PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, January 11, 2011

Hamba Politik: Umno-BN Bakal Terima Hukuman

Sent to you by azlisham via Google Reader:

 

 

Hamba Politik: Umno-BN Bakal Terima Hukuman

via Anwar Ibrahim by Anwar Ibrahim on 1/9/11

 

 

Oleh Mohd Rashidi Hassan

 

NEGARA jadi susah apabila pegawai-pegawai kerajaan, sudah mempamerkan diri mereka menjadi balaci orang-orang politik, sama ada untuk kepentingan peribadi mereka mahupun untuk kepentingan orang-orang politik.

 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan boleh menafikan pelantikan Dato’ Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat kerana politik.

 

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani juga menafikan beliau menjadi alat politik Umno dalam kes ini.

 

Malah Khusrin juga menafikan beliau alat politik Umno-Barisan Nasional.

 

Siapa hendak percaya cakap Sidek, Munir dan Khusrin? Bolehkah dipercayai pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik atau dalam erti kata lain, ianya dibuat mengikut pure government procedure?

 

Semua orang tahu, politik ada di mana-mana. Bukan dalam parti politik sahaja. Dalam rumah, di pejabat, dalam persatuan, di mana-mana sahaja kita tidak boleh menolak wujudkan politiking.

 

Justeru jika pelantikan Khusrin dengan mengetepikan ramai pegawai kerajaan yang lebih senior tidak dibuat berdasarkan kehendak politik, KSN mengikut prosedur mana? Adakah khidmat Khusrin sebagai pegawai kerajaan begitu cemerlang? Adakah kerana merit?

 

Berdasarkan maklumat penulis, ramai pegawai kerajaan yang marah dan kecewa apabila Khusrin yang lebih junior naik mendadak.

 

Jika pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik, mengapa KSN atau pihak tertentu terus by-pass kerajaan negeri? Mengapa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar?

 

Hakikat yang disembunyikan ialah Umno-BN sedia mengetahui, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha menyusun pentadbiran negeri secara telus dan demokratik.

 

Menteri Besar mahu memilih pegawai yang cemerlang dan komited serta non-partisan menjadi SUK. Nama-nama pegawai kerajaan yang dicadangkan menjadi SUK, bukannya datang dari orang politik. Ianya datang dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan sendiri.

 

Apabila Umno-BN tahu kebanyakan pegawai-pegawai terbabit tidak memihak kepada mereka, lalu mereka terus by-pass kerajaan negeri kerana mengetahui kuasa melantik SUK di bawah kerajaan pusat.

 

Walaupun begitu, dari segi amalan demokrasinya, oleh kerana SUK akan bertugas di bawah MB, maka kebiasaannya MB mengetahui siapakah yang akan dilantik menjadi SUK, sebagai ketua kepada semua pegawai-pegawai kerajaan negeri.

 

Namun di sinilah ‘kurang ajarnya’ Umno-BN. Mereka tidak mahu menghormati kerajaan yang sah, dipilih oleh majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

 

Umno-BN tidak mahu menghormati demokrasi. Umno-BN mahu mensabotaj kerajaan negeri dengan mempergunakan pegawai-pegawai kerajaan untuk menjadi alat politik mereka.

 

Pelantikan Khusrin sebagai SUK tidak mempunyai asas kukuh selain kejayaannya menjadi alat politik Umno-BN semasa menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

 

Khusrin didapati membelakangkan kerajaan negeri atas alasan beliau menjalankan titah Sultan. Hakikatnya bukan titah Sultan, tetapi titah pemimpin Umno-BN.

 

Khusrin melarang AJK Masjid dan Surau di seluruh Selangor menjemput Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (dan lain-lain ulama PAS) menyampaikan kuliah kerana, kedua Tuan Guru ini tidak mempunyai tauliah.

 

Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din juga mengalami nasib yang sama. Semasa Khusrin menjadi Pengarah Jais di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Khir Toyo, pernah diserbu beberapa kali (sehingga hendak ditangkap) dan dilarang menyampaikan kuliah atas dakwaan tiada tauliah.

 

Siapa Khusrin atau juak-juak Umno di Selangor hendak mempertikaikan kewibawaan agama alim ulama PAS?

 

Secara sinisnya penulis mahu menyebut, sebelum Khusrin kenal ‘alif ba ta’, belumpun pegawai-pegawai Jais yang diarahkan membuat larangan dan serbuan ini diberanakkan, tokoh-tokoh PAS ini sudah mengajar agama.

 

Siapa Khusrin yang hendak mempersoalkan keilmuan dan ketokohan mereka, jika tidak dibuat larangan kerana menurut kehendak politik Umno-BN?

 

Untuk menghalalkan tindakannya,Khusrin sering mempergunakan peraturan di bawah Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mensabitkan kesalahan mengajar tanpa tauliah boleh didenda RM3000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

 

Inilah hasil kejahatan Khursin terhadap perkembangan agama Islam di Selangor, menjadi dalang kepada Umno-BN, sehingga dinobatkan menjadi SUK.

 

Pada pendapat penulis, ada dua analogi, sama ada Sidek atau Munir tidak mengetahui latar belakang Khusrin, atau kerana latar belakang itulah beliau dipilih.

 

Kita lihat pula, dalam kes yang membabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Didakwa dengan jelas bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (semasa dalam tugasnya) memalsukan ujian DNA untuk memastikan Anwar dipersalahkan dalam mahkamah.

 

Untuk tujuan apa Gani dan Musa terbabit dalam pemalsuan ini? Bukankah ianya ada tujuan politik dengan mengikut nafsu serakah pemimpin Umno-BN yang diketuai oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu?

 

Bukankah tindakan ini membuktikan mereka selaku pegawai kerajaan, menjadi alat bagi memenuhi kehendak politik Mahathir, supaya dengan apa cara sekalipun, Anwar mesti dihukum.

 

Kes membabitkan Anwar juga memperlihatkan bagaimana kegelojohan pemimpin Umno-BN, melantik Hakim lompat dari jawatan yang junior terus naik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, seperti Dato’ Augustine Paul.

 

Hakim Paul terkenal dalam sejarah perundangan negara kerana kerap mengeluarkan keputusan menolak fakta-fakta dari pasukan peguambela Anwar. Beliau sering mengucapkan ungkapan irrelevant (tidak relevan) setiap kali tidak bersetuju dengan peguambela.

 

Dalam perbicaraan kes kedua Anwar, Hakim Dato’ Ariffin Jaka juga begitu. Beliau juga dilihat menjadi alat kepada Umno-BN.

 

Ramai hakim-hakim dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak diyakini kredibiliti mereka selepas banyak kes yang meragukan.

 

Gelagat hakim jika hendak ditulis begitu banyak. Ada hakim yang dibayar perjalanan ke luar negara, semuanya disenyapkan. Kes melibatkan VK Lingam juga disenyapkan.

 

Malah sistem perundangan negara menjadi kucar kacir dan tidak lagi dipercayai rakyat selepas berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

 

Semua ini berlaku akibat jenayah pemimpin Umno-BN. Mereka mempergunakan semua aspek dalam perjawatan kerajaan untuk kepentingan politik.

 

KSN, SUK, IGP, AG, Hakim, Polis semuanya dijadikan ‘hamba-hamba’ politik Umno-BN. Demi jawatan, pangkat, kesenangan dan kepentingan diri, mereka-mereka yang dibayar gaji oleh rakyat, untuk menjalankan tugas secara adil dan saksama, sudah terjebak menjadi pelacur-pelacur politik yang durjana.

 

Apakah semua pegawai-pegawai kerajaan ini berfikir bahawa rakyat akan mempercayai mereka? Mempercayai tindakan mereka tidak berasaskan kepada kepentingan politik Umno-BN?

 

Pakatan Rakyat harus bertekad membersihkan sistem pentadbiran negara dari manusia spesies seperti ini. Kita harus bertekad, sesiapa sahaja yang jelas, secara terbuka menjadi balaci Umno, jika kita memerintah nanti, mereka ini dahulu akan ‘dikerat’ dari kerajaan.

 

Tekad ini bukan tekad pemimpin Pakatan Rakyat sahaja, ia adalah aspirasi dan kehendak rakyat, iaitu membersihkan sistem pentadbiran negara dari tangan-tangan kotor Umno-BN, seterusnya mengembalikan sistem demokrasi ke landasan yang sebenar.

 

Justeru tiada label atau gelaran yang sesuai untuk mereka-mereka ini, selain daripada menyamakan mereka dengan watak-watak yang dipaparkan oleh Dato’ Shahnon Ahmad dalam novel SHIT dan satira karya Yahaya Ismail bertajuk Maharaja Beruk suatu ketika dahulu.

 

Selamatkan Malaysia dari kedurjanaan mereka!

 

 

AWAS !!!! Rakyat akan bangkit

via Dr Siti Mariah Mahmud by Sekretariat Parlimen Kota Raja on 1/6/11

 

 

Pencabulan konsep federalisma berhubung pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) sekarang akan mengakibatkan kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional, kata presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

“Kerajaan Umno-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

 

“Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respons di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat,” kata Abdul Hadi (kiri sekali) dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

Sent to you by azlisham via Google Reader:

  

INTERLOK: SAYA TIDAK HADIR DI UPACARA PEMBAKARAN NOVEL

via Dr Siti Mariah Mahmud by Dr. Siti Mariah Mahmud on 1/9/11

 

Saya sudah mula menerima sms yang di ajukan (forwardkan) kepada saya oleh sahabat-sahabat. SMS yang mereka terima daripada NGO dan nama besar dalam dunia penilisan - Pak Samad dan Dinsman.Sms yang di ajukan oleh Yb Teresa Kok: Why Dr Maria involved bakar buku Interlock? Dia tak faham seni ke3?tq

Sms dari Pak Samad : Saya baru baca berita tentang sokongan YB Dr Mariah Mahmud (PAS) terhadap MIC mengkritik Abdullah Hussein dan “Interlok”nya, malah menyaksikan pembakaran novel dan gambar Abdullah Hussein. Saya putuskan tidak hadir dimajlis PAS di tenang….. Pak Samad Sms dari Dinsman: Mngapa dr Mariah ikut sokong bakar novel Interlok? Tentu dia x faham apa masalah sbnar. Tlg lihat knyataan penuh Paksi mngnai isu ini dlm Malaysiakini 5 jan.

 

Mingguan Malaysia melaporkan di muka surat 4: Novel Interlok dibakar . Saya quote di antara laporan yang keluar ialah “ Turut hadir pada demonstrasi itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan.

 

Ketika bercakap kepada pemberita, Mariah berkata, pihaknya mengaku Interlok adalah karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India di Negara ini.

 

“Bagi saya, sebagai orang yang ada pendidikan tinggi tidak terasa apa-apa tetapi di kalangan orang biasa, dia baca rasa tersinggung dan terguris. Kalau begitu perasaan orang India kita perlu menghormati mereka, apa yang mereka minta ialah ia tidak dijadikan buku teks, ia boleh dijual sebagai novel tetapi tidak dibaca di sekolah kerana boleh membentuk pemikiran para pelajar,” katanya.

 

Katanya, orang India di Negara ini sekarang bertungkus lumus untuk tidak membesarkan isu kasta dan jika boleh, mereka mahu membesarkan anak-anak tanpa mengenal kasta.

 

“Sistem kasta adalah sejarah yang terlampau menghimpit orang India, jadi kita kena hormati mereka. Terpulanglah kepada pengarang (Interlok) kalau beliau sanggup mengubah frasa terbabit, itu haknya tetapi menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menghormati kaum India” katanya.

 

Untuk berlaku adil kepada Mingguan Malaysia, 90% laporan tepat kerana tidak mungkin pemberita melaporkan semua yang saya katakan dan tidak melaporkan yang saya meninggalkan demonstrasi itu sebelum upacara pembakaran buku dan gambar penulis Interlok.

 

Penjelasan saya

 

Saya diberitahu mengenai rancangan demonstrasi dan upacara pembakaran 2 jam sebelum itu. Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan tetapi ahli-ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan pengundi-pengundi India Kota Raja dan dari kawasan Klang turut terlibat. Kebimbangan takut tercetus pergaduhan tidak boleh dinafikan kerana yang terlibat semua kaum India. Ahli DHPP minta saya hadir bersama dan sebagai wakil rakyat yang mereka pilih, wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka. Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka.

 

Apabila sampai ke tempat demonstrasi, saya terlebih awal memberitahu dan memohon maaf kepada mereka kerana belum sempat membaca buku Interlok. Sukar untuk saya komen sesuatu yang saya tidak tahu. Lalu saya ditunjukkan buku tersebut dan sempat membaca beberapa bahagian yang disanggah dan dikatakan menghina mereka. YB Manoharan (ADUN Kota Shah Alam) kemudian menjelaskan apa kandungan buku kerana dia telah membaca buku tersebut sebanyak 2 kali. Katanya buku itu mengatakan yang tiga suku kaum India terbesar di Malaysia (Telegu, Malayalam dan satu lagi) adalah dari kasta paria dan banyak lagi yang mereka luahkan kepada saya. Saya sedar ini persepsi mereka dan mereka berhak dengan cara pemikiran mereka. Saya berempati dengan mereka. Hampir 3 tahun saya menjadi wakil mereka dan saya rasa saya faham cara pemikiran, masalah dan kehendak mereka.

 

Mereka marah kerana Interlok dijadikan buku teks dan anak-anak kaum India akan terpaksa membaca buku tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan. Mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India. Mereka mahu melupakannya dan mahu membesarkan anak-anak tanpa kasta. Dengan meletakkan novel tersebut sebagai buku teks, sudah pasti anak-anak mereka yang mungkin selama ini tidak tahu sangat mengenainya akan mula bertanya dan perkara dihidupkan semula dalam masyarakat mereka. Mereka tidak suka istilah pendatang dan beberapa istilah lain yang mereka kira menidakkan keMalaysiaan mereka. Mereka dilahirkan di sini. Mereka mahu menguburkan sejarah silam dan usaha ini berlaku secara evolusi, tetapi Interlok dikatakan mengungkit perkara ini dan luka lama akan berdarah kembali.

 

Saya ingat pesanan untuk kerukunan rumahtangga, di antara perkara yang menjadi pantang larang dalam menjaga hubungan suami isteri ialah mengungkit sejarah dan keturunan. Ungkit sahaja sejarah lama atau menghina keturunan pasti menyakitkan hati pasangan dan akan berlaku perang besar yang boleh berakhir dengan cerai berai.

 

Kenyataan saya kepada media dan kepada kaum India yang berada di tempat demonstrasi:

 

1. Saya menyanjungi karya penulis dan sasterawan Negara, Abdullah Hussein, walaupun saya belum membacanya (kalau tidak, mana mungkin beliau dianugerah dengan pengiktirafan sasterawan Negara!). Tentulah ia sebuah karya seni yang hebat untuk mendapat pengiktirafan ini.

 

2. Kebebasan berkarya dan bersuara perlu kita hormati (dan dijamin perlembagaan).

 

3. Saya juga berempati dan memahami kenapa orang India marah dan membantah novel tersebut dijadikan buku teks. Mereka berhak untuk menolak perkara-perkara yang mereka tanggapi negatif di dalam pendidikan anak mereka. Sebahagian kaum India mahu beberapa frasa dan bahagian tertentu dibuang dari novel tersebut sementara ada yang berpendapat novel tersebut tidak wajar menjadi teks.

 

4. Saya tidak bersetuju buku tersebut diharamkan (berbeza dengan pendapat YB Manoharan yang mahu buku tersebut diharamkan) atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara.

 

5. Saya mempersoalkan motif Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel tersebut ke sekolah. Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat. Mesej yang hendak dihantar kepada murid-murid India ialah “ketahui lah asal usul anda” apabila membaca buku itu. Semenjak peristiwa Hindraf turun ke jalan pada bulan November 2007, kaum India menjadi begitu sedar tentang layanan yang mereka terima sebelum itu dan mereka sangat sensitif sebarang perkara yang ditanggapi menghina mereka. Kenapa novel ini dan tidak novel lain ketika hubungan kaum berada ditahap yang rendah akibat tindakan mereka yang melaungkan ketuanan Melayu.?

 

6. Menjadi hak penulis jika beliau mahu menyunting novel tersebut untuk mengurangkan rasa tidak senang dan marah kaum India. Terpulang kepada beliau. Jika beliau enggan, menjadi tanggung jawab kementerian pelajaran untuk menarik balik novel tersebut sebagai buku teks. (Tapi Kementerian Pelajaran telah berbelanja jutaan ringgit untuk mencetak dan telah mengagihkan novel tersebut dan penulis juga telah menerima royaltinya. Mungkinkah novel tersebut ditarik balik? Banyak kepentingan yang perlu difikirkan. Namun adakah perasaan kaum India menjadi salah satu kepentingannya? Persoalannya wahai menteri, “Are the feelings of the Indians equally important to come into the equation for the minister’s decision making and for the various defenders of the novel?)

 

Mungkin satu hari nanti apabila kaum India sudah merasa “safe and secure as Malaysians” dan mereka diterima sebagai rakyat Malaysia tanpa syarat (unconditional acceptance) - yakni mereka sudah diterima sepenuhnya oleh sesetengah pihak sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia, asal usul datuk nenek mereka tidak diungkitkan lagi serta mereka dilayan adil, kesetiaan mereka juga tidak lagi dipertikaikan dan apabila mereka menuntut hak mereka bukan lagi menuntut atas sifat kaum tetapi sebagai rakyat Malaysia – pada ketika itu mungkin apabila mereka membaca INTERLOK mereka tidak akan merasa tersinggung dan terhina lagi….and they may even laugh about it… because they come a long way to be where they are… dan tanggung jawab kita sebagai rakyat Malaysia membantu mereka mencapai tahap itu.

 

Interlok telah berjaya dijadikan “wedge” di antara pejuang sastera dan pejuang rakyat marhaen dengan rakyat yang cuba mereka bela. Hebat Mahyuddin Yassin!. Fikir-fikirkan lah. Tidak salah jika saya katakan sesuatu yang berlaku di Negara ini yang didalangi oleh pemimpin BN/UMNO ada motif tersirat. Ianya tidak berlaku secara kebetulan.

 

Saya meninggalkan demonstrasi selepas membuat kenyataan akhbar dan tidak berada di situ apabila buku dan gambar Abdullah Hussein dibakar.

 

 

Sent to you by azlisham via Google Reader:

 

 

Pilihan Raya Umum Serentak Pasti Bakal Berlaku Selepas Anwar Ibrahim Dihumbankan Semula Ke Penjara Sg.Buluh Sebelum Bulan Julai 2011 Nanti

via Pahang Daily Online by pahangdaily on 1/6/11

 

Mutakhir ini, berbagai usaha dan agenda yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN dalam usaha mereka untuk menarik kembali undi rakyat kepada parti itu dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semakin hari, mereka dilihat semakin gusar dengan pengaruh pembangkang. Banyak tindakan memalukan dan mengarut dilihat berlaku mutakhir ini. Semuanya mengesahkan lagi kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN sudah semakin kemaruk dan "gila meroyan" untuk terus mengekalkan kuasa. Malahan, dek kerana takut tertewas dalam pilihanraya umum akan datang, maka Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengatakan bahawa "tidak ada parti lain akan menang kiranya BN tewas". Tambah mengejutkan ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau turut melaungkan kenyataan bahawa UMNO akan tetap pertahankan Putrajaya walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Semua ini mengesahkan kepada kita bahawa mereka sudah tahu yang suara rakyat bisa menghumbankan pakatan karat itu dalam pilihanraya umum nanti. Anehnya, dalam keadaan tahu dan gusar penolakan rakyat terhadap mereka itu pun PM sanggup menyiksa rakyat. Omongan kosong "rakyat didahulukan" hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Inilah yang telah berlaku kepada rakyat Malaysia.

 

Bukti, PM Najib kata petrol tidak akan dinaikkan lepas PRU12 dulu

 

Selepas Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada Pak Lah dulu, beliau rupanya telah meneruskan tradisi "mendera rakyat" dengan menaikkan berbagai harga barangan seperti minyak petrol diesel, gula, gas dan sebagainya. Bukan sekali, malah berkali-kali, bayangkan dalam masa tempoh Nov-Jan minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak tiga kali. Soalnya sekarang, kenapa ini berlaku jika benar UMNO BN mahu menarik kembali suara rakyat agar menyokong mereka?

 

Sikap Alpa Puak UMNO Bakal Jahanamkan BN

 

Ini membuktikan puak-puak mereka sebenarnya, sudah terlalu terdesak untuk menagih simpati rakyat sebenarnya. Lantaran itu, mereka alpa dan terlupa bahawa apa yang diucapkan dan dijanjikan itu akhirnya tidak kesampaian. Kini, rakyat jelata marah dan memberontak atas desakan ekonomi yang kian mencengkam sekarang. Terkini, terdapat ura-ura minyak kelapa juga pasti akan dinaikkan jika melihat kepada senario semasa. Janjilah apa saja, namun rakyat kini sudah tidak yakin dan percaya lagi dengan kenyataan "dusta" itu sebenarnya. Mereka melihat, jangka hayat UMNO BN kini sudah menghampiri penghujungnya. BN akan menjadi seperti parti LDP di Jepun tidak lama lagi. Semuanya itu akibat sikap "tidak sedar diri" dan "kerakusan" untuk terus mempertahankan kuasa. Penyelamat mereka sekarang ini hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sudah pasti merangka strategi baru untuk memastikan parti itu terus berkuasa. Namun, segalanya kini dilihat akan berubah terutamanya dengan kemasukan begitu ramai pengundi muda. Mereka kini terpaksa bergantung kepada talian hayat "Sabah dan Sarawak" semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Justeru itulah terdapat ura-ura Pilihanraya Negeri Sarawak terpaksa diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Ia berasaskan kepada, jika dibuat berasingan maka PM Najib gusar Sarawak akan menjadi seperti Batu Sapi yang dirampas oleh pembangkang. Tambahan pula, jika dibuat berasingan ia akan melemahkan kekuatan BN itu sendiri biarpun mereka mengawal seluruh media arus perdana. Ia berikutan, ramai pemimpin dan jentera parti pembangkang sudah pasti akan berkampung di sana apabila ia dibuat berasingan. Inilah yang menakutkan Najib sebenarnya, ditambah lagi dengan reputasi Ketua Menteri Sarawak yang kian merudum akibat skandal penyelewengan.

 

Pilihanraya Serentak Untuk Kekalkan Kuasa BN

 

Maka itulah, kemungkinan besar ia PRU-13 diadakan serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak itu semakin menjadi kenyataan. Maknanya, pilihanraya umum "mahu atau tidak" pasti akan diadakan sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Julai 2011 ini. Justeru itu, inilah yang menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan dalam PRU-13 nanti, hatta mempengaruhi SPR untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya nanti. Lantaran itulah juga, kita tidak hairan apabila ramai pemimpin pembangkang yang terdiri daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Sivarasa dan Karpal Singh digantung enam bulan dari menghadiri sidang parlimen. Semua ini memungkin, ura-ura persempadanan semula itu dilakukan sebenarnya. Itu belum termasuk lagi dengan tindakan "jahat" pihak SPR yang sudah mula memindahkan nama-nama pengundi ke kawasan lain seperti apa yang berlaku di beberapa buah negeri yang diperintah oleh pembangkang (pakatan rakyat) sekarang ini. Maknanya, mereka pasti akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan kemenangan tercapai dalam apa jua keadaan sekali pun. Kini, terdapat juga maklumat terbaru yang mengatakan SPR akan membuat undang-undang baru yang mewajibkan pengundi berdaftar membuang undi di kawasan tempat tinggal mereka yang sah. Maknanya, mereka tidak lagi dibenarkan mengundi di kampung halaman atau tempat asal mereka seperti yang berlaku sekarang. Jika undang-undang baru ini dilaksanakan, maka sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada UMNO BN. Tambahan pula, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah pasti akan memainkan peranan untuk menukarkan nama-nama pengundi ke kawasan hitam dan kelabu. Semua ini bagi memastikan kubu kuat pembangkang dapat dilumpuhkan.

 

Pilihan Raya Berlaku Selepas Anwar Terpenjara

 

 

Tidak cukup dengan itu, kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula "diserang bertubi-tubi" oleh mereka. Tidak cukup dengan menggantung Ketua Umum PKR itu, kini terdapat maklumat yang mengatakan Anwar pasti akan dijatuhkan hukuman bersalah atas "konspirasi liwat II" yang sedang beliau hadapi sekarang. Biarpun terdapat seribu keraguan dan penipuan fakta terhadap kes tersebut, ditambah lagi dengan berbagai halangan untuk pihak yang tertuduh mendapatkan salinan dokumen dan senarai saksi kes. Semua ini memungkinkan Anwar pasti akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh selewat-lewat dalam suku pertama tahun ini atau selewat-lewatnya antara bulan Mei hingga bulan Jun nanti. Maka, mengikut skrip selepas Anwar dipenjara barulah PM Najib berani membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum Ke-13 itu sebenarnya. Pilihan itu sahaja yang ada ditangan mereka sekarang. Mereka tidak melihat kemarahan rakyat andai Anwar dipenjarakan atas kes yang meragukan itu. Malah, rakyat juga melihat Anwar sebenarnya adalah mangsa kes liwat II ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan. Tambah mengejutkan, sekitar penghujung tahun 2008 dulu juga mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Mahathir Mohamad juga pernah membuat kenyataan terbuka bahawa Anwar tidak bersalah dan segala tuduhan yang dilemparkan oleh beliau terhadapnya adalah rekaan semata-mata. Sila rujuk video sebagai bukti kenyataan itu.

 

 

 

[Apapun yang berlaku, rakyat diminta bertenang dan bersabar atas segala kemungkinan ini. Fokus yang wajar diberikan sekarang ialah Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini. Biarpun semua yang didedahkan ini mungkin sekadar spekulasi, namun rakyat diminta berhati-hati dengan permainan media arus perdana yang terus menyerang pembangkang sekarang ini. Bukan sahaja Anwar yang diserang, malah kini mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan pula Kerajaan Negeri Selangor menerusi perlantikan SUK baru yang dilihat proksi Khir Toyo itu sebenarnya. Kini, jelas terbayang diruang mata kita, apakah tragedi yang berlaku di Perak akan berulang kembali di Selangor. Tambahan pula, tindakan membenarkan SUK Kushrin berada dalam pentadbiran kerajaan negeri samalah juga seperti mereka meletakkan CCTV dan kamera yang dijumpai dalam bilik MB suatu ketika dulu. Mungkin masa sahaja yang akan menentukannya. Namun, apa yang jelas tindakan memporak-perandakan Selangor ini dilihat ada kaitan dengan isu pembubaran DUN itu sendiri. Ini kerana terdapat ura-ura Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan bubarkan DUN biarpun parlimen dibubarkan oleh Najib tidak lama lagi. Inilah yang menakukkan UMNO yang sedaya upaya mahu merampas semula negeru "lubuk emas" itu daripada pembangkang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti sebenarnya !].

 

http://www.pahangdaily.co.cc

 

 

 

Things you can do from here:

 

 

Sent to you by azlisham via Google Reader:

 

 

Pelan 100 Hari: Najib Tak Mahu Bantu Rakyat

via Anwar Ibrahim by Anwar Ibrahim on 1/10/11

 

 

Dari Harakah

 

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pelan 100 hari Pakatan Rakyat sebagai bukti bahawa Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat.

 

Beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini berkata, ianya juga membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN itu apabila mendakwa pelan tersebut tidak berpaksi kepada kenyataan dan mempersoal punca kewangannya.

 

Sedangkan menurutnya, apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat itu adalah keperluan rakyat yang sememangnya di dalam kemampuan negara jika sumber hasil diurus dengan baik.

 

“Ini menyerlahkan bahawa mereka tidak mahu hapuskan tol, tidak mahu beri imbuhan kepada guru dan tidak mahu hapuskan Felda Plantation.

 

“Kita telah tunjuk bukti dalam masa yang singkat di negeri-negeri yang kita perintah termasuk Kelantan. Dulu orang kata Kelantan akan muflis dalam masa tiga bulan, tapi kita tengok sekarang sudah 20 tahun,” katanya.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bidasan Najib yang dilapor media hari ini berhubung pelan tersebut.

 

Najib mendakwa tawaran yang terkandung di dalam pelan tersebut sebagai populis dan tidak bertanggungjawab kerana akan menggadaikan masa depan negara.

 

Pelan itu juga jelasnya dibuat tanpa mengambil kira kemampuan negara, dan belaiu menjangkakan negara akan bankrap dalam masa dua tahun jika pelan itu dilaksanakan.

 

“Kalau dia kata sebagai populis, kita nak tanya RM65 juta baiki rumah Perdana Menteri dan bayar RM70 juta kepada Apco itu bukan untuk populis ke?” soalnya lagi.

 

Katanya, negeri-negeri Pakatan Rakyat juga terbukti lebih kedepan menjaga kebajikan rakyat termasuk memperkenal pelbagai program untuk warga emas, ibu tunggal dan warga miskin.

 

Jika dibanding dengan mentaliti BN katanya, parti pemerintah itu hanya tahu memeras rakyat dan bukan mahu meringankan beban mereka.

 

“Walaupun nilai yang diberi kecil, tapi 50 tahun Umno perintah dia tak mampu buat.

 

“Dia nak urus negara, dia ambil wang subsidi dalam poket rakyat dan beri kepada kroni-kroni,” jelasnya.

 

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, jika Najib mahu melihat bukti dan ingin tahu dari mana sumber kewangan yang akan diguna, beliau mencabar presiden Umno itu menyuruh rakyat bersama Pakatan.

 

“Kalau dia nak tahu sumber kita, kita minta dia isytihar kepada rakyat supaya ubah sekarang untuk tengok bukti mana sumber dan hasil kita,” katanya mencabar Najib.

 

Bulan lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

 

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

 

“Program 100 hari ini kalau kita tengok, semuanya untuk bagi rakyat rasa lega bukan untuk bagi rakyat merana,” tegasnya membidas telahan Najib.

 

 

 

 

Things you can do from here:

No comments: