PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, March 18, 2011

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

 

Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.

"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.

Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.

"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.

Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.

 

Pelancaran Kase di Kedah malam ini

 

Mohd Shubihi Muhamad Zain   

SUNGAI PETANI, 18 Mac: Pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Peringkat Negeri Kedah oleh pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar akan diadakan pada malam ini bertempat di Taman Kempas Fasa 2, dekat sini.

Jelajah Kase ke seluruh negara bertujuan bertemu memberi penjelasan dan khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan.

Mahfuz juga dijadual mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kase Kedah yang akan dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan turut dianggotai seorang peguam yang akan memberikan khidmat guaman kepada mangsa saman ekor.

Sehubungan itu orang ramai dan mangsa-mangsa saman ekor di Kedah dan kawasan berhampiran digesa mengambil peluang bertemu dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan dan khidmat nasihat berkaitan isu terbabit.

Kase sebelum ini mendesak kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang penguatkuasaannya secara terang-terangan menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jawatankuasa itu juga telah menyerahkan memorundum memohon campurtangan Yang Di Pertuan Agong terhadap kelulusan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang disifatkan tidak adil kepada rakyat khususnya pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu saman ekor cara baru.

AES akan dikendalikan dua syarikat swasta Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang akan mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

 

Polis kutip RM476.6 juta saman trafik

Mac 17, 11 6:45pm

Kongsi 149

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta dipeolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

"Jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah sebanyak RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (Sept), RM29.3 juta (Okt), RM29 juta (Nov), RM127 juta (Dis), RM44.7 juta (Jan 2011) dan RM63.6 juta pada Februari lalu.

"Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan RILEK pula sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (Sept), RM2.3 juta (masing-masing pada Okt dan Nov), RM26.2 juta (Dis), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lepas sebanyak RM8.3 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat.

Fong ingin tahu kutipan saman bagi bulan Julai 2010 sehingga Feb 2011 mengikut jumlah yang dibayar di kaunter PDRM dan laman web serta jumlah kementerian perlu bayar kepada pihak lain dan yang dikutip (RM2 setiap transaksi) oleh MyEG.

Hishammuddin berkata kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit.

"Selain itu, RM2 juga dikenakan kepada pembayar bagi setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG," katanya.

- Bernama

 

 

TAHNIAN BN

KEPUTUSAN PENUH SETIAP SALURAN PRK KERDAU DAN MERLIMAU.

MERLIMAU N27

UNDI POS

BN 46 PAS 2 ROSAK 14 JUMLAH 62

 

MERLIMAU UTARA

SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 JUMLAH 448

 

MERLIMAU PASIR

SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 JUMLAH 306

SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 JUMLAH 498

SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 JUMLAH 467

SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 JUMLAH 458

 

AYER MERBAU

SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 JUMLAH 275

SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 JUMLAH 408

 

CHINCHIN

SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 JUMLAH 270

SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 JUMLAH 481

SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 JUMLAH 435

SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 JUMLAH 423

 

JASIN LALANG

SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 JUMLAH 241

SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 JUMLAH 307

 

PERMATANG SERAI

SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 JUMLAH 275

SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 JUMLAH 480

SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 JUMLAH 436

SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 JUMLAH 487

 

PENGKALAN SAMAK

SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 JUMLAH 280

SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 JUMLAH 497

SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 JUMLAH 474

SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 JUMLAH 477

 

KERDAU N 28

 

UNDI POS : BN 39 PAS 11 ROSAK 1 JUMLAH 51

 

BALAI RAYA KG. SERI TANJONG

SALURAN 1 : BN 146 PAS 55 ROSAK 4 JUMLAH 201

 

SEK KEB KERDAU

SALURAN 1 : BN 152 PAS 103 ROSAK 4 JUMLAH 458

SALURAN 2: BN 155 PAS 144 ROSAK 3 JUMLAH 302

 

SEK KEB JENGKA 22

SALURAN 1 : BN 182 PAS 94 ROSAK 5 JUMLAH 281

SALURAN 2 : BN 224 PAS 94 ROSAK 2 JUMLAH 320

SALURAN 3 : BN 183 PAS 94 ROSAK 2 JUMLAH 279

 

SEK KEB PAYA TARAM

SALURAN 1 : BN 184 PAS 83 ROSAK 9 JUMLAH 276

SALURAN 2: BN 244 PAS 133 ROSAK 4 JUMLAH 381

 

SEK KEB TELUK SENTANG

SALURAN 1 : BN 297 PAS 226 ROSAK 5 JUMLAH 526

 

SEK KEB KUALA KEKAL

SALURAN 1 : BN 241 PAS 64 ROSAK 5 JUMLAH 310

 

DEWAN SERBAGUNA RUMPUN MAKMUR

SALURAN 1: BN 199 PAS 51 ROSAK 7 JUMLAH 257

SALURAN 2: BN 213 PAS 108 ROSAK 0 JUMLAH 321

 

SEK KEB JENGKA 25

SALURAN 1: BN 307 PAS 43 ROSAK 1 JUMLAH 351

 

SEK KEB JENGKA 23

SALURAN 1: BN 236 PAS 95 ROSAK 3 JUMLAH 334

SALURAN 2: BN 390 PAS 133 ROSAK 7 JUMLAH 530

SALURAN 3: BN 293 PAS 177 ROSAK 8 JUMLAH 482

 

SEK KEB PULAU PASIR MANDI

SALURAN 1: BN 144 PAS 108 ROSAK 2 JUMLAH 254

 

BALAI RAYA KERAI

SALURAN 1: BN 286 PAS 44 ROSAK 5 JUMLAH 335

 

SEK KEB LIPAT KAJANG

SALURAN 1: BN 243 PAS 99 ROSAK 4 JUMLAH 346

 

SEK MEN KED KERDAU

SALURAN 1: BN 204 PAS 93 ROSAK 6 JUMLAH 33

SALURAN 2: BN 267 PAS 132 ROSAK 2 JUMLAH 401

SALURAN 3: BN 227 PAS 152 ROSAK 2 JUMLAH 381

 

 

 

 

 

No comments: