PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, January 05, 2011

Minyak Tanah & Ron 97 Naik 10 Sen Lagi: Kami Merayu, Tolonglah Naikkan Harga Minyak Masak Segera!!

Kami Merayu, Tolonglah Naikkan Harga Minyak Masak Segera!!

Posted on Tuesday, January 04 @ 17:00:00 PST

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 Oleh: wfauzdin_ns

"DENGARLAH rayuan kami wahai Kerajaan 1 Malaysia. Kami MERAYU sangat agar harga minyak masak dinaikkan segera. Tak kisahlah berapa pun asalkan naik harga dari harga sekarang.

Begitulah rayuan yang aku baca kat laman web di sini. Mereka sudah tiada pilihan lagi dan terpaksa memohon dan merayu kepada kerajaan `Rakyat Didahulukan' ini agar SEGERA menaikkan harga minyak masak. Mereka seperti rasa tak seronok pula kalau terlalu lama barang tak naik.

Dulu sukar mendapatkan gula, tiba-tiba harga gula naik 20 sen. Sekarang gula melambak di kedai. Mungkin sebab itulah kali ini mereka merayu tolong naikkan segera harga minyak masak. Jika harga sudah naik nanti, mungkin minyak masak boleh dibuat mandi kerana terlalu banyaknya.

Nak dikatakan sawit tak ada, tak lojik pula kerana Peneroka Felda ni bertalu-talu dapat bonus. Ada pula tokoh bingai berkata, kurangkan guna minyak kerana bahaya kalesterol. Itulah alasan yang sering kita dengar bila barang keperluan tiada. Dulu, suruh kurangkan makan gula untuk jaga kesihatan. Bila gula sudah naik harga dan gula banyak, senyap mereka.

Satu hari nanti bila takrif air ingin dinaikkan, tokoh bingai ini akan cakap elok kurangkan mandi demi kesihatan. Sampai bila nak jadi begini? Kalau kita tak mahu tukar juga pemerintah yang tak tau memerintah ni, sampai kiamat lah kita kena kelentong./wfauzdin.blogspot.com"

Isu SUK Selangor - Penjelasan Sultan Selangor Buat UMNO Terduduk

Posted on Tuesday, January 04 @ 13:00:00 PST

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 Oleh: wfauzdin_ns

"SETELAH MB Selangor mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan kontroversi perlantikan SUK Selangor, maka satu tamparan hebat malah memalukan beberapa pemimpin Umno yang selama ini dilihat `menjual' nama Tuanku. Peliknya, pada saat MB Selangor berangkat ke Istana pagi semalam, Datuk Khusrin `menerjah' masuk Pejabat SUK Selangor walaupun beliau sedar kehadirannya tidak dialu-alukan.

DYMM Sultan bertitah agar isu ini diserahkan kembali kepada MB Selangor untuk berbincang semula dengan SPA, diulangi SPA bukan pemimpin Umno. Berikut sedutan kenyataan akhbar yang dibuat oleh MB Selangor sejurus selepas mengadap Ke Bawah DYMM Sultan:

"Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan. DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik."

Kenyataan ini sekaligus menafikan bahawa Datuk Khusrin telah muktamad menjadi SUK Selangor. Adakah selepas ini jika beliau masih `menebalkan muka'nya berada di Pejabat SUK bererti beliau menderhaka kepada Sultan Selangor?

Kita menasihatkan agar KSN bertindak profesional selepas ini. Kita ingin memperingatkan beliau agar insaf selama mana beliau boleh `menongkat langit'. Semua kakitangan awam sekarang melihat sejauh mana KSN berani bertindak profesional serta telus sepertimana yang sering beliau laung-laungkan kepada kakitangan kerajaan. Beliau mesti menunjukkan contoh terlebih dahulu.

Kepada Datuk Khusrin, beliau sewajarnya sedar diri dan melakukan muhasabah agar beliau boleh dihormati. Tidak cukupkah lagi beliau dipandang serong serta sering dicaci oleh rakyat sebelum ini? Usahlah setiap hari mengetuk pintu Pejabat MB Selangor untuk bertanyakan bilakah tarikh mahu diadakan angkat sumpah. Mungkin rezeki anda tiada di situ. Masih ramai lagi yang lebih layak dan profesional serta lebih fasih berbahasa Inggeris untuk berganding dengan Kerajaan Negeri merakyatkan bumi Selangor.

Biarlah kita hidup di dunia ini dipandang mulia oleh masyarakat bukan sentiasa dihina dan dicaci sampai ke akhir hayat./wfauzdin.blogspot.com"

Isu Setiausaha Kerajaan Negeri: Penjelasan Ketua Penerangan KEADILAN

Posted on Tuesday, January 04 @ 11:13:53 PST

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 Oleh: setisab

"Parti Keadilan Rakyat merakamkan kesyukuran kepada Ilahi dan menjunjung kasih setingginya kepada DYMM Sultan Selangor yang telah memberikan perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).  Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa Baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

KEADILAN juga memberikan sokongan sepenuhnya kepada tindakan pihak Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim Khalid yang akan memanggil sidang tergempar DUN yang bertujuan untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar,

KEADILAN berkeyakinan bahawa usaha mengembalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif di atas kepada Sultan dan Menteri Besar adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi Raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, kuasa perlantikan para pegawai yang dinyatakan di atas telahpun dihapuskan oleh UMNO  di dalam pindaan perlembagaan yang dilakukan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993 meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika tersebut.

Sesungguhnya, kemelut yang baru sahaja dilalui adalah gambaran jelas kegelojohan pihak UMNO dan para kuncunya untuk menggugat kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan percubaan mengulangi semula tragedi rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 yang lalu.

Krisis ini juga membuktikan bahawa sesungguhnya, demi meraih kuasa politik UMNO bersedia untuk melakukan apa sahaja meskipun dengan mengorbankan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.  Adalah jelas kepada kita bahawa UMNO kini sedang di dalam keadaan terhimpit dan menyedari hakikat bahawa mereka semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia seluruhnya.  Sesungguhnya, UMNO sudah lama hilang keyakinan kepada amalan dan proses demokrasi yang sebenarnya. Lantaran itu, demi mengekalkan kuasa mereka sedia mempergunakan apa jua slogan ‘1Malaysia’, ‘Ketuanan Melayu’, ‘Kedaulatan Raja-Raja’ dan sebagainya.  Malah lebih buruk, UMNO bersedia mencemar dan memperalatkan apa jua institusi negara demi mengekalkan kuasa dan melindungi amalan rasuah dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara selama ini.

Sesungguhnya, KEADILAN ingin menjelaskan kembali komitmen kita  di sini

Isu SUK Selangor - Penjelasan Sultan Selangor Buat UMNO Terduduk

Posted on Tuesday, January 04 @ 13:00:00 PST

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 Oleh: wfauzdin_ns

"SETELAH MB Selangor mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan kontroversi perlantikan SUK Selangor, maka satu tamparan hebat malah memalukan beberapa pemimpin Umno yang selama ini dilihat `menjual' nama Tuanku. Peliknya, pada saat MB Selangor berangkat ke Istana pagi semalam, Datuk Khusrin `menerjah' masuk Pejabat SUK Selangor walaupun beliau sedar kehadirannya tidak dialu-alukan.

DYMM Sultan bertitah agar isu ini diserahkan kembali kepada MB Selangor untuk berbincang semula dengan SPA, diulangi SPA bukan pemimpin Umno. Berikut sedutan kenyataan akhbar yang dibuat oleh MB Selangor sejurus selepas mengadap Ke Bawah DYMM Sultan:

"Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan. DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik."

Kenyataan ini sekaligus menafikan bahawa Datuk Khusrin telah muktamad menjadi SUK Selangor. Adakah selepas ini jika beliau masih `menebalkan muka'nya berada di Pejabat SUK bererti beliau menderhaka kepada Sultan Selangor?

Kita menasihatkan agar KSN bertindak profesional selepas ini. Kita ingin memperingatkan beliau agar insaf selama mana beliau boleh `menongkat langit'. Semua kakitangan awam sekarang melihat sejauh mana KSN berani bertindak profesional serta telus sepertimana yang sering beliau laung-laungkan kepada kakitangan kerajaan. Beliau mesti menunjukkan contoh terlebih dahulu.

Kepada Datuk Khusrin, beliau sewajarnya sedar diri dan melakukan muhasabah agar beliau boleh dihormati. Tidak cukupkah lagi beliau dipandang serong serta sering dicaci oleh rakyat sebelum ini? Usahlah setiap hari mengetuk pintu Pejabat MB Selangor untuk bertanyakan bilakah tarikh mahu diadakan angkat sumpah. Mungkin rezeki anda tiada di situ. Masih ramai lagi yang lebih layak dan profesional serta lebih fasih berbahasa Inggeris untuk berganding dengan Kerajaan Negeri merakyatkan bumi Selangor.

Biarlah kita hidup di dunia ini dipandang mulia oleh masyarakat bukan sentiasa dihina dan dicaci sampai ke akhir hayat./wfauzdin.blogspot.com"

Minyak Tanah & Ron 97 Naik 10 Sen Lagi: Be- End Boleh Nyah
Posted on Tuesday, January 04 @ 11:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh
teori

ResponOleh: ustnik

"
barang naikKetika Raja az-Zahir di zaman Imam Nawawi ingin mengenakan cukai kepada rakyat bagi membiayai perang mempertahankan negara, di antara ulama yang tidak ’sain’ surat ialah Imam Nawawi. Beliau dengan tegas menolak perkara itu. Baginya, rakyat telah membiayai askar melalui gandum yang ditanam. Sebaliknya, barang mewah di dalam istana yang mesti dijual terlebih dahulu.

barang naik2Jika masih belum cukup, baharulah diambil dari rakyat. (kuliah berkaitan) Kita berkata kepada kerajaan Barisan Nasional, kamu menaikkan harga petrol, bahan makanan dan keperluan bukan membiayai perang mempertahankan negara, tetapi menampung ketirisan, kebocoran hasil pengurusan negara tanpa taqwa dan bagi mengisi tembolok serta kantung pemimpin dan kroni BN. Segala ‘barang dan projek mewah’ itu yang sepatutnya dinilai terlebih dahulu sebelum membebankan dan mendahulukan rakyat yang kena dulu. Be-End Boleh Nyah dari terus mengurus negara dan mengKURUSkan poket rakyat. Dalam keadaan rakyat baharu sahaja kering poket dengan pembelian pakaian dan yuran anak sekolah, kenaikan yang sebelum ini belum sempat diadjust dengan pendapatan, minyak masak yang hilang dalam pasaran, tiba-tiba diumum kenaikan harga minyak RON 97 dan minyak tanah. Minyak masak tunggu masa? Kabinet kerajaan BN yang ada lebih teruk dari kabinet dapur yang ditumpahi minyak.

"

Aku Dah Kata, Jangan Isi Minyak RON95 !!!

Posted on Friday, October 15 @ 05:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori 

 Oleh: edyesdotcom

"

KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.Dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.

Semua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.

Akibat kemalangan itu, kereta Honda City berkenaan musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. - BERNAMA

Saya tak pandai nak bicara perihal qada dan qadar, tetapi saya fikir sekiranya kereta mangsa tersebut tidak terbakar, mungkin mangsa masih boleh diselamatkan.

Saya juga bukanlah cerdik pandai dalam bidang automotif, saya cuma tahu serba sedikit tentang minyak yang mempunyai formula oktana 95% dan pentana 5% (pentana adalah bahan yang menjana pembakaran) yang dikenali sebagai minyak RON95. Manakala untuk RON97, terdapat hanya 3% pentana dan selebihnya adalah oktana. Keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan enjin dan jika ia tidak sesuai, akan menyebabkan ketukan (knocking).

Terdapat banyak testimoni yang memberi reaksi negetif terhadap kepenggunaan RON95. Sila tanya lebai google untuk mendapatkan feedback dari pengguna dan anda akan setuju dengan saya.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah kebanyakkan perlanggaran terbakar yang berlaku pada tahun ini disebabkan oleh penggunaan RON95?

Terdapat fakta yang mengatakan negara eropah menggunakan RON95 sebagai minyak premium nasional. Tetapi kita harus juga mengambil kira faktor iklim garisan khatulistiwa sepanjang tahun di negara ini dengan kepanasan puratanya 32darjah celcius berbanding negara eropah yang panasnya yang tidak pun mencecah 20darjah celcius. Jadi, minyak RON95 yang mempunyai 5 peratus bahan bakar adalah sesuai untuk negara atas angin berbanding negara berasap seperti Malaysia.

Saya cuma hairan mengapa sejak akhir-akhir ini, banyak kemalangan terbakar berlaku. Masihkah anda ingat kejadian yang menimpa arwah Acik Spin ? Juga masih kita ingat sebuah Proton Pesona terbakar di hadapan sebuah balai polis pada minggu lalu?

Sudah banyak entri yang berkaitan keburukkan RON95 telah saya paparkan dalam blog ini. Antaranya ialah ;

Adakah Rakyat Benar-Benar Didahulukan ?

Rakyat Didahulukan Dalam Menjahanamkan Kenderaan Tersayang !

Korang Berani Ke Isi Minyak RON95 ?

Lagi Terbabas dan Terbakar! Adakah Gara-Gara RON95 ?

Terus terang saya katakan, saya tidak lagi mengisi RON95 sejak sekian lama di atas banyak faktor-faktor negetif yang sendiri dilalui dan terutamanya di atas faktor keselamatan. Berjimat 5 ringgit untuk setiap isian 20 liter untuk mengisi RON97 membuatkan saya rasa lebih selamat dan berbaloi.

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Aku Dah Kata, Jangan Isi Minyak RON95 !!!

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun iniJan 4, 11 10:12amNegara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

Minyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

Sementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

Harga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok.

-          Bernama

Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun iniJan 4, 11 10:12am

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

05 January 2011

Santan Pulak Naik Harga.. Oi hangpa nie reti perintah Malaysia kaa..???

KUALA LUMPUR: Suri rumah yang ditemui rata-rata merungut apabila harga bahan keperluan utama memasak iaitu santan naik mendadak 60 peratus iaitu daripada RM4.50 kepada RM6.50 sekilogram.

Harga itu mula naik dua minggu lalu kerana bekalan kelapa di pasaran berkurangan lebih 50 peratus hingga menjejaskan pengeluaran santan.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan Pasar Besar Gombak mendapati hampir keseluruhan peniaga menjual santan dengan harga RM6 hingga RM6.50 setiap kilogram berbanding sebelum ini sekitar RM4.50 sekilogram.

Suri rumah, Yah Yussuf, 44, berkata kenaikan mendadak itu membebankan belanja dapur isi rumah kerana terpaksa berbelanja besar untuk memasak setiap hari.

“Kenaikan sekitar RM2 tidak wajar kerana memberi tekanan kepada perbelanjaan harian,” katanya.

04 January 2011

Sultan bertitah tindakan MB S'gor tak wajar - Satu Ulasan

Kenapakah Setiausaha Sulit baginda berkelakuan lebih sudu daripada kuah.

Saya nak komen apa yang disiarkan dalam Malaysiakini. Ada beberapa perkara pelik dan tak kena dengan protokol bila baca berita ni.

" Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda dilaporkan bertitah, tindakan sebegitu boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik, di samping mewujudkan suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor telah memerintahkan Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon sebelum calon-calon dipersembahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada baginda.

"Bukannya berbincang selepas jawatan SUK Selangor telah diperkenankan oleh baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan."

Pertama: Yang Setiausaha Sulit Sultan sibuk nak bagi press statement apa yang berlaku semasa MB mengadap Sultan pasai apa. Apa kena-mengena dia dengan urusan negeri. Kalau nak ikut prosidur, boleh dipertuduhkan kerana membocorkan perkara-perkara sulit yang mungkin boleh mengaibkan Tuanku Sultan. Ini soal pentadbiran negeri. Kalaulah MB ada silap dan salah, Tuanku Sultan boleh menegur. Itu perkara biasa sebagai payung negeri. Kalau Tuanku Sultan terkhilaf, MB berhak menasihati Tuanku. Perlembagaan negeri kata boleh. Ini perkara biasa dalam pentadbiran negeri yang melibatkan dua peneraju utamanya. Oleh itu, apa-apa perkara yang dibincangkan tidak sepatutnya diberitahu kepada awam kerana ianya mungkin boleh mengaibkan mana-mana entiti tersebut.

Kedua: Kalau dia komen tu betul, satu hal jugak. Dah satu Malaysia tahu bahawa Sultan tak boleh buat keputusan eksekutif berkaitan pentadbiran negeri tanpa nasihat MB. Perlantikan SUK bukannya kena-mengena dengan kuasa prerogatif Sultan. Dalam Fasal 50 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah dinyatakan dengan terang; ianya tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia iaitu Fasal 40. Fasal 40 ni Tun Mahathir telah berjaya meminda dengan jayanya sewaktu zaman kegemilangan pemerintahannya. Jika Sultan terkhilaf sebelum pertemuan dengan MB, MB berhak menasihati Tuanku dan jika perkara ini berlaku, ianya mesti dirahsiakan. Bukannya dengan mengaibkan MB dan juga Tuanku Sultan dengan press statement yang tak berapa cerdik ini. Perlu diingat, Sultan bukan sahaja sebagai individu malah baginda adalah sebuah institusi. Sebagai individu, baginda boleh terkhilaf tetapi sebagai institusi, baginda tidak boleh terkhilaf. Untuk itu, pelbagai tatacara dan prosidur telah digubal bagi memastikan prinsip ini sentiasa terpelihara.

Persoalannya, kenapa Setiausaha Sulit baginda berkelakuan lebih sudu daripada kuah.

"Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa pelantikan SUK Negeri kepada Sultan Selangor, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu," kata Mohamad Munir.

Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan.

Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato' Haji Mohamed Khusrin Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959."

Ketiga: Sejak bila cadangan pindaan perlembagaan negeri perlu mendapat persetujuan Tuanku Sultan sebelum dibentangkan. Fasal 66 Perlembagaan Persekutuan tak cakap macam tu pun. Jadual ke 8 Perlembagaan Persekutuan pun tak cakap. Dah tu Setiausaha Sulit ni cakap benda yang mai daripada mana??

Pasai tatacara perlantikan SUK negeri, Setiausaha Sulit ni kena tau la apa yang dia cakap! Kalau tak tau jangan cakap. Dah la tu, jual nama Sultan pulak tu...

"Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar."

Keempat: Yang mana satu betul? SUK negeri angkat sumpat taat setia kat Sultan atau kena angkat sumpah simpan rahsia kat MB. Setiausaha Sulit Sultan ni tak pernah jadi kakitangan awam ka? Sebagai kakitangan awam, kita angkat sumpah taat setia semasa mula-mula masuk berkhidmat saja. Kalau tiap kali naik pangkat kena angkat sumpah depan Sultan atau Agong, penat Sulatn atau Agong nak melayan beribu penjawat awam yang bertukar/naik pangkat tiap-tiap tahun untuk angkat sumpah.

Logik Fasal 52(4) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dahpun diterangkan dalam undang-undang tu sendiri. Yang buat kamjat ni masa MB Khir Toyo dulu. Dia tak nasihat Sultan benda yang betul. La ni pun nak buat benda yang tak betul tu lagi. Dua kali tak betul takkan buat benda tu jadi betul.

"Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Y.B Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau.

Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatkan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A)."

Kelima: Mai tang ni, dia pusing macam ni pulak dah. Perkenan Sultan tu saja-saja ja dan tak bawa apa-apa makna. Ada akai ka. Ingat sain Sultan tu boleh main-main ka?

"Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai "Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA" oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN).

Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959."

Keenam: Tang ni dia kata perkara ni selaras dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. (Baca pula komen saya yang ketujuh)

"Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato' Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor.

Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di negeri Selangor."

Ketujuh: Tang ni dia kata ikut convention pulak. Yang mana satu betul? Yang sebetulnya, dalam Fasal 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dari sub Fasal (1) sampai sub Fasal (4) tak adapun sebut yang perlantikan SUK kena diperkenankan oleh Sultan. Memang Sultan adalah Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor tapi kuasa eksekutif tersebut telah diperturunkan kepada MB oleh Fasal 40 Perlembagaan Persekutuan. Kalu nak terang lagi, baca seksyen 1 kepada Jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan.

"Mengenai cadangan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato' Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan."

Kelapan: Yang kalut dok lantik awal ni sapa. Yang dok pegang jawatan pun bukannya habis lagi. Baru bercuti. Takdak disebut kat mana-manapun mesti diganti dalam tempoh edah terterntu. Tak ada!! Dah tu, cerita apa!

"Tindakan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor."

Kesembilan: Yang ni saya tak tau la sapa yang patut kata kat sapa??

Kesepuluh: Pakat-pakatlah kita berfikir. Jangan sampai negeri Kedah jadi drama untuk siri ke 3 sudahk la.

Naruto

Penyelidik bebas.

:: Balik Semula ::

ADMIN - KedahLaNie TIME - 11:40 PM 0 Komen Anda 

Labels: Isu Semasa, SELANGOR, UMNO

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA RON97 naik lagi....

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

No comments: