PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, April 11, 2011

Khairy Emosi Dan Mengelupur Di Sebalik VCD Lucahnya?

Khairy Emosi Dan Mengelupur Di Sebalik VCD Lucahnya?

Posted on Sunday, April 10 @ 17:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh Juragan 

 

 Oleh: edyesdotcom

 

"Tanpa membaca kenyataan penuh Chegubard yang dipublish pada 7 April lalu, Khairy mungkin saja panik dan mungkin juga dengan gelabah puyuh mengarahkan budak-budak suruhannya membuat laporan polis ke atas Chegubard.

 

Kenyataan Chegubard menyentuh perihal video seks yang dikatakan milik khairy. Namun chegubard menegaskan sekerasnya betapa politik lucah harus dihentikan segera, merujuk kepada tindakan chegubard memusnahkan seberapa banyak vcd yang ada ketika kempen PRU2008.

 

Jika hari ini politik UMNO membenarkan penayangan video seks di beberapa hotel terkemuka sekitar ibu negara walaupun video itu fitnah kepada DSAI, Chegubard pernah memilih untuk tidak menggunakan bahan serupa untuk kempennya menentang khairy. Tindakan chegubard pada tahun 2008 adalah hujah penting beliau bagi menyeru politik selak kain dihentikan. Beliau juga dilihat konsisten dalam isu ini termasuk ketika berdepan dengan kes video Chua Soi Lek yang boleh ke blog beliau dan rujuk kenyataan beliau ketika itu yang tersiar dalam blognya.

 

Tetapi malangnya kenyataan Chegubard telah disalah tafsir oleh seorang Yang Berhormat lepasan Oxford. Secara terus Khairy menuduh Chegubard mengedar video seks tersebut ketika kempen PRU2008 dalam laman twitter miliknya.

 

Di bawah adalah twitter KhairyKJ yang menuduh Chegubard mengedar Video lucah miliknya pada tahun 2008 di Paroi;

 

@chegubard Kamu yang edar video palsu tu di Paroi masa PRU2008 hari ni pula nak tolak politik lucah. Tolong la Barrrd... Hipokrit betul.

Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapa Khairy tidak membuat sebarang laporan polis ke atas Chegubard apabila mengetahui 'kononnya' Chegubard mengedarkan video seks yang pelakonnya iras-iras Khairy.

 

Sedangkan ketika PRU lepas jentera Bn telah membuat beberapa laporan polis ke atas cheGuBard khususnya apabila ada mahasiswa turut menyertai jentera menentang Khairy di Rembau.

 

Telah ditegaskan, video seks tersebut asalnya adalah dari kumpulan UMNO yang amat membenci Khairy. Jangan kita lupa bagaimana Khairy di 'boo' beberapa kali ketika diangkat sebagai ketua pemuda suatu masa dulu. Kumpulan ini sanggup membekalkan beberapa bahan untuk kempen chegubard termasuklah video yang dimaksudkan. Tetapi di atas prinsip menolak politik selak kain, Chegubard mengarahkan jenteranya memusnahkan bahan tersebut.

 

Sememangnya puak-puak UMNO memang gemar mengedar bahan-bahan lucah bagi membunuh karier politik seseorang pemimpin yang dirasakan mengancam kepentingan mereka waima pemimpin di dalam parti sendiri.

 

Beberapa jam selepas chegubard keluar kenyataan di blognya yang bertajuk "SAMM : Hentikan Politik Lucah Segera!!", satu laporan polis telah dibuat oleh pemuda UMNO umpama ketua pemudanya seperti cacing kepanasan.

 

Sekali lagi saya timbulkan persoalan, mengapa tidak buat laporan polis pada tahun 2008 jika benar chegubard mengedar video tersebut sebagai bahan kempen? Laporan polis hanya dibuat di atas kenyataan chegubard yang tajuknya menggesa politik lucah dihentikan!

 

Seraya itu juga, dengan pantas setiausaha PKR Rembau iaitu Norazizi telah dihubungi oleh seorang pegawai penyiasat polis yang bernama Omar. Difahamkan pihak penyiasat sebenarnya belum lagi membaca kenyataan penuh Chegubard, tetapi oleh kerana pihak pemuda UMNO yang membuat report maka pihak polis begitu melulu dalam menjalankan tugasnya. Gelagat pihak polis tidak ubah seperti telah diperkudakan untuk kepentingan seseorang.

 

Beberapa tweet yang mempersoal 'mengapa KJ tidak membuat laporan polis pada 2008' tidak dijawab oleh Khairy. Apakah maknanya diam membisu walaupun sebelumnya beberapa kali mengicau tweet dalam isu yang sama?

 

Perlu diingat, melalui twitter Khairy yang tertera di atas, ia menunjukkan Khairy juga sedar video itu wujud apabila membuat tuduhan terhadap Chegubard bahawa pengedaran video itu kononnya berlaku.

 

Khairy dinasihatkan jangan terlalu angkuh dalam isu video lucah ini dan jangan tersalah langkah dalam mengatur gerak. Chegubard mungkin saja telah memusnahkan semua kepingan vcd tersebut pada tahun 2008, namun tidak mustahil 'jika' masih ada satu salinan buat kenang-kenangan.

 

Apa yang salahnya menyimpan video lucah apatahlagi menayangkan di dalam bilik hotel untuk tontonan wartawan terpilih. Asalkan ia tidak bertujuan mengaut keuntungan, ia boleh sahaja berlaku dalam negara Islam Malaysia kita ini. Terima kasih kepada Nazri!

 

Buat Khairy, gambar kamu 'bergembira' di Kelab Malam disebar oleh kawan-kawan kamu, gambar kamu beraksi 'maknyah' juga disebar oleh kawan-kawan kamu... Apa lagi yang kawan-kawan kamu miliki yang akan disebarkan... Cuma ketika gambar-gambar tersebut tersebar tiada pemimpin PR yang ambil jadi modal politik.

 

EDYES @ edyesdotcom

Khairy Emosi Dan Mengelupur Di Sebalik VCD Lucahnya?"

 

 

 

 

110 % Aku Yakin Zul Kulim Ini Bengong, Yop

Posted on Sunday, April 10 @ 16:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh Juragan 

 

 Oleh: wfauzdin_ns

 

"TERBACA saya tulisan dari MP Kulim Bandar Bharu, YB Zul satu artikel bertajuk "Keliru Yang Mengelirukan". Artikel tersebut ada disiarkan diruangan forum di Tranungkite di sini, dan apabila saya membacanya maka saya 110 % percaya yang keliru dan mengelirukan itu adalah MP yang dipecat dari PKR ini.

 

Saya tidak perlu belajar rajin-rajin untuk mendapatkan ijazah peguam bagi menjawab hujah YB Zul ini yang pada saya budak tidak lulus SRP pun boleh jawab, yob!! Beliau menyebut, mengapa perlu kecuh dengan isu Qazaf, fitnah zina dan sebagainya sedangkan kes video lucah tersebut masih belum selesai disiasat. Wahai Zul Kulim, kamu mahu rakyat jadi bisu seperti kamu apabila melihat seluruh media menunjukkan aksi dan berita lucah itu? Di mana sekelumit iman kamu wahai Zul, masakan hilang terus semenjak berada di bawah ketiak Bik Mama?

 

Zul Kulim berkata, ada 5 perkara yang perlu diselesaikan dan katanya pihak Polis baru melakukan satu perkara iaitu perkara 1 : mengesahkan video itu tulen. Kelima-lima yang digariskan oleh Zul Kulim seperti berikut:

 

1. adakah videoklip itu tulin, maksudnya bukan superimpose dan lain-lain?

 

2. jika tulin, siapa watak-watak yang ada didalam video itu?

 

3. setelah dikenal pasti, barulah kita siasat apa yang berlaku dalam videoklip itu? Adakah mereka main gasing atau pun main guli?

 

4. jika kandungan videoklip itu menunjukkan berlaku satu perlakuan jenayah, maka kesalahan itu hendaklah disiasat; dan jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

 

5. dan jika pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan, maka jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan terhadap mereka yang berkaitan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

 

Di dalam perkara 5, mengapa dibiarkan? Mengapa Zul Kulim sebut`JIKA pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan'? Mahu `backing' lagi ke `three strooges' itu? Masakan seorang peguam tidak tahu undang-undang berkaitan pemilikan dan tayangan video lucah? Dan, paling lucu Zul Kulim sebut JIKA CUKUP BUKTI, pendakwaan boleh dikenakan. Wahai Zul, kamu ketinggalan bas lagi ke? Kamu tidak tahukah bahawa `three strooges' atau Datuk T itu mengaku terlibat di dalam penayangan video lucah. Kamu tidak menonton TV 3 suku yang mendedahkan pengakuan `kumpulan kepala otak biru' itu? Bukankah kamu sebut 110 % percaya?

 

Apabila `three strooges' sudah membuat pengakuan dan satu dunia tahu mereka yang memiliki dan menayangkan video lucah tersebut di Seri Carcosa, mengapa perlu tunggu bukti lagi? Bukti apa lagi? Zul Kulim nampaknya begitu bersunguh-sungguh untuk menyelamatkan si penayang video lucah berkenaan. Beginilah jadinya jika ilmu begitu mudah untuk dilacurkan.

 

Saya kesihan melihat perangai Zul Kulim yang nampaknya semakin berserabut dengan isu video eks yang beliau dakwa 110 % percaya itu. Putar belitnya semakin ketara memperlihatkan kebodohan beliau sendiri. Di dalam tulisannya itu juga, Zul Kulim mempertahankan Najib mengalungkan bunga di makam Kamal An-Tarturk atas `nas atau dalil' bahawa Tayyeb Erdogan juga berbuat begitu. Semenjak bila Islam mengambil dalil atau nas hukum dari Erdogan, wahai Zul Kulim? Jika Erdogan kencing berdiri, maka Zul Kulim akan kata tiada masalah kita kencing berdiri, tak begitu Yob?/

 

wfauzdin.blogspot.com"

 

 

Najib lancar minyak baru namun rakyat mahu harga minyak turun

DRS. KHALIL IDHAM LIM

 

07Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Najib Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd PDB iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON95. namun perlulah diingatkan [ersoalan sebenar yang menghantui benak fikiran setiap rakyat malaysia ialah bilakah harga minyak akan naik lagi.

Rakyat malah sangat senang kalau Najib boleh melakukan seperti yang dilakukan oleh PM sebelum ini, Abdullah Badawi yang pernah menurunkan harga minyak.

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri di Menara Berkembar Petronas sempena juga dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way" Bagaimanapun harganya sama dengan harga RON95.

Sangat malang bagi rakyat Malaysia yang terus menerus dihimpit dengan kemiskinan bila harga barang terus meningkat naik dengan maksud kuasa beli wang atau pendapatan masing-masing semakin mengecil.

 

 

 

 

 

 

Isi Sama, Teknik Berbeza

 

Oleh

 

Zaharuddin Abdul Rahman

 

www.zaharuddin.net

 

 

 

Nabi s.a.w menggunakan pelbagai teknik, cara dan pendekatan dalam memberikan ilmu kepada para sahabat. Isi, konten dan mesej adalah konsisten namun bentuknya dipelbagaikan menurut keperluan suasana dan keadaan.

 

Walaupun pengajian itu disampikan oleh seorang Nabi dan Rasul yang paling mulia disisi Alalh, selaku manusia biasa para sahabat masih boleh ditimpa rasa letih, jemu dan bosan jika pengajian dan pengajaran yang diberi oleh baginda Nabi berteusan atau tidak dipelbagaikan.

 

Kerana itu, terdapat sebuah hadis dari Syafiq Abi Wail berkata :

 

" Kami duduk di pintu Abdullah bin Mas'ud, menunggunya, kemudian lalu Yazid bin Mu'awiyah an-Nakhai'e lalu dan berkata, "beritahulah dia bahawa kita sedang menunggunya". Maka masuk seorang dari mereka, tetapi keluarnya tidak bersama Ibn Mas'ud, dan dia mengatakan bahawa Ibn Mas'ud berkata :

 

فما يمنعني أن أخرج إليكم إلا كراهية أن أملكم  إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يتخولنا بالموعظة في الأيام مخافة السامة علينا

 

Ertinya :  "Aku telah memberitahu keadaan kita dan dia tidak berkata "Tiadalah yang menghalangku dari keluar kepada kamu ( untuk mengajar ) kecuali bimbangkan kamu akan dilanda jemu, sesungguhnya Rasulullah telah menentukan kepada kami (dahulu) waktu-waktu untuk memberi pengajian, peringatan pada hari tertentu bagi mengelak kami dilanda kejemuan" ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim [1])

 

Disebabkan oleh sifat kemanusian itu, Nabi menentukan hari-hari tertentu sahaja untuk pengajian. Cuma persoalannya kini, bolehkah di zaman ini kita ingin menganjurkan kelas yang berterusan , bertururt-turut? Bagaimana jika pelajarnya mampu? Adakah ia sunnah atau bercanggah?

 

Terbayangkah kita kisah-kisah imam besar dahulu, seperti Imam An-Nawawi , Ibn Jawzi dan ramai lagi tentunya, kelas pengajian mereka berderet-deret sehingga 8-12 kelas dari selepas subuh sehingga tengah malam.

 

Ibn Jawzi sehingga memberitahu beliau tidak mempunyai zaman kanak-kanak seperti mereka yang sebaya dengannya, Di ketika kanak-kanak lain bermain, beliau hanya sibuk ke hulu ke hilir menelaah kitab bersama guru-gurunya.

 

Sememangnya kisah mereka bukan sandaran hukum, namun saya memetik hadis di atas agar kita mampu memahami kaedah dan cara memahami sunnah atau sesuatu hadis Nabi, khususnya dalam bab yang berisfat mu'amalat (hubungan manusia dengan manusia).

 

Hukum mu'amalat disepakati oleh ulama berdasarkan pelbagai dalil, diikat dengan sebab dan objektif. Sebab dan objektif ini adakalanya ia dinamakan 'illah. Yang mana dalam displin pengajian Usul Fiqh ada menyebut

 

الحكم يدور مع علته وجوداً وعدماً

 

Ertinya : Hukum itu bersama illah wujud dan tiadanya.[2]

 

Maksudnya, katalah ada satu minuman yang diharamkan kerana ia memabukkan, ia dihukum oleh Islam sebagai arak. Katalah melalui satu proses kimia, sifat memabukkan dan mudarat itu dapat dibuang dari minuman tersebut, sehingga ia menjadi satu minuman yang sihat dan tiada mabuk serta lazat. Hukum HARAM  akan  sentiasa bersama 'illahnya iaitu memabukkan, apabila tiada mabuk dapat ditiadakan, tiadalah juga hukum haram. Minuman itu kini menjadi HARUS.

 

 

Itulah cara memahami dan istinbad sesuatu hukum dalam Fiqh Muamalah, demikian juga dalam contoh kita di atas, dari sunnah Nabi untuk menentukan waktu khusus untuk pengajian dan berehat di waktu tertentu, tujuannya jelas dalam hadis Ibn Mas'ud, untuk mengelak jemu dan bosan.

 

Justeru, jika sekiranya, ada sekumpulan anak muda hari ini, sangat dahagakan ilmu dan tidak jemu dengan pengajian walau berterusan selama 10 jam sehari. Itu tidaklah bercanggah dengan sunnah malah tidak pula dihukum haram. Inti sunnah nabi dalam bab itu jelas, iaitu mengelak kejemuan dalam pengajian. Namun sesiapa yang tidak jemu, Islam membenarkan ia untuk menyusun menurut cara mereka.

 

NABI DAN PERUMPAMAAN

 

Sebagaimana diberitahu, Nabi s.a.w mempelbagaikan bentuk dan teknik pengajaran sesuai dengan alat yang wujud di zamannya.

 

Begitu banyak riwayat menunjukkan Nabi s.a.w kerap membuat perumpamaan, adakalanya baginda mengajar sambil menyoal terlebih dahulu seperti nabi bertanya kepada sahabat : "Apakah pendapatmu jika sekiranya di hadapan rumah seseroang itu terdapat satu sungai yang mana dia mandi sehari lima kali, adakah akan masih wujud kekotoran padanya? , ...kata Nabi selepas ituitu "Itulah perumpamaan solat lima waktu, Allah memadam melaluinya dosa-dosa" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) [3]

 

Adakah ini bermakna mana-mana pengajar yang tidak mengajar sambil memberi perumpanaan dan berinteraksi soal jawab sepertimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w maka ia telah melakukan dosa dan bercanggah dengan sunnah? Sudah tentu TIDAK !

 

Itu hanya teknik dakwah, itu ilmu dakwah yang bersifat anjal dan flexible. Jika diperlukan ia boleh dibuat dan jika tidak, boleh ditinggalkan. Sesuai dengan keperluan setempat.

 

Seperkara lagi, adakah jika kita ingin menghias kuliah dan ceramah dengan perumpanan dan kiasan, ia mesti TERHAD KEPADA PERUMPAMAAN yang diberi oleh Allah dan Rasul dalam Al-Quran dan Hadis SAHAJA?

 

Bolehkah MENCIPTA perumpamaan baru tetapi punyai objektif yang sama dengan kehendak Allah dan RasulNya iaitu mengajak kepada kebaikan, melarang dari kemungkaran?

 

TIDAK bagi soalan awal di atas, BOLEH bagi soalan berikutnya.

 

Kerana itu jika Nabi ada menyebut wanita yang berpakaian nipis, jarang, sendat itu sama seperti bertelanjang. Sebagaimana yang datang dari hadis ini

 

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

 

Adakah kita mesti dan hanya terhad kepada fakta 'TELANJANG' semata-mata apabila ingin menyedarkan kumpulan wanita yang masih terlalai ini?

 

Adakah itu sahaja kiasan dan perumpaan yang boleh digunapakai dalam Islam sebagai cara menaikkan rasa segan dan malu serta menyedarkan wanita? .

 

Jawapnya sudah tentulah TIDAK.

 

Sekali lagi, ini bab muamalat yang boleh dipelbagaikan prosesnya, selagi isinya sama untuk membangkitkan rasa malu dan 'menangkap' iman serta minda masyarakat agar menjauhi pakaian seperti itu. Sebab itu dan banyak lagi sandaran lain, tidak salah sama sekali bagi saya sebelum ini mengutarakan satu perumpamaan agak 'keras' di facebook zaharuddin.net yang berbunyi:

 

" Wanita yang pakaiannya menonjolkan bentuk payu dara dan punggungnya ( kerana baju sendat) itu SAMALAH seperti seorang lelaki berjalan di khalayak dengan kemaluannya sedang 'keras' terlihat jelas seluarnya. Elokkah begitu? Pastinya tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu seolah sedang berkata kepada mereka yang melihat, "cantik dan besar tak payu dara, punggungku?" kepada khalayak awam."

 

 

 

Justeru, sunnah Nabi dalam hadis yang menyamakan penutup aurat yang tidak sempurna dengan telanjang adalah untuk menarik perhatian ummat kepada rasa malu dan seterusnya menjauhi.

 

Namun apabila kita berada dalam masyarakat yang semakin terhakis MALUNYA dan HAMPIR KONTANG. Tiada terkesan lagi dengan perkataan dan perumpamaan "seperti telanjang", tatkala itu perumpamaan baru yang diberikan di atas kelihatan berjaya mencipta 'kejutan' pemikiran dan renjatan 'iman'.

 

Diharapkan berjaya sampai kepada objektif sebahagian besar wanita yang emmbacanya. Ia jelas dari respond-respond di facebook saya. Jika tidak berjaya sekalipun, ia adalah satu usaha dengan niat yang betul, caranya pula flexible di sisi Islam, kerana ia adalah dalam kategori Fiqh Al-Muamalat.

 

LAGI CONTOH DAN TEKNIK NABI

 

Antara contoh lain bagaimana Nabi mempelbagaikan teknik penyampaian dapat dilihat dari satu hadis, ketika itu baginda menggunakan teknik membuat isyarat fizikal eperti lukisan bagi menarik minat para sahabat:

 

خطَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم في الأرض أربعة خطوط قال :تدرون ما هذا ؟ قالوا : الله ورسوله أعلم،فقال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) أفضل نساء أهل الجنة خديجة بنت خويلد ،وفاطمة بنت محمد ، وآسية بنت مزاحم ،ومريم ابنة عمران

 

Ertinya : Rasulullah s.a.w membuat empat garisan di tanah lalu berkata : "Adakah kamu tahu apa ini?" Sahabat menjawab : Allah dan RasulNya lebih mengetahui, maka Nabi membalas " Sebaik-baik wanita penghuni syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran" ( Riwayat Ahmad )[4]

 

Sheikh Abd Fatah Abu Ghuddah menegaskan, lakaran yang dibuat oleh Nabi tadi adalah sebagai satu penguat untuk menjelaskan kelebihan empat wanita terhebat syurga.

 

Walaupun cara yang diguna oleh Nabi adalah menggunakan empat garisan, adakah jika dilukis empat kotak di slide power point dan bukan di tanah adalah salah dan bercanggah dengan sunnah Nabi ? !

 

Sekali lagi, tidak sama sekali, INTI DAN ISI adalah SAMA, CARA dan BENTUK boleh BERUBAH menurut keperluan dan uruf sesebuah masyarakat. Ini adalah kerana teknik, pendekatan dan cara berdakwah adalah dalam lingkungan Fiqh Muamalat. Berubah dan boleh dikemaskini menurut kesesuaian zaman, namun inti utama dan mesej adalah sama.

 

Banyak lagi hadis dalam bab ini namun tidak perlulah diperbanyakkan kerana apa yang ingin dipertekankan adalah sabit, Baginda Nabi s.a.w sememangnya menggunakan pelbagai kaedah seperti lukisan, isyarat tangan, pergerakan tangan, soalan dan jawaban, tamsilan perumpamaan, kiasan, ajakan berfikir dan coretan serta banyak lagi.

 

Semuanya jelas mencapai target dan mesej yang tertentu yang mana penyampaiannya boleh menerima pendekatan pelbagai kerana ia bersifat mutaghayyirat.

 

Mesej dan objektif itulah yang terkandung di dalam ayat Allah :-

 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

 

Ertinya : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu ( Al-Maidah : 3)

 

Dan pertukaran cara dan pendekatan TIDAK SAMA SEKALI bercanggah dengan ayat tersebut.

 

 

 

KESIMPULAN

 

Perbincangan di atas walau secara ringkas diharapkan dapat membawa kefahaman pembaca kepada perkara berikut :-

 

1.       Menunjukkan sunnah Nabi s.a.w adalah mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran mesej Islam kepada masyarakat bagi menarik perhatian, mengelak jemu dan bosan.

 

2.       Perlunya mempelbagaikan teknik penyampaian. Tindakan mempelbagaikan kaedah dan teknik ini adalah juga sunnah.

3.       Mesej Islam adalah sama, ia digelar thawabit, namun pendekatan, teknik mengajak, memaklum dan jalan pelaksanaan boleh berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w, ia adalah mutaghayyirat.

 

4.       Cara dan teknik dakwah HARUS dipelbagai selagi tiada nas qat'ie yang putus mengharamkan sesesuatu cara yang ingin diadaptasi. Jika ada yang mendakwa ingin perlu meminium arak bagi menarik perhatian peminum arak, itu adalah jelas pelaksanaan yang ditolak dan haram. Namun begitu, berdakwah dengan alatan moden yang tiada diguna secara specifik di zaman Nabi seperti penulisan novel, cerpen, kartun, animasi, filem, e-book, kuiz, muzik pada kadar berpatutan dan sebagainya masih dalam lingkungan HARUS selagi pembuat tersebut berpegang kepada pendapat ulama yang mengharuskan.

 

5.       Mempelbagaikan teknik dakwah dengan mengubah perumpamaan yang disebutkan oleh Nabi juga masih dalam lingkungan HARUS SELAGI INTI DAN MESEJNYA MEMBAWA TUJUAN YANG SAMA. Selagi tiada pengharaman atau tegahan dalam hal itu.

 

6.       Perbezaan teknik dan pelaksanaan itu bukan sahaja dalam bab yang kecil dan teknikal seperti contoh di atas, malah juga melibatkan apa sahaja teknik baru pendekatan dakwah seperti menubuhkan NGO, pelaksanaan shura secara Annual General Meeting (AGM), parti politik dalam sistem demokrasi (dengan syarat ia sebagai wasilah dan tiada keredhaan terhadap kesalahan dalam sistem tersebut) khususnya di waktu sistem ini memonopoli dunia.

 

 

 

Sekian

 

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

 

www.zaharuddin.net

 

12 Mac 2011

 

 

 

 

 

 

 

 

 

--------------------------------------------------------------------------------

 

[1] Al-Bukhari, Kitab Al-ilm, 1/162 ; Muslim, Kitab Sifat Al-Qiyamah wal Jannah wa Al-nar 17/163

 

[2] Radd al-Muhtar 'Ala Ad-Durrul Mukhtar, Ibn 'Abidin; Mirqatul Mafatih, Ali Al-Qari;  Al-Ihkam Fi Usul Al-Ahkam, Al-Amidi Al-Shafie.

 

[3] Al-Bukhari, Kitab Mawaqit al-Solat, 9/2 ; Muslim, Kitab Al-Masajid, 5/170

 

[4] Musnad Ahmad, 1/293

 

[5] Fath al-bari, 1/273

 

 

 

 

This Blog Linked From Here SENARAI BLOG SAHABAT The Web

This Blog

     

 

Linked From Here

    

 

SENARAI BLOG SAHABAT

    

 

The Web

    

 

 Monday, April 11, 2011TERKINI!! Pilihanraya DUN Sarawak:

Apa Terjadi Setelah Najib Altantuya Tiba Malam Tadi??

TERKINI!!



 

Najib Altantuya semasa berucap di Stadium Tertutup, Majlis Bandaraya

Kuching Selatan (MBKS) malam tadi. Perhatikan berapa ramai hadirin

di belakangnya kah kah kah...



Malam tadi sesudah Najib Altantuya tiba dari Kuala Lumpur, perasaan bimbangnya terhadap sokongan dan perjalanan kempen Barisan Najis seperti yang dimaklumkan oleh pasukan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mula terasa.

 

Sebaik tiba di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Bintawa, suasananya berbeza sekali dengan perkhabaran bahawa ribuan pengundi berduyun-duyun mengerumuni ceramah Pakatan Rakyat yang turut "kebetulan" diadakan di dalam kawasan DUN yang sama!

 

Hadirin yang tiba hanya sekitar ratusan orang, malah kebanyakkannya diangkut menggunakan bas entah dari mana, barangkali Taib Mahmud sudah menjangka apa yang bakal berlaku!

 

Setelah Najib Altantuya beredar dari stadium tersebut, timbul pula khabar angin mengatakan Najib Altantuya akan mengumumkan bahawa Taib Mahmud akan berundur sebaik saja pilihanraya tamat!

 

Lalu dalam laporan terkini malam tadi Najib Altantuya terpaksa membuat satu kenyataan seperti berikut:

 

PM: Taib akan berundur, percayalah

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bermula lawatan enam harinya ke Sarawak dengan memberi jaminan bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur selepas pilihan raya negeri.

 

Katanya, beliau telah bercakap dengan Taib dan ketua menteri itu berjanji melaksanakan peralihan kepimpinan negeri itu.

 

Oleh itu, perdana menteri menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak terpengaruh dengan desakan parti pembangkang yang mahu Taib menyegerakan peralihan kepimpinan negeri.

 

Menurut Najib, peralihan kepimpinan negeri bakal dilakukan pada waktu yang sesuai.

 

Najib berkata demikian dalam ucapannya selama 25 minit kepada kira-kira 2,000 dalam satu perhimpunan di stadium tertutup Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Bintawa.

 

Dalam ucapannya itu Najib menjawab beberapa perkara utama yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya Sarawak yang masuk ke hari kelima.

 

Sah! Najib Altantuya secara halus mahu Taib Mahmud disingkirkan!!

 

JALAN PULANG

 

BN dibayangi 'dilema', Pakatan mula raih sokongan

 

Sementara kempen pilihan raya negeri sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami "dilemma" menuju hari penentuan Sabtu ini.

 

Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam "mood" yang berbeza.

 

Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10.

 

Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyung-duyung hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.

 

Menurut pemerhati sekitar 8,000 orang hadir pada majlis ceramah itu, menyebabkan kesesakan teruk kira-kira dua jam.

 

Pada masa yang sama, Najib hadir pada majlis bertemu pemimpin 1 Malaysia di Kuching.

 

Meskipun penganjur majlis itu menggunakan bas untuk membawa orang ramai dari luar kawasan Kuching ke stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan, hanya sekitar 1,000 pengikut dan penyokong hadir.

 

Setiap hadirin majlis itu diberikan kemeja-T 1 Malaysia dan bendera untik dikibarkan ketika pemimpin-pemimpin kerajaan BN memasuki stadium.

 

Mengiringi Najib selaku Pengerusi BN ialah lima calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), dan pemimpin-pemimpin parti komponen, antaranya Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

 

Selepas Perdana Menteri dibawa masuk ke dewan dengan sambutan permaidani merah, sebahagian pengikut dan penyokong yang dibawa meninggalkan stadium untuk 'bersiar'siar' di kawasan stadium. Malah sebahagian lagi hadirin masih berada dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa mereka.

 

Apabila Perdana Menteri mula berucap, hadirin dalam jumlah besar, yang memakai kemeja-T 1 Malaysia mula keluar sedikit demi sedikit dari stadium.

 

Mereka yang berada di dalam dewan pula memperlihatkan wajah bosan tetapi sekali sekali bertepuk apabila Najib menyampaikan poin-poin yang 'bersemangat' dan menarik perhatian.

 

Sementara Pengerusi BN itu berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan menegaskan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan melepaskan jawatannya segera selepas pilihan raya, beribu-ribu hadirin yang berkumpul di Batu Kawah bersorak gembira apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu penyokongnya supaya percaya bahawa pemimpin itu tidak akan berbuat demikian.

 

Menurut pemberita yang membuat liputan ceramah di Batu Kawah, Anwar menerima sokongan besar daripada hadirin.

 

Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu meminta rakyat negeri Sarawak supaya percaya pada Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya sambil menambah bahawa "Pek Moh", istilah Hokkien yang digunakan untuk menggambarkan Taib dan pemimpin dalam kerajaan, supaya belajar daripada kepimpinan Lim, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin yang lain.

 

"Mereka tidak pernah mencuri tanah rakyat," kata beliau.

 

Anwar membawa pengalaman kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa di "Selangor, anda mendapat air percuma tetapi di Sarawak, hanya air hujan yang percuma."

 

Rakyat Sarawak akan keluar mengundi Sabtu ini, persekitaran yang cukup getir bagi BN manakala Pakatan Rakyat memperlihatkan peningkatan sokongan.

 

Sementara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui bahawa BN akan mempertahankan negeri bumi Kenyalang ini, tetapi ramai juga berpandangan bahawa pihaknya akan mengurangkan jumlah kerusi dimenangi perikatan itu.

 

Kini, BN mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu

 

 

 

Buku Jingga

|

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA !

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.

 

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

 

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

 

 

Dasar Bersama adalah berlandaskan 4 kerangka asas iaitu:

 

 

Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;

Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;

Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan

Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

 

 

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.

 

 

Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.

 

 

Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.

 

 

Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.

 

 

Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.

 

 

Tindakbalas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa 'transformasi ekonomi' bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan tuntutan reformasi.

 

 

Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat kali ganda. Amalan menunggang institusi-institusi negara demi menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa. Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit.

 

 

Malaysia perlu diubah sekarang. Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap.

 

 

Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan perlu dikembalikan segera. Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita.

 

 

Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. Hasrat ini akan mekar berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi negara.

 

 

Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat.

 

 

Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelusuk negara.

 

 

Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim

Y.B. Lim Kit Siang

Y.B. Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang

 

 

NEGARA DALAM KRISIS

Krisis Ekonomi

Ekonomi negara terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

 

 

Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang menelan belanja ratusan juta wang rakyat.

 

 

Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan lain-lain yang sebenarnya tidak keluar dari kebijakan ekonomi yang digunapakai selama ini.

 

 

Program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada keikhlasan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara.

 

 

12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit.

10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%.

4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6%.

KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku.

325 bilion ringgit wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga 2010. Ini bermakna purata setahun adalah 81.25 billion ringgit.

53.3% adalah kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998.

3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang PETRONAS dan hutang, dari RM68 bilion (1998) kepada RM214 bilion (2010).

 

 

Kerosakan Institusi Negara

Institusi-institusi negara rosak akibat dari campur tangan penguasa. Kewibawaan badan kehakiman terhakis. Salah laku hakim-hakim yang dibongkarkan dan diketahui umum menyebabkan rakyat dan masyarakat antarabangsa hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman.

 

 

Malah, amalan mencampur-adukkan kepentingan politik penguasa dengan pentadbiran negara untuk memberi kelebihan kepada parti yang berkuasa semakin menjadi-jadi.

 

 

Jika integriti institusi-institusi utama negara tidak dipulihkan, bahana kepada negara dan rakyat adalah berganda. Selain ketidakadilan yang berleluasa di dalam masyarakat, sebarang usaha untuk membaiki imej Malaysia di mata pelabur asing juga akan terus cacat dan tidak berkesan.

 

 

Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum dari tahun 2007 ke 2009.

 

 

Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum

Pemerintah sedia ada mengambil jalan tidak bertanggungjawab memecah belahkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum untuk terus kekal berkuasa. Taktik pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah ini semakin menjadi-jadi sejak tsunami kebangkitan rakyat 2008; menggambarkan tingkah laku penguasa yang akan menggadaikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum apabila semakin terdesak.

 

 

Rentetan peristiwa berbaur perkauman yang berlaku sejak Mac 2008 akibat permainan politik perkauman sempit UMNO/BN mengancam persaudaraan rakyat pelbagai kaum.

 

 

Kegilaan menggunakan isu-isu yang mengapi-apikan perasaan curiga antara kaum dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa semakin menjadi-jadi mutakhir ini kerana penguasa yang terdesak.

 

 

Rentetan peristiwa berbaur perkauman yang berlaku sejak Mac 2008 akibat permainan politik perkauman sempit UMNO/BN mengancam persaudaraan rakyat pelbagai kaum.

 

 

Kegilaan menggunakan isu-isu yang mengapi-apikan perasaan curiga antara kaum dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa semakin menjadi-jadi mutakhir ini kerana penguasa yang terdesak.

Bebanan Rakyat

 

 

Kelesuan ekonomi dan kegagalan pentadbiran sedia ada melonjakkan ekonomi ke prestasi lebih tinggi membawa kesan yang mendalam kepada rakyat. Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang makin meningkat.

 

 

2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin).

4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun 1990 dan 2009.

40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia.

3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputra.

34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran dibawah paras kemiskinan.

62% dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan yang ditanggung kerajaan setiap tahun adalah subsidi kepada sektor korporat (penjana bebas, konsesi lebuhraya).

RM4 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba ditarik balik UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun.

RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat yang cuba ditarik balik.

RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia.

 

 

Hak Rakyat Dinodai

Peristiwa salah guna kuasa yang memangsakan rakyat berleluasa. Insiden-insiden yang melibatkan remaja ditembak polis semakin meningkat dan merangkumi mangsa dari pelbagai kaum.

 

 

Kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka juga disekat dari pelbagai arah; baik yang melibatkan rapat umum mahupun di laman internet. Ada ura-ura pentadbiran sedia ada mencari jalan untuk mengetatkan kawalan mereka terhadap internet, memandangkan ia satu-satunya jalan yang berkesan menyebarkan maklumat alternatif kepada rakyat.

 

 

Tindakan-tindakan penguasa sebegini tidak menggambarkan niat sebuah kerajaan yang menghormati kebebasan rakyat dan menjaga kehormatan rakyatnya. Kekangan dari pihak berkuasa berterusan dan tidak ada tanda-tanda akan berubah dengan sendiri.

 

 

Gejala Rasuah Berleluasa

Rasuah adalah barah utama yang menghancurkan negara dan bangsa dari dalam. Gejala rasuah yang berakar menjadi halangan kepada usaha-usaha untuk menyuntik dinamisme ke dalam ekonomi dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Sejak sedekad lalu, rasuah juga adalah penyebab kurangnya minat pelabur asing untuk datang ke Malaysia yang telah merumitkan lagi usaha memulihkan ekonomi negara yang kian malap.

 

 

Rasuah berleluasa kerana dokongan pentadbiran sedia ada yang selesa dengan golongan rentier (terutamanya dari kalangan kroni dan parti pemerintah). Golongan rentier ini dikenali dengan pelbagai nama sebelum ini – atas angin, Ali Baba dan sebagainya. Golongan ini adalah parasit yang menyelewengkan sumber negara dari rakyat ke poket mereka.

 

 

Gejala rasuah akan terus meruntuhkan daya saing dan jati diri rakyat Malaysia dalam suasana acuh tidak acuh yang ditunjukkan pentadbiran sedia ada.

 

 

RM28 bilion kerugian yang ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa.

3 kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.

4.4 skor dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Negara tahun 2010, sedangkan sasaran UMNO/BN adalah 4.9. Skor ini lebih rendah dari tahun 2009.

46% dari rakyat yang ditinjau oleh Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding 2009.

 

 

Krisis Pendidikan

Kelesuan ekonomi dan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat pelbagai kaum adalah bahana yang menimpa rakyat apabila pendidikan di negara ini diperkotak-katikkan mengikut selera pemerintah. Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan, dunia pendidikan Malaysia hilang serinya – dulu dihormati serantau, kini hanya mengambil tempat kedudukan yang corot dalam senarai-senarai pendidikan antarabangsa.

 

 

Sekolah-sekolah dan universiti dilihat sebagai pentas menjual pengaruh politik walhal pendidikan rakyat adalah kaedah terbaik menstrukturkan masyarakat dan memacu ekonomi negara demi kesejahteraan bersama. Negara-negara yang paling makmur dan sejahtera adalah negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan peringkat rendah, menengah dan tertiari yang paling berkesan dan adil.

57 anak tangga dalam senarai Laporan Pembangunan Dunia UNDP 2010 mengenai kadar pembangunan insaniah di dunia, jauh ditinggalkan Korea Selatan (12), Hong Kong (21), Singapura (27) dan Brunei (37).

68.7% sahaja rakyat Malaysia yang menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009, berbanding Korea Selatan (96.4%), Hong Kong (75.2%) dan Brunei (88.2%).

1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009.

29.7% sahaja rakyat Malaysia yang memasuki alam pendidikan tertiari, berbanding Korea Selatan (96.1%).

 

 

 

 

KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telah mempamerkan rekod pentadbiran yang meniupkan semangat keadilan sosial dan persaudaraan rakyat untuk menjamin kemakmuran bersama. Prinsip asas yang dijunjung dari Dasar Bersama telah dihadam dan dihidupkan melalui pelbagai dasar pro-rakyat yang telah dijalankan selama ini.

 

 

Fokus utama Pakatan Rakyat dalam tempoh setahun akan datang adalah menyemarakkan lagi pendekatan pro-rakyat atas landasan keutuhan sistem pentadbiran yang demokratik untuk memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri keikhlasan dan keberkesanan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan.

 

 

Ini akan dilakukan melalui pengenalan langkah-langkah spesifik yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan akan diperjuangkan di peringkat nasional oleh pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat.

 

 

Rekod pembelaan rakyat yang dicapai oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor tidak dapat ditandingi oleh lawan. Pentadbiran Pakatan Rakyat diakui bebas rasuah, telus, berjiwa rakyat lagi berkebajikan dan berjaya meningkatkan hasil negeri berdasarkan laporan-laporan rasmi dari Jabatan Audit Negara dan pemantau bebas.

 

 

Bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus dalam usaha menterjemahkan Dasar Bersama adalah seperti berikut:

 

 

Membebaskan Institusi Negara

 

 

Merakamkan pentingnya institusi-institusi negara yang bebas dan berintegriti, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi negara dari cengkaman campur tangan politik.

Mewujudkan Majlis Pakar-Pakar (Council of Experts) dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.

Mewujudkan Jawakatankuasa Parlimen yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen setiap enam bulan sekali.

Memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani.

Istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi negara dari campur tangan politik.

Kemakmuran Melalui Pengagihan Ekonomi yang Adil

Menghargai pengorbanan dan rasa perit rakyat yang tertindas dengan kesempitan hidup akibat agihan ekonomi yang tidak adil, Pakatan Rakyat komited untuk:

Menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat. Persoalan ekuiti 30% yang kononnya diperjuangkan untuk Melayu/Bumiputra telah diselewengkan untuk mengkayakan golongan elit dan pemerintah, sedangkan rakyat terbanyak masih lagi bergelumang dalam kemiskinan. Kaedah meningkatkan pendapatan isi rumah memberi kesan ekonomi yang langsung kepada ratusan ribu keluarga yang masih berada di bawah garis pendapatan RM1,500 sebulan.

Menyiasat dan bertindak ke atas penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra, sedangkan majoriti rakyat masih lagi berada di dalam kategori rakyat miskin.

Meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi sebagai kaedah mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil kepada rakyat, termasuklah skim-skim kebajikan rakyat seperti skim air percuma, skim warga emas, skim bantuan ibu tunggal dan lain-lain.

Mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selagi subsidi-subsidi korporat kepada penjana bebas dan pemegang-pemegang konsesi tidak distrukturkan terlebih dahulu.

Membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa. Ini boleh dilaksanakan melalui beberapa dasar bersepadu yang bertujuan mengangkat pendapatan rakyat dan menambah peluang pekerjaan agar setiap isi rumah mempunyai lebih dari seorang yang berpendapatan. Dasar-dasar ini termasuklah pelaksanaan gaji minima, undang-undang majikan yang memberi ruang kepada kaum wanita melaksanakan tugasan dari rumah, skim latihan untuk menukar dan menaiktaraf tenaga kerja dan bantuan keusahawanan yang tidak mengamalkan diskriminasi.

Menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat Persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.

Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat

Menyedari terhakisnya kuasa beli rakyat akibat kenaikan gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup yang mencanak, ada keperluan mendesak supaya pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat ditingkatkan serta-merta. Pakatan Rakyat komited untuk:

Menstrukturkan kembali empat bidang infrastruktur dan utiliti awam supaya kos yang kini dibayar oleh rakyat dapat dikurangkan dengan menghentikan manipulasi monopoli untuk keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi. Empat bidang infrastruktur dan utiliti awam ini adalah bekalan air, bekalan elektrik, lebuhraya dan kemudahan jalur lebar. Pakatan Rakyat akan memulangkan pengurusan bidang-bidang ini kepada rakyat melalui kaedah pengurusan yang lebih kompetitif.

Menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat.

Menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.

Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.

Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan sebarang kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan pada kadar yang segera. Setakat ini, projek perumahan terbengkalai membabitkan 3,000 unit telah diambil alih dan sedang dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Pemberdayaan Rakyat

Merakamkan peranan rakyat sebagai mekanisme timbang tara (check and balance) yang penting untuk menjamin pentadbiran yang bersih, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan pemberdayaan rakyat sebagai mekanisme timbang tara dengan mengamalkan ketelusan pentadbiran dan maklumat dengan rakyat. Ini termasuklah dengan menyempurnakan pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Enactment) yang telah pun diperkenalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Memperhebatkan sokongan kepada masyarakat sivil/madani melalui bantuan-bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan rakyat, sebagai langkah mengukuhkan peranan NGO menjadi suara pembela rakyat.

Golongan Pendidik Diutamakan

Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk

 

bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.

Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada guru-guru mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.

Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.

Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran.

Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.

Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti

Mengangkat krisis kredibiliti dan mutu universiti sebagai masalah utama negara, Pakatan Rakyat percaya bahawa penyelesaian tidak boleh dilengahkan dan tumpuan khusus perlu diberikan kepada usaha-usaha memartabatkan universiti. Pakatan Rakyat komited untuk:

Mengembalikan kebebasan intelek dan akademik kepada universiti, dengan menghapuskan semua campur tangan politik dalam urusan universiti.

Mewujudkan Panel Pemilih yang terdiri daripada pakar-pakar untuk menyenarai pendek dan menilai calon-calon pimpinan universiti supaya calon yang terbaik diangkat mengepalai universiti, sebagai bukti komitmen Pakatan kita kepada prinsip meritokrasi akademik di universiti.

Menyertai perjuangan mahasiswa dengan memberi sepenuh sokongan dan bimbingan untuk menghapuskan AUKU dan menuntut hak bersuara dan berpolitik mahasiswa.

 

Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.

Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.

Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.

Memerangi Rasuah

Menginsafi kemusnahan yang telah dibawa oleh barah rasuah kepada masyarakat dan negara kita, Pakatan Rakyat komited untuk:

Membawa pentadbiran SPRM di bawah pertanggungjawaban Parlimen, termasuk dalam urusan meluluskan perlantikan jawatan-jawatan tertinggi SPRM.

Melancarkan perang membasmi rasuah di peringkat negeri termasuk mengemaskini prosedur dan mekanisme pentadbiran untuk mengurangkan jurang berlakunya rasuah.

Menyediakan peguam-peguam dan pemimpin parti untuk membela individu atau pihak yang membongkarkan skandal rasuah tidak mengira fahaman politik, supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan memikul tanggungjawab memerangi rasuah.

Meneruskan amalan tender terbuka yang telah dilaksanakan, termasuk dengan memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbiran perolehan bagi mengetatkan lagi prosedur perolehan agar bebas dari anasir rasuah.

Sabah-Sarawak Sebagai Rakan Kongsi

Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia dan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat, Pakatan Rakyat komited untuk:

Mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.

Menaikkan royalti dari hasil petroleum dan hidrokarbon dari Sabah dan Sarawak kepada 20% berbanding kadar 5% yang diamalkan masa kini.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Memberi tumpuan khusus membawa pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak agar setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri lain di dalam Persekutuan.

Meningkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung melalui perkongsian kuasa yang adil dan menepati semangat Persekutuan.

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Demokrasi Telus dan Tulen

Perlembagaan negara dan kedaulatan undang-undang:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berpelembagaan.

Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Pemisahan kuasa

Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan kuasa timbang tara.

Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

 

Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.

Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).

Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.

Membebaskan media, meminda Akta Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan internet.

Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.

Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil

Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.

Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.

Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Ekonomi Kemahiran Tinggi

Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.

Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.

Menggalakkan warganegara yang profesional dan berkemahiran yang bermaustautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.

Ekonomi Demokratik dan Telus

Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.

Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.

Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.

Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.

Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.

Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.

Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.

Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan

Tenaga Kerja

Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.

Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.

Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.

Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

Jaringan Perlindungan Sosial

Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.

Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

Perumahan

Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.

Mengatasi masalah 'setinggan/peneroka bandar'sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.

Menyelaraskan sistem perundingan antara 'setinggan/peneroka bandar', pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;

Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;

Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.

Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.

Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

Prasarana dan Kemudahan Awam

Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.

Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.

Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.

Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.

Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

Alam Sekitar

Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.

Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.

Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

Perpaduan dan Keadilan Sosial

Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.

Menggembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.

Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.

Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.

Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.

Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

Agama

Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.

Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.

Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.

Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

Pendidikan

Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.

Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

Wanita Dan Institusi Keluarga

Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.

Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.

Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.

Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Golongan Muda

Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.

Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.

Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

Keselamatan

Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.

Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.

Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.

Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.

Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.

Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.

Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

Kesihatan

Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.

Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.

Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

Kebudayaan

Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.

Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.

Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

Sistem Persekutuan

Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.

Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

Sabah dan Sarawak

Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.

Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

Dasar Luar Negara

Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.

Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.

Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.

Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.

Sumber: Buku Jingga

Buku Jingga Versi Online

Email This

 

BlogThis!

 

Share to Twitter

 

Share to Facebook

 

Share to Google Buzz

 

Home

Subscribe to: Posts (Atom)

No comments: