PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, March 28, 2011

Biar Hujan.. Lawan tetap Lawan

Semalam di Permatang Pauh : Biar Hujan.. Lawan tetap Lawan !! (Gambar)
Posted on Sunday, March 27 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

ArtikelOleh: AnakSgDerhaka

"
Hujan yang menyirami Pulau Pinang bermula dari pagi hingga ketengah malam semalam dan hanya berhenti seketika sebelum ceramah bermula dan hujan kembali lebat setelah ceramah bermula seolah-olah menyejukkan hati para penyokong dibumi Permatang Pauh ini.

Biarpun hujan mencurah dan padang yang kering bertukar lecah.. namun ceramah terpaksa dijalankan juga bak kata seorang sahabat dari anggota beruniform tetapi tidak memakai uniform ketika bertugas.. “Bro!! Biar hujan .. Lawan tetap lawan!!”

Semalam 2 Mac 2011, sebagaimana yang telah dirancangkan dan diwar-warkan Satu Solat Hajat dan Ceramah Perdana Fitnah III telah berlangsung dikawasan Parlimen Permatang Pauh,.

Solat hajat telah diadakan di Masjid Bandar Perda dengan Ustaz Mutallib dari An- Nahdoh menjadi imam, Manakala ceramah Perdana pula telah berlangsung di Padang Awam Taman Pauh Indah, Bukit Mertajam.

Menurut sms yang diterima pada sekitar jam 8.00 malam mengatakan empat jalan utama dua lorong yang menghala ke tapak ceramah telah ditutup satu lorong menjadikannya satu lorong oleh pihak Polis menyebabkan aliran trafik menjadi sangat perlahan..

Aliran yang telah perlahan itu diperlahankan lagi dengan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan oleh Anggota Polis yang terpaksa menurut arahan Pegawai mereka..

Laporan juga mengatakan sebanyak lapan truck FRU dan dua Water Cannon telah digerakkan ke padang tempat ceramah diadakan, laporang yang menyebabkan seluruh petugas keselamatan dari UKP diletakkan dalam keadaan bersedia dengan segala kemungkinan.

Sedikit sebanyak laporan yang mengatakan lapan truck FRU bersama dua water cannon itu memang menyakitkan hati dan ramai yang bertanya adakah Polis Pulau Pinang juga mahu menurut jejak langkah Polis di Selangor yang telah menggangu dan menghentikan ucapan Anwar di Selangor kelmarin?

Tetapi semalam terbukti Pihak Polis terutamanya Ketua Polis Pulau Pinang jauh lebih professional jika dibandingkan dengan pihak Polis dan Ketua Polis Selangor.

Sekatan jalanraya dilakukan bagi memastikan keselamatan para pemimpin iaitu DS Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, YB Johari Abdul, Khalid Jaafar dan Chegubard terjamin..

Semua mereka memberikan ulasan tentang isu Video Lucah.. YB Johari Abdul dengan pendedahannya mengenai konspirasi UMNO melalui lelaki yang pernah dikaitkan dengan kejadian merogol kanak-kanak bawah umur.

Khalid Jaafar menceritakan siapa itu Rahim Tambi Chick..

Guan Eng sambil memuji pihak Polis Pulau Pinang yang telah Berjaya menurunkan indeks jenayah di Pulau Pinang sebanyak 22.7% mempertikaikan siapa Rahim Thambi Chik, seorang yang kononnya mempunyai moral sesuci embun pagi dengan menjadi dalang Video Lucah tetapi pernah dikaitkan dengan isu rogol kanak-kanak bawah umur.. itulah contoh ayam jantan yang berkokok berdegar-degar tapi ekor penuh najis!

DS Anwar Ibrahim pidatonya hampir sama dengan pidatonya yang boleh dilihat di SINI cuma loghat bahasa berbeza, memendekkan ucapan untuk memberikan laluan kepada Chegubard.

Sedang menurunkan autogeraf diatas buku tulisannya "Disebalik Misteri Pembunuhan Altantuya"

Chegubard yang dijemput memberikan ucapan oleh DSAI sendiri menceritakan kisah bagaimana semuanya kisah mengenai Video lucah itu bermula, dengan sikit tambahan yang aku kira menyakitkan hati sekelompok pemimpin yang berlindung dibawah ketiak Anwar.

Yang tak pernah dengar pendedahan itu, bacalah di SINI.

Katanya beliau sedar beliau bukanlah seorang yang baik untuk menjadi ahli politik, kerana beliau kurang satu lagi criteria yang diperlukan iaitu BODEK atau mengampu pemimpin untuk naik… Aku setuju 110%..

FRU yang dihantar juga bagi mengelakkan sebarang rusuhan atau kekacauan tercetus, mereka digerakkan tetapi tidak terus ketapak ceramah sekadar berkhemah di perhentian bas yang setengah kilometer letaknya dari tapak ceramah..

Tiada sebarang provokasi dicetuskan mereka cuma satu sms yang diterima meminta kalau boleh berhentilah tepat jam 12.00 malam jangan ulang seperti di Cheruk Tok Kun hari itu yang berakhir jam 12.30 malam..

Bagi menghormati permintaan wakil mereka itu ceramah yang dihadiri oleh hampir 3000 orang ini telah dihentikan tepat jam 11:58 malam, dua minit lebih awal..

Biar hujan.. mereka masih setia berdiri mendengar

Bukan wartawan menjadi sasaran.. lelaki ini muncul lagi..

Siapa lelaki yang menutup kepalanya dengan surat khabar itu??

jawapannya ada di SINI

Masih setia.. ketika hujan renyai-renyai..

Lagi gambar sila lihat di SINI

Apa Sebenarnya tugas Polis dalam Kes Video seks 3T

Posted on Sunday, March 27 @ 08:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 Oleh: Cempedak

"Keyataan terdahulu dari IGP mengapa tiada Tangkapan lagi '“Kejadian baru berlaku tiga hari dan kita perlukan masa untuk mengumpul semua maklumat bagi mengesahkan identiti individu yang terbabit dalam rakaman video tersebut." dan mari kita renungkan pulak kerja Polis dalam Kes yang berkait sebelom ini

Mari kita fikirkan kes kes seperti ini yang biasa di bawa oleh rangcangan 999 di TV3, Contoh

satu Kes serbuan di salah satu Rumah Pelacuran di sekitar Ibu Kota

Ketika Serbuan ada 2 bilik sedang di gunakan oleh pelanggang yang sedang asyik berprojek dan di samping itu ada beberapa lagi Pelacur warga asing serta seorang lelaki pertengahan usia (bapak ayam atau tuan punya premis) di premis berkenaan

Dan mereka semua termasuk tuan punya premis itu di bawa ke balai Polis terdekat. untuk di ambil Kenyataan dan di periksa air kencing, Kemudian

Pelacur2 warga asing itu di serah kepada imirgresen untuk tindakkan susulan.

[b]Seorang Pelangang beragama Islam di serah pada Jawi

Seorang lagi pelanggan berbangsa India di lepaskan selepas kenyataannya di ambil polis. (tiada Kes kot)[/b] dan tuan punya premis di saman dan selebihnya di serah kepada tindakan DBKL untuk menilai kembali lesen yang di beri,

Jadi dari kes ini kita nak tahu di manakah kuasa Polis untuk menangkap dan mendakwa dalam kes melanggan Pelacur ini?

Seperti dalam Kes Video 3T, mengapa Perlu Polis meneliti gambaran si Perlaku, sedangkan kes yang jelas ialah pelakuan Jenayah  oleh mereka mereka yang [b]merogol hak priversi orang [/b] dan mereka yang memiliki dan menayangkan video prono di tempat atau kepada orang awam (Merujuk kepada wartawan2)..

kes adalah jelas tetapi mengapa polis memerlukan masa untuk meneliti si Perlaku Pula!.

Jika Si perlaku itu bukan DSAI apa yang hendak Polis lakukan atau

Jika Si perlaku itu benar2 DSAI maka apa pulak kesalahannya yang boleh di ambil oleh Pihak Polis?

dan apakah Polis ini jugak agen politik ataupun baruah UMNO atau mereka ini berkecuali lagi Profesional?

HARUS di Ingat perlakuan sumbang yang di videokan itu adalah satu hak privercy awam walaupun haram di sisi Islam Tetapi ia bukan lah menjadi satu Kesalahan kanun undang2 Negara (kecuali Hudud)

malah di kawasan Bukit Bintang lagi ramai warga warga Negara yang melanggan ayam ayam Cina nie tetapi mengapa tidak di Serbu dan di hukum? malah jika ada serbuan pun  mereka mereka ini (ayam dan Pelanggannya) akan di lepaskan selepas kenyataan mereka di ambil dan Kenapa tidak terus di dakwa?

sebab tidak ada kanun yang mewajibkan mereka ini di sabitkan bersalah. Kecuali pada empunya premis atau tokey2 pemis.

.

Sekarang mari kita Bertanya.. apakah [b]aktiviti Skodeng di tempat2 persendirian[/b] bukan satu Kesalahan lagi di Malaysia?

sebab yang sekordeng tak ada bukti ttapi aksi projek walaupun dengan perempuan simpanan adalah satu kesalahan Kanun di bawah undang2 Malaysia!..

"

Jangan benarkan isu video seks lupakan kita kepada isu pokok

Posted on Sunday, March 27 @ 14:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

SUKAR sekali untuk saya menulis kolum kali ini. Selepas hampir dua jam terpaku di depan komputer, melayari pelbagai laman, kaki semakin lenguh menyengat dan pinggang sakit, namun idea belum juga muncul. Apa lagi yang menyiksakan bagi mana-mana penulis selain kebuntuan mencari ilham sedangkan masa bergerak pantas. Akhbar harus dicetak tepat pada masanya.

Juru fisioterapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sering mengingatkan saya agar jangan terlalu "berlama-lamaan" menaip. Harus mengadakan senaman ringan atau paling tidak, menggerak-gerakkan anggota badan setiap 15 minit. Tetapi, adatlah, apabila asyik menulis atau ligat mencari bahan mengejar dead-line, tiga empat jam berlari pantas, segala nasihat terabai. Sedar-sedar, kaki tidak dapat dibengkok dan terasa kebas.

Kalau boleh memang saya mahu menghindari topik yang hangat dibicarakan, iaitu kes video seks-lucah yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim. Menyebutnya pun sudah meloyakan, apatah lagi dikaitkan dengan pelacur China. Ia terpampang di dada akhbar, memenuhi muka depan, hinggakan anak bongsu saya, berusia lapan tahun bertanyakan ibunya, "seks itu apa, bu?"

Isteri sekadar menjeling tajam ke arah saya, mungkin menagih jawapan yang beradab. Kemusykilan si anak tidak dapat dirongkai. Kebetulan Harakah juga menjadikannya berita utama dan turut dibaca anak kecil. Ya, sukar juga untuk kami menyorot isu lain dalam keadaan negara hiruk-pikuk tertumpu kepada kontroversi berkenaan. Lebih penting, pembaca menuntut penjelasan dan fitnah mesti disanggah.

Saya kira ramai lagi yang mempunyai pengalaman hampir serupa. Misalnya, apa yang mahu dijelaskan kepada anak-anak yang bertanyakan soal liwat ketika keluarga menonton berita TV jam lapan malam, yang seakan-akan memperincikan perlakuan songsang terkutuk itu apabila melaporkan perbicaraan mahkamah.

Bayangkan, insiden 12 tahun lalu masih segar di ingatan, sehingga mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat. Tragedi mata lebam makin menghangatkan iklim politik. Tilam diusung ke mahkamah, bersama cebisan lendir dan bulu. Siapa sebenarnya yang dibicarakan di mahkamah ketika itu? Anwar atau maruah-kehormatan orang Melayu sendiri yang dipertaruhkan? Permainan politik yang sepatutnya beroperasi dalam kerangka akhlak dan adab menjadi cukup kotor dan hina.

Ekoran daripada itu, Anwar merengkok di penjara selama enam tahun. Tidak lama selepas pembebasannya, pilihan raya umum 2004 menyusul. Mungkin personaliti Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan tiada isu-isu kontroversi membabitkan soal dalam kelambu dan keaiban peribadi.

Tsunami politik, Mac 2008 menyentak. PRU12 dikatakan membawa elemen politik baru yang lebih segar. Politik yang tidak lagi terkepung dengan sentimen perkauman atau bermodalkan fitnah-tohmah, sebaliknya bercirikan idealisme luhur, membahaskan isu-isu ketelusan, keadilan, tata kelola pemerintahan yang baik, serta memartabatkan hak asasi manusia.

Ekoran itu, peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan dipercepatkan. Malangnya, isu skandal peribadi muncul semula, juga membabitkan Anwar. Sekali lagi rakyat Malaysia terpaksa menyaksikan episod yang begitu mengaibkan. Istilah-istilah "geli-geleman" diperdengarkan kembali. Dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, pada pertengahan Ogos 2008, isu sumpah Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat heboh diperkatakan.

Tunas politik baru yang mula berputik seperti terbantut. Di Perak, politik ugut bercampur-aduk dengan tawaran rasuah bagi membeli Adun Pakatan Rakyat. Akhir Ogos 2008, kita juga mendengar kes-kes pelik seperti "habuan sedekah seks" yang dibawa ke mahkamah oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR, sekarang SPRM). Tidak lama selepas itu, Februari 2009, kerajaan PAS-DAP-KeADILan yang diterajui Mohammad Nizar Jamaluddin tumbang.

Rupanya budaya politik kuno masih dominan dan akar tunjangnya masih menjalar kukuh.

Belum selesai kes liwat II, negara gempar lagi. Keaiban dipamerkan secara terbuka. Bagai mengulangi babak sebelum ini, perebutan "kuasa politik" juga menjadi paksinya. Dato' T tidak menunggu lama untuk tampil bangga membuat pengakuan. Lebih malang, menteri yang "menjaga polis dan undang-undang", Hishammuddin Hussein dan Nazri Aziz, berkokok dengan nada politik yang tebal.

Jelas mereka membela Dato' T, yang ketika itu belum dikenali. Tanpa mengetahui hujung-pangkalnya, Anwar dibelasah cukup-cukup. Sah, ia satu permainan politik tahap murahan. Ketua Pembangkang itu mahu diperosok sedalam-dalamnya -- dengan apa jua cara.

Tiada kelihatan langsung fokus Hishammuddin untuk menegakkan undang-undang. Hanya atas alasan tiada laporan polis dibuat, acara menonton video lucah di hotel mewah Carcosa Seri Negara itu seolah-olah bukan suatu kesalahan. Kecekapan, kebebasan dan tahap profesionalisme pihak polis diperjudikan. Sehinggalah Anwar sendiri membuat aduan rasmi di Balai Polis Dang Wangi baru siasatan dibuka.

Cuba kita gambarkan, sekiranya video lucah yang dipertontonkan kepada para wartawan itu menjadikan Perdana Menteri, Najib Razak atau timbalannya Muhyiddin, atau anggota kabinet yang lain sebagai sasaran, apakah pihak polis dan Hishammuddin sendiri selaku Menteri Dalam Negeri akan sabar menunggu laporan polis sebelum dapat bertindak?

Saya yakin, jika targetnya adalah Najib, seluruh kekuatan polis dan perisikan akan dikerah untuk menangkap Dato' T belumpun sempat tayangan adegan ranjang itu berakhir. Ia bukti amalan double-standard atau talam dua muka yang hanya merendahkan lagi kredibiliti pihak polis pada pandangan publik.

Mulut celupar Nazri memang sukar dikawal. Mengulas tayangan aksi seks melampau di Carcosa, Nazri bertegas bahawa tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian. "Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami," katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan Dato' T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan. "Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," kata Nazri mempertahankan Dato' T daripada kesan undang-undang terutama Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Abd Rahim Tamby Chik muncul membuat pengakuan bersama ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah (sambil mendakwa Bendahari Perkasa, Shuib Lazim turut terlibat) bahawa mereka bertiga adalah Dato' T, misteri video lucah itu mula tersingkap.

Sekali lagi, yang timbul adalah persoalan "kuasa dan dendam kesumat", bukannya isu akhlak atau kebenaran yang mahu ditegakkan. Siapa tidak kenal Rahim dan sejarah hitam politiknya? Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pernah disumbat ke penjara Kajang selama 18 bulan pada 1998 tentu masih menyimpan cerita menarik Rahim.

Saya sendiri pernah menulis dua buku politik tentang Rahim. Pertama, sebelum beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno pada 1993, dalam regu Anwar, Team Wawasan. Tajuk buku itu, Anwar Salah Pilih, jelas menggambarkan peringatan saya bahawa Anwar melakukan kesilapan besar memasukkan Rahim ke dalam pasukannya.

Buku kedua, Siapa Dalang?, diterbitkan selepas Rahim dipaksa meletakkan jawatan atas alasan kepincangan moral. Anwar dilihat berperanan penting dalam kes penyingkiran Rahim.

Saya difahamkan ramai penyokong Anwar lega apabila mengetahui Rahim menjadi dalang pengedaran video lucah itu. Malah, ahli-ahli Umno sendiri "terkejut" dengan pembabitan Rahim, yang dijangka akan membawa lebih banyak masalah kepada Najib dan BN sendiri. "Silap jalan, jika terbukti ia fitnah semata-mata, isu ini boleh menguburkan Umno dalam PRU13 nanti," kata seorang aktivis Umno. "Kalaupun Umno mahu berkonspirasi, Rahim adalah orang yang terakhir menjadi pilihan Umno," tambahnya.

Namun begitu, episod ini baru saja bermula, penamatnya masih sukar untuk ditelah. Pengakuan Rahim tidak bermakna segalanya nampak mudah. Kita belum lagi mendengar reaksi Najib. Percaturan sedang berjalan. Seorang pemerhati politik berkata: "Pihak yang tidak banyak melakukan kesalahan akan lebih selamat."

Petang tadi (Jumaat) seorang rakan sempat berpesan kepada saya, jika kita tidak dapat menerima fitnah dilemparkan kepada Anwar, maka kita juga usah terjerat dalam perangkap sama apabila secara terbuka membuat tuduhan-tuduhan berkaitan perlakuan seks kepada Rahim. Begitu juga dengan dakwaan berterusan kepada Najib, berkaitan Altantuya.

Beliau meminta saya membaca tulisan terbaru Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bekas Mufti Perlis itu menegaskan tindakan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik dilarang agama. "Sama ada PAS, Umno dan KeADILan; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka," tulisannya dipetik.

Artikelnya yang bertajuk Video Lucah dan Dosa Politik itu diakhiri dengan rumusan: "Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!"

Bagaimanapun, ingatan Anwar di majlis solat hajat di kediamannya, malam 24 Mac lalu patut menjadi renungan penggerak Pakatan. Seperti dilaporkan Harakahdaily, Anwar menekankan: "Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.

"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya."

Yang pasti, medan tempur di Sarawak yang nampak sedikit terabai dengan isu ini perlu diberikan perhatian serius. Fokus harus disasarkan ke sana.

----

Artikel ini disiapkan pada 25 Mac 2011

Najib-Rahim Bukti Pemerintahan Songsong, Kata Anwar Ibrahim

Posted on Sunday, March 27 @ 15:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 Oleh Shuib Ayub

PERMATANG PAUH 27 MAC : Dengan menggunakan Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik sebagai contoh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini melalui zaman pemerintahan songsang.

Anwar berkata mereka yang terbelit dengan tuduhan rogol dan salah guna wang diangkat oleh kerajaan dan media arus perdana, manakala pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan.

" Yang pertahankan soal moral, orang yang pernah ditanya soal rogol, orang yang pernah hidup dalam skandal video seks, dia cakap soal moral. Jatuhkan orang lain. Orang yang bercakap soal negara bersih, orang yang mengambil dana yang begitu besar, membinasakan orang yang hendak mentadbir dengan baik. Tanya Lim Guan Eng, berapa hari dia boleh hidup aman tanpa diganggu untuk menjalankan urustadbir?,"kata Anwar.  

Berucap pada majlis ceramah di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Anwar sekali lagi menunjukkan ketegasan berdepan dengan pusingan fitnah terbaru dalam bentuk video seks yang didalangi oleh Rahim yang kini Pengerusi Risda.

Rahim terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 setelah terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar bawah umur selain didakwa

mengamalkan rasuah.

Beliau diangkat menjadi Pengerusi Risda tahun 2008 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang sendiri berdepan dengan skandal pembunuhan Altantuya Sharibuu dan komisyen lumayan pembelian peralatan ketenteraan semasa menjadi Menteri Pertahanan.   

Rahim, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim dilaporkan berjumpa dengan  Najib di Bangunan Parlimen Selasa lalu selepas identiti mereka dibongkar oleh Parti Keadilan Rakyat.

Anwar mengajak rakyat supaya mengimbas penyelewengan besar-besaran yang berlaku di negara ini membabitkan pemimpin utama negara.

" Orang yang terlibat dalam bunuh Altantuya tak berdosakah? Orang yang ambil RM500 juta beli dua kapal selam tidak berdosakah? Orang yang terlibat dalam skandal di Port Dickson tak berdosakah?," soal Anwar.

Anwar berkata dalam usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat, umno sanggup menggunakan taktik yang keji dan tanpa peri kemanusiaan dalam mencari kelebihan

politik semata-mata.

" Saudara-saudara, saya pun ada keluarga. Kenapa harus diaibkan terus menerus? Bukan setahun tetapi berbelas tahun dirancang begini rupa? Hendak tanam sekurang-kurangnya ada persoalan sedikit, Kerana apa? Kerana Anwar beri tazkirah, kerana Anwar baca ayat Al-Quran.

"Hendak tanam sikit Anwar ini tidak boleh dipercayai. Jangan percaya kepada Anwar, percaya kepada Najib dan Rosmah. Jangan percaya kepada Lim Guan Eng, percayalah kepada Rahim Thamby Chik,"kata Anwar sambil disambut sorakan hadirin yang mendengar ceramahnya.       

Beliau berkata program pembaharuan Buku Jingga yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat menjadi punca utama Umno melancarkan asakan fitnah secara bertubi-tubi

untuk melemahkan gagasan itu.

Buku Jingga itu menyenaraikan dasar dan program untuk merombak struktur politik, ekonomi dan sosial negara ini jika Pakatan diberi mandat menubuhkan Kerajaan

Persekutuan.

Anwar berkata fitnah video seks lucah adalah serangan terbaru untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada dasar-dasar tuntas yang disenaraikan dalam Buku Jingga.

" Dia takut orang baca dan dia takut orang membuat penilaian sebab dia mesti cipta masalah-masalah supaya padamkan isu yang kita hendak ketengahkan. Saya kata, jangan lupa. Program Pakatan Rakyat, Buku Jingga,"jelas Anwar.

Najib-Rahim Bukti Pemerintahan Songsong, Kata Anwar Ibrahim

Kes Eskay lawan Merong Mahawangsa jadi tumpuanMac 27, 11 4:04pmKongsi 81Kes projek jambatan bengkok yang melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah lawan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya Datuk Yahya A Jalil, bermula sebagai satu kes mahkamah biasa awal bulan, tetapi ia kini menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Ini ekoran pengakuan Eskay sebagai sebahagian daripada 'Datuk T' yang terbabit dalam pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Eskay (kiri dalam foto) dikatakan marah dengan ketua umum PKR itu kerana enggan memberi keterangan menyokongnya dalam kes samannya terhadap Merong and Yahya.

Berikutan peguam Eskay sendiri, CV Prabhakaran, telah menafikannya, maka kes ini mungkin boleh memberi klu mengapa Eskay begitu marah dengan Anwar dan mahu menjatuhkan ketua pembangkang itu.

Berikut ialah sorotan kes tersebut, di mana Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham akan mengumumkan keputusannya pada 5 Mei depan:

Kes ini telah difailkan Eskay pada 2002 dan sebelum ini telah didengar oleh dua orang hakim, sebelum dipindahkan kepada Singham.

Eskay, yang merupakan pengarah syarikat Aman Agropreneurs Sdn Bhd, berkata dalam kenyataan tuntutannya bahawa pada sekitar 1998, Yahya (kanan) telah menemuinya untuk mendapatkan bantuannya memperolehi projek jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Eskay berkata, dia telah dijanjikan 16.66 peratus saham dalam Merong Mahawangsa Sdn Bhd , di mana Yahya merupakan pengarah eksekutifnya, untuk mencari dana memandangkan dia mempunyai hubungan rapat dalam kerajaan serta di sebarang laut ketika berada di sana.

'Di manakah Anwar Ibrahim?' PKR kemuka bukti

Mac 26, 11 8:59pm

Kongsi 997

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: “Inshaallah”
1049 malam: “That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam:Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM”
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

anwar facebook tweetsMalah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

NONEOleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

NONEMenurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

“Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin

No comments: