PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, March 04, 2011

Akibat Barang Naik Kita Akan Merempat!!!

Akibat Barang Naik Kita Akan Merempat!!!
Posted on Thursday, March 03 @ 17:52:07 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya


Merempat..? Harga Rumah Mahal!
MIRI, 3 Mac 2011 – Sering kita diperdengarkan dengan kenyataan keluar dari mulut pemimpin negara seperti dibawah;"Selaras dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan komited dan akan terus memberi keutamaan dalam penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki atau disewa mengikut keperluan golongan tertentu” – sumber Utusan Malaysia
tetapi amat malang sekali rakyat masih dibebani dengan harga rumah yang mahal dan segelintir masih merempat terbiar di kawasan setinggan

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan Dasar Perumahan Negara (DRN) telah digubal dan ianya akan memenuhi keperluan asas rakyat, iaitu tempat tinggal yang selesa dan mampu dimiliki bagi memperkasakan pilihan dan autonomi rakyat. Menurut beliau, bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 78,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan penempatan semula setinggan.

Begitu juga dengan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pelaksanaan (DRN) di Sarawak akan memastikan kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti mengikut piawaian ditetapkan untuk kumpulan sasaran. Menurut beliau, di bawah pelaksanaan (DRN) harga rumah mampu milik negara telah disemak semula dengan harga rumah kelas itu di Semenanjung Malaysia meningkat daripada RM30,000 kepada RM42,000 manakala di Sarawak daripada RM42,000 kepada RM50,000 seunit. Pada masa sama kerajaan akan membina 8,000 unit Rumah Mampu Milik untuk dijual di seluruh negeri dan kedua-dua projek ini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)
Apa yang lebih mengecewakan sekarang ini ialah kerajaan persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (PPP) telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik (RMM), Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) dan sebagainya yang berharga RM40,000 hingga RM80,000 seunit tetapi masih ada lagi segelintir rakyat tidak mampu untuk membeli dan memiliki rumah.

Lain ceritanya pula dengan pemaju perumahan konglomerat seperti Naim Cendera, Miri Housing dan lain-lain di Sarawak ini harga rumah (single & double storey/terrace/corner/intermediate) boleh mencecah sehingga RM150,000 ke RM600,000 seunit dan kebiasaannya harga rumah terus melambung naik secara mendadak dalam tempoh masa kurang setahun dengan alasan pemaju bahawa minyak, harga tanah dan bahan binaan dikatakan telah menaikkan kos binaan. Keadaan ini boleh mengakibatkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan pertengahan tidak mampu membeli rumah idaman mereka.

Kini, trend pembinaan rumah mewah nampaknya semakin tidak terkawal oleh pemaju perumahan. Dengan mencecah setengah atau suku juta ringgit, berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding purata pendapatan isi rumah di Sarawak. Masalah peningkatan melampau nilai hartanah dan rumah kebelakangan ini memang telah lama dirasai dan jika diteliti pemilik rumah-rumah mewah di pinggir Bandaraya Miri khususnya di perumahan Luak, Piasau dan Permyjaya kebanyakan pembeli asing iaitu warganegara Brunei.

Memang tidak dinafikan kehadiran pembeli asing khususnya warganegara Brunei akan memberikan impak positif kepada ekonomi negara atau negeri tetapi ia tidak harus memperjudikan hak dan nasib rakyat tempatan. Sekarang ini masih ada lagi rakyat berkeluarga miskin, tiada berpendapatan tetap, pendapatan kurang RM1000 sebulan, papa kedana, dengan keadaan rumah yang usang dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang merempat di bumi sendiri.

Apa nasib rakyat, anak cucu kita 10 tahun lagi? Berapakah harga hartanah dan rumah di Sarawak ketika itu nanti? Masihkah ingat kenyataan lawak baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu ak Numpang?

“kerajaan negeri sedang berusaha mengeluarkan rakyat tanpa mengira kaum di negeri ini keluar dari belenggu kemiskinan dengan mendapat pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan bagi satu keluarga dalam tempoh 10 tahun akan datang.” – sumber The Borneo Post

…dan rakyat nak jawab dan tanya balik Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang pula…

Apa yang Tan Sri boleh nampak pada nilai wang RM1,200 untuk keluarga pada 10 tahun akan datang??? jika itulah sasaran dungu kamu wahai sang pemimpin; sudah pasti rakyat masih ‘meNUMPANG’ di bumi sendiri…

oleh : masalahrakyat/

 

 

Penduduk Dipaksa Pindah Tanpa Belas Kasihan!!!
Posted on Thursday, March 03 @ 17:59:27 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya


Penduduk Kampung Pujut 7 Diarahkan Pindah Secara Paksa
Baru-baru ini rombongan PAS kawasan Miri telah melawat 7 buah keluarga di Kampung Pujut 7, yang telah diarahkan berpindah oleh pihak berwajib dalam tempoh 60 hari ke suatu tempat yang agak terpencil dan tiada kemudahan asas yang sepatutnya telah disediakan.

Kisah sedih komuniti kecil itu, yang tinggal di pinggiran sungai Pujut dan berhampiran Jambatan Permyjaya, telah beberapa kali dilaporkan dalam akhbar sebelum ini dan dalam berita yang berkaitan setinggan Miri, namun tiada usaha dari pihak berwajib untuk membantu meringankan bebanan mereka untuk memindah barang-barang rumah mereka. Mereka berharap ada bantuan dari pihak yang berwajib tetapi sehinggalah arahan pindah dikeluarkan baru-baru ini tidak ada seorang pun dari wakil pihak berwajib datang menolong menyelesaikan masalah mereka, menurut kata mangsa yang diarah berpindah.

Dipaksa Berpindah
Surat arahan berpindah masih ada di Pejabat Tanah dan Ukur (Land and Survey) Miri. Mereka yang terlibat diarahkan berpindah ke Tanah Lot, Desa Indah di Permyjaya, berhampiran dengan EMart. Namun, apa yang menyedihkan mereka tidak diberi sebarang pampasan perpindahan, malah, tanah penempatan baru mereka juga merupakan tanah hutan berpaya yang masih belum sesuai untuk dijadikan tapak perumahan. Selain itu, segala kos perpindahan rumah dan pembinaan rumah baru tidak dibantu oleh kerajaan. Segala kerja dan kos mengangkut, barang keperluan rumah, kayu, zink dan papan rumah ditanggung sendiri oleh penduduk yang rata-rata merupakan penduduk berpendapatan rendah dan miskin. Ini amat membebankan mangsa yang terlibat terutama sekali mereka yang ramai keluarga serta kurang pendapatan.

 

Lawatan dan Sumbangan
Pada 27 Feb yang lepas, suatu lawatan prihatin oleh YB Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai telah diadakan. YB Firdaus, yang ketika itu sedang dalam lawatan kerja beliau di Miri, telah menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Turut hadir dalam lawatan tersebut Yang diPertua PAS Miri Hj Jofri Jaraiee, Pengerusi dan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Saudara John dan penyelaras Seketariat Menuntut HAK Tanah Rakyat (HAK) saudara Arif. Mangsa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira dengan lawatan tersebut. Rombongan menyatakan kesungguhan mereka untuk membantu mangsa dengan membawa kes mereka ke peringkat atasan. PAS dan Pakatan Rakyat Miri sentiasa prihatin tentang masalah rakyat yang kurang berkemampuan serta yang dizalimi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Keadaan sebuah rumah dikampung Pujut 7 yang terpaksa dirobohkan dan di arah berpindah.










YDP PAS Kawasan Miri bersama YB Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai sedang menyampaikan sumbangan kebajikan kepada penduduk yang terlibat dalam permindahan di kampung Pujut 7.




 




 

Beginilah keadaan dan tempat perumahan baru penduduk yang diarah berpindah dimana kawasannya masih ditumbuhi lalang, pokok dan juga berpaya.









English version
PUJUT 7 COMMUNITIES REDIRECTED RELOCATE IN FORCED

Recently, the delegation from PAS Miri visited 7 families in Kampung Pujut 7, which was directed to move by the authorities within 60 days to a place quite remote and there is no basic amenities should be provided. The sad story of a small community, living on the edge of the river and near the bridge Permyjaya Pujut, had several times previously reported in the press and the news related to squatters in Miri, but there is no effort from authorities to help ease their burden to move. They expect help from the authorities but the move command is issued until recently not one of the representatives of the authorities came to help solve their problems, according to the affected resident that are directed to move. Letters of direction to move are still at the Office of Land and Survey Department (Land and Survey) Miri. The affected residents are direct move to Lot, Desa Indah in Permyjaya, near the EMart. However, what is depressing they are not given any compensation, transfer, and even, in their new settlement land is swampy forest land which are not suitable for housing.
In addition, the cost of moving house and new home construction is not aided by the government. All work and costs of transport, household goods, wood, zinc and board home is borne by average people who are low income and poor people. This is difficult for those affected, especially those who have many families and low income.

 

On Feb 27 that recently, a visit by the Hon concerned Firdaus Jaafar, Jerai Member of Parliament was held. YB Firdaus, who was still in his working visit in Miri, has been delivering aid to those affected. Also present at the visit, the Chairman of PAS Miri Hj Jofri Jaraiee, Chairman and member of the Association of Supporting PAS Secretariat coordinator Mr John and the People of the Land Claim RIGHT (RIGHT) Arif. The victim was found expressed his gratitude and delight with the visit. The delegation expressed their determination to help the victims with bring their case to higher level. PAS and Pakatan Rakyat Miri constantly aware of the problems of the underprivileged and the people are oppressed by those who are irresponsible.

 

Picture
1. Houses at Pujut 7 resident that had been demolished and force to move
2. PAS Miri Chairman Area with YB Firdaus Jaafar, MP Jerai presenting contributions to the welfare of the people involved in the move of the Pujut 7 resident.
3. Here's are the location and new housing for people to move where the area is still weeds, trees and swampy.-/ Oleh PAS Miri

 

No comments: