PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, April 25, 2011

Panduan Bersahabat

 Panduan Bersahabat

Posted on Sunday, April 24 @ 18:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh Juragan 

 

 Oleh: muslim_art

 

"1.Sahabat Yang Baik

 

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

 

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

 

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

 

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

 

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya?. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

 

3.Pasang-Surut Persahabatan

 

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

 

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

 

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

 

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

 

5.Sukarnya Sahabat Sejati

 

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

 

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

 

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

 

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

 

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

 

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

 

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

 

8.Menghormati Orang Lain

 

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

 

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

 

9.Menghadapi Musuh

 

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

 

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

 

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

 

10.Tipu Daya Manusia

 

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat

 

 

Mengapa Najib-Taib yang menang gusar kepada Pakatan yang kalah?
Posted on Sunday, April 24 @ 04:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


KomentarOleh Dr Dzul

Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN)Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh.

Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu.

Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan sendiri.

Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan memenangi 17 kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan program-progam Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang menongkah arus. Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat. Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan sebutan tersebut.

Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya. Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16 April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi, termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan.

Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang keputusan PRN Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun seperti biasa, penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi punya sesuatu untuk diperkatakan.

Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk menyebutnya tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian pembaca akan sekali lagi terlucut.

Inilah maudhu' sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa pengamatan kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan Nasional dan khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan perjalanan P/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku membeli undi oleh BN.

Lebih penting adalah supaya 'penegasan-keinsafan' nanti bakal menjadi 'ingatan sempadan' agar kesilapan tidak diulangi dalam berdepan dengan cabaran PRU ke-13 akan datang!

Sebelum penulisan ini semakin menjadi kritis, mungkin ada baiknya penulis mengiktiraf secukupnya pencapaian pembangkang atau Pakatan.

Meningkatkan sokongan popular ke tahap 44.76% serta menambahkan kehadiran pembangkang di DUN Sarawak sebanyak 100% yakni dari 8 melonjak ke 16 kerusi bukan pencapaian yang mudah. Ini  sekaligus membawa erti bahawa Taib Mahmud mengalami kemerosotan 8% undi popular dari tahap 62.93% pada tahun 2006.

Jumlah undi BN kali ini adalah sebanyak 372,397 berbanding undi pembangkang (DAP, PKR, PAS, SNAP dan Bebas) 300,288. Sebagai negeri 'simpanan tetap' dan kubu tegar BN, penghakisan pencapaian ke 55.24% undi popular adalah tidak meyakinkan Najib samasekali untuk terus Taib kekal berkuasa.

Terakhir BN Sarawak dan Taib mengalami kejutan kemerosotan adalah dalam pilihanraya 1987 di mana beliau hanya berjaya mempertahankan 25 dari 45 kerusi DUN Sarawak.

Paling bergaya adalah DAP yang memenangi 80% dari 15 kerusi yang ditandingi, meyumbang kini sebanyak 12 kerusi, dari 6 pada penggal lalu. Paling manis buat DAP adalah mengalahkan timbalan Ketua Menteri George Chan di Piasau kepada pimpinan muda DAP.

Meskipun Taib mampu bertahan kesemua 35 kerusi yang ditandinginya partinya, imej Taib bukan sahaja telah tercalar. Ironis sekali kemenangannya tidak dapat mengelak dan memadamkan hakikat bahawa beliau adalah liabiliti terbesar Najib dalam PRU ke-13 nanti. Semacam mendadak Taib adalah 'petanda' segala yang buruk.

Luar biasa kebobrokannnya, khasnya kekayaan yang dimilikki suku-sakatnya dan bagaimana beliau gagal mensejahterakan rakyatnya meskipun bumi kenyalang itu cukup kaya dengan hasil mahsul; minyak, gas, kayu-kayan, bijeh galian, hasil bumi, kelapa sawit dan pertanian.

Mengapakah persepsi itu terus menerjah Najib dan BN? Apakah yang dibaca oleh Najib dan kumpulan strategists sehingga euporia kemenangan tidak lagi dapat dikekalkan setelah mempertahankn 2/3 majoriti penguasaan di dewan legislatifSarawakitu? Bukankah itu kemenangan selesa?

Tegasnya, apa yang dihitung dan digeruni Najib dan think-tanknnya ialah unjuran senario PRU ke-13 apabila mengambil ukoran dari prestasi dan pola pengundian keputusan PRN Sarawak ini sebagai 'sandaran' atau 'baseline'nya. Berapakah kerusi parlimen yang akan terkandas?

Betul PBB dan BN menang besar kali ini, tetapi melihat dari perspektif unjuran ke hadapan, BN sedang mengalami keluk penurunan secara agak drastik sementara pembangkang khususnya Pakatan Rakyat sebaliknya sedang mengalami keluk kenaikan dan lonjakanya atau 'upward-trend'nya. Dalam hal ini PAS juga menunjukkan potensi yang meyakinkan, meskipun kalah di kesemua kerusi yang ditandingi.

Yang menjadi perhitungan bukan hari ini tetapi esok. Bak pepetah guru pengurusan: 'Tidak kira di mana anda sekarang, tetapi di mana anda akhirnya'.

Dalam bahasa 'Pelaburan atau Investment', Pakatan boleh disifatkan sebagai mempunyai harapan untuk terus untung kerana masih punya  "Upsides atau Potensi" yang lebih menarik dan meyakinkan pelabur sementara BN-Taib dan BN-Najib itu sendiri adalah kelompok atau entity bisnes yang sedang mengalami keluk penurunannya dan tidak punya keupayaan untuk membuat lonjakan keuntungan kerana telah 'tepu'.

Bahkan BN semacam sedang mengalami fenomena pelaburan "undang-undang pulangan mengecil" atau tahap keluk "diminishing return", di mana bagaimana pun tambahan usaha, pulangan atau 'return'nya masih tidak berkadar langsung tetapi terkadangkali berkadar songsang. Ini pastinya menakutkan.

Isu Al-Kitab dan nama Allah mencetuskan kesan buruk dan persepsi negatif pelbagai pihak samada kaum asal Sarawak dan penganut agama Kristian, sementara tidak pula membawa peralihan sokongan Islam-Melayu yang lebih tegar kepada pegangan Islam dari Melayunya kepada BN. Sebaliknya tak kurang yang menganggap bahawa kekerasan itu mengundang persepsi buruk dan sempit terhadap Islam yang asalnya lebih bersifat RahmatanlilL'alamin – lebih ihsan-belas kepada semua makhluk di alam ini.

Dengan kata lain Najib gerun memikirkan bahawa Barisan Nasional yang dipimpinnya, di ambang PRU ke-13 ini, sedang kehilangan dan kemerosotan kepercayaan, 'goodwill' dan 'sangka-baik' rakyat dan pengundi. 

Persoalan terakhir yang hendak digarap penulis ialah bersabitan Pakatan Rakyat.

Mengapakah Pakatan gagal menafikan 2/3 majoriti Taib dan BN? Mengapakah sebutan untuk menang, hanya satu khayalan dan cita-cita yang tidak berpijak atas dasar maklumat dan pengetahuan? Mengapakah penulis ini hanya mampu meramalkan bahawa Pakatan akan hanya menang 17 kerusi sahaja?

Dalam ruang terhad ini, penulis terpaksa meringkaskan penghujjahannya.

Penulis menegaskan awal tadi bahawa Pakatan masih punya 'upsides' atau 'potensi' untuk menempah kemenangan yang lebih besar dalam PRU ke-13 kerana Pakatan yang 'gagal' kali ini, mampu memperbaikki penampilan sebagai satu entiti koalisi atau muafakat politik yang lebih mantap dan berpadu dalam PRU -13 akan datang.   

Dilihat dari segi mobilisasi jentera penerangan, penulis berani membuat rumusan bahawa Pakatan hanya wujud sebagai satu jenama yangcubadi jual apabila di atas pentas ceramah. Terlalu minima kalau pun ada, penampilan Pakatan dilakukan secara bersama dan bergandingan samada pada bill-board, kain-rentang dan posters termasuk juga pentas-pentas ceramah selain dari yang 'perdana'.

Lebih substantif lagi, kalau dilihat di segi perumusan Manifesto PRN itu sendiri dan bahan-bahan cetak yang diterbitkan. Gandingan Pakatan itu tidak menyerlah dan tidak menonjol. Ini mampu dan wajar diperbaikki.

Lebih malanglagi kalau ada sebutan-sebutan tertentu, seumpama mengisytiharkan calon bakal Ketua Menteri andainya menang, tidak dirundingkan dalam semangat Pakatan kerana sedikit sebanyak membawa kesan risiko dan buruk kepada parti–parti tertentu. Kalau mahu naïf 2/3 majoriti, apa perlu umumkan calon KM. Tambhan kerana ianya beri kesan risiko kepada rakan Pakatan tertentu.

Ini menujukkan bahawa kesepakatan dan muafakat politik Pakatan itu hampir terlepas pandang dan tercicir kerana amat menasabah, masing-masing parti komponen mahu memenangkan calon dan partinya tentunya.

Penulis berani menyimpulkan bahawa sebagai contohnya, sehingga ke garis penamat, Pakatan  tidak punya objektif strategik yang disepakati, samada mahu menang memerintah atau sekadar menafikan 2/3 majoriti sahaja. Soalan ini bukan sekadar akademik tetapi membawa kesan dan menyangkut pendekatan penerangan.

Kegagalan Pakatan untuk menarik dan mengikat SNAP sekaligus sokongan Iban dan Dayak juga membawa kesan yang buruk terhadap prestasi pencapaian khususnya PKR dan penguasaan kerusi Pakatan di DUNSarawak.

Apakah ini mampu diperbaikki dalam PRU ke-13 nanti akan tertanggung kepada sejauhmana Pakatan komited dengan pendekatan strategik "Grand Coalition" bagi menumbangkan BN nanti. Memang sukar untuk penulis berlaku adil menghuraikan semua isu-isu ini, namun jelasnya masih ada lagi "Potensi atau Upsides" yang boleh dipunggah oleh Pakatan dalam PRU ke-13 akan datang, Ini yang cukup menarik bagi pemerhati politik dan sekaligus mendebarkan serta menggusarkan Najib-BN.

Dalam suasana Pakatan yang tidak begitu terarah dan tersusun, 'pendatang baru' seperti PAS amat tidak dapat dibantu. Berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politikSarawak, PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di DUN tersebut. PAS kini sedar kelemahannya di kesemua kerusi yang ditandinginya dan tahu faktor kritikal kejayaan (CSFs) untuk membuat perubahan nasibnya.

Dengan kata lain, pendekatan dakwah PAS mesti digarap dengan strategi penerangan politik yang lebih berbisa. Untuk kali ketiga penglibatan PAS dalam PRN Sarawak, penulis terpaksa mengakui bahawa strategis PAS kurang pantas untuk memposisi kedudukan dan keberadaannya dalam Pakatan sebagai teras mesej penerangannya, sekaligus terus berada bersama dengan agenda perubahan yang dipacu bersama rakan-rakan Pakatan.

Meraih undi Melayu-Melanau, dalam keadaan PRN Sarawak adalah satu kerja yang maha sukar mentelahan PAS didakwa bersama rakan-rakan Pakatan untuk menamatkan kuasa Melayu-PBB di Sarawak. Dalam suasana prajudis dan penuh kesangsian, faktor calon dan koalisi politik pakatan mampu membantu tetapi tidak disudahi dengan baik..

Ringkasnya, PAS masih boleh lagi memperbaikki prestasinya dengan lebih baik dalam PRU ke-13. Namun PAS tidak boleh mengulangi sikap lama. PAS mesti memunggahkan seluruh sumber dan peluang untuk memantapkan lagi posisi dan persepsinya dikacamata orang Melayu-Islam bukan sahaja orang Sarawak, bahkan seluruh PersekutuanMalaysia. Di kacamata segmen bukan Melayu-bukan Islam, kedudukan PAS semakin kukuh.

Penulis penuh keyakinan, berdasarkan penghuraian serba ringkas ini, Pakatan bersedia dalam satu pendekatan "Grand Coalition" untuk membuat kejutan lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang.

Bayangkan, andainya Pakatan mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGOs, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar "Perubahan Besar" mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta hempitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional, maka negara ini bakal menyaksikan menyinsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua!

Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.

Mengapa Najib-Taib Yang Menang Gusar kepada Pakatan yang Kalah?

Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah,

Muamalat & Ibadah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Fiqh muamalat bukanlah terhad kepada hukum-hakam di dalam urusan kewangan semata-mata tetapi ia tercabang kepada seluruh urusan di antara manusia sesama mereka.

Justeru, urusan politik (siyasah), pentadbiran, nikah kahwin (munakahat), hukum jenayah, cara dakwah serta akhlak juga terkandung di dalam bab fiqh muamalat. Muamalat ini juga boleh diklasifikasikan dalam bab 'Al-Adat'. Sheikh al-Islam Ibn Taymiah berkata :

تصرفات العباد من الأقوال والأفعال نوعان : عبادات يصلح بها دينهم وعادات يحتاجون إليها في دنياهم

Ertinya : Urusan hamba (manusia) seluruhnya sama ada perkataan dan perbuatan itu boleh diklasifikasikan kepada dua jenis : Ibadah yang baik untuk agama mereka dan hal adat yang diperlukan oleh manusia untuk urusan dunia mereka (Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Nuraniyyah, hlm 111)

APAKAH KESAN TERHADAP PEMBAHAGIAN DAN KEFAHAMAN INI?

Sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama silam dan kontemporari, urusan hukum dalam bab fiqh Ibadah adalah agak terhad dan terikat dengan dalil yang specifik (khusus) dan sebahagian dalil umum. Apapun ia mesti mempunyai dalil yang jelas. Sebagaimana kaedah yang dipersetujui oleh para ulama menyebut:-

الأصل في العبادة التوقف

Ertinya : Hukum panduan (asal) bagi urusan ibadah adalah tawaqquf (berhenti dari mencipta, mesti datang dari dalil) (Rujuk kaedah ini dalam, Ibn Hajar, Fath Al-Bari, 3/54 ; Ibn Mufleh, Al-Adab Al-Syar'iyyah, 2/265 ; Al_Zarqani, Syarah Al-Muwatta', 1/434 ; Al-Syawkani, Naylul Awtar, 2/20)

Syeikhuna Al-Imam Dr. Yusuf Al-Qaradawi pula mengulas lanjut berkenaan displin hukum dalam bab ibadah dengan menjelaskan ciri sesebuah ibadah khusus itu dengan dua kaedah :

ألا يعبد إلا الله

Ertinya : Tiada yang layak diabdikan diri kepadanya kecuali Allah ( ertinya niat mestilah kerana Allah)

ألا يعبد إلا بما شرع

Ertinya : Tiada ibadah kecuali yang disyari'atkan ( mestilah bersumber secara specific atau umum dari nas dalil al-Quran dan hadith).

Hasilnya tidak dibenarkan untuk sesiapa di kalangan manusia, mencipta apa jua bentuk ibadah baru yang tidak didasari oleh dalil. Bukan itu sahaja, malah semua ibadah itu mestilah disandarkan kepada dalil dengan cara istidlal dan istinbad yang sohih.

HUKUM MUAMALAT BERBEZA

Ibn Abidin menjelaskan beberapa aspek muamalat katanya:"muamalat boleh dibahagi kepada lima iaitu pertukaran pemilikan dalam jual beli (mu'wadah maliah), nikah kahwin, perbicaraan di mahkamah (mukhosamah), kontrak amanah (termasuk politik dan kepimpinan), dan pembahagian pusaka" ( Hashiah Ibn 'Abidin, 1/79)

Bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat pula, Allah s.w.t hanya meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat. Namun begitu, sebarang perubahan hukum mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui kaedah-keadah tertentu yang sukar untuk diterangkan di sini.

Displin ini penting agar kebebasan itu tidak disalahgunakan oleh sebahagian manusia yang berkepentingan. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan pelaksanaan yang flexible, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk dunia.

Keadahnya disebut :

الأصل في المعاملات والعادات الإلتفات إلى المعاني

Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu'amalat dan adat adalah kembali kepada penelitian objektifnya. ( Al-Muwafaqat, Al-Shatibi, 2/300) [1]

Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian besar PELAKSANAAN hukum-hakam dalam bab muamalat berubah-ubah disebabkan oleh suasana dan kebiasaan setempat yang dinamakan 'uruf. Namun mestilah 'uruf terbabit tidak secara jelas bercanggah dengan nas dan dalil yang jelas, jika itu berlaku ia dinamakan 'uruf  fasid atau kebiasaan yang tertolak dan rosak, hukumnya haram dilakukan dan mesti dihentikan.

Justeru, perlulah kita fahami :-

1.     Urusan kewangan adalah bab Fiqh al-muamalat antara manusia dengan manusia. Justeru, mewujudkan suatu kontrak jual beli yang tidak pernah wujud di zaman Nabi adalah HARUS selagi prinsip keadilan dalam jual beli dipelihara, iaitu tiada riba, tiada gharar, tiada judi, terdapatnya keredhaan kedua belah pihak dan pelbagai lagi.

 

Mengapa ia diharuskan walau tiada yang sedemikian di zaman baginda Nabi s.a.w? Jawabnya, kerana ia adalah satu dari isu dalam hukum Muamalat yang flexible (anjal). Kerana itu jugalah sistem bank hari ini diiktiraf oleh para ulama walau tiada wujud sepertinya di zaman Nabi, namun ia memerlukan modifikasi dari semasa ke semasa agar boleh mencapai objektif kebaikan buat masyarakat.

 

2.    Medium pembelian iaitu matawang adalah dari bab mu'amalat. Justeru, mewujudkan matawang yang baru yang tidak pernah diguna pakai oleh Nabi juga adalah HARUS selagi syarat-syarat keadilan dipenuhi.

Jika ternyata penciptaan itu terdapat kezaliman, mestilah kezaliman itu dibanteras, dirawat dan dikurangkan semampu mungkin. Jika belum punyai kemampuan mudarat hendaklah dikurangkan sedaya mampu. Justeru keharusan penggunaan mesti dihadkan kepada situasi tertentu sahaja, seperti di ketika ekonomi umat Islam terlalu lemah seperti hari ini. Mengapa ia harus walau di zaman Nabi tiada sebegitu?, Kerana ia adalah satu isu dalam Fiqh Muamalat yang flexible(anjal).

 

3.    Urusan pentadbiran dan urusan politik adalah satu dari bab muamalat. Justeru, menyertai protes aman (tanpa bersenjata menurut ghalib dzan yang menyertai) menuntut pemimpin yang ternyata zalim untuk turun dari jawatan adalah HARUS walau ia tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w, iaitu selagi ia tidak membawa mudarat yang lebih besar pada penilaian ulama di sesuatu zaman tersebut. Ia juga bukanlah salah satu dari ciri Khawarij kerana ia bukan melawan secara bersenjata dan rusuhan yang terancang.

 

Lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar al-Khattab mengendalikan urusan muamalat dalam bab politik dan pentadbiran.

 

Antara contoh paling kontroversi di zaman umar adalah fatwa beliau berkenaan pembahagian kawasan tanah Iraq yang dibuka oleh tentera Islam di waktu itu. Menurut parktis biasa di zaman Nabi dan selaras dengan ayat Al-Quran :

 

وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ

Ertinya : Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnusabil.. ( alAnfaal : 41)

 

Difahami dari ayat itu, 4/5 bakinya dibahagikan kepada tentera yang berjuang. Namun Umar al-Khattab dan sebahagian ulama di kalangan sahabat seperti Sayyiduna Ali, Muadz Ibn Jabal dan beberapa yang lain berpendapat tidak perlu dibahagikan dan membiarkannya kekal di tangan pemiliknya yang asal. Dengan syarat pemiliknya yang asal itu membayar kharaj (cukai tanah) yang boleh dimanfaatkan oleh semua umat Islam.

 

Ijtihad Umar selaku pemerintah ini tidak dipersetujui oleh beberapa sahabat terkemuka seperti Bilal Ibn Rabah dan lain-lainnya. Umar diriwayatkan berkata :-

لو لا آخر الناس ( أي الأجيال المستقبلة ) لقسّمتُ الأرض كما قسّم النبي صلى الله عليه وسلم خيبر

Ertinya : Jika tidak disebabkan kebaikan generasi terkemudian Islam, nescaya akan ku bahagikan tanah-tanah ini sebagaimana Nabi membahagikan tanah Khaybar (Al-Mughni, Ibn Qudamah, 2/598) [2]

 

Ibn Qudamah kemudiannya menghuraikan, Umar r.a telah mewaqafkan tanah terbabit walau beliau tahu keputusan Nabi s.a.w. Inilah satu contoh jelas menunjukkan kaedah dalam keputusan muamalat Islam boleh berubah dengan berubahnya suasana dan keperluan.  Syeikhuna Yusuf Al-Qaradawi

أن مجرد فعل النبي صلى الله عليه وسلم لشيء إنما يدلّ على المشروعية فقط ولا يدلّ بنفسه على الوجوب ولهذا وسّع عمر ومن معه مخالفته

Ertinya : Sesungguhnya semata-mata Nabi melakukan sesuatu (Dalam hal ehwal mamalat termasuk politik) ia hanyalah menunjukkan keharusan dan pensyariatannya sahaja, dan TIDAK MENUNJUKKAN kewajiban, oleh kerana itulah Umar al-Khattab dan yang bersamanya meluaskan (bentuk pelaksanaannya)" ( Madkhal Lidarasati al-Shari'ah Al-Islamiyyah, hlm 220)

 

Dari contoh di atas, zahir fatwanya kelihatan berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w tetapi ia jelas menunjukkan kesamaan dari sudut target dan objektif (maqasid) iaitu untuk mencapai keadilan yang yang terbaik untuk Negara Islam, walau terpaksa sedikit mengenepikan hak individu. Bukankah sudah diketahui bahawa maslahat umum diutamakan dari maslahat individu.

 

Inilah tanda keputusan bersifat politik dan pentadbiran adalah satu dari isu muamalat yang Ia tidak terhad kepada sesuatu 'bentuk' specifik yang dilakukan oleh Nabi tetapi hanya terhad kepada inti dan objektif sahaja.

Juga seperti tindakan Nabi yang menolak permintaan sahabat untuk melaksankan limitasi harga jualan (Tas'ir) agar para peniaga tidak boleh menaikkan harga.

 

Kata Nabi semasa menolak permintaan itu :

بل الله يخفض ويرفع وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال

Ertinya : Bahkan, Allah yang menurun dan menaikkannya dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada sesiapa yang menuntut dariku kerana dizalimi dari sudut harta dan jua jiwa" ( Riwayat Abu Daud ; Sohih : Albani)

 

Namun kemudiannya, Imam Sa'id Musayyab, Yahya Sa'id Ansari, Imam Malik dan raai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

 

Sheikuha Prof. Dr Fathi Al-Durayni menjelaskan tas'ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas'ir. Iaitu  Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

 

Ulama tabien pula membenarkan tas'ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi'r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

 

4.    Dakwah dan caranya merupakan satu cabang dari muamalat : Inti dakwah adalah tetap (thabit) iaitu membawa manusia kepada kebaikan yang digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, dan melarang manusia dari apa jua perbuatan dan keyakinan yang bertentangan dengannya.

 

Pun begitu, cara, teknik dan bentuk dakwah itu terbuka kepada pelbagai jenis, tidak hanya terhad kepada kaedah dan bentuk yang digunapakai oleh Nabi iaitu ceramah face to face dengan para sahabat. Justeru, bentuk dakwah dan ajak kepada kebaikan melalui tv, radio, internet, blog, kaset, cd, vcd, mp3 yang dikira tidak secara face to face juga diharuskan.

 

Demikian juga dakwah melalui gambar video yang tidak pernah diguna oleh Nabi, adalah dibenarkan selagi syaratnya asas dapat diikuti.

 

Dakwah melalui platform dan jemaah-jemaah tertentu yang mampu melakukan kerja secara berkumpulan seperti NGO juga diharuskan, walau ia tidak pernah wujud di zaman nabi juga boleh, parti politik juga boleh, melalui system demokrasi yang telah tersedia wujud dan sebagainya.

 

Inilah yang perlu difahami dan tidak tersilap faham bahawa kita WAJIB mengikut bentuk yang nabi gunakan di zaman baginda, sehingga perlu memasuki gua terlebih dahulu atau menolak seratus peratus sistem demokrasi yang ada sebagai jalan untuk mencapai inti dakwah, Ini adalah kurang tepat jika dilihat dari keperluan dan perubahan situasi zaman dan tempat.

 

Jangan pula nanti ada yang berfatwa hanya boleh menaiki unta dan kuda semasa dakwah keran aitulah yang dilakukan oleh baginda nabi dan sahabat. Fatwa sebegini tidak disebut oleh mana-mana ulama muktabar.

 

Hasilnya, hendaklah kita fahami mana inti yang perlu diikuti (thawabit), dan mana pula bentuk yang bersifat mutaghayyirat dan flexible. Terlalu banyak dalil dalam bab ini yang tidak sesuai untuk dimuatkan dalam tulisan ringkas ini.

 

KESIMPULAN

 

1.       Hukum ghalib dalam kes-kes muamalat dan penentuan hukum dalam isu-isu baru dalam bab muamalat dan adat adalah merujuk kepada objektif. Caranya? Selagimana tidak bertembung secara qat'ie dan ijma' dengan mana-mana hukum Shari'ah, ia adalah diharuskan. Seperti berdakwah menggunakan muzik, kartun lukisan dan sebagainya. Ia adalah bab muamalat.

 

2.       Muamalat tidak hanya terhad kepada urusan kewangan tetapi juga seluruh urusan yang melibatkan hubungan manusia dengan manusia lain.

 

3.       Cara dakwah, politik, teknik teguran kepada rakyat yang melakukan kesalahan atau pemerintah yang melakukan kezaliman BOLEH berubah menurut keperluan zaman dan setempat. Ia merupakan isu muamalat yang hanya terikat untuk mencapai intinya selagi teknik adalah neutral. Ia bukan Fiqh ibadah yang sangat terikat kepada dalil specifik dan nas.

 

Namun perlu diingati, sesuatu teknik mungkin disangkal oleh sebilangan ulama di sesuatu zaman dan disokong pula oleh sebahagian ulama yang lain, kedua-duanya berdasarkan proses timbang tara maslahat dan mudarat. Ia adalah hasil ijtihad dan tidak wajarlah kita mengutuk, melabel dan memperlekehkan mana-mana ijtihad yang dikeluarkan oleh ilmuan yang berkelayakan.

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

 

No comments: