PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, March 17, 2011

Kepentingan Politik Mengatasi Kepentingan Umat Islam

Kepentingan Politik Mengatasi Kepentingan Umat Islam
Posted on Tuesday, March 15 @ 22:46:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


ArtikelOleh Ibrahim Baba

Apakah Najib Razak mengutamakan kepentingan politiknya dan kerajaan BN apabila memberi kebenaran melepaskan tahanan Bible bahasa Melayu? Apakah kerana pilihanraya Sarawak yang terpaksa diumumkan dalam masa terdekat ini telah memaksakan Najib bertindak sedemikian?

Apakah Najib lupa akan keputusan kabinet pada Mei 1986 yang mengeluarkan arahan mengharamkan masyarakat bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, Solat, Kiblat dan Kaabah – dan ini termasuk Bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu yang mengandungi perkataan-perkataan yang diharamkan tersebut?

Apakah Najib tidak tahu bahawa pihak gereja telah pun bersorak besar dengan kemenangan mereka yang berjaya menarik orang-orang Melayu murtad hasil dari taktik licik gereja menggunakan bahasa Melayu dalam terjemahan kalimah-kalimah sensitif? Baca laporannya di sini (klik – Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?)

Malaysiakini pun turut JAHAT dalam laporan mereka (Penahanan alkitab Injil BM ditarik balik):

Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

Malayskini mengatakan pelbagai pihak membidas tindakan KDN. Pelbagai pihak tersebut mungkin beberapa kerat sahaja. Walhal pihak-pihak yang menyokong tindakan KDN menahan Bible tersebut jauh lebih ramai cuma tidak dihebohkan. Malah kini LEBIH RAMAI lagi pihak yang bangkit dan akan bangkit menentang tindakan semberono Najib melepaskan penahanan Bible Melayu ini.

Tindakan Najib ini turut dilihat sebagai subjudice dan menghina mahkamah kerana kes “kalimah Allah” masih dalam peringkat rayuan di mahkamah. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks aL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata:

“Jadi sebarang tindakan akan membawa maksud sub judice (menghina mahkamah). Kita terpaksa hanya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan”

Insha Allah umat Islam menerusi pelbagai NGO akan meneruskan bantahan keputusan terbaru PM Najib ini yang nyata dan jelas telah MELUKAKAN hati umat Islam di Tanah Air ini.

Sekian, IB

NOTA: IB tidak mengguna perkatan Injil sebaliknya mengguna Bible. Itu perkataan yang sewajarnya. Injil yang asli menerima kedatangan Rasulullah s.a.w. Penghulu segala nabi.

...
http://ibrahimbaba.wordpress.com

Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka? February 11, 2011

Posted by membelaislam in Hina Islam, Interfaith Council (IFC), Kes Kalimah Allah.
trackback

Mungkin bagi sesetengah orang isu ini sudah reda. Tiada lagi perbincangan hangat berhubung keputusan mahkamah membenar pihak gereja mengguna istilah Allah untuk terjemahan kepada tuhan yang disebut dalam bible mereka. Namun, sebagai umat Islam kita mesti sentiasa berwaspada dan terus menghalang usaha pihak gereja untuk mengguna istilah ini dan istilah-istilah lain yang diguna khusus oleh umat Islam di Malaysia.

Kenapa begitu?

Sudah banyak diperbincangankan sebelum ini. Dan sudah banyak sebab diberikan. Tujuan tulisan ini ialah bagi memberi satu bukti kejayaan pihak gereja dalam usaha mengelirukan umat Islam di negara majoriti Islam dengan istilah-istilah yang diguna khusus oleh umat Islam di negara itu.

Hujjah bahawa pihak gereja mempunyai niat jahat dan sengaja mengguna istilah-istilah yang diguna orang-orang Islam demi untuk mengeliru dan untuk memudahkan kerja-kerja dakyah mereka selalu disangkal oleh mereka yang “skeptics” serta mudah menerima “face-value” helah pihak gereja dan tidak percaya bahawa pihak gereja mempunyai rancangan jahat sedemikian.

Dalam keluaran terbaru (Feb 2011), Christianity Today, “cover story” mereka adalah bertajuk Muslims and the “Son of God”, membongkar rahsia sebenar niat jahat mereka untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.

Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri yang menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang “familiar to Muslims, dan mereka ini “…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ“, namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam maka penggunaan istilah itu diteruskan.

Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti Islam pada tahun lepas, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus” (ribuan telah berjaya dimurtadkan).

This nation” ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. [mungkinkah Malaysia?]

Artikel tersebut juga memetik seorang “missiologist” (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika semenjak 1977 lagi) yang berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks“. Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu “halangan” linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).

Dan dia merumuskan “Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus“.

Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda orang Islam untuk menerima dan membaca bible – “Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture“.

Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti Kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk strategically changed particularly challenging phrases“.

Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk “discipling Muslims” dengan program latihan “teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively“.

Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini, bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam yang menjadi matlamat mereka.

Untuk baca keseluruhan artikel tersebut sila klik di sini.

 

 

 

 

Nah!! Ini Dia Kekayaan Taib Mahmud Di Australia..
Posted on Wednesday, March 16 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan


ArtikelOleh: addin_77

"
Wang tunai untuk darjah kebesaran di Universiti Adelaide?

Sarawak Report telah mengambil masa beberapa minggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Universiti Adelaide apakah faktor mereka menamakan sebahagian dari kampus mereka sempena nama Ketua Menteri Sarawak.

‘Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court’ telah dinamakan khas sebagai menghormati seorang ahli politik yang penuh kontroversi dari Malaysia Timur pada tahun 2008. Pada ketika itu ianya dikatakan sebagai “suatu ruang sosial yang telah dilanskapkan”, yang mana terdapat sekeping gambar menunjukkan seorang ahli politik berstatus multi-jutawan dilihat sedang berjalan-jalan di suatu kawasan di situ bersama Timbalan Chancelor, Professor James McWha.

Namun permintaan kami tidak mendapat sebarang respon dari pihak universiti. Email-email kami tidak berjawab malah soalan-soalan lisan menerusi telefon kami pun tidak mendapat sebarang layanan. Beberapa orang ahli alumni Malaysia yang telah menuntut di situ telah meluahkan rasa kesal mereka terhadap penghormatan Taib Mahmud pada bulan Disember lalu, mengemukakan aduan bersama di dalam surat mereka:

“Sungguh memalukan kami bahawa universiti kami menganugerahkan seorang kleptomaniak dan seseorang penyalahguna hak asasi kemanusiaan” Alasan kegagalan untuk mendapatkan respon dari pihak universiti mungkin memandangkan Taib Mahmud mampu mencurahkan sejumlah derma yang amat banyak, tetapi tidak mampu dilakukan oleh Sarawak Report mahupun warga alumni universiti berkenaan.

‘Pemberian peribadi’ Taib diberikan dengan pelbagai cara!

Taib tamat pengajiannya dari Adelaide dalam jurusan perundangan dalam tahun 1961, tetapi seterusnya menerima darjah doktor kehormat dalam tahun 1994, diikuti dengan anugerah-anugerah lain kerana sokongannya. Pengumuman-pengumuman dari universiti itu menyatakan beberapa sumbangannya dalam masa beberapa tahun, namun setelah mereka mendiamkan diri sejak kebelakangan ini, kita sukar untuk membuat sebarang perkiraan.

Adelaide telah mengikhtiraf derma pertama Taib yang dilakukannya pada tahun 1987, enam tahun setelah beliau menjadi Ketua Menteri dan beliau telah mula memperlihatkan tahap pendapatan yang di luar jangkaan. Syarikat hartanahnya di Amerika Utara, Sakti International, telah diasaskannya bersama-sama ahli-ahli keluarganya pada tahun berkenaan dan kini bernilai beratus-juta dollar Australia. Menurut universiti itu, derma pertamanya adalah untuk menaiktaraf kelengkapan Sekolah Perundangan di situ. Baca seterusnya disini. /SR

http://addin77.blogspot.com/ "



 

 

Pilihanraya Negeri Sarawak 16 April??
Posted on Wednesday, March 16 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan


BeritaOleh: cucupakkasim

"
Berapa lama orang-orang di Sarawak mau tunggu daaa...?? Dah berbulan-bulan... bila tanya dia kata.. tak ada ilham lagi, bila tanya.. tak dapat inspirasi lagi, bila tanya lagi.. dia kata tunggu nak pergi buat haji dulu, nak minta pertunjuk nak minta doa depan Kaabah.

Itu bulan November 2010 dulu. Lepas balik dari Mekah ditanya lagi bila?? Dia kata doa dia tak dimakbulkan lagi, nak makbul macam mana? kalau dah rakyat Sarawak pun meluat apa tah lagi Allah SWT?

Akibat tak boleh tahan jadi penunggu, rakan-rakan Taib dalam komponen BN telah bermesyuarat secara rahsia dan diam-diam tanpa pengetahuan Taib dan telah bersetuju dengan tarikh yang diusulkan iaitu pembubaran dewan undangan negeri pada 26hb Mac, penamaan calon pada 8hb April manakala hari mengundi ialah 16hb. Dan rakan-rakan Taib ini juga telah mendesak Taib agar bersetuju dengan tarikh-tarikh yang telah dipersetujui itu.

Secara dasarnya Taib Mahmud telah bersetuju setelah 'di-cekik' oleh rakan-rakannya, namun begitu bila Taib Mahmud cuba mendapatkan nasihat dari 'panel tok bomo'nya ia telah diberitahu yang pilihanraya negeri yang bakal berlangsung nanti merupakan pilihanraya yang paling mencabar disepanjang 30 tahun beliau berkuasa, jadi sebelum dia berjumpa dengan Gabenor sarawak untuk memberitahu perkara dan tarikh ini dia kata dia nak ke Mekah sekali lagi untuk buat umrah dan sekali lagi nak minta pertunjuk dan nak minta doa depan Kaabah pada 20hb Mac ini sama ada dia boleh mendapat mandat lagi sekali atau tidak.


dollah yankee -
Respek lah selera si-Taib mahmud ini...

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com"

 

 

 

Jangan Lupa tarikh 19/03/2011 @ 15 Rabiul Akhir 1432H

Posted on Wednesday, March 16 @ 12:05:57 PDT

Dilulus untuk paparan oleh aya 

 

 Oleh: mohdnoorawang

 

" Untuk semua umat manusia di Malaysia khasnya, Satu fenomena alam cerkerwala di langit akan berlaku di obit dunia.

 

Para saintis dunia dan pakar astronomy melaporkan, Bulan Berada Paling Hampir Dengan Bumi. fenomena Ini Berlaku Selepas 18 Tahun Berlalu.

 

Bulan menghampiri bumi berlaku pada hari Sabtu malam Ahad bersamaan 19 March 2011 atau 15 Rabiul Akhir 1432H. Bulan akan berada di obit bumi 356,700km.

Jarak sebenar bulan dengan bumi ialah 406,300km. Pada malam tersebut bulan nampak besr dan terang benderang. ( bergantung pada cuaca pada malam tersebut).

 

Fenomena bulan semakin menghampiri bumi , saintis dunia meramalkankeadaan cuaca dunia tidak menentu atau sukar diramal.

 

Malah santis dan ahli astronomy meramalkan dunia akan berlaku ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi didaratan dan dilautan serta pelbagai kejadian yang sukar diramal. 

 

FIKIR FIKIRLAH WAHAI SEMUA INSAN DIDUNIA, KIAMAT KECIL TELALU BANYAK BERLAKU SEBAGI PERINGATAN KEPADA MANUSIA.

 

Terbaru gempa bumi berskala 9.0 megatidu sehingga berlaku tsunami di Jepun.Lihatlah dengan matahati jangan lihat dengan mata.

 

(sumber berita dipetik Nasa/makalah@journal astronomy/saintis dunia dan akbar malaysia).

 

"

 

 

 

Buku Kuning???

Posted on Wednesday, March 16 @ 09:17:41 PDT

Dilulus untuk paparan oleh aya 

 

 Oleh: gigipalsu

 

" Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Sebelum jatuh ke tanah sudah banyak kali tupai melompat dengan jayanya. Ada juga kenyataan yang merumuskan bahawa di sebalik seorang penagih dadah yang direkodkan, terdapat empat orang lagi di luar sana. Bukan senang hendak mengenali pasti mereka ini . Perbuatan terkutuk biasanya dilakukan secara bersembunyi dan licik. Bukan senang juga hendak terserempak dengan tupai yang jatuh ke tanah. Maka dalam kes konspirasi menjatuhkan sesebuah kerajaan, membeli wakil rakyat dan memanipulasi daftar pemilih dan undi pos , kita hanya dapat bermonolog,oh jahatnya manusia.

 

Untuk menjustifikasikan kerja jahat, manusia mencari pelbagai alasan dengan pelbagai dakwaan. Kata orang manusia yang sanggup berbohong kali pertama akan sanggup juga berbohong bagi kali kedua, ketiga dan seterusnya. Untuk menutup bohong pertama, dia akan reka bohong kedua, untuk menutup bohong kedua, dia akan cipta bohong ketiga. Begitulah keadaan nasib si pembohong. Si pembohong dari semasa ke semasa merendahkan darjat dan maruahnya sendiri demi mengelakkan rasa bersalah. Bagi mereka apa pentingnya maruah.

Siapa pembohong? Mahathir dalam  kes Memalinya? Najib dalam kes Altantuya? Si Saiful dalam dakwaan liwatnya? Gobalakrisnan dalam kempen pelariannya daripada PKR? SPR? Mahkamah? Undi pos? Semua berada dalam sindrom penafian? Habis siapa pembohong? Pembangkang? Rakyat?

 

Pembohongan dan konspirasi boleh berjalan terus bagi manusia yang tidak ingat akan saat kematian dan tidak yakin lagi ada pembalasan selepas mati. Namun bagi rakyat yang prihatin, kita tidak boleh berdiam diri. Negara dan rakyat keseluruhannya perlu diselamatkan. Keamanan ,  kesejahteraan dan kemakmuran mesti dipertahankan.

 

Justeru itu, para pembohong dan konspirator perlu diperingatkan. Negara dan masayarakat tidak akan aman apabila sebahagiannya tidak berpuas hati dan rasa tertipu. Rakyat menghabiskan sebahagian wang, masa dan tenaga mereka untuk memilih pemimpin mereka.  Sebahagiannya sanggup mengambil cuti demi tanggungjawab terhadap demokrasi. Kecewa kerana kalah secara jantan tidak akan mencetuskan rasa marah dan rasa tidak berpuas hati. Tetapi kecewa kalah kerasa ditipu dan dianiayai  akan mencetuskan gelombang kebangkitan kemarahan.

 

Demi rasa cinta pada keamanan, Pakatan Rakyat mestilah mengadakan forum, seminar, dialog dan ceramah khusus tentang peri pentingnya dipersembahkan pilihanraya yang bersih dan adil. Biarlah pemimpin negara dan rakyat sedar tentang kepentingan menjaga hati semua rakyat. Dalam fenomena global kebangkitan rakyat menuntut hak dan keadilan demokrasi, negara perlu berada dalam situasi yang kondusif sehingga rakyat tiada sebab untuk membangkitkan rasa tidak berpuas hati apabila menerima keputusan PRU13 nanti.

 

Kini rakyat semakin rasa terhina dengan undi pos, pendaftaran pemilih meningkat mendadak di sesuatu kawasan, wakil rakyat yang melompat dan dibeli oleh pihak yang rasa selamat daripada tindakan SPRM, tindakan tidak beretika media massa penyebar fitnah dan peniup api perkauman, SPR dilihat berpihak di sebelah BN bukan lagi sekadar ‘bias’  berpuluh-puluh lagi sub-penyakit kronik dalam sistem demokrasi di Malaysia.

 

Jangan dibiarkan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH), Mohd Sabu sahaja membedah demokrasi .  Mengapa suaranya yang semakin parau itu tidak digemuruhkan bersama dengan jutaan suara pencinta demokrasi yang adil dan telus?  Kita – semua peringkat pemimpin, para ahli akademik, pengungsi menara gading, bloggers serta rakyat yang cintakan keamanan keseluruhannya hendaklah bangkit sederap bersuara di mana-mana sahaja untuk memberi nasihat dan peringatan kepada pihak penguasa yang masih mamai dengan kuasa.  Bercakap, berseminar, berforum dan berbloglah sekerap mungkin tentang isu ini meskipun nampak bagai diulang-ulang atas point yang sama. Pakatan Rakyat mestilah menggerakkan usaha penerangan dan desakan melalui  penerbitan  pamphlet memuatkan data, fakta tentang penyelewengan pilihanraya serta kepentingan sebuah demokrasi yang adil. Edarkan seperti teredarnya Buku Jingga. Kalau perlu, namakan sahaja Buku Kuning.

 

Kalau perlu, satu desakan yang kuat perlu dilakukan agar parlimen jangan dibubarkan selagi empat tuntutan BERSIH - demokrasi dan pilihanraya yang telus dan adil gagal dipersembahkan kepada rakyat dalam PRU13 nanti. Persoalannya, adakah rakyat akan berpuas hati dan redha menerima keputusan PRU13 nanti dalam situasi yang ada pada hari ini? Jangan remehkan persoalan ini.

 

Bik Mama Memalukan Kita Semua

Posted on Wednesday, March 16 @ 09:01:46 PDT

Dilulus untuk paparan oleh aya 

 

 Oleh: wfauzdin_ns

 

"Kata-Kata Azimat Sewaktu Di Kerdau - " Lihat Betul-Betul wajah Saya, Ada Rupa Penipu Tak?

 

MENGAPALAH gatal sangat mulut Bik Mama ni nak bercakap? Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam, sekurang-kurangnya orang tak tahu bahawa kita ni tak tahu. Bila gatal mulut nak bercakap, tidak pasal-pasal jadi malu.

 

Bik Mama mendakwa kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ini sebagai pengajaran kepada Kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya.

 

Kejahilan Bik Mama disensasikan oleh CNN dan di laman FaceBook serta Twitter seluruh dunia. Kalau Bik Mama tidak merasa malu dengan kenyataannya itu, kita sebagai rakyat Malaysia mesti merasa malu kerana beliau dikatakan `First Lady Of Malaysia'.

Siapa Bik Mama untuk mengajar Jepun? Sedarkah kita bahawa negara kita ini masih `disuap' oleh Jepun untuk memberi makan rakyat negara ini? Bukan sedikit pelaburan Jepun di negara kita dan berapa banyak Jepun mengajar kita tentang teknoloji? Saya memetik kisah Bik Mama ini mengikut seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, " Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM),” ujarnya . Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

 

Melihat kepada musibah yang melanda Jepun itu, kita amat kagum dengan rakyatnya yang begitu berdisiplin menghadapi keadaan yang amat genting tersebut. Kerajaan Jepun juga telah bertindak pantas dengan penuh tanggungjawab di atas tragedi yang menimpa. Terlalu jauh bezanya dengan negara kita walaupun menghadapi bencana yang kecil. Menghadapi banjir pun, bantuan kadangkala terhegeh-hegeh mahu sampai.

 

Justeru itu, usahlah Bik Mama mahu memperlekehkan Jepun. Betullah kata ramai orang bahawa kejatuhan Najib nanti adalah berpunca daripada Bik Mama yang tidak tahu apa-apa tetapi berlagak seperti terlalu pandai. Sekarang yang tidak suka atau meluat dengan Bik Mama bukan sahaja rakyat di negara ini, tetapi bertambah meluas ke luar negara. Di mana Bik Mama mahu sorokkan muka jika beliau mahu `bershopping' ke luar negara selepas ini?/wfauzdin.blogspot.com

 

No comments: