PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, February 23, 2011

Terpaksa Tampung GLC, Punca KWSP Beri Dividen Rendah

Terpaksa Tampung GLC, Punca KWSP Beri Dividen Rendah

February 22, 2011

by Dr. Dzul

 

 

Ditulis oleh Najib, TV Selangor.com

 

 SHAH ALAM 22 FEB :Terpaksa menampung kegagalan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) merupakan antara punca utama dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berada pada kadar yang sepatutnya, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, tindakan kerajaan yang sering menggunakan KWSP untuk menjadi penyelamat kepada projek-projek besar GLC yang gagal dilaksanakan, mengakibatkan beban besar terpaksa ditanggung oleh KWSP yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan awam.

“Kalau kita lihat kembali bagaimana KWSP seolah-seolah dipaksa menyelamatkan dan membawa keluar syarikat berkaitan kerajaan. Ini sebenarnya punca kerugian KWSP dan di sinilah ketirisannya. Di sinilah berlakunya pulangan yang agak buruk.     “Keuntungan dalam pasaran ekuiti dimakan oleh pelaburan dalam GLC. Kita masih boleh ingat suatu ketika dahulu ia (membiaya) Pos Malaysia, Sime Darby, Bakun,” kata Dr Dzul ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.Semalam KWSP mengumumkan dividen 5.8 peratus kepada 11 juta pencarum di negara ini walaupun pendapatan kasarnya telah meningkat 40 peratus. Pulangan dividen itu dilihat tidak wajar memandangkan peningkatan bursa saham adalah sebanyak 19.3 peratus sedangkan dividen KWSP hanya naik 0.15 peratus dari tahun 2009.Semalam penasihat DAP, Lim Kit Sing turut melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman itu kerana ia tidak selaras dengan kenaikan 40 peratus pendapatan KWSP sebanyak RM24.06 bilion berbanding RM17.22 bilion pada tahun 2009.Malah perkara tersebut diakui oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman bahawa pencapaian itu menggambarkan tahun memberangsangkan yang mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan tersebut mencecah rekod tertinggi dalam sejarah. Hal ini kata Dr Dzul, menguatkan lagi hujahnya bahawa keuntungan KWSP tidak dapat disalurkan melalui dividen kerana beban yang ditanggung oleh KWSP.

“Kalau lah pelaburan itu dalam aset ekuiti atau dalam saham, sepatutnya pulangan mesti tinggi. Ini jelas menunjukkan pelaburan KWSP dalam pelaburan-pelaburan yang mana KWSP terpaksa melabur dan wang KWSP digunakan. Ini yang menjadi pertikaian ketika ini.      

“Saya mendapati negara-negara yang lain memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi,” katanya lagi.  

Antara projek yang dikatakan terpaksa dibiayai oleh KWSP ialah projek Empangan Bakun. Dalam projek ini yang berjumlah RM7.3 bilion, RM5.75 bilion daripadanya dibiayai oleh KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).Penggunaan akaun KWSP itu menimbulkan kegusaran banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat dan mahukan supaya tanggungjawab terhadap pencarum atau peranan fudisiarina mesti dilipatgandakan bagi mempasti kan pulangan yang baik khususnya sekarang ini pelaburan luar negara telah dizinkan oleh kerajaan.

 

 

 

beli Bot RM1b, mengarut ! hancur lagi wang rakyat

SHAH ALAM 7 Feb : Pembelian kelengkapan persenjataan oleh Kementerian Pertahanan tidak pernah mengikut dasar yang jelas serta perancangan yang benar-benar memanfaatkan negara, kata Badrul Hisham Shaharin.

 

 

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata pembelian itu dilihat sebagai tidak logik kerana tidak mungkin harga satu kapal peronda bernilai RM1 bilion.

 

Beliau menganggap hal ini berlaku disebabkan cara biasa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang menggunakan orang tengah untuk mengaut komisyen selain menghabiskan wang rakyat.

 

"Kita beli peralatan keselamatan negara, tak pernah yang murah, tapi kita hampir tak pernah memiliki sesuatu yang baru, kita selalu beli yang terpakai dan atas dari harga pasaran. Ini sesuatu yang lebih penting untuk ditanya.

 

"Malangnya kita masih guna orang tengah dalam operasi pembelian. Pertama aspek keselamatan, adakah orang tengah boleh dipercayai merahsiakan maklumat mengenai peralatan keselamatan negara, kedua soal kewangan, orang tengah biasanya menghilangkan banyak bajet yang sepatutnya kita selamatkan," katanya.

 

Oleh itu, beliau merasakan perlunya sesuatu dilakukan bagi mengekang perkara ini kerana ia jelas menjejaskan wang dan keselamatan negara hanya demi keuntungan orang-orang tertentu.

 

"Masalah skandal pembelian melalui pertahanan ini saya lihat semakin hari semakin menjadi di luar kawalan Malaysia dan saya jangkakan kita tak peduli apa orang kata dan tak peduli komen pakar persenjataan atau pakar lain. Semua ini berlaku sebab masalah rasuah terutama dalam Kementerian Pertahanan itu sendiri," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

 

Lebih malang lagi, kerajaan dilihat hanya mahu membeli senjata dan bukannya mempertingkatkan keupayaan angkatan bersenjata Malaysia.

 

"Berselindung atas dasar keselamatan negara, mereka telah merompak sebenarnya rakyat Malaysia. Sebenarnya, kita tidak langsung ada perancangan, malah semua orang ada peranan beli senjata. Justeru, kita tak punya perancangan. Sebab itu saya setuju tingkatkan dari segi fizikal dan keupayaan, malangnya kita hanya lihat dari segi memiliki senjata, bukannya meningkatkan 'empowerment atau keupayaan' tentera itu sendiri," katanya.

 

Beliau mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda generasi kedua (SGPV) dari syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. kelmarin.

 

Sebelum ini, syarikat milik kerajaan BN Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) telah diberi kontrak yang serupa pada tahun 1998, iaitu membina dan membekal enam kapal peronda bagi TLDM dengan harga RM5.4 Bilion.

 

Tetapi, disebabkan korupsi yang kronik dalam PSCI menyebabkan PSCI tidak dapat menyiapkan kapal-kapal tersebut dan terpaksa meminta kerajaan untuk mengeluarkann modal tambahan.

 

Korupsi dalaman PSCI menyebabkan kerajaan terpaksa 'menjamin keluar' syarikat tersebut merombak semula pengurusan serta bergabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

 

Mengulas lanjut, Azan berkata motif Najib membelanjakan wang sebanyak itu sewaktu tiada keperluan mendesak amat diragui.

 

che'GuBard juga sangsi dengan tindakan TLDM menyerahkan kapalnya kepada APMM kerana ia mungkin hanya bertujuan membolehkan pembelian kenderaan TLDM baru menguntungkan orang tengah dengan bayaran komisen.

 

“Di kala rakyat terhimpit dengan kenaikan harga barang dan petrol, Najib tergamak berbelanja RM 6 bilion untuk beli kapal laut.

 

“Kita tidak tolak kemungkinan perbelanjaan tersebut hanya untuk menyalurkan komisen kepada syarikat perantara dikenali sebagai ‘Special Purpose Vehicle’, seperti dijelaskan di Parlimen.

 

“Komisen tersebut kemudiannya mungkin akan diberikan semula kepada jentera Barisan Nasional untuk digunakan sewaktu pilihan raya umum ,” kata Pengerusi SAMM.

 

Menurutnya, Najib juga tidak serik atau pun segan silu sekali lagi memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.

 

Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta .

 

Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.

 

No comments: