajaan BN dulu menguruskan sebuah GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC). Beliau mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta. Semua beban yang ditinggalkan oleh BN itu terpaksa dijelaskan oleh kerajaan kini.

Pendedahan Amiruddin benar-benar menyebabkan semua ADUN BN panas punggung. Belum habis sesi soal jawab, bekas CEO STDC Dato’ Syed Sobri Syed Hashim yang juga merupakan ADUN Kuala Nerang bergegas meninggalkan Dewan.

Saya pernah menulis beberapa kali perihal penyelewengan STDC menjelang pilihanraya umum ke 12 yang membelanjakan wang GLC tersebut kira-kira RM2 juta untuk tujuan politik BN. Tapi penemuan kali ini lebih mengejutkan kerana jumlah sebenar duit STDC yang ‘disedekahkan’ kepada BN, khususnya Umno adalah jauh lebih besar.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen sepatutnya cukup banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’ namun tidak mungkin disiarkan sepenuhnya dalam ruangan yang terhad ini.

STDC yang ditinggalkan kepada kerajaan PR adalah sebuah syarikat bermasalah, banyak hutang dan gawat. Namun kebijaksanaan pentadbiran baru berjaya memulihkan syarikat tersebut sekalipun terbeban dengan hutang-hutang yang ditinggalkan.

Pada 2007 STDC mengalami kerugian sebanyak RM2.56 juta, manakala pada 2008 kerugiannya ialah sebanyak RM144,467.00. Kerugian tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada pengurusan baru kerana mereka mengambilalih selepas tiga bulan tahun 2008. Pada tahun 2009 keuntungan STDC ialah RM333,978.00 dan tahun 2010 keuntungan sebanyak RM826,110.44.

Satu lagi perkara menarik ialah jumlah emolument untuk ahli-ahli lembaga pengarah. Di masa BN, emolument untuk ahli lembaga pengarah ialah RM125,200 (2006) dan RM251,800 (2007). Bagi tahun 2008 antara Januari hingga Mac sahaja, emolument yang diberi ialah sebanyak RM50,900. Bagi mereka untung atau rugi bukan persoalan, yang penting SDTC seolah-olah dijadikan tempat mengaut kekayaan. Ia berbeza sama seka

li dengan emolument yang diterima ahli lembaga pengarah di zaman PR. Pada tahun 2009 ahli lembaga pengarah hanya menerima keseluruhan RM53,500 manakala bagi tahun 2010 cuma RM8,000.

Semua catatan yang dibuat adalah berdasarkan fakta hitam putih. Ia bukan rekaan macam video seks bikinan Datuk Trio. Sebab itu apabila Dato’ Amiruddin membentangkan di Sidang DUN, semua ADUN BN tidak dapat menyanggah. Semua media talibarut BN tidak mengungkapkan walaupun sepatah perihal penyelewengan pengurusan GLC di zamam BN itu.

Sekarang terserah kepada jentera penerangan parti untuk menjadikan isu ‘Skandal RM8 juta’ itu sebagai modal dan peluru untuk terus mengasak BN Kedah hingga rapat ke di dinding. Biar mereka rasakan pula asakan kita selepas ini.

 

Ketua Pengarah Kerja Raya (yang warak) ditukar atas desakan Umno?

 

 

Posted on Monday, April 11 @ 09:18:04 PDT by paktam

Berita

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato Seri Prof Ir Judin Abd Karim dikhabarkan akan ditukarkan ke CIDB, satu jawatan yang tidaklah strategik seperti jawatannya sekarang. Beliau  dilantik sebagai Pengerusi Eksejutif CIDB menggantikan Dato Ir Hamzah Hassan yang telah menamatkan kontraknya.

Pertukaran ini memeranjatkan pelbagai pihak khususnya warga Jabatan Kerja Raya kerana  Judin dikenali kerana ketegasan beliau di dalam membuat keputusan dalam pelbagai perkara khsuusnya yang melibatkan JKR.

 

Beliau juga dikenali dengan sifat kewarakan dengan solat dhuha dan puasa sunatnya telah memulakan perkhidmatannya di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan JKR,  di bangunan PKNS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumupur.

Karier beliau banyak dihabiskan di dalam bidang rekbentuk dan Judin tidak pernah berpeluang menjadi Pengarah JKR Negeri. Kerjaya beliau melonjak naik apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 1 dan seterusnya menjadi Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada Mei 2007.

Judin berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan Sivil dari University of Southern California, Amerika Syarikat.

Ramai melihat pertukaran beliau adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana ia seolah-olah diturunkan pangkat kerana jawatan KPKR adalah bertaraf Turus III tetapi jawatan Ketua Eksekutif CIDB hanyalah Jusa A, manakala Timbalan Ketua Pengarah kerja Raya adalah bertaraf Jusa A juga.

Sifat kewarakan dan ketegasan beliau terutama berkaitan projek dan melayan karenah kontraktor barangkali tidak disenangi oleh politikus-politikus dan kontraktor yang selalu mengambil dan mencari peluang dalam perlaksanaan projek di JKR.

Menurut seorang pegawai kanan JKR, Judin mungkin menjadi mangsa keadaan kerana ketegasan beliau dalam hal kontrak dan projek menyebabkan beliau mungkin tidak disennagi termasuk oleh Menteri Kerja Raya sendiri.

JKR akan kehilangan seorang pegawai yang baik, amanah dan sangat komited di dalam kerjanya dan amatlah rugi kerana pertukaran beliau di  saat perlaksanaan projek RMK10 baru bermula. "Dalam keadaan sekarang, JKR amat memerlukan seorang ketua seperti Judin. Hairan sekali mengapa beliau ditukarkan ke posisi lain," luahan  hati seorang pegawai kanan JKR  yang mendakwa begitu mengenaili Judin.

Beliau telah berjaya membawa JKR ke arah kecemerlangan dalam menbawa vis dan sisi JKR bagi menghadapi cabaran perlaksanaan projek di bawah JKR dan menongkah transformasi di bawah NKRA dan KPI Kementerian kerja Raya.

Bagi warga JKR jika benar berita Judin akan ditukarkan, pengganti seumpamanya terlalu sukar dicari diganti.


Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

Regina Lee & Wong Teck Chi
Apr 11, 11
2:45pm

Galeri Foto

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

NONEBagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ini di Hospital Sibu.

NONEKetua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari tadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Shafie berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di Sibu hari ini.

Shafie berkata juruterbang, yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.

"Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira jam 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di Hospital Sibu.

- Bernama

 

No comments: