PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, April 13, 2011

FW: JJMK WK Hari Pekerja 1 Mei 2011

Salam

Kpd yg ingin turut serta dlm misi bantuan/kerja amal ini yg akan dijlnkan pada 1 mei nanti bolehlah juga menghubungi wakil2 utk keterangan lanjut.

 

Wakil P1= saya , Faizal Kadir dan norihan

Wakil P2= Azlisham dan norbaini

 

Diharapkan segala sumbangan yg telah diberikan akan mendpt keberkhatan dan rahmat serta dimurahkan rezeki oleh allah s.w.t. Sekian .

 

 

Yg benar

 

.

 


From: Abdul Sattar
Sent: Wednesday, April 13, 2011 6:16 AM
To: Faisal Kadir; Norbaini Hamid; Azlisham Said; Norihan Mustafa
Subject: JJMK WK Hari Pekerja 1 Mei 2011

 

Sekali lagi program amal kita diteruskan dgn menjalankan usahasama dgn groups NGO warga kilang yg sinonim dgn kerja2 amal sekitar kawasan utara nie. Insyaallah pd kali spt yg diwar2kan kat bawah nie. Program amal ( JJMK ) akan dijlnkan disekitar kawasan selinsing dan kuala gula taiping , perak. Program pd kali ini adalah tertumpu kpd perkampungan nelayan dan golongan miskin, ibu tunggal serta OKU sekitar kawasan tersebut. Terdpt 11 keluarga yg telah dipilih mengikut criteria yg telah ditetapkan. Jadi kita sebagai insan yg prihatin sama2lah kita menyumbang sedikit sebanyak utk keluarga2 tersebut. Disini juga saya sertakan gambaq keluarga2 tersebut serta cerita sedikit sebanyak latar belakang mereka. Jadi, kpd semua warga muslim jabil yg ingin membantu boleh dermakan/ sumbangkan barangan dan diserahkan kpd semua wakil spt dibawah dan kalau rakan2 semua ingin memberikan / meniatkan kpd mana2 keluarga yg saya attachkan profilenya boleh nyatakan kpd wakil2 yg dilantik..dan kpd yg ingin menyumbang berbentuk wang bolehlah menyerahkan sendiri kpd wakil2 yg dilantik atau memasukkan kedalam tabung2 surau yg telah kita sediakan. Semua kutipan yg dikumpulkan di tabung surau akan kita belikan barangan keperluan dapur utk semua keluarga tersebut,

 

Kpd yg ingin turut serta dlm misi bantuan/kerja amal ini yg akan dijlnkan pd 1 mei nanti bolehlah juga menghubungi wakil2 utk keterangan lanjut.

 

Wakil P1= saya , Faizal Kadir dan norihan

Wakil P2= Azlisham dan norbaini

 

Diharapkan segala sumbangan yg telah diberikan akan mendpt keberkhatan dan rahmat serta dimurahkan rezeki oleh allah s.w.t. Sekian .

 

Yg benar

AJK NGO warga kilang.

 

====================

Jalan-jalan Masuk Kampung (JJMK) Hari Pekerja

 

 

Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dirahmati Allah

 

Jom Sedekah!

 

Sedekah adalah satu keajaiban. Rahmat bagi yang memberi. Nikmat bagi yang menerima. Yang memberi rasa bahagia. Yang menerima rasa gembira. Yang memberi rasa tenang dijiwa. Yang menerima rasa dibela.

 

Allah swt sendiri menyebut tentang kelebihan dan kebaikan sedekah. Tinggi darjatnya disisi Allah bagi orang-orang yang ikhlas dalam bersedekah.

 

Allah swt berfirman dalam Al-Quran,  Surah Al- Baqarah, Ayat 215 dengan maksud:

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)”.

Dalam ayat yang lain dari Surah Al- Baqarah iaitu Ayat 245, “Allah swt turut berfirman dengan maksud: “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”

 

 

Jalan-jalan Masuk Kampung Hari Pekerja

 

Jesteru, NGO Wargakilang dengan sokongan para dermawan akan meneruskan aktiviti Jalan-jalan Masuk Kampung. Kali ini destinasinya ialah Selinsing, Perak. Manakala terdapat 11 Keluarga untuk disantuni. Jumlah ini mungkin bertambah jika ada keperluan dan kecukupan dari segi sumbangan.

 

Untuk memudahkan para dermawan, bersama-sama ini disertakan file yang mengandungi maklumat :

 

  1. Jadual Program JJMK Hari Pekerja yang mengandungi perincian program
  2. Profail penerima sumbangan bagi memudahkan para dermawan mengetahui bentuk sumbangan yang ingin disumbangkan.
  3. Peta laluan ke rumah bakal penerima sumbangan

 

Atau singgahlah ke blog http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini.

Bagi mereka yang tertinggal, bolehlah terus ke tempat program berpandukan peta yang disediakan!

 

Apa yang boleh Disumbang!

 

Para dermawan boleh memberikan sumbangan dalam bentuk :

 

1. Barangan seperti diperlukan dalam lampiran/catatan (kuali, periuk keluli tahan karat, almari baju, lampin pakai buang, dll)

2.  Barangan dapur (beras, gula, tepung, susu, ikan bilis, sadirn tin, dll)

3.  Pakaian/peralatan sekolah

4. Dan lain-lain pemberian yang dirasakan bersesuaian dengan situasi bakal penerima.

 

(Nota penting : Sumbangan dlm bentuk cash/kewangan tidak diterima)

 

 

Nak Sumbang dan Hubungi Siapa?

 

Berikut adalah senarai ahli NGO wargakilang mengikut kawasan dan negeri  bagi memudahkan semua pihak untuk membuat sumbangan atau rujukan:

1. Coordinator : Shukri (019-5407859) .......penyelaras sumbangan seluruh malaysia

2. Padang Serai , Lunas  & Kulim : Monier (012-4128209)
                                            
3. Sungai Petani dan ke Utara Perlis : Aznee (012-4323305)

4. Seluruh Pulau Pinang : Wahab (019-4700759)
                                       Shukri (019-5407859)
                                 
5. Seluruh Seberang Perai : Fendi (012-4097268)   
                                         Sattar (019-4004655)

                                        

 

6.  Seberang Perai Utara dan Bertam - Faizal Kadir (013-4887749)                            

7. Seluruh Perak : Lukman (019-5582626)

8. Kuala Lumpur : Warikh (019-4701477)

9. Selangor : Shahrul (012-6315244)
                 Roha hassan  (012-4317948)

 

 

Macam mana Kalau Nak Ikut Serta

 

Bagi yang ingin turut serta bersama NGO Wargakilang menyantuni insan sambil menyampaikan sumbangan, kehadiran anda amat dialu-alukan. Sila dapatkan perincian daripada wakil-wakil seperti yang tertera diatas.

 

Penutup

 

Tiada yang sia-sia dalam bersedekah. Setiap yang ikhlas bersedekah pasti akan beruntung!. Allah berjanji dalam Al-Quran melalui Surah Al- Baqarah, ayat 261 dengan maksud : “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”

No comments: