PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, February 09, 2011

Rakyat Dahulukan 'Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'

'Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'
Posted on Tuesday, February 08 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori


Oleh
Joseph Sipalan

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP)

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.
 

'Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'

300,000 pengundi baru sebahagian dari 'Grand Design' Gelombang Merah?
Posted on Tuesday, February 08 @ 14:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan


Oleh: cenangau

"Umno Kelantan melalui Pemuda Umno Kelantan dah pun melancarkan Gelombang Merah dengan target untuk merampas kembali Kelantan yang berjaya dikuasa oleh PAS semenjak tahun 1990.

Masa mengulas berkenaan hal ni, Ust Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS pusat sifatkan Gelombang Merah ni tak lebih dari sekadar angan-angan Mat Jenin.

Aku harap PAS Kelantan tak benar-benar anggap Gelombang Merah tu sekadar angan-angan Mat Jenin. Maksud aku, PAS Kelantan kena ambil serius perkara tu, jangan sampai jadi macam Terengganu yang tumbang sebab penangan Gelombang Biru.

PAS Kelantan khasnya dan PAS seluruh Malaysia kena mengambilkira kemungkinan peningkatan pengundi baru yang hampir mencecah 300,000 orang untuk suku ke-4 tahun 2010 yang dipamerkan untuksemakan dan bantahan bermula hari ni adalah sebahagian dari grand design untuk merampas semula Kelantan dan juga negeri-negeri lain yang sekarang ni di bawah Pakatan Rakyat.

Aku penuh yakin yang pertambahan yang cukup besar tu adalah sebahagian dari grand design Umno untuk menghadapi PRU13.

Jadinya, aku mengharapkan sangat-sangan agar PAS kawasan-kawasan ambil perhatian serius dengan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku ke-4 2010 ni. Aku yakin Umno ada buat sesuatu dan tugas kita nak kena kenalpasti apa yang dah Umno buat dan kena buat tindakan susulan untuk menggagalkan kerja buat Umno tu.

Aku harap sangat PAS kawasan-kawasan semak betul-betul rang daftar tu, kena semak nama satu persatu dan seterusnya kena buat bantahan ke atas nama-nama yang meragukan.

Kena buat jugak bantahan walaupun terpaksa keluar belanja beribu-ribu, kalau pun untuk bayar duit yuran bantahan tu terpaksa perhabis duit yang ada yang disimpan untuk kegunaan masa PRU13 nanti. Lagi pun memang duit tu untuk kegunaan pilihanraya dan memang pun kerja-kerja berkaitan daftar pemilih ni adalah sebahagian dari kerja-kerja pilihanraya.

Apalah lagi benda yang lebih penting dalam kerja-kerja pilihanraya selain dari kita buat kerja untuk memastikan kita bersihkan daftar pemilih yang akan digunakan semasa pilihanraya semampu yang boleh.

Apa guna kita bising-bising pasai pengundi hantu masa kempen pilihanraya kalau kita sebenarnya membiarkan pengundi hantu mudah-mudah dimasukkan ke dalam daftar pemilih sebab kita tak buat semakan betul-betul dan tak buat bantahan ke atas nama-nama yang meragukan.

Dan akhir sekali, aku nak ingatkan sekali lagi yang tempoh semakan dan bantahan ni cuma 7 hari saja bermula pada hari ni Rabu 9 Februari sehingga hari Selasa 15 Februari.

Cukup atau tidak, memang tu saja tempoh yang SPR 'si anjing Umno' bagi untuk proses semakan dan bantahan Rang Daftar Pemilih.

Cenangau Daunkari"

 

Bila MB Mat Said ganti AR Tompel...
Posted on Tuesday, February 08 @ 18:00:38 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh
Ust Saiful Bahri

Ini satu lagi berita lawak. Betapa hebat si ketam nak ajar anak berjalan betul. Siasatan belum bermula, awal-awal lagi pegawai sudah dipersalahkan. Isu rasuah dan salah-guna kuasa Datuk Ahmad Said masih belum dibicarakan. Rakyat masih ingat sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan MB, bagaimana BPR ketika itu sibuk dengan fail salah-laku Mat Said.

Hari ini beliaulah yang paling berintegriti kononnya… pirahhh!!! Nak jaga harta awam konon!!! Kalau melibatkan orang lain tak cukup tanah cari. Ke lubang cacing korek. Tapi kalau pimpinan UMNO… Tunggulah Rimau Mat Said bertanduk dulu…

 

Menurut laporan Teghanuku Online. Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berang dan berjanji untuk mengheret mereka yang mencuri bijih besi sekitar kawasan lombong di Bukit Besi. Menghairankan, walaupun ada kejadian tetapi seolah-olah tiada laporan mengenai kejadian itu. Apakah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) tidak pernah membuat laporan atau pihak polis tidak dapat bertindak kerana sebab-sebab tertentu?Difahamkan beliau bukan sahaja berang dengan kejadian tetapi pegawai dan mereka yang diberikan amanah menjaga kawasan itu kerana kegiatan perlombongan besar-besaran akan dilakukan tidak lama lagi.

Ini bukan kali pertama kejadian malah sebelum ini pun Menteri Besar sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Sebelum ini ada pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Dungun yang dipanggil ke Wisma Darul Iman untuk memberikan maklumat mengenai kejadian. Berikutan itu, beliau mengarahkan PTG supaya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut secepat mungkin supaya mereka yang terlibat didakwa dengan segera.

Selain itu beliau berikrar membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat dengan kegiatan mencuri bijih di Lombong Bukit Besi Dungun.“Saya juga akan panggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasat kejadian ini (kecurian biji besi) katanya. "Selama ini bila berlaku penyelewengan orang ramai menyalahkan orang politik, tetapi dalam kes ini ia melibatkan pegawai (kakitangan kerajaan) yang yang tidak bertanggungjawab," ujar beliau.

Beliau berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat dalam jenayah tersebut kerana ia melibatkan harta awam. Ahmad Said menegaskan integriti perlu wujud bukan sahaja di kalangan orang politik tetapi juga meliputi pegawai takbir dan penjawat awam.

Ketika melawat kawasan lombong berkenaan semalam, tiada kelihatan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam bersama Menteri Besar dan begitu juga pada penyampaian e-Book kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi.

 

Boleh rakyat tahu ke.. siapa pemilik 3 syarikat yang dapat mengusahakan bijih-besi di Bukit Besi tu?? YB Bukit Besi sendiri pun tak tahu dan rakyat Dungun dan khususnya rakyat Bukit Besi juga ingin tahu. Rakyat tahu hasil disapu, apabila jalan rosak… rakyat dapat asap. Munasabah dah YB Din Adam boikot program MB. Calon memang konpem tak dapat dah. Team Deris katakan. Mat Said pergi berleter kat orang kampong Bukit Besi tu nak bagitau YB diorang tak buat kerja le tu… Adun pemalas. Lari dok Gong Badak bersemayam disinggah-sana mewah. Nak kipas le calon baru tu. Ketua Pemuda Bahagian kot. Ejas-ejas le kot tu…

Begitulah lakonan lawak pimpinan UMNO. Sama macam AR Tompel. Nak ambil tindakan undang-undanglah… nak report SPRM lah… nak bagitau betapa jujur & amanah le tu kononnya. Sedangkan rakyat semua sudah tahu. UMNO ni merupakan Parti MLM. Siapa diatas dialah dapat boucher serta bonus dan dividen besar. Rakyat yang dok galas dacing dan telan UMNO kat kampong tu.. dapat le asaaappp… UMNO ni juga parti enjit-enjit semut. Sapa sakit naik atas. Sapa atas cekit le kuat-kuat yang dibawah tuuu-/ Asal

Kipas le Hambali… Kipas si Awang Selamat.. biar tersengih Mat Said tu…

 

 

 

 

'Kebenaran' di balik krisis PKR Sabah

 

Joseph Sipalan
Feb 9, 11
9:34am

Kongsi 10

Nampaknya banyak yang berlaku di sebalik kontroversi terbaru yang melanda PKR Sabah - yang membawa kepada tindakan ketua perhubungannya, Pajudin Nordin, 40 - yang baru dilantik kira-kira sebulan lalu - melompat parti untuk menyertai Umno Sabtu lalu.

Sebuah laporan parti yang bocor, dan dihantar kepada media terpilih melalui emel oleh seorang yang bernama Anthony Mark, mendedahkan butiran mengenai perebutan kuasa antara dua kumpulan, dengan ketua yang baru dipilih itu, terhimpit di tengah-tengahnya.

Laporan tersebut - yang disediakan oleh naib presiden PKR, Fuziah Salleh - memperincikan apa yang berlaku, dengan satu kumpulan melancarkan rampasan kuasa terhadap Pajudin, yang telah dibawa dan ditahan tanpa kerelaannya oleh satu lagi kumpulan pada malam 24 Januari.

Fuziah berada di Kota Kinabalu pada malam itu untuk mengadakan pertemuan dengan Pajudin dan 25 ketua cabang, di ibupejabat PKR negeri itu, untuk memutuskan barisan kepimpinan baru parti itu di Sabah.

Laporan itu menyebut Pajudin (kanan) dijadualkan bertemu dengan ketua-ketua cabang pada jam 8 malam tersebut untuk menyediakan senarai kepimpinan baru - sebelum Fuziah menyertai mereka pada jam 9:30 malam, untuk memuktamadkannya.

Bagaimanapun, hanya empat ketua cabang hadir, dengan 18 orang lagi yang menentang pelantikan Pajudin sebagai ketua perhubungan PKR Sabah, berkumpul di sebuah hotel berdekatan.

Mereka tidak menghadiri mesyuarat itu di ibupejabat parti kerana dikatakan mahu mengelak berdepan dengan ketua cabang Batu Sapi, Hassnar Ebrahim, yang mereka dakwa telah menimbulkan "situasi negatif" dalam pertemuan sebelum itu dengan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.

Walaupun usaha dibuat untuk meminta 18 ketua cabang berkenaan menghadiri mesyuarat di ibupejabat parti, tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka, dan mendesak Fuziah menemui mereka di tempat mereka berada.

 

Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis

Regina Lee
Feb 9, 11
10:48am

Kongsi 35

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang melnyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.

"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate (
bawah, kanan), yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli
politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.

[Baca berita penuh]

 

Boros: Pemimpin negara sudah buta hati

 

Hafizi Pauzi   

IPOH, 8 Feb: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.

“Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandai matematik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Negara juga, katanya sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib membiarkan isterinya menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar negara baru-baru ini.

“Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, pembaziran seperti itu tidak dapat diterima, ditambah harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.

“Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat,” jelasnya.

Khalil menempelak respons Najib terhadap situasi Mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat.

Ini, katanya kerana telah timbul rasa khuatir BN jika rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.

“BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia,” tambahnya.

Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ditukar melalui PRU 13 di mana ia medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat.

 

 

No comments: