PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, February 16, 2011

1 Malaysia ada palacur dan judi haram

 1 Malaysia ada palacur dan judi haram

Posted on Tuesday, February 15 @ 22:40:12 PST

Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur 

 

 Oleh: mohdnoorawang

 

"Terimakaseh Datuk Mustaffa Muhamad menteri barang naik (BN) kerana mendedahkan ada "pelacuran haram dan judi haram" di Kelantan. Prihatin sungguh "stopa"@ Datuk PA.

 

Seluruh dunia kerja-kerja haram tanpa lesen yang sah memang sukar untuk dibenteras dan sukar dihapus oleh pehak yang berwajib. Profesion pelacur adalah satu satunya profesion yang paling tua didunia.

 

 

Hatta di negara Islam timur tengah pun ada profesin pelacur dan judi haram. Inikan negeri Kelantan yang dianut oleh penduduk yang berfahaman sekular dan Islam.

 

Hai Datuk Pa bagaimana pula kerajaan barang naik yang lulus lesen judi di Malaysia?.  Malah hampir semua negeri dalam Malaysia ada kedai jual judi yang ada lesen?. Malah hampir negeri dalam Malaysia ada jual aktiviti judi haram.

 

Judi dan pelacuran adalah satu pelaburan yang lumayan dan permintaan cukup tinggi dikalangan semua bangsa di Malaysia. Hanya orang yang ada Islam dan imam dan taqwa merasa jijik dan dosa serta balasannya.

 

Judi haram tanpa lesen dan aktivi pelacuran amat sukar untuk dibenteras secara total terutama di Malaysia. Kerja dan aktiviti dilakukan secara senyap dan sepi hanya untuk pelangan  tetap dan pengemarnya.

 

Kerja-kerja judi haram dan pelacuran secara haram dilakukan diruah persendirian disemua negeri di Malaysia. SATU MALAYSIA ADA JUDI HARAM DAM AKTIVITI PELACURAN. 1 MALAYSIA BOLEH, 1 MALAYSIA 1 UMMAH.

 

Pendedahan dato Pa di Kelantan terkena ludahnya di muka dato Pa sendiri. Di Malaysia aktiviti pelacuran dan judi haram dan judi ada lesen dan pelacuran cukup banyak terutama dibandar bandar besar.

 

Kedua air liur dato PA jatuh muka dato PA sendiri, kerana menidakkan keupayan PDRM dalam kegiatan maksiat dan judi haram. Dan juga ada kelemahan pegawai majlis tempatan negeri.

 

Dato PA jangan jadi mata rabong kumam diseberang nampak gajah dimata tak nampak. nanti mata jadi bolo.

 

Di Terengganu juga ada aktiviti judi haram dan pelacuran bergerak secara senyap dan terbuka. Hanya pehak yang berwajib tidak dapat bertindak kerana sukar dapat bukti.

 

Dato PA bagaimana pula aktiviti judi yang ada lesen yang dibeli oleh umat Islam ?. Siapa yang harus dipersalahkan?.

 

Atau dicadangkan kepada dato PA gerakkan satu operasi di Kelantan dengan kerjasama PDRM dan kerajaan pusat barisan nasional gempur negeri Kelantan untuk membenteras aktiviti judi haram dan aktivi pelacuran bersama kerjaan negeri di semua negeri di Malaysia.

 

Jika dato PA bertindak secara total dengan kerjasama semua pehak peluang dato PA tawan Kelantan dengan kelajuan gelombang merah pelualemang dato PA jadi menteri besar Kelantan dan tumbang PAS Kelantan , Itu jika rakyat Kelantan mahu pilih BN/UMNO.

 

Ingat rakyat Kelantan sukar sedikit untuk digula gula dengan manisan tiruan atau madu tiruan.

 

Terima kaseh dato PA dan gelombang merah. Nanti merah padam muka dato PA dan kuncu kuncunya kerana lemas dibadai gelombang merah. 

 

"

 

Isu Judi dan Pelacuran Di Kelantan: Ini "Cadangan" Saya

Posted on Tuesday, February 15 @ 06:00:00 PST

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 

 Oleh: dilemma

 

"Inilah dia masalahnya bila menteri ni dia main cakaaap jer tapi tak pikir dulu. Buter aper dia nih? Tak gheti nak pandang kiri kanan sebelum kencing bendiri, tup tup termalu diri sendiri. Ha ah. Memang yerlah kerajaan PAS negeri Kelantan gagal membasmi masalah penjualan tiket loteri haram dengan pelacuran. Tapi menteri nih tak tau ker yang masalah ni bukan masalah di Kelantan sahaja. Ini masalah 1 Malaysia (uwek!). Kat Kolumpo nun, 1 Malaysia (uwek!) tau Lorong Haji Taib, Chow Kit, Bukit Bintang tuh semua sarang pelacuran.

 

Kalau loteri haram, kat kampung aku yang sekecik-kecik kampung nih pun ada kedai cina kat hujung kampung nun jual loteri haram. Kalau dia nak tau, UMNO la kerajaan negeri aku nih! So dalam kes kat negeri aku dan negeri-negeri lain yang berada di bawah kerajaan UMNO nih, status dia macam mana plak? Takkan nak kire berjaya kot?

Tapi tak apalah. Cuma hari nih, aku nak bagi sedikit idea kepada kerajaan PAS negeri Kelantan tentang cara-cara membasmi masalah loteri haram dengan pelacuran halam. Cadangan aku begini. Kerajaan PAS negeri Kelantan bolehlah  buat satu borang cantik-cantik, lepas tuh kita potostet banyak-banyak. Kemudian kita panggillah semua tokey-tokey loteri dengan bapak-bapak ayam sumer isi borang nih. Isi cun-cun, kalau salah ejaan apa semua make sure liquid kemas-kemas. Lepas isi borang tuh, pulangkan semula kepada kerajaan negeri. Jadi lepas dia pulangkan tuh, kerajaan negeri proseslah. Proses punya proses punya proses habis selesai apa semua, bolehlah kita keluarkan lesen kepada tokey-tokey loteri dengan bapak-bapak ayam nih. Bila kita bagi lesen, tak ada laa haram lagi. Lepas ada lesen, barulah halalan toiyyibaan, yusoop taiyyoob… Tak gitu pak menteri?

 

Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini sebenarnya, aku nak kata apa yang kerajaan PAS Kelantan buat tuh dah betul. Fakta yang mengatakan loteri haram dengan pelacuran haram nih banyak kat Kelantan adalah sebab kerajaan negeri tidak mengeluarkan lesen. Sebab lesen tidak dikeluarkan adalah kerana dah memang judi dengan melacur tuh haram in the first place. Jadi macam mana nak keluarkan lesen? Tapi yang mengkagumkan aku, macam mana menteri yang sekolah tinggi tinggi nih tak boleh fikir sampai ke situ? Bila dia kata kerajaan negeri Kelantan gagal membasmi kegiatan loteri haram dengan pelacuran haram di Kelantan, dia sebenarnya bercakap tentang haram dari segi apa? Dari segi hukum atau dari segi lesen? Sebab kalau dari segi hukum, dua-dua benda alah tuh memang dah jelas haram, tapi kalau dari segi lesen, itu dah haram jadah namanya. Memberikan orang lesen untuk melakukan sesuatu yang Tuhan dah larang terang-terang, takker kurang ajar kepada Tuhan tuh namanya.

 

Baca selanjutnya di TV3Suku.com...

 

 

No comments: