PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, March 17, 2011

Kempen Anti Saman Ekor (Kase) di Pulau Pinang 19 Mac

Kase di Pulau Pinang 19 Mac
Posted on Wednesday, March 16 @ 23:37:18 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


ArtikelOleh Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 17 Mac: Mangsa saman ekor atau mereka yang mempunyai saman tertunggak jangan melepaskan peluang bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan panel peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) di Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang, Pongsu Seribu Kepala Batas pada 19 Mac ini, jam 3.00 petang.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, ia bukan sahaja untuk mangsa yang teraniaya malahan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin tahu bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi.


Jelasnya lagi, langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraihitamkan pembayaran cukai jalan merupakan langkah ke belakang kerana ia menyusahkan rakyat yang ingin menggunakan kenderaan sendiri.

"Sesiapa yang masih bingung dengan istilah saman ekor oleh JPJ dan polis, sila hadir ke Pongsu Seribu hari Sabtu ini bermula jam 3.00 petang.  Anda akan diberikan penjelasan kenapa tidak perlu bayar saman ekor oleh Datuk Mahfuz dan panel peguam Kase," terangnya.

Katanya, selepas mendengar taklimat, semua peserta dikehendaki ke plaza tol Sungai Dua untuk menyebarkan risalah Kase kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa JPJ dan polis yang memeras wang rakyat.

"Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai untuk memprotes apa yang mereka lakukan pada rakyat. Bila protes saman ekor, buatlah tekad untuk memprotes Barisan Nasional (BN) dan Umno," ujarnya.-/ Harakahdaily

Judi: Kelantan dukacita Pusat lulus lesen
Posted on Wednesday, March 16 @ 23:53:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Kenyataan MediaOleh Harakahdaily

KOTA BHARU, 17 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.

Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991. 

Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi  muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga. 

Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.

Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan. Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Sekian. Terima kasih.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Kota Darulnaim, Kota Bharu.

12 Rabiulakhir 1432

17 Mac 2011

 

No comments: