PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, January 12, 2011

Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

via Anwar Ibrahim by Anwar Ibrahim on 1/11/11

 

 

Dari Anak Sungai Derhaka

Kebelakangan ini kita melihat beberapa orang MP Bebas yang dulunya bersama PKR begitu galak menyerang PKR, tindakan mereka itu kelihatan seperti tindakan orang yang sedang lemas di dalam air yang akan berpaut pada apa saja yang terapung dan melintas dihadapan mereka untuk terus hidup.. biarpun yang dipaut itu adalah tahi sekalipun.

 

Ini adalah jawapan balas dari Dr.Samarudin Rejab,Timbalan Ketua Cabang PKR Segambut untuk Zulkifli Nordin dalam isu sapina Karpal sebagai saksi kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim..

 

 

Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

 

Oleh Samarudin Md Rejab

10 Januari 2011

 

Shakespeare pernah menyatakan bahawa “the World’s is a stage and we are all the Actors” (Dunia ini adalah sebuah pentas dan kita semua adalah Pelakonnya).

 

Tetapi di sekitar ‘pentas’ dunia perundangan Mahkamah Tinggi di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bermula dari awal 2010 hingga kini, kita hanya merupakan Pemerhati yang menyaksikan pementasan “Kes Konspirasi Politik Najib terhadap Anwar Ibrahim”. Kita bukan Pelakon-Pelakon nya.

 

“Kes Konspirasi Politik Najib” melibatkan Pelakon-pelakon yang telah diterima sebagai sah, bertauliah, dan berwibawa-pihak Pendakwaan, pihak Pembelaan,pihak Mahkamah Tinggi, Pengadu Saiful Bokhari Azlan, dan beberapa Saksi-saksi pihak Pendakwaan dan kelak Saksi-saksi dari pihak Pembelaan.

 

Baru-baru ini ada di antara kita sebagai Pemerhati telah dengan lantang dan tegas meminta supaya Pelakon pihak Pembelaan yang utama iaitu Encik Karpal Singh disapena sebagai saksi kerana beliau mempunyai bukti kukuh pada tahun 1997 mengenai “Kes Konspirasi Politik Mahathir terhadap Anwar Ibrahim” . Ini beerti lakonan Karpal Singh sebagai Peguambela ditukar kepada lakonan baru sebagai Saksi didalam “Kes Konspirasi Politik Najib Terhadap Anwar Ibrahim”.

 

Mengikut Ahli2 Parlimen Wee Kok Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd. Hashim (Bayan Baru), dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Karpal Singh pernah memberi komen bersabit dengan tuduhan Pegadu Azizan Abu Bakar terhadap Anwar Ibrahim didalam ‘Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1997. Pada tahun berikutnya gelombang dan pergerakan Reformasi mula merebak di Indonesia dan Malaysia.

 

Pada bulan September, Dato Seri Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah mengambil tindakan memecat Timbalannya , Dato Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat dan seterusnya mengenakan beberapa pertuduhan salahguna kuasa dan liwat. Dato Seri Anwar Ibrahim telah di hukum penjara selama enam tahun diatas penyalahan guna kuasa. Untuk pertuduhan liwat, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 2 .September,2004 bahawa beliau ( Anwar Ibrahim) tidak bersalah.

 

Persoalannya sekarang ialah ‘Adakah alasan atau cadangan untuk sapena Karpal sebagai Saksi didalam “kes Konspirasi Politik Najib” itu kukuh dan munasabah?” atau “Cuma merupakan publisiti murahan atau hanya menyalahgunakan proses Mahkamah?”

 

Pertamaya, ia melibatkan dua kes yang berasingan iaitu “ Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1998 (Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, High Court, FT Criminal Trial Nos 45-48-98;45-51-98) yang melibatkan antara lain Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali, dan “Kes Konspirasi Politik Najib” pada tahun 2010 yang melibatkan Pegadu Saiful Bokhari Azlan. Untuk “Kes Konspirasi Politik Mahathir”, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pada 1998 inter alia bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan meliwat pengadu Azizan Abu Bakar.Semasa perbicaraan pertama di Mahkamah Tinggi ,sepuluh (10) Saksi Utama telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan dan duabelas(12) Saksi utama oleh pihak pembelaan. Pihak Pendakwaan tidak menyenaraikan Karpal Singh sebagai Saksi walaupun dua Saksi utama Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berjumpa dengan beliau pada 1997. Kenyataan beliau didalam Parlimen terkandung didalam Hansard bertarikh 22.Oktober,1997.

 

Perbicaraan “Kes Konspirasi Politik Najib” masih berjalan dan kini ditahap keterangan oleh Saksi-Saksi dari pihak Pendakwaan . Sekiranya didalam “Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1998, Karpal tidak disinaraikan sebagai Saksi langsung,”bagaimana pula Karpal akan disapenakan sebagai Saksi untuk Kes Konspirasi Politik Najib?” Ini tidak masuk akal.

 

Kedua, peruntukan prosedur jenayah dan juga preseden-preseden yang ada menunjukkan bahawa Saksi-Saksi dipanggil dikhususkan untk kes-kes yang berasingan dan berkenaan sahaja. Sebagai contoh, sinarai Saksi untuk kes kecurian ayam berbeza sinarai Saksi untuk kecurian itek. Saksi untuk kecurian ayam tidak akan di panggil atau disapina untuk perbicaraan kecurian itek melainkan Saksi yang berkenaan mempunyai maklumat atau keterangan yang material berkenaan kecurian itek . Dalam konteks ini Karpal tidak perlu disapena untuk menjadi Saksi “Kes Konspirasi Politik Najib” sebab Pengadu Saiful Bokhari Azlan tidak pernah berjumpa beliau dan member keterangan atau maklumat bersabit dengan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilakukan oleh Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali.

 

Ketiga, pada hemat saya Karpal merupakan seorang Peguamcara dan Peguambela yang berwibawa dan mempunyai reputasi yang amat baik. Perlantikannya sebagai Peguambela kepada Anwar Ibrahim tidak langsung melanggar apa-apa peruntukan Peraturan (Amalan dan Etika ) Profesion Guaman 1978. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen yang “Senior”. Beliau nescaya arif bahawa apa-apa kenyataan atau keterangan yang dibuat didalam Parlimen dan didapati didalam Hansard tertakluk pada “Parliamentary Immunity”. Dalam konteks ini, sekiranya permohonan sapina dibuat ia hanya menimbulkan konflik perundangan ( conflict of laws).

 

Oleh itu pementasan “Kes Konspirasi Politik Najib” akan diteruskan juga. Temanya sama, aliran ceritanya sama,dan latarbelakangnya pun sama. Hanya Pelakon-Pelakon utamanya telah berubah- Yang Arif Augustine S Paul kepada YA Dato Mohamad Zainal, AG Tan Sri Mokhtar Abdullah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Aris Rizal Christopher Fernando, dll. kepada Peguam Karpal Singh ,dll…

 

Dr.Samarudin Rejab

Peguam

 

 

 

 

 

KES LIWAT DS ANWAR - JAMIL KHIR PENGHALANG UNTUK BICARA DI MAHKAMAH SYARIAH?

via :: cina islam | 2011 :: by DRS. KHALIL IDHAM LIM on 1/12/11

 

 

07 Safar 1432H.

Oleh : WFAUZDIN NS.

 

DS ANWAR dituduh melakukan perbuatan liwat dengan Saiful Bukhari Azlan dan jika difahami dari seksyen pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau, perbuatan itu dilakukan secara `suka sama suka'. Berlawanan dengan apa yang disebut oleh Saiful Bukhari di dalam mahkamah bahawa beliau `dipaksa' melakukannya walaupun pemuda ini telah `bersedia' dengan memakai tuala dan berwangian.

 

DS Anwar selaku yang dituduh ingin menuntut keadilan bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga keadilan buat Saiful. Mencari keadilan, tempat yang sesuai buatnya selaku umat Islam dan kebetulan juga Saiful yang dikatakan menjadi pasangannya juga berugama Islam sudah pastilah beliau memilih Mahkamah Syariah.

 

Bukankah zina dan liwat `suka sama suka' itu tarafnya sama di sisi Islam dan Mahkamah Syariah sahaja tempat paling layak untuk mencari keadilan dan kebenaran. DS Anwar dari awal lagi menyangkal keras tuduhan terhadapnya, namun tetap mahu merujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendakwa Saiful yang telah melakukan fitnah terhadapnya.

 

Maka, DS Anwar mohon agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah pertuduhan `Qazaf'. Saiful pula memilih jalan mudah iaitu dengan melakukan `sumpah laknat' yang tidak pernah diakui oleh Syarak di dalam menghadapi kes seperti ini.

 

Mengikut berita yang dilaporkan oleh akhbar Buletin Rakyat edisi 119, DS Anwar memberitahu beliau mempunyai maklumat bahawa kertas pertuduhan kes liwatnya sudah disiapkan untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah namun ianya telah ditahan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej (Jen) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau mempersoalkan mengapa Menteri yang tahu tentang hukum Islam ini dan juga sebagai bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera boleh menggunakan kuasa menyekat pendakwaan.

 

Di dalam berita yang dilaporkan oleh akhbar itu juga menyebut DS Anwar memohon agar DYMM YDP Agong yang bertindak sebagai Ketua Agama agar melihat kedudukan Mahkamah Syariah supaya terpelihara dari dipergunakan demi kepentingan politik.

 

Begitulah komitmen DS Anwar yang mahukan agar kes beliau dibicarakan secara adil mengikut lunas-lunas Islam dan sewajarnya Menteri yang berada di dalam Umno yang kununnya mengaku sebagai pejuang Islam menyokongnya. Tetapi, ini tidak berlaku dan DS Anwar masih dibawa ke mahkamah sivil yang dilihat semakin cerca merba perjalanannya.

 

Jelas kepada kita, siapakah yang tidak mahu melihat kepada keadilan di dalam kes ini. Adakah Mahkamah Syariah di negara ini tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Adakah perundangan Islam tidak membantu Umno untuk melaksanakan kehendaknya? Adakah Umno tidak percaya kepada keadilan Islam apabila melibatkan Ketua Pembangkang ini?

 

Sekiranya Umno menolak Islam, Umno menghakis kuasa raja-raja dan Umno juga gagal membela Melayu, maka apa lagi boleh kita harapkan dengan parti ini? Jika Islam dan Melayu pun Umno gagal martabatkan, usah kita bicara lagi tentang keadilan Umno terhadap ugama dan bangsa dan suku yang lain. Maka, wajarlah Umno segera ditalkinkan.

 

 

 

Anwar, Azizah, Karpal dan Mat Sabu disaman 700 juta

via SharpShooter by Sharpshooter on 1/11/11

 

--------------------------------------------------------------------------------

 

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

 

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

 

“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

 

“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

 

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

 

“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.

 

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.

 

“Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.

 

“Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

 

Sharpshooter - Kenapa tidak saman Azmin Ali sekali, jika Wan Azizah juga disaman kerana kononnya beliau tahu perkara sebenar, Azmin juga pasti lebih tahu perkara sebenar. Samanlah semua mengapa ada saman terpilih? Adakah Azmin akan menjadi saksi kakaknya?

 

 

Dunia politik di Malaysia semakin menggila hingga sanggup membunuh. Kes Teoh Beng Hock sebagai contoh, dunia ketawa dengan Malaysia sebab yang peliknya beliau mati tidak tahu samada dibunuh atau bunuh diri. Habis tu beliau mati sebab apa? Mengapa hakim tidak putuskan beliau mati sebab malaikat maut telah ambil nyawa Teoh Beng Hock kan mudah tidak payah bersusah payah bicara dan siasat.

 

 

Kes Altantuya juga mati dalam keadaan menyayat hati ditembak kemudian beliau diletupkan dalam keadaan mengandung. Yang anehnya 2 orang polis bangang yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya tetapi siapa yang arah mereka membunuh Altantuya? Adakah Najib atau suami puakanya Rosmah?

 

 

Dua kes pembunuhan besar ini melibatkan politik Malaysia. Kerana kuasa dan kedudukan, ahli politik sudah hilang pertimbangan hingga sanggup membunuh.

 

 

Mujurlah ahli politik yang melompat menjadi katak dan senatak tidak ada pula yang mati dibunuh, kalau ada selepas ini pasti tidak ada ahli politik yang berani lompat sebab takut kena bunuh.

 

Saman fitnah ahli politik kini juga semakin menggila, semua berjuta ringgit dan yang sedihnya ramai rakyat masih menanggung derita dan masih ada rakyat yang berumah berbumbungkan angkasa dan berlantaikan bumi tidak ada siapa yang peduli.

 

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

sharpshooter

No comments: