PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, February 21, 2011

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

February 20, 2011

by Dr. Dzul

 

SHAH ALAM, 19 FebIsmail Hashim , Harakahdaily

PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6.  PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7.  PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.   

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

“Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita’arafu  yakni Politik Saling Menghormati.

“Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

 

 

PAS bentuk piagam untuk upayakan MelayuSalhan K Ahmad

Feb 19, 11

7:44pmKongsi 230PAS hari ini membentuk satu piagam yang menggariskan jaminan parti itu ke atas komitmen mengupayakan bangsa Melayu.

 

Jaminan berkenaan dikemukakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kertas kerja yang dibentangkan terdahulu dalam satu konvensyen di Shah Alam hari ini.Kertas kerja itu menumpukan jaminan PAS dari sudut kedudukan politik, kedudukan ekonomi dan kedudukan agama Islam.Konvensyen hari ini juga diadakan bagi melaksana strategi serampang dua mata PAS – mengukuhkan sokongan pengundi tradisi Melayu-Islam dan meraih sokongan pengundi baru dari kalangan warga muda.Dalam kertas kerja itu, Abdul Hadi menekankan "penyahan prejudis" terhadap PAS serta usaha untuk menjelaskan "cita-cita murni" parti itu dan juga menghadapi persepsi yang tergambar ke atasnya.Abdul Hadi menyatakan, persepsi itu termasuk "PAS kononnya luntur dalam perjuangan Islamnya kerana diperkudakan rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya DAP."

 

Realiti baru

 

Pembentangan itu turut dibincangkan oleh anggota panel yang mengulas hujah Abdul Hadi daripada sudut pandangan berbeza.

 

Salah seorang anggota panel itu, Wong Chin Huat berkata, PAS perlu berhadapan dengan dakwaan seperti itu dalam menempuh realiti baru dalam lanskap politik semasa.

 

Katanya, perubahan lanskap politik ini boleh dilihat berdasarkan pencapaian PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu sejak tahun 1955.

 

Sejak tahun itu, PAS sentiasa menang di kawasan yang majoriti pengundinya dibentuk oleh masyarakat Melayu-Islam, kata Wong.

 

Namun, realiti kini menunjukkan bahawa kawasan parlimen yang mencatat prestasi paling baik ketika pilihan raya umum 2008 ialah kawasan Kota Raja di mana majoriti pengundinya terdiri daripada bukan Islam.

 

Katanya, PAS boleh menangkis persepsi seperti itu dengan menjadi sebuah parti Islam demokrat.

 

Jelasnya, melalui pendekatan itu, PAS perlu menjamin nilai-nilai konservatif yang sesuai dengan nilai daripada agama konservatif lain.

 

Isu-isu seperti pengambilan arak, kegiatan maksiat dan judu, umpamanya, perlu dijelaskan dengan alasan yang munasabah mengikut fahaman lain.

 

Kesannya, PAS akan mendapat manfaat dalam menyebarkan nilai Islam dan juga bagi meraih pengaruh daripada golongan muda.

 

"PAS masih belum kuat dalam generasi muda. Masih belum ramai generasi muda yang dapat bercakap dalam bahasa yang sama dengan PAS.

 

"Orang muda ini lebih suka dipujuk dan bukannya dipaksa," katanya lagi.

 

Penjelasan Wong itu dipercayai berhubung pendekatan yang sering diambil PAS dalam menangani kegiatan anak muda seperti bantahan yang dilakukan oleh sayap pemuda parti itu ke atas penganjuran konsert dan juga sambutan Hari Valentine.

 

Berdepan atau elak?

 

Sementara itu, seorang lagi anggota panel, Saifuddin Nasution berkata, PAS kini perlu memilih sama ada untuk berdepan dengan Umno dalam isu-isu melibatkan kaum Melayu atau terus mengelak daripada membicarakan soal berkenaan.

 

Setiausaha agung PKR itu berkata, PAS perlu membuat pilihan itu memandangkan Umno akan terus mendapat kelebihan apabila isu seperti itu dibangkitkan.

 

Isu berkenaan akan terus menghantui PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya tidak dihadapi.

 

"Kalau elak, belum tentu sokongan bertambah. Tapi kalau berdepan, belum tentu akan kurangkan undi Melayu," katanya lagi dalam sesi perbincangan sama.

 

Jelasnya, PAS perlu menggariskan strategi bagi "memusnahkan" dogma berhubung slogan Ketuanan Melayu sekiranya parti itu memilih untuk berdepan dengan Umno dan "NGO lain seirasnya" dalam soal melibatkan kepentingan masyarakat itu,

 

"Risikonya besar," kata Saifuddin lagi yang menegaskan bahawa, PAS perlu mempunyai strategi bagi menghadapi isu yang berbentuk emotif seperti itu.

 

PAS juga perlu mengenalpasti kumpulan sasarannya untuk menjelaskan isu berkenaan.

 

Kumpulan yang paling terkesan dari sudut emosi berhubung isu seperti ini ialah golongan muda dan masyarakat Melayu berpendapatan rendah.

 

Dalam usaha itu, PAS perlu menghadapi NGO yang terdiri daripada golongan menengah seperti PERKASA yang menjuarai isu tersebut, kata Saifuddin lagi.

 

Terdahulu, satu lagi kertas kerja bertajuk 53 Tahun Merdeka-Hak Melayu Terhakis telah dibentangkan oleh seorang lagi pemikir, Professor Abu Bakar Abdul Hamid.

 

Ia turut dibincangkan oleh dua ahli panel – ahli jawatankuasa PAS pusat Datuk Kamarudin Jaffar dan juga presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid.

No comments: