PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, February 01, 2011

PAS kalah kerana salah PAS Kawasan Labis!

 

PAS kalah kerana salah PAS Kawasan Labis!
Posted on Monday, January 31 @ 21:05:19 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


Pendapat

Oleh : Tulahan.

PRK Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti. Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50 % pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti pengundi BN.

 

Walaupun begitu, majoriti BN tetap gagal melepasi 4000 undi jauh sekali 5000 undi. Positifnya, pengundi Tionghua tetap menolak BN walaupun Presiden MCA menghina Islam secara terbuka. Maksudnya, masyarakat Tionghua lebih memahami budaya Islam sejak DAP berkawan dengan PAS.

 

Menang tetap BN menang , PAS perlu membuat bedah siasat faktor-faktor kekalahan terutama kegagalan menambah undi di kawasan Melayu.

 

Walaupun ada tunding menunding tetapi penulis harap semua itu akan membawa impak positif kepada perjuangan PAS menghadapi PRU 13. Penulis tidak akan menghalakan tundingan kepada Pengarah Pilihanraya, jentera pilihanraya dan calonnya Cikgu Mala.

 

Penulis lebih menghalakan tundingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk memperkecilkan tetapi lebih kepada penambahbaikan sebagai persediaan menghadapi PRU 13. Malah , tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU 13.

 

Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU 12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.

 

Tahukah kita mengapa PAS boleh menang di Permatang Pasir dan Bukit Gantang ? kerana undi orang Melayu kepada PAS disitu melebihi 40%. Apabila ditambah undi bukan Melayu , PAS menang.

 

Bagi kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi orang Melayu kepada PAS kurang 50%.

 

Berapakah undi orang Melayu yang diterima oleh PAS di Bagan Pinang dan Tenang ? kurang 35 % malah di Tenang kurang 25 % . Penulis terima hakikat bahawa kawasan ini kubu kuat Umno sejak merdeka tetapi apakah persediaan dan usaha yang telah dilakukan PAS Kawasan berkenaan untuk menembusi kubu kuat Umno ini.

 

Cawangan

 

Berapa cawangan PAS di Bagan Pinang ? 3, Berapa cawangan PAS di Tenang ? 6. Maaf jika angka itu salah. Sejak PRU 12, berapa cawangan yang ditambah oleh PAS Kawasan. Jika akar umbi tidak kuat bagaimana PAS boleh masuk ke kawasan kubu kuat Umno.

 

Bila berlaku pilihanraya, sukarnya petugas untuk berkempen kerana tiada bantuan orang tempatan. Mungkin ada tetapi takut sebab tidak ada cawangan dan tak biasa bersama dalam aktiviti PAS.

 

YDP PAS di mana-mana kawasan perlu jadikan usaha penambahan cawangan ini sebagai agenda dalam mesyuarat kawasan. Jangan tunggu bubar parlimen baru kelam kabut cari orang tempatan di kampung atau felda yang dikenali untuk bantu. Sepatutnya , sekaranglah masa kumpulkan orang tempatan yang sokong PAS dan usahakan penubuhan cawangan.

 

Pengundi baru

 

Berapa pengundi baru dikalangan anak ahli dan penyokong PAS yang didaftar sebagai pengundi di Bagan Pinang dan Tenang? mengecewakan, buktinya rujuk jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh PAS NS dan Johor.

 

Tidak adakah pengundi baru dikalangan anak ahli dan penyokong ? ada tetapi PAS Kawasan tak ambil berat untuk daftarkan. Bila sampai pilihanraya, tengoklah betapa ramainya anak ahli dan penyokong yang dah lebih umur 21 tahun tak boleh mengundi.

 

Sudah ada arahan supaya agenda penambahan pengundi baru dibincang dalam mesyuarat kawasan. Malah PAS dah pinda perlembagaan membolehkan seorang Pengarah Pilihanraya duduk dalam Jawatankuasa Harian Kawasan. Namun , sudah berjalankah usaha penambahan pengundi baru?

 

Kebajikan dan kemasyarakatan

 

PAS dah lama menjadikan usaha memasyarakatkan PAS untuk mendekati masyarakat. Semasa PRU 12, PAS telah menggunakan slogan ke arah negara berkebajikan bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat.

 

Persoalannya, adakah PAS Kawasan sudah merealisasikannnya secara bersungguh-sungguh atau sekadar melepaskan batuk ditangga. Hendak tahu bersungguh atau tidak, tengok jumlah derma kebajikan yang telah diberikan kepada penduduk.

 

Tengok berapa kali aktiviti berbentuk kebajikan yang telah di buat kepada penduduk.Tengok berapa dana kebajikan dalam akaun. Nilailah sendiri usaha PAS Kawasan dalam bidang kebajikan.

 

Apabila tiba pilihanraya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan ramai pengundi yang akan berkata, " bila pilihanraya baru nak bagi bantuan"

 

PAS Kawasan perlu menjadikan usaha kebajikan sebagai usaha dakwah dan bukan hanya bertujuan untuk pilihanraya. Oleh kerana , kebajikan hanya semasa pilihanrayalah kurang usaha menambah dana kebajikan membantu rakyat.

 

Rakyat perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihanraya atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai rutin bukan hanya pilihanraya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa walaupun kalah pilihanraya kerana usaha membantu rakyat tetap diteruskan.

 

Jika PAS Kawasan menang pun, wakil rakyat tidaklah pening kepala membantu rakyat kerana PAS Kawasan boleh membantu. Malah , PAS Kawasan juga tidak pening kepala apabila rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat PAS yang tidak membantu rakyat kerana PAS Kawasan tetap ada membantu rakyat.

 

Penulis cuma berikan tiga perkara penting ini untuk diambil perhatian oleh mana-mana PAS Kawasan di Malaysia. Jika PAS Kawasan dah laksanakan , syukur dan tahniah. Bagi yang belum laksana buatlah kerana semua kerja ini bertujuan untuk menegakkan perjuangan Islam.

 

PAS mungkin bertanding di Merlimau, sebelum bertanding PAS Kawasan di sana kena tengok tiga perkara penting ini. Jika cawangan banyak, pengundi baru ramai, usaha kebajikan aktif . Percayalah PAS ada harapan besar menang, namun jika belum laksanakan jangan sekali - kali mengalah tak mahu bertanding. Bertanding tetap bertanding kerana itu kerusi PAS.

 

Kesempatan ini, penulis ucap tahniah kepada seluruh pimpinan dan petugas PAS yang menabur bakti di Tenang. PAS Kawasan Labis mempunyai pimpinan yang berkualiti seperti Cikgu Mala dan beberapa pimpinan lain. Cikgu Mala boleh mulakan dari sekarang usaha mendekati rakyat melalui Pusat Aduan Rakyat di Tenang. PAS Kawasan perlu bersama Cikgu Mala mengaktifkan Pusat Aduan berkenaan.

 

Janganlah anggap penulis ni hanya boleh berteori, hanya boleh menulis tidak di medan sebenar. Penulis sudah berada di medan sebab itulah penulis menulis berdasarkan pengalaman. Penulis dah banyak menulis berkenaan perkara di atas N3 yang lepas. Boleh baca semula paparan di bawah:

 

Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13

PAS kena jadi kekasih baru

Bukan mudah nak urus cawangan

 

 

 

Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13

Salam,

 

 

 

Ramai yang jangka PRU 13 akan berlaku antara April hingga Jun tahun depan. Jika Najib adakan PRU 13 tahun depan maknanya pilihanraya Sarawak akan dibuat serentak.Sekiranya pilihanraya Sarawak tidak dibuat serentak dengan PRU 13 tahun depan . Penulis tak jangka Najib akan buat PRU 13 tahun depan.Memandangkan keadaan politik dan ekonomi yang dikatakan memihak kepada BN, Najib tak akan buang masa untuk buat pilihanraya kerana jika ditunggu tidak akan ada peluang besar seperti ini.Walaupun tidak dapat majoriti dua pertiga pun tak pa macam ramalan Tun M, kerana yang penting bagi Najib adalah kekal berkuasa sebagai PM. Lebih baik menang walau bukan dua pertiga daripada kalah terus tak dapat jadi PM.Jika benar PRU 13 tahun depan , sudah bersiapkah Pakatan untuk menghadapinya?. Penulis tidak akan fokus kepada PKR dan DAP tetapi kepada persiapan PAS untuk hadapi PRU 13.

Presiden dah rumuskan tiga penekanan penting untuk PAS mengantikan Umno iaitu Tarbiyah, Organisasi dan Strategi.Penulis dah ada sentuh persoalan tarbiyah , organisasi dan Strategi dalam tulisan yang lalu. Namun mungkin itu untuk jangka masa panjang . Penulis akan sentuh lebih kepada tumpuan segera jamaah bagi menghadapi PRU 13 tahun depan.Sebelum berlangsung PRU 13, tumpuan paling penting untuk mendapatkan undi adalah pengundi muda di kalangan anak-anak ahli dan penyokong. Banyak kawasan yang dah laksanakan tugas ini dan sebelum ini pun penulis pun ada bincang bab daftar pemilih.

Namun bagi penulis, usaha ini masih lemah kerana tiada kesungguhan dari jamaah kawasan terlibat. Masa hanya tinggal sebulan sebelum masuk tahun depan. Jika pilihanraya tahun depan , pemilih yang didaftar tahun ini sahaja layak mengundi. Sudah ramaikah yang sudah didaftarkan?

Penulis harap pendekatan turun rumah ke rumah ahli dan penyokong jamaah di cawangan dipraktikkan dalam masa sebulan terakhir ini. Gabungkan pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat kawasan untuk sama2 turun cawangan .

Kepakaran muslimat menjadi perayu undi rumah ke rumah gunakan sepenuhnya untuk program ini. Sebulan terakhir ini jika ada program lain tangguh sementara untuk buat program ini. Inilah peluang terakhir menambah pengundi jika PRU 13 berlangsung tahun depan seperti diramal.Jangan tuduh penulis tak sokong program tarbiyah untuk menang kerana turun rumah ke rumah ahli jamaah inilah praktikal kepada tarbiyah yang kita terima. Mengapa penulis kata begitu? Kerana ramai yang segan, malas, pentingkan kerja lain walaupun dah dapat tarbiyah.

Jangan tuduh penulis tak sokong program kebajikan untuk menang kerana turun ke rumah ahli dan penyokong pun adalah ziarah kebajikan. Berapa ramai ahli yang sakit, yang susah, yang perlu sumbangan tetapi jamaah kawasan tak ambil tahu kerana alasan tidak tahu atau tidak ada peruntukan. Inilah masanya kita bantu ahli dan penyokong yang memerlukan sumbangan.

Jangan tuduh penulis tak sokong pemantapan cawangan untuk menang kerana program sebeginilah yang akan mengaktifkan cawangan. Cawangan yang jarang buat mesyuarat pun jadi aktif sama2 cari rumah ahli dan penyokong untuk pimpinan kawasan turun. Ini lebih baik daripada bercakap nak aktif cawangan tapi cawangan mesyuarat hanya sekali setahun.Jamaah kawasan yang belum buat program ini tentu akan mendapat jawapan dari cawangan, bila minta cawangan cari pengundi baru. “ Dah cari dah, habis semua dah daftar”Tapi bila buat program ini, jamaah kawasan akan dapat jawapan bahawa itu hanya alasan cawangan melepaskan diri.

Sebulan terakhir ini bukan masa nak berkempen nak jadi calon atau berkempen nak jadi Yang Dipertua. Daripada buat perangai buruk Umno itu, baik tambah pahala bantu kawasan turun cari pengundi baru.urunkan semua ego sebagai pimpinan besar di pusat ka, negeri ka atau kawasan untuk bersama2 ke rumah ahli. Ahli akan seronok rasa berbangga jika YDP, TYDP , NYDP, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat naik ke rumah mereka yang sebelum ini tak biasa2 naik.Semua ini perlukan kesungguhan dan keikhlasan pimpinan kawasan. Penulis sungguh rasa terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan seorang pimpinan tinggi dalam kawasan penulis.Walaupun tahu tidak dipilih sebagai calon , langsung tidak lemahkan semangat untuk ketuai usaha turun ke rumah ahli.Apabila ditanya berkenaan calon. Jawapannya “ Tak da nama pun tak pa. yang penting adalah kemenangan dan bagaimana nak urus kemenangan”.Dia tidak ada rasa kecewa seperti sesetengah pimpinan yang tidak dicalonkan. Ada pimpinan yang tidak dicalonkan mula tuduh orang dengki dekat dia dan macam2.Penulis harap sebulan terakhir ini , jamaah di kawasan dapat laksanakan usaha ini kerana sudah terbukti jamaah kawasan yang laksanakan program ini mendapat pengundi baru anak ahli dan penyokong berlipat kali ganda.

 

 

Wassalam

 

 

PAS kena jadi kekasih baru

 

Salam,

 

 

 

 

Sebulan penting untuk daftar pengundi baru dah kira tamat, ada PAS kawasan yang buat dan banyak yang tak buat. Penulis dengar khabar dari kawan, di Perak banyak kawasan yang buat. Syukurlah, barulah boleh laungkan hasrat nak menang banyak kerusi.Bagi negeri lain, tak tahu cerita lagi. Tunggu keluar daftar pemilih suku terakhir 2010 baru tahu. Nak tahu cepat kena tanya Pengarah JPN negeri masing2.Boleh menang dengan cara daftar pengundi baru ? Nak bagi jaminan menang tak boleh, tapi orang cakap ‘sedap duduk’ la.Sebenarnya PAS perlu mencari 15 peratus sokongan pengundi Melayu jika mahu mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa kawasan lubuk jamaah yang mempunyai sokongan lebih 50 peratus pengundi Melayu.Kenapa hanya 15 peratus ? kerana kebanyakan kawasan sudah mempunyai sokongan 35 peratus pengundi Melayu. 15 peratus nampak kecil tapi bukan senang nak capai. Jika ada 10 ribu pengundi Melayu, jamaah kena cari 1500 pengundi lagi.

 

 

Macam mana nak menang jika hari2 media Umno dok fitnah Pakatan Rakyat macam2 dalam TV1 dan TV3. Media lain seperti akhbar, di kampung2 tak ramai yang baca. Yang ada pun di warong2 kopi dan kedai makan yang ramainya orang lelaki.

Orang lelaki yang pi warong kopi boleh dapat banyak maklumat bukan hanya dari Utusan Meloya dan Berita Hairan. Warong kopi sekarang banyak letak Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian.Akhbar2 ini lebih murah dan tidak seperti dua akhbar utama Umno. Maklumat tentang PR pun ada sebab tu ramai yang bertukar selera kepada akhbar-akhbar ini. Ada warong kopi yang berani letak Harakah untuk dibaca pelangannya.Pertukaran maklumat di warong kopi dari mulut ke mulut cepat berlaku di kalangan orang lelaki. Sebab itu, orang lelaki mudah berubah menyokong PR berbanding orang perempuan yang duduk di rumah nengok TV hari2. Jadi apa yang perlu dibuat ? orang perempuan bukan jenis pi dengar ceramah macam orang lelaki. Sebelum pergi jauh, cuba tengok sebab apa orang kampung yang sokong Umno terikat dengan Umno. Kerana Umno melalui Kemas, JKKK, Belia kampung buat program untuk mereka. Bila ada program ada tautan hati, bila ada tautan hati payah nak tinggalkan ibarat kekasih la.

Selalunya kekasih berpisah bila ada kekasih baru yang lebih memikat. Jadi PAS kena jadi kekasih baru itu. Kena dekati mereka , kena buat program dengan mereka , kena tolong mereka yang mampu ditolong. Barulah ada tautan hati dan terhutang budi.ena dekati mereka : Payahkah pimpinan PAS Kawasan untuk turun ke kampung2 menziarahi orang sakit, orang tua2, orang yang berpengaruh. Hanya untuk bertanya khabar tapi kesannya cukup terasa oleh tuan rumah dan ahli keluarganya.

 

 

Kena buat program dengan mereka : Macam2 program boleh buat. Bukan nak suruh buat program besar2, buat yang kecil2, kos ciput pun tak pa. Baca yaasin anak2 periksa, demontrasi masakan, khidmat kesihatan Syifa’, gotong royong .

 

 

Jika ada dana buatlah program besar macam program cakna rakyat di Kelantan. Ada pertandingan mewarna, sukaneka kanak2 dan dewasa, Pertandingan untuk wanita, khidmat kesihatan. Kos tak tinggi mana pun.

Kena tolong mereka : Bagaimana pula nak tolong, PAS bukan kerajaan dana tak da. Inilah masalahnya, berapa lama dah PAS buat kebajikan tanpa kerajaan. Aktifkanlah Lujnah Kebajikan, carilah dana. Jika dengar ada orang kampung perlu bantuan, pi tolong walaupun kadarnya kecil. Dengar ada orang kampung duit tak da nak sekolahkan anak, pi tolong beli pakaian sekolah anak dia.Sekiranya dana kebajikan banyak , banyak bantuan lain boleh diberi. Jika ada orang kampung perlukan kerusi roda, pi beli kerusi roda . Jika ada rumah orang kampung bocor, bukan surah tukar satu rumah. Beli zink tukar bumbung yang bocor, buat gotong royong.

Akan ada yang kata, suruh PAS cawangan buat la. Kena tahu, bukan semua PAS Cawangan yang aktif jadi PAS Kawasanlah kena bergerak turun ke kampung2.Akan ada pula yang kata, tak ramai orang PAS di kampung kuat biru. Mustahil tak ada langsung, tentu ada paling sikit pun sorang mesti ada. Buatla program rumah dia, jangan la tonjolkan bulan tu. Contohnya, buat program khidmat kesihatan Syifa’ di rumah dia, panggil ustaz2 Syifa’. Jangan takut orang tak mari , Umno piau pun mai nak berubat.

asti juga ada yang akan kata, sapa pun boleh tulis tak buat kerja. Senang la bagi cadangan, pi la buat tengok boleh tak. Kalau ada yang berkata begitu, suruh dia pi tanya macam mana PAS Kelantan boleh bertahan lama perintah Kelantan.Jika kata Kelantan tak sama negeri lain. Penulis suruh dia pi tanya program kebajikan yang kawasan penulis buat. Bukan nak puji tapi nak bagi tahu jangan suka bagi alasan.

Kerja2 ini sepatutnya dah lama PAS kawasan2 buat kerana ini kerja kebajikan dan dakwah. Kerja2 ini juga sepatutnya bukan kerana nak menang pilihanraya, ini kerja jamaah yang wajib. Bila kerja2 ini di buat, tidaklah terasa susah hati bila kalah pilihanraya kerana tak menang pun rakyat didekati, dibantu seperti biasa. Tambahan pula jika ada wakil rakyat yang menang tapi tak bantu rakyat dan menyusahkan jamaah. Masa tu ramai yang akan kata , tak menang pun tak pa kalau wakil rakyat perangai macam wakil rakyat Umno.Penulis harap PAS kawasan2 dapat laksanakan tugas mendekati rakyat ini. Rebutlah peluang jadi kekasih baru untuk ganti kekasih lama rakyat.

 

 

Wassalam.

 

 

PAS kena jadi kekasih baru

Salam,

 

 

 

 

Sebulan penting untuk daftar pengundi baru dah kira tamat, ada PAS kawasan yang buat dan banyak yang tak buat. Penulis dengar khabar dari kawan, di Perak banyak kawasan yang buat. Syukurlah, barulah boleh laungkan hasrat nak menang banyak kerusi.

Bagi negeri lain, tak tahu cerita lagi. Tunggu keluar daftar pemilih suku terakhir 2010 baru tahu. Nak tahu cepat kena tanya Pengarah JPN negeri masing2.Boleh menang dengan cara daftar pengundi baru ? Nak bagi jaminan menang tak boleh, tapi orang cakap ‘sedap duduk’ la

 

 

Sebenarnya PAS perlu mencari 15 peratus sokongan pengundi Melayu jika mahu mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa kawasan lubuk jamaah yang mempunyai sokongan lebih 50 peratus pengundi Melayu.

 

 

Kenapa hanya 15 peratus ? kerana kebanyakan kawasan sudah mempunyai sokongan 35 peratus pengundi Melayu. 15 peratus nampak kecil tapi bukan senang nak capai. Jika ada 10 ribu pengundi Melayu, jamaah kena cari 1500 pengundi lagi.Macam mana nak menang jika hari2 media Umno dok fitnah Pakatan Rakyat macam2 dalam TV1 dan TV3. Media lain seperti akhbar, di kampung2 tak ramai yang baca. Yang ada pun di warong2 kopi dan kedai makan yang ramainya orang lelaki.Orang lelaki yang pi warong kopi boleh dapat banyak maklumat bukan hanya dari Utusan Meloya dan Berita Hairan. Warong kopi sekarang banyak letak Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian.

Akhbar2 ini lebih murah dan tidak seperti dua akhbar utama Umno. Maklumat tentang PR pun ada sebab tu ramai yang bertukar selera kepada akhbar-akhbar ini. Ada warong kopi yang berani letak Harakah untuk dibaca pelangannya.Pertukaran maklumat di warong kopi dari mulut ke mulut cepat berlaku di kalangan orang lelaki. Sebab itu, orang lelaki mudah berubah menyokong PR berbanding orang perempuan yang duduk di rumah nengok TV hari2. Jadi apa yang perlu dibuat ? orang perempuan bukan jenis pi dengar ceramah macam orang lelaki.

 

 

Sebelum pergi jauh, cuba tengok sebab apa orang kampung yang sokong Umno terikat dengan Umno. Kerana Umno melalui Kemas, JKKK, Belia kampung buat program untuk mereka. Bila ada program ada tautan hati, bila ada tautan hati payah nak tinggalkan ibarat kekasih la.Selalunya kekasih berpisah bila ada kekasih baru yang lebih memikat. Jadi PAS kena jadi kekasih baru itu. Kena dekati mereka , kena buat program dengan mereka , kena tolong mereka yang mampu ditolong. Barulah ada tautan hati dan terhutang budi.Kena dekati mereka : Payahkah pimpinan PAS Kawasan untuk turun ke kampung2 menziarahi orang sakit, orang tua2, orang yang berpengaruh. Hanya untuk bertanya khabar tapi kesannya cukup terasa oleh tuan rumah dan ahli keluarganya.

Kena buat program dengan mereka : Macam2 program boleh buat. Bukan nak suruh buat program besar2, buat yang kecil2, kos ciput pun tak pa. Baca yaasin anak2 periksa, demontrasi masakan, khidmat kesihatan Syifa’, gotong royong .Jika ada dana buatlah program besar macam program cakna rakyat di Kelantan. Ada pertandingan mewarna, sukaneka kanak2 dan dewasa, Pertandingan untuk wanita, khidmat kesihatan. Kos tak tinggi mana pun.Kena tolong mereka : Bagaimana pula nak tolong, PAS bukan kerajaan dana tak da. Inilah masalahnya, berapa lama dah PAS buat kebajikan tanpa kerajaan. Aktifkanlah Lujnah Kebajikan, carilah dana.

 

 

Jika dengar ada orang kampung perlu bantuan, pi tolong walaupun kadarnya kecil. Dengar ada orang kampung duit tak da nak sekolahkan anak, pi tolong beli pakaian sekolah anak dia.

 

 

Sekiranya dana kebajikan banyak , banyak bantuan lain boleh diberi. Jika ada orang kampung perlukan kerusi roda, pi beli kerusi roda . Jika ada rumah orang kampung bocor, bukan surah tukar satu rumah. Beli zink tukar bumbung yang bocor, buat gotong royong.

 

 

Akan ada yang kata, suruh PAS cawangan buat la. Kena tahu, bukan semua PAS Cawangan yang aktif jadi PAS Kawasanlah kena bergerak turun ke kampung2.

 

 

Akan ada pula yang kata, tak ramai orang PAS di kampung kuat biru. Mustahil tak ada langsung, tentu ada paling sikit pun sorang mesti ada. Buatla program rumah dia, jangan la tonjolkan bulan tu. Contohnya, buat program khidmat kesihatan Syifa’ di rumah dia, panggil ustaz2 Syifa’. Jangan takut orang tak mari , Umno piau pun mai nak berubat.

 

 

Pasti juga ada yang akan kata, sapa pun boleh tulis tak buat kerja. Senang la bagi cadangan, pi la buat tengok boleh tak. Kalau ada yang berkata begitu, suruh dia pi tanya macam mana PAS Kelantan boleh bertahan lama perintah Kelantan.

Jika kata Kelantan tak sama negeri lain. Penulis suruh dia pi tanya program kebajikan yang kawasan penulis buat. Bukan nak puji tapi nak bagi tahu jangan suka bagi alasan.Kerja2 ini sepatutnya dah lama PAS kawasan2 buat kerana ini kerja kebajikan dan dakwah. Kerja2 ini juga sepatutnya bukan kerana nak menang pilihanraya, ini kerja jamaah yang wajib. Bila kerja2 ini di buat, tidaklah terasa susah hati bila kalah pilihanraya kerana tak menang pun rakyat didekati, dibantu seperti biasa. Tambahan pula jika ada wakil rakyat yang menang tapi tak bantu rakyat dan menyusahkan jamaah. Masa tu ramai yang akan kata , tak menang pun tak pa kalau wakil rakyat perangai macam wakil rakyat Umno.Penulis harap PAS kawasan2 dapat laksanakan tugas mendekati rakyat ini. Rebutlah peluang jadi kekasih baru untuk ganti kekasih lama rakyat.

 

 

Wassalam.

 

Adakah benar Peneroka Felda itu Bodoh?
Posted on Monday, January 31 @ 19:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh
teori


KomentarOleh: AnakSgDerhaka

"

Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat!


PRK DUN Tenang yang telah berlangsung semalam dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional melalui Calon dari UMNO Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1215 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.



Bagaimanapun ini bukanlah satu keputusan yang mengejutkan banyak pihak kerana ianya memang telah dijangka bersandarkan factor ianya adalah kawasan Felda dan semasa kempen sedang berjalan petugas-petugas dari Pakatan Rakyat telah mengesahkan sendiri memang sukar untuk memenangi hati warga Felda ini.

Oleh itu PAS/PR hanya mensasarkan untuk mengurangkan majoriti milik UMNO/BN yang diperolehi mereka ketika PRU 12 pada tahun 2008 dulu sahaja.

Bagi yang kurang arif apa itu saluran Satu dan apa pula saluran Dua, Saluran satu dikhususkan buat pengundi yang berumur 50 tahun keatas manakala Saluran Dua pula adalah bagi pengundi yang berumur 40 tahun keatas kalau tak silap.

Pengundi dari Saluran Satu memang kita sedia maklum sumber berita atau maklumat mereka datangnya dari Media yang dikawal oleh Kerajaan UMNO/BN sahaja ini sedikit berbeza dari pengundi dari Saluran Dua terutamanya yang bekerja di luar kawasan Felda.

Menurut seorang sahabat yang bertugas mengiringi Cikgu Mala semasa kempen majoriti warga Felda ini terdiri dari pengundi dari Saluran Satu menolak PAS dan dan ada juga dari Saluran Dua yang masih juga menolak PAS.

Kenapa agaknya? Adakah benar warga Felda itu memang Bodoh??

Artikel yang disiarkan di sini dengan tajuk 
"Tenang : Dah tenggelampun masih sokong??.. Aku tak faham..." banyak mengundang komen-komen yang mengatakan bahawa peneroka Felda itu bodoh

Sebenarnya adalah sesuatu yang kurang rasional untuk kita melabelkan para peneroka Felda itu satu golongan yang bodoh, kita sewajarnya juga mencari apakah sebabnya mereka begitu setia terhadap UMNO.

Ada peneroka yang tidak berkecimpung di dalam politik berkata mereka akan terus menyokong UMNO dan BN adalah kerana mereka telah terhutang budi dengan Tun Razak yang telah menyebabkan hidup mereka kini lebih selesa jika dibandingkan ketikan mereka berada di kampong asal mereka.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI.

 

 

 

 Kes harga barang dan Mesir: Demo besar-besaran Jumaat ini 

Harakahdaily    

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Selepas perhimpunan secara kecil-kecilan di depan kedutaan Mesir semalam, PAS bersama 71 NGO dan parti politik akan berhimpun di kedutaan Amerika pula selepas solat Jumaat, 4 Februari ini.

 

Ini kerana, mereka menganggap Amerika adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

 

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

 

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak Ron 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.30.

 

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

 

"Harga Kos minyak Ron97 pada masa ini(semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

 

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

 

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

 

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

 

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

 

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

 

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

 

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

 

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain.

 

 

Bila ulamak Mahathir bersuara
Posted on Monday, January 31 @ 20:52:29 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


ArtikelOleh Amizudin Ahmat

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Islam dibawa oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru, kata Bekas perdana menteri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir dalam tulisan entri terbaru dalam blog beliau hari ini.

Khamis lalu, Nik Aziz dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk dari Lee.

Kata Nik Aziz, Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

“Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya mengulas pandangan Lee dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno seterusnya mengecam bahawa jika pendapat rakan bukan Islamnya menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee.

“Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee.

“Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.

Dilihat pandangan mempertahankan dasar kerajaan BN, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, pada zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum todi.

“Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam.

“Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam,” kata perdana menteri keempat.

Oleh itu soal beliau, “teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?”

Sebaliknya kata bekas perdana menteri ini, apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz.

“Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini.

“Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam Umno untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata, PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan Umno, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang Umno dan pengasingan kubur orang PAS dari orang Umno dan seolah-olah di akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

“Apabila PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa Umno yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir.

“Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam pilihan raya 1990 dan 1995.

“Dengan ini Semangat 46, serpihan dari Umno mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan,” katanya.

Beliau menambah apabila timbalan presiden Umno dikeluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli Umno dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

“Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan.

“Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh Umno yang kuat,” katanya sambil menambah, “dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.”

“Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz,” kata Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003.

Sharpshooter - Teringat doa Al-Marhum Presiden PAS Ustaz Fadhil Noor agar panjangkan usia Dr Mahathir....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

 

No comments: