PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, February 22, 2011

Secebis sebab Mengapa PAS/Pakatan mesti menyelamat ekonomi Melayu-Rakyat di negara ini!

Secebis sebab Mengapa PAS/Pakatan mesti menyelamat ekonomi Melayu-Rakyat di negara ini!

February 21, 2011

by Dr. DzulIni secebis dari sebab mengapa PAS mesti mengambil peranan menjelaskan kepada rakyat mengapa orang Melayu khususnya bahkan negara akan terus ketinggalan, andainya PAS/Pakatan Rakyat tidak dedahkan lantas segera menyelamatkan negara.

 

Kerana pengbaian dan pengkhianatan terhadap Melayulah maka PAS terpaksa mendepani kebejatan pengurusan kewangan pembangunan tempang ini. Umno mendodoikan Melayu dengan Ketuanan Melayu-Umno tetapi sebenarnya memperkayakan segelintir kroni dan memangsakan rakyat teramai khususnya orang Melayu.

 

Menurut Prof Dr Mohammed Arif, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selepas 3 dekad perlaksanaan DEB dan penyelewangannya, 75% daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah paras RM2,000 sebulan ialah kaum bumiputera. Sementara itu terdapat 40% dari rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan isi-rumah kurang dari RM1500 sebulan. Tegasnya, Melayu kaum yang menjuarai kelompok berpendapatan rendah.

PM Najib sendiri mengakui bahawa dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan untuk kaum Bumiputera, pegangan saham itu menjunam kepada hanya RM2 bilion kerana kelompok yang diberikan saham ini menjualnya ke pasaran saham (The Sun, 30 Jun 2009: PM Frees Up Economy). Dalam ucapan yang sama Najib mendedahkan bahawa yang menerima saham bumiputera ini bukanlah orang Melayu biasa tetapi Datuk Sri dan Tan Sri kata beliau. Inilah secebis kisah tentang kebanggaan pegangan 30% ekuiti Melayu yang diperjuangkan Umno sekian lamanya, yang antara lainnya menjadi punca mengapa ekuiti  Melayu itu berada pada tahap 19%. Melayu manakah yang kaya-raya serta kelompok jutawan-bilionair dan bagaimana kekayaan mereka itu mereka perolehi?

Kepupusan tanah rezab Melayu, contoh pengkhianatan Umno kepada orang Melayu berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 hektar pada tahun 1995. 9 ribu hektar tanah rezab Melayu ditukar menjadi di Selangor ditukar menjadi bukan tanah rezab Melayu. Apakah nasib 39000 penduduk di Kampong Baru ketika Rancangan Pembangunan KL 2020 dilaksanakan?

Hutang awam (kerajaan Pusat) telah meningkatkan ke paras 53.7% KDNK atau RM362 bilion, sementara hutang isi-rumah bagi menunjukkan tahap ’stress’ kepada rakyat awam telah sampai ke peringkat 76.6 % (RM 466 bilion) KDNK (2010) berbanding 63.9% KDNK tahun lalu (2009), yang tertinggi di Asia. Bagaimana pula dengan hutang tak berbaya (NPL) dalam waktu terdekat nanti? Peratus Melayu dan golongan bawah 35 tahun? Read more…

 

Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS

February 18, 2011

by Dr. DzulPAS akan mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS esok 19 Februari bertempat di MBSA Shah Alam, bagi membincangkan masalah Melayu dan Bumiputera di negara ini.

 

Konvensyen itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan kertas kerja “Jaminan PAS ” pada jam 2.30 petang.

 

Selepas pilihan raya umum 2008 Umno BN cuba menimbulkan perkara-perkara bersifat sentimen perkauman kononnya Melayu terancam dan terpinggir.

 

PAS pula digambarkan selaku parti Islam yang terlalu ghairah untuk ke tampuk kekuasaan di peringkat Pusat atau Persekutuan sehingga didakwa sanggup menggadai prinsip dan dasar serta matlamat perjuangan asalnya. PAS juga didakwa membelakangkan kemaslahatan orang Melayu-Islam demi kepentingan poitiknya untuk mendapat sokongan Bukan-Melayu dan Bukan-Islam.

 

Media jahat UMNO/BN saban hari dan minggu menyerang PAS yang kononnya telah luntur dalam perjuangan Islamnya kerana diperkudakan oleh rakan-rakan Pakatan khususnya DAP. PAS juga didakwa tidak bertegas dalam mempertahankan prinsip-prinsip kerana menjaga ’persahabatan dan muafakat’ politiknya dalam Pakatan dengan PKR.

 

Tohmahan dan ulangan irama sumbang dicanang di serata tempat dan saban hari di media kerajaan kongkongan Umno/BN. Dakwaan ini seringkali juga termakan oleh golongan atas pagar dan segelintir penyokong PAS sendiri. Tujuan utama strateginya adalah untuk mengurangkan sokongan kelompok Melayu-Islam terhadap parti Islam itu sekaligus menafikan cita-cita PAS mengambil alih kedudukan UMNO selaku teras parti orang Melayu-Islam di negara ini.

 

PAS kini bersedia untuk mendepani dan menjawab semua serangan dan tohmahan jahat media UMNO/BN ini. PAS tetap akan bertegas dan komited untuk seterusnya melaksanakan strategi serampang dua-matanya, yakni (i) Memantapkan sokongan pengundi tradisi Melayu-Islam dan (ii) Melebarkan pengundi barunya, bagi merealisasikan cita-cita perjuangannya,

 

Tiga (3) persoalan besar yang menanti huraian dan penerangan dari pihak tertinggi pimpinan PAS akan bakal dihuraikan adalah seperti berikut:

 

(i)                Apakah jaminan PAS dari segi ”Kedudukan Politik” orang Melayu-Islam di negara ini, seandainya kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan?

 

(ii)              Apakah jaminan PAS berkenaan ”Kedudukan Ekonomi” orang Melayu-Islam di negara ini, seandainya kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan?

 

(iii)            Apakah jaminan PAS dalam isu ”Kedudukan Islam” di negara ini, seandainya kerajaan Pakatan Rakyat mengambil pemerintahan di peringat Persekutuan?

 

PAS tidak akan cuba menjadi ‘lebih Melayu’ dari Umno. Itu satu yang pasti. Walau bagaimanapun, berbeza dengan seteru politik tradisinya, Umno, paradigma dan strategi pendekatan PAS dalam menggarap permasalahan Melayu ini atau “The Malay Question”, pertama-tamanya menegaskan bahawa persoalan yang terpenting bagi mewarnai dan mencorak segala dasar-dasar serta kaedah penyelesaian PAS terletak pada paksi utamanya yakni meletakkan Islam yang syumul sebagai dasar perjuangan PAS itu sendiri.  Islam adalah dasar yang mewarnai seluruh perjuangan PAS. 

 

Dengan meletakkan asas kefahaman dan penghayatan Islam yang menyeluruh ini, PAS akan mengupas satu persatu tajuk-tajuk di atas dan meletakkan garis pemisah bagaimana parti ini melihat perspektif ‘kedudukan politik’ orang Melayu dan kedudukan ekonomi’ orang Melayu diperjuangakan.

 

Bagaimanana pula perspektif pembangunan ’people-centric’ dan tidak ‘crony-centric’ akan menjamin masa depan Melayu itu lebih punya kemandirian, dayasaing dan resilience-dayatahan dan akhirnya menjadi Melayu kembali bermaruah dan tidak perlu hidup dengan tongkat yang diberikan Umno di bawah slogan ‘Ketuanan Melayu-Umno’ yang usang sekaligus memangsakan usahawan/korporat Melayu yang tule, akan  tetapi menggemukkan kroni yang rakus dan tidak berdaya saing. Perbandingan model dan paradigma “Pengupayaan Bangsa” adalah kunci dan pokok dalam analisis ini.

 

Ikuti hasil konvensyen nasional ini, yang bukan sahaja dinanti oleh orang Melayu/Bumiputera bahkan dari semua kaum, agama dan budaya. Masa untuk menjawab serangan jahat pemimpim dan tuduhan melampau media Umno/BN telah tiba!

 

 

 

 

 

 

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

February 20, 2011

by Dr. Dzul

 

SHAH ALAM, 19 Feb:  Ismail Hashim , Harakahdaily

 

PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

 

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

 

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

 

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

 

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

 

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

 

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

 

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

 

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

 

6.  PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

 

7.  PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

 

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

 

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

 

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

 

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

 

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.  

 

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

 

“Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita’arafu  yakni Politik Saling Menghormati.

 

“Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

 

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

 

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

 

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

 

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

 

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

 

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

 

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

 

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

 

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

 

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

 

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

 

Share this: Facebook

 Email

 Print

 Share

No comments: