PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Kondo mewah milik Shahrizat
Posted on Thursday, December 29 @ 13:42:17 PST
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali

Berita

Sumber : Malaysia Tribune Melayu

PETALING JAYA : Ekoran laporan KEADILAN terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian kondominium mewah berjumlah RM9.9 juta, badan bebas Jingga 13, mengadakan misi lawatan ke Singapura bagi melakukan siasatan.

Sebelum ini, KEADILAN mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dianugerahi projek lembu telah menyeleweng dana duit rakyat sebanyak RM250 juta yang dimiliki syarikat National Feedlot Corporation (NFC).

"Kami (Jingga 13) telah ambil keputusan turun ke Singapura pada 23 Disember lalu untuk mengenal pasti aset, benar ataupun tidak. Akhirnya kami bertemu dengan kondo yang tersergam indah," kata Pengerusinya, Fariz Musa pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun mengalami kesukaran kerana berulang kali dihalau oleh pegawai keselamatan, namun akhirnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kondo tersebut.

"Kondo Orchard Scotts – kondominium mewah yang sangat selesa serta dikawal rapi. Nak ambil gambar pun kena ada kebenaran. Jingga 13 berjaya membuat rakaman video untuk menunjukkan kondo mewah keluarga Shahrizat tersebut," katanya.

Jingga 13 turut menjumpai restoran mewah Meatwoks di ION Orchard Mall iaitu sebuah gedung terbuka yang merupakan perniagaan peribadi keluarga Shahrizat.

Bagaimanapun restoran tersebut lengang malah tidak ramai pelanggan.

"Restoran lengang tiada orang, kedai di kiri kanan ramai orang, Meatworks kami tunggu sampai tengahari tidak ada orang lain yang masuk. Syarikat ini bukan saja mampu menyewa satu shop lot tapi dalam masa sama disewa ruang legar. Sudah pasti kos adalah lebih tinggi," katanya.

SPRM bercakap dengan 'lembu'?

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin pada sidang media yang sama turut mengecam tindakan kerajaan yang masih lagi tidak menyoal siasat suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail.

"Setakat ini laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Sekurang-kurangnya Datuk Salleh sudah dipanggil untuk disoal siasat. SPRM kata dah 75 orang telah ditemubual tapi takkan tiada apa yang dapat dikesan? Melainkan kalau dia bercakap dengan lembu.

"Malah satu jawatankuasa ditubuhkan oleh SPRM dan penyiasatan akan merangkumi semua aspek, tapi sekiranya tidak ada apa-apa yang berlaku lepas ini mengenai skandal ini, kita akan desak Shahrizat dedahkan aset mereka dalam tempoh lima tahun ke belakang," cabar Zuraida.


Sorotan Tahun 2011, skandal dan kerakusan Umno semakin terserlah!
Posted on Wednesday, December 28 @ 16:59:43 PST by paktam

Pendapat

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Sepanjang tahun 2011, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam kamus politik negara yang pastinya dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.Namun paling meriah dibihttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/05/najib-umno.jpgcarakan pastinya isu-isu skandal rasuah mahupun penyelewengan membabitkan kepimpinan negara serta perbicaraan liwat kedua membabitkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.



Tahun 2011 bermula dengan isu pertemuan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur,yang turut dihadiri Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak,

Nik Aziz kemudiannya menjelaskan bahawa pertemuan itu tiada kaitan dengan isu politik.

Kemudian, cakap-cakap mengenai kemewahan dan keghairahan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semakin hebat, termasuk dalam kes perbelanjaan mewah dan pembelian barangan peribadi yang menelan belanja ratusan malah jutaan ringgit.

Tidak lekang dengan isu Rosmah, kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang di Johor menyusul dengan 'Aura Cikgu Mala' (calon PAS, Normala Sudirman) menjadi topik hangat diperkatakan.

Namun, aura Cikgu Mala tidak mampu mengugat keyakinan pengundi tegar Umno BN di Tenang yang akhirnya memberi kemenangan kepada calon BN, Mohd Azhar Ibrahim.

Sebaik keputusan kemenangan Azhar diumumkan, Tenang bagaikan bergelora dengan musibah banjir yang menyebabkan petugas media, penyokong dan jentera pilihan raya tidak dapat keluar daripada kawasan itu antara 2 ke 3 hari lamanya.

Selepas Tenang 'menjadi gelora', tahun 2011 diserikan lagi dengan desas desus mengenai sebarang kemungkinan pilihan raya umum bakal diadakan oleh kerajaan Najib Razak bagi mendapatkan mandat yang baharu.

Mood kemenangan di Tenang kononnya membantu Najib untuk mendapatkan ilham bagi mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Ia ditambah dengan kononnya pilihan raya umum diadakan bersekali dengan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada April 2011,namun semua telahan itu tidak tepat, dan hanya Sarawak sahaja yang meraikan gelanggang demokrasi itu pada April 2011.

Kemeriahan pilihan raya negeri Sarawak diwarnai dengan serangan pelbagai pihak ke atas Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud mengenai kekayaan dan skandal dalam pemerintahannya.

Taib Mahmud dikaitkan dengan pemilikan kekayaan dengan merembat hasil bumi Sarawak selain tanah-tanah rakyat Sarawak yang dipugarnya seperti milikan sendiri.

Sepanjang setengah bulan kempen pilihan raya negeri Sarawak berlangsung, Pakatan Rakyat dilihat mampu mengugat kedudukan Taib Mahmud, dan angin perubahan kononnya akan melanda Sarawak yang berpilihan raya pada 16 April 2011.

Namun, semua telahan itu tidak menjadi, akhirnya Sarawak masih kekal ditangan BN-PBB pimpinan Taib Mahmud, walaupun undi popular BN merosot daripada 63 peratus kepada 55 peratus sahaja.

Dalam pada pilihan raya Sarawak berlangsung, di Semenanjung, rakyat digemparkan dengan isu kematian anggota kanan Kastam, Ahmad Sarbaini di pejabat SPRM Jalan Cochrane.

Kematian beliau menggemparkan seluruh rakyat setelah sebelum ini Teo Beng Hock juga mati di pejabat SPRM Shah Alam.Isu kematian di pejabat SPRM bukan lagi menjadi isu 'perkauman' selepas kematian Ahmad Sarbaini.

Selepas pilihan raya negeri Sarawak, negara pula dimeriahkan lagi dengan desas-desus dalam pemilihan PAS dimana nama Mohammad Sabu menjadi sebutan sebagai pesaing kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa yang memegang jawatan Timbalan Presiden PAS untuk tiga
penggal sebelumnya.

Dalam persaingan dikatakan antara Mat Sabu-Nasharudin, akhirnya muncul seorang lagi calon iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang ketika itu menjawat Naib Presiden PAS.

Pemilihan berlaku dalam keadaan tiga penjuru, dan akhirnya Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi mengatasi kedua-dua pesaingnya.

Selepas Mat Sabu menang jawatan tersebut, PAS diserang hebat kononnya PAS menggadai perjuangan dengan meletakkan bukan Ulama menjadi kepimpinan PAS.

Namun, telahan dan dakwaan itu berjaya dipatahkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebutkan bahawa pemilihan Mat Sabu tepat pada masanya menjelang PRU-13 dalam suasana PAS dan Pakatan Rakyat berdepan PRU-13.

Dalam kemeriahan pemilihan PAS, pada 16 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur memerintahkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes liwat kedua membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ramai penganalisis politik dan pimpinan Pakatan Rakyat melihat, tindakan itu membuktikan politik terdesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berdepan Anwar dalam masa yang sama Najib lemas dengan skandal-skandal membabitkan isterinya, Rosmah Mansor.

Politik negara kemudiannya terus panas dengan isu penganjuran perhimpunan Aman Bersih 2.0 yang dikepalai Dato' Ambiga Sreenevasan dan Dato' A Samad Said pada 9 Julai.

Tindakan kerajaan Najib menghalang dengan tidak membenarkan himpunan diadakan di Kuala Lumpur membibitkan rekasi negatif kalangan pimpinan Pakatan Rakyat mahupun NGO.

Negara bagaikan menjadi 'negara polis' apabila sehari sebelum himpunan diadakan, pihak berkuasa mengawal ketat jalan masuk ke Kuala Lumpur selain menyenaraikan nama-nama pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis NGO dihalang masuk ke Kuala Lumpur pada
tarikh 9 Julai.

Semasa himpunan diadakan, negara digemparkan lagi dengan kematian seorang pemandu teksi yang menyertai himpunan itu atas dakwaan dikasari oleh pihak berkuasa ketika melerai himpunan.

Selain itu beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ditahan termasuk Presiden PAS (Ustaz Hadi) dan kecederaan yang dialami Anwar kerana bos asap yang kononnya dituju ke arahnya oleh pihak berkuasa dalam melerai himpunan.

Tidak kurang hebatnya isu Mat Sabu dilanggar oleh kenderaan pihak berkuasa polis hingga menyebabkan kecederaan serius dilututnya menjadi perbualan dan liputan hebat.

Mat Sabu dituduh berbohong, namun Mat Sabu tampil mempertahankan dakwaannya itu dengan bukti laporan kesihatan daripada pusat perubatan pakar swasta mengenai kecederaan lutut yang menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil.

Media-media arus perdana turut menjadi alat untuk menyiarkan kenyataan pimpinan Umno-BN dan pihak berkuasa dalam menafikan kononnya pihak berkuasa yang melerai himpunan penyebab kematian pemandu teksi dalam himpunan Bersih 2.0.

Dalam pada isu perhimpunan Bersih 2.0 dibicarakan, negara telah dikejutkan dengan pendedahan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berhubung kemasukan cincin berlian bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

Dakwaan Rosmah membawa masuk cincin keluaran khas Jacob&Co itu kemudiannya dinafikan oleh blogger pro Umno, namun Badrul Hisham tampil dengam bukti dokumen kemasukan Kastam.

Rosmah dicabar menafikan kaitan dengan cincin itu, dan kemudiannya hanya menjawab ia dimasukkan ke Malaysia atas tujuan pameran sulit semata-mata.

Rosmah kemudiannya diserang dengan isu-isu pemilihan barangan peribadi berjenama yang menelan belanja ratusan ribu ringgit, dan kredibilitinya selaku isteri Perdana Menteri dipertikai.

Beliau didakwa membeli tiga unit beg tangan berjenama Hermmezz Mate pada nilai lebih RM300,000, gelang tangan pada harga RM1.65 juta selain kos pengendalian sidang wanita pertama pada nilai RM4.5 juta.

Senyap isu himpunan Bersih 2.0 dan Rosmah, isu ceramah Mat Sabu berkaitan Mat Indera pula mengambil tempat.Mat Sabu mencetus fenomena baharu dalam perbincangan semula mengenai sejarah negara setelah beliau meletakkan Mat Indera antara pejuang bangsa yang harus dikenang.

Kenyataannya itu mengheret beliau dengan kecaman oleh pimpinan Umno serta NGO Melayu kononnya Mat Sabu mengangkat pejuang Komunis.

Kecaman demi kecaman dan Mat Sabu berdepan dengan ugutan termasuk tindakan pihak tertentu melemparkan molotof koktail ke pintu pagar rumahnya.

Nama Mat Sabu disebut merata, ada yang menyanjung, tidak kurang yang menghinanya.Namun Mat Sabu digelar oleh pakar sejarah Universiti Malaya, Prof Mohammed Abu Bakar sebagai pencetus penulisan semula sejarah negara.

Selepas itu, negara dikejutkan dengan isu-isu pendedahan penyelewengan oleh kerajaan Umno-BN dalam Laporan Ketua Audit negara 2010.

Paling mendapat perhatian ialah pendedahan mengenai penyelewengan dalam dana rakyat RM250 juta membabitkan Pusat Fidlot Negara (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Skandal NFC didedahkan oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Rafizi Ramli dan pada awalnya ia mendapat kecaman hebat oleh beberapa pimpinan Umno terutamanya Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Kemudiannya, Rafizi tampil dengan pelbagai bukti mengenai penyelewengan Dana NFC antaranya termasuk pembelian kondominium mewah di Bangsar serta Singapura antara RM9 hingga RM10 juta.

Rafizi juga mendedahkan bagaimana aliran saham NFC yang dikuasai Pengerusi NFC, Dato' Dr Mohahhamd Salleh Ismail (suami Shahrizat) dan anak-anak Shahrizat.

Malah Rafizi turut mendedahkan aliran kewangan NFC yang dikatakan membiayai pelbagai syarikat berkepentingan keluarga Shahrizat termasuk yang berdaftar di Singapura.

Pendedahan skandal itu menenggelamkan pengumuman 'gula-gula pilihan raya' dalam Belanjawan 2012 yang dibentang Najib pada awal Oktober 2011.

Isu NFC terheret hingga cabar-mencabar dan adegan 'selak kain' serta 'sinsing lengan' oleh Shahrizat dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC.

Shahrizat akhirnya mendapat tamparan hebat dengan kenyataan beberapa pimpinan Umno yang mendesaknya melepaskan jawatan agar parti dan kerajaan tidak dimalukan dengan skandal membabitkan Ketua Wanita Umno itu.

Skandal NFC terus meniti dibibir masyarakat, disamping isu pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad selaku Pengerusi Felda dalam keadaan manipulasi berlaku semasa pelantikan itu.

Isa dikatakan memegang 'rahsia' Najib menyebabkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu kukuh pada kedudukan selaku pemegang rahsia walaupun sebelum ini dikaitkan dengan skandal rasuah semasa pemilihan Umno.

Penghujung tahun 2011, dalam keadaan beberapa buah negeri dilanda banjir (Pahang, Johor, Melaka, Kelantan dan Sarawak), negara juga dihangatkan dengan isu kritikan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa ke atas PAS.

Isu itu bergelandangan selama lebih dua minggu menyebabkan seluruh kepimpinan PAS bercakap mengenainya termasuk jawapan balas terhadap kritikan Hassan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali yang menjadikan keadaan semakin menarik.

Isu itu kemudiannya disusuli dengan penutupnya apabila PAS Pusat mengarahkan Hassan, Nasharudin Mat ISa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip bertemu dengan PAS Pusat bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Dalam kehangatan isu itu dibincangkan, tidak kurang perbicaraan kes liwat Anwar mendapat perhatian dengan Mahkamah Tinggi mengumumkan pada 9 Januari 2012 sebagai tarikh penentu nasib Ketua Pembangkang itu.

Selain itu, penutup tirai 2011 dihiasi dengan keputusan kes rasuah membabitkan bekas MB Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman spenjara setahun.

Kemudiannya, pendedahan mengenai idu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan mendapat wang pendahuluan daripada wang zakat Wilayah Persekutuan bagi menanggung pengurusan guaman dalam kes Liwat Anwar mendapat
perhatian.

Walaupun Jamil Khir tampil memberi penjelasan bahawa wang itu telah dibayar semula, namun rakyat mempertikai tindakan menteri yang menjaga agama itu dalam menggunakan wang zakat sedangkan rakyat miskin sukar untuk mendapatkan wang tersebut.

Selain itu, kes membabitkan pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang menurunkan bendera Najib juga menarik perhatian.

Adam Adli dianggap sebagai wira mahasiswa yang mahukan perubahan daripada kongkongan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tidak kurang beliau dikecam dan diugut oleh penyokong dan pemimpin Umno-BN.

Kini rakyat menanti saat-saat berlakunya pilihan raya umum ke-13 yang mungkin membuka tirai tahun 2012 setelah melihat media Umno-BN menyerang setiap parti dalam Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kepimpinan PR.

Apakah peristiwa sepanjang tahun 2011 boleh menjadi ukuran kepada rakyat dalam menilai pihak mana yang harus menjadi pemerintah di negara ini, segala-galanya mungkin kini sedang dalam pertimbangan rakyat.






Thursday, December 29, 2011

Monopoli MAS-AIR ASIA,Rakyat Kena DULUUUU

Monopoli MAS-Air Asia, rakyat jadi mangsa | Print |
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Penerbangan untuk Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih sukar dan mahal selepas ini kerana Firefly tidak akan lagi menjalankan perkhidmatan di negeri-negeri tersebut.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong (gambar) berkata, kolaborasi MAS-Air Asia dilihat hanya menguntungkan satu pihak sahaja, iaitu Air Asia sendiri, manakala rakyat menderita, lapor Roketkini.com.

"Dengan MAS dan Firefly menghadkan penerbangannya, Air Asialah yang memonopoli laluan-laluan udara tertentu. Sebagai contoh, laluan Sandakan-KL sudah menjadi monopoli Air Asia sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dengan jumlah penerbangan yang kurang dan harga pula lebih mahal, ia bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah tidak baik untuk ekonomi.

Beliau menjelaskan, institut kajian Research for Social Advancement (REFSA) telah mengenal pasti beberapa pekara utama:

1. Kurang penerbangan bermaksud kurangnya pekerjaan untuk staf di udara dan di lapangan. Ini juga bermaksud gaji lebih rendah, kurang peluang perkerjaan, dan kurang kuasa perbelanjaan.

2. Ia juga memberi impak terhadap perniagaan yang bergantung kepada penerbangan udara tersebut seperti teksi, hotel, restoran, penjaja dan sebagainya yang amat berharap dan bergantung kepada pengguna penerbangan tersebut.

3. Dalam jangka masa panjang, situasi ini juga akan menyebabkan semakin kurang peluang untuk bertemu, berbincang dan menghasilkan produktiviti ekonomi.

Liew berkata, walau pun alasan kolaborasi MAS-Air Asia dikatakan membuka peluang untuk semua, yang tersurat adalah Firefly telah diikat sayapnya.

"Sudahlah orang di Johor kecewa dengan pembatalan penerbangan, Firefly mengalami penurunan kadar 30 peratus di hub sendiri di Subang," tambah beliau.

Para pekerja Firefly juga gelisah kerana tidak pasti dengan nasib mereka.

Jika dahulu saingan mereka yang utama ialah pemilik Air Asia Tan Sri Tony Fernandes, kini beliau terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat induk mereka.

Menurut Liew, adalah lumrah bahawa kebanyakan staf Firefly mahu 'melompat kapal' untuk masa depan yang lebih terjamin, dan kehancuran Firefly juga mengurangkan lagi jumlah pilihan pengguna.

"Penambahan pilihan, pengurangan kos, menggalakan persaingan, kesaling hubungan adalah amat penting untuk kemajuan negara," ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP berkata, kolaborasi yang berbentuk monopoli itu harus dihalang sebelum lebih berpuluh ribu rakyat Malaysia  terjejas dengan pembatalan penerbangan, kehilangan mata pencarian mereka, dan pengecilan gaji.

"Semoga lebih banyak perkhidmatan dan pilihan diberi kepada rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak agar mereka dapat pulang dengan selamat, murah, dan mudah," katanya.

Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 28 Disember 2011

Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ANWAR IBRAHIM

Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu ini yang telah dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010.  Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.

MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak
RM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010.

Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya.
Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI?

Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara
ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

 

 

Anak muda harus menuntut perubahan

Wawancara bersama Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, bersama wartawan Roketkini Mazir Ibrahim dan Fairuz Azhan.

Boleh saudara ceritakan tentang bagaimana mula minat berpolitik?

Saya rasa minat dalam politik ini dari dulu sebab keluarga pun banyak berada dalam lingkungan politik. Bapa saya bersara daripada jawatan menteri tahun 1974 tapi selepas itu dia menjadi duta. Jadi dalam tahun 1970-an itu dia dah bersara masa saya lahir dan masa saya membesar dia dah tak aktif politik walau pun dia masih menjadi ahli UMNO.

Tapi pada 1987 di mana UMNO sudah berpecah menjadi Team A, Team B, bapa saya yang memang pengikut Tunku Abdul Rahman yang setia, dia ikut dengan Tunku dan Tengku Razaleigh Hamzah. Bapa saya tak pernah masuk UMNO Baru yang telah ditubuhkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Bagi dia, UMNO yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir bukan parti yang sama dengan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Saya pula, setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Informations Systems Engineering, saya berasa bosan kerana hari-hari kena menghadap komputer. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mempelajari perkara yang saya minat, iaitu politik. Jadi saya ambil kursus politik peringkat Sarjana di London, dan saya buat minor dalam politik Asia Tenggara.

Saya kembali ke Malaysia akhir tahun 2006 dan sebulan selepas saya balik, bapa saya meninggal. Saya sedih kerana dia tiada lagi. Minat politik saya ketepikan dahulu, saya buat bisnes. Saya mulakan bisnes membuat coklat dengan kawan-kawan saya. Yang menariknya, politik tetap datang kepada saya. Setahun selepas mulakan bisnes, banyak juga pekara yang berlaku di negara kita. Ada perhimpunan aman Bersih, perhimpunan aman Hindraf, kemudian datang pula pilihan raya umum 2008. Saya mengundi buat kali kedua selepas melaksanakan tanggungjawab saya buat kali pertama dalam PRU 2004.

Masa tu saya mengundi di Segambut dan saya ingat lagi sebab saya tengok keputusan 2004, Barisan Nasional menang dengan majoriti 17,000 undi di situ. Jadi saya ingat satu undi saya ini tidak bermakna. Tapi DAP menang dengan majoriti 7,000 lebih undi. Saya terkejut. Masa itu saya rasa semua orang di Malaysia pun terkejut.

Sebelum itu kita tahu apa yang perlu diubah di negara kita, cuma kita tak percaya ia mampu dilakukan. Kita tahu apa yang salah, kerajaan pun sudah 50 lebih tahun memerintah, dan ini memang pekara biasa, mana-mana parti pun, mana-mana pemimpin di mana-mana negara, kalau dah terlampau lama memerintah, akan jadi korup, akan jadi rasuah. Bila mereka tahu  tak kan kalah, atau pun mustahil hilang kuasa, mereka akan buat sesuka hati.

Jadi keputusan PRU 2008 memberi harapan, bukan sahaja untuk saya tapi saya rasa untuk semua orang. Ini kerana sewaktu 'Reformasi', saya di tingkatan 3 atau pun tingkatan 4, tapi bila kita lihat keputusan PRU 1999, tidak banyak yang berubah. Jadi kita pun rasa macam nothing much., Malaysia ini tak kan ubah, sama saja sampai bila-bila. Tapi bila dah tsunami politik 2008 berlaku, kita pun rasa memang boleh, ada peluang, ada harapan perkara tersebut akan berlaku di negara kita.

Masa itu saya tengah buat bisnes tapi mula celik politik, minat pun dah lebih, lagi banyak baca, lagi banyak cakap dengan orang, tengok ini tengok itu, tengok youtube, baca berita online, apabila datang tahun 2009, saya pun mula fikirlah macam mana menceburi dalam bidang politik. Saya mula berjumpa dengan orang-orang yang saya kenal, kawan-kawan lama bapa saya yang dalam UMNO, berbincang dengan mereka. tanya pendapat mereka tentang UMNO.

Maka mereka pun kongsi pendapat dengan saya. Mereka kata sekarang banyak orang masuk UMNO sebab mahu projek, bukan nak berjuang untuk sesiapa pun, dia berjuang untuk diri sendiri dulu. Dan lagi satu yang mereka beritahu saya, anak muda memang tiada harapan dalam UMNO. Mereka tanyakan pada saya soalan yang mudah, berapa pemimpin muda yang boleh awak namakan dalam UMNO.

Jadi,mereka berkata, UMNO dulu dengan UMNO sekarang dah lain, demografik pun dah lain. Masa ibu bapa saya, asas UMNO ialah guru. Bapa saya pun bekas cikgu. Jadi bila cikgu- cikgu masuk berpolitik, dia bukan niat untuk cari duit. Tetapi asas UMNO pada hari ini ialah paling kurang, kontraktor kelas F dan bisnes. Parti dah jadi alat untuk mendapat projek, mendapat habuan. Ini telah berlaku mulai tahun 1980-an, dan apa yang telah berlaku adalah UMNO menjadi tempat untuk mengagihkan projek. Ia menjadi satu sistem yang entrenched, satu rent seeking model di mana pengagihan habuan itu dikuasai oleh ketua-ketua UMNO dalam kawasan masing masing.

Jadi kalau kita nak bandingkan, kita lihat, DAP, PKR, PAS, bila kita buat majlis, kita pula minta sumbangan dari orang awam. Fungsi UMNO pula, dia yang kena bagi duit. Kalau tak, tiada orang yang datang ke majlisnya.

Selepas PRU 2008 dan setelah berbincang dengan beberapa kawan bapa saudara yang masih dalam UMNO, bagaimanakah timbul hasrat menyertai DAP?

Salah satu pesanan dari kawan-kawan bapa saya yang diberi pada saya ialah, kalau awak mahu berpolitik, di mana awak nak aktif? Saya kata saya orang Pulau Pinang, banyak kawan di sana, saya rasa selesa di Pulau Pinang. Jadi walau pun bisnis saya di Kuala Lumpur, saya sering ke Pulau Pinang, jumpa kawan-kawan lama. Selepas itu saya dapat tahu kawan-kawan lama saya kat di sana ramai masuk DAP dan PKR. Tiada seorang pun yang masuk UMNO.

Saya pergi mendengar ceramah DAP, ceramah PKR, jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumpa Lim Guan Eng dan selepas itu saya diperkenalkan dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong. Dan dari situ saya lihat saya boleh menjalin hubungan yang rapat dengan Chin Tong.  Dan saya suka apa yang saya lihat dalam Chin Tong itu, seorang anak muda, bayanya cuma lebih beberapa tahun dari saya. Lepas tu saya lihat, wah, dia ada suara  dalam parti. Walau pun dalam usia muda, dia diberi peluang berkhidmat kepada rakyat, untuk meluahkan pendapat di hadapan pemimpin yang jauh lebih dewasa dan berpengalaman, tak ada kongkongan kepada anak muda yang ada intelek, yang ada idea.

Daripada persahabatan saya dengan Chin Tong, membuatkan saya ingin memilih sama ada DAP atau PKR. Di Shah Alam, saya jumpa Rafizi Ramli, kami bincang banyak hal. Mereka ini lebih kurang sama umur dengan saya, ada idea, ada peluang untuk bersuara dalam parti. Itu yang penting.

Saya ingat apa yang dikatakan oleh kawan bapa saya dulu bahawa dalam UMNO, anak muda bukan sahaja tak ada peluang untuk berkembang dalam parti, nak bersuara pun susah. Sayap pemuda dilayan seperti anak-anak kecil. Memang betul apa dia yang dia kata. Dalam Pakatan Rakyat. Anak muda ada banyak peluang untuk mengemukakan idea. Pernah saya jumpa seorang Ahli Parlimen UMNO yang berumur awal 40-an yang memberitahu saya, walau pun dia anak seorang pemimpin UMNO yang hebat dan dia sangat aktif di bahagiannya sejak muda, dia hanya diberi peluang setelah 15 tahun. Dia kata dalam UMNO, yang penting ialah hirarki. Parti itu tak pandang kebolehan atau kemahiran.

Jadi saya rasa dalam soal menarik anak muda, parti-parti Pakatan jauh lebih berjaya. Kerana itu saya memilih DAP. Bukan sahaja kerana peluang bersuara dan menyusun organisasi tetapi juga kerana ia lebih serasi dengan pendirian politik saya. Saya rasa ia bukan keputusan yang susah atau pun sukar untuk saya masuk DAP.

Sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, saudara juga berkampung di Pulau Pinang, selaras dengan jawatan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Apakah yang perubahan yang telah dan sedang berlaku di Pulau Pinang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?

Memang ada banyak perubahan. Bajet Pulau Pinang 2012 telah mengumumkan bahawa selepas tiga tahun setengah mentadbir Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri yang diwarisi dari BN, iaitu RM632 juta pada Mac 2008, sudah berjaya dikurangkan sehingga menjadi RM26 juta sahaja sekarang. Jadi ini pengurangan 95 peratus! Ini memang hebat jika dibandingkan dengan mana-mana negeri di Malaysia. Ada banyak program sosial yang kita buat di Pulau Pinang, membantu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan terdahulu.

Ini semua yang kita nampak. Yang kita tak nampak, dan yang paling penting dalam membawa perubahan, ialah cara berkerja dan etika kerja kebanyakan pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri. Merekca cukup puas hari dengan pentadboiran kita yang telah memberi peluang dan penghargaan kepada orang yang benar-benar berkerja keras dan berkebolehan.

Maksudnya berdasarkan merit?

Ya, berdasarkan merit. Kerajaan Pakatan telah melantik wanita sebagai Yang Dipertua majlis perbandaran yang pertama di Malaysia, Bukan seorang, malah dua! Kedua-dua majlis perbandaran di Pulau Pinang kini diterajui oleh wanita Melayu. Kenapa mereka dilantik? Sebab memang mereka berkebolehan, mereka rajin dan berupaya. Saya sendiri sudah banyak kali melihat mereka berada di pejabat pada hari Ahad. Itulah dedikasi kaum wanita.

Kalau ikut sistem BN dulu, mungkin mereka tak kan naik pangkat. Mungkin sebab mereka tak pandai bodek atau apa. Tapi bagi kita, bodek kita tolak. Kita lihat yang siapa yang bekerja dengan baik, itu yang dinaikkan pangkat, diberi kenaikan gaji dan sebagainya. Jadi kita menginstitusikan etika kerja yang efisyen.  Jadi bila kita kata kita mahu urus tadbir yang cekap, akauntabel, dan telus (CAT) memang kita mempraktikannya dalam sistem kerajaan negeri.

Sejak diperkenalkan sistem CAT, adakah terdapat rintangan daripada budaya kerja yang lama, jadi ada masalah tak?

Mula-mula memang ada. Saya difahamkan, apabila Pakatan mula mengambil alih, ramai kakitangan awam risau. Tapi setelah melihat urus tadbir yang diperkenalkan memberi banyak faedah kepada mereka, kesannya pentadbiran menjadi lancer. Kita lihat sebagai contoh, pekerja-pekerja am perbandaran seperti pencuci pencuci longkang yang sudah bertahun-tahun bekerja. Selepas tahun 2008, Pulau Pinang menjadi semakin bersih. Kenapa? Sebab kerajaan Pakatan bagi pengiktirafan, bagi ganjaran, sekarang mereka diberi elaun tambahan RM150.

Dan siapa yang bekerja dengan cemerlang, diberi pingat pula. Pencuci longkang pun dapat pingat daripada kerajaan negeri. Tak pernah terbayang! Jadi sebab itu, mereka boleh lihat sendiri, boleh rasa sendiri bahawa sesiapa yang mengamalkan budaya kerja yang bagus, etika kerja yang bagus, dia akan mendapat ganjaran dan penghargaan.

Mungkinkah model budaya kerja ini dapat dikembangkan kepada negeri-negeri lain?

Saya rasa memang itu matlamat kita, untuk membina satu model pentadbiran sebagai kerajaan contoh untuk rakyat Malaysia. Ini penting untuk meyakinkan rakyat bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah negara, inilah cara baru, budaya baru yang akan dilaksanakan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Saya rasa kalau kita bandingkan sekarang pun, kerajaan Pakatan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dalam Laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini, sudah terang bahawa semua kerajaan negeri Pakatan  menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada negeri-negeri BN.

Selangor contohnya telah berjaya menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM380 juta dan menaikan rizab negeri lebih RM1 bilion. Selangor memang negeri yang kaya dan patut pun ia kekayaan itu dikongsi bersama rakyat. Dulu zaman BN dibelanjawan digunakan dengan sewenang-wenangnya. Jadi di Pulau Pinang pun sama. Tiap tiap tahun kita ada lebihan belanjawan.

Baru-baru ini ada peimpin UMNO kutuk lebihan belanjawan kita, mereka kata kita tak berbelanja sebab itu terdapat lebihan. Sebenarnya bukan begitu. Memang kita berbelanja untuk kepentingan rakyat. Yang menjadi lebihan itu adalah kerana hasil telah kita tingkatkan. Hasil boleh ditingkatkan kerana tidak ada lagi kebocoran, ketirisan dan rasuah di Pulau Pinang.

Jadi sejak mengambil alih pentadbiran negeri, kita tak pernah ada defisit. Tak pernah ada hutang. Malah hutang lama RM630 juta dah dikurangkan menjadi RM29 juta.  Lihat masalah ekonomi dunia, ia disebakan masalah hutang. Di Eropah, Sepanyol,  Itali, Ireland, Portugal, semua macam nak bankrap kan? Greece sudah pun bankrap kerana terlalu banyak hutang.

Kalau kita tak jaga, nanti Malaysia juga akan bankrap. Sekarang ini hutang negara pun sudah RM456 billon sedangkan empat tahun dulu, hutang hanya RM207 bilion. Jadi sudah digandakan oleh kerajaan pusat BN. Urus tadbir PR pula, hutang dikurangkan. Jadi ini satu perbezaan besar untuk rakyat Malaysia. Jadi itu yang kita warwar kan. Itu menjadi tawaran kita kepada rakyat Malaysia.

Bagaimana penerimaan orang Melayu terhadap DAP sejak 2008?

Walau pun terdapat fitnah dari media seperti Utusan dan TV3 yang asyik memainkan laporan yang langsung tidak bertanggungjawab dan tidak berasas, seperti laporan baru-baru ini tentang anak Lim Guan Eng yang dituduh mencabul pelajar perempuan, ramai orang termasuk orang Melayu tahu itu cuma fitnah besar sesetengah pemimpin UMNO.

Yang sedihnya, walau pun bukti sudah dikeluarkan pelbagai pihak, guru besar, pengetua, Pengarah Pelajaran Negeri, pelajar perempuan yang terbabit sendiri, semuanya telah mengeluarkan kenyataan, telah menafikan berlakunya sesuatu kejadian tersebut, blog-blog UMNO dan akhbar mereka terus memainkan isu tersebut. Saya sedih kerana mereka ini yang mengaku juara kaum dan agama sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk itu.

Tiap-tiap hari kerajaan Pulau Pinang menjadi sasaran fitnah. Namun, walau pun berlaku fitnah-fitnah ini, saya rasa orang Melayu Pulau Pinang boleh melihat perbezaan yang berlaku sejak kita mengambil alih dan merasa nikmat program-program yang kita buat seperti menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Bajet kita telah mengumumkan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang akan mempunyai pendapatan kurang dari RM600 sebulan. Kalau masih ada, kita akan bantu secepat, kita bagi duit dan kita cari peluang pekerjaan atau apa-apa yang patut untuk meringkankan beban mereka. Itu matlamat kita. Sebelum 2015, kita nak hapuskan sama sekali kemiskinan. Kita berharap untuk menjadikan Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia yang mempunyai kemiskinan sifar. Dengan sokongan rakyat, kita yakin dapat mencapai cita-cita murni ini.

Bila Pakatan mengambil alih pentadbiran, kita menginstitusikan sistem tender terbuka. Kita laksanakan CAT. Bila kita buat, pemimpin UMNO kutuk kita, dia kata kalau tender terbuka, kontraktor Melayu akan hancur! Selepas tiga tahun kita melihat keputusannya, lebih 70 peratus kontrak secara open tender dimenangi orang Melayu. Malah, orang Melayu lagi suka sistem ini kerana mereka berupaya mendapat kontrak berdasarkan keupayaan mereka sendiri dan yang paling penting tidak perlu kabel atau apa-apa duit kopi. Ini dikatakan sendiri oleh presiden persatuan kontraktor Melayu Kelas F.

Sistem dulu, kalau nak projek, anda kena jumpa ketua bahagian UMNO. Kalau ada surat sokongan, memang tak kan dapat projek. Sekarang, bukan sahaja tak payah jumpa ketua bahagian UMNO, tak payah jumpa sesiapa pun sebab kita sediakan permohonan secara online. Kita buat e-procurement di laman web e-perolehan. Kalau dah pohon melalui komputer, macam mana nak rasuah? Memang orang bisnis suka, kontraktor suka sistem ini sebab tak perlu bayar orang tengah.

Dengan fitnah yang berlarutan, bagaimana boleh dicerahkan minda masyarakat tentang pembohongan yang bertalu-talu terhadap DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang?

Saya akui ini memang cabaran paling besar bagi kita. Hari-hari ada saja fitnah untuk menghentam DAP. Saya rasa ini memang 'information war' yang sukar untuk kita sebab semua media besar dikawal oleh BN. Bukan kita nak kuasai media juga. Kita cuma mahu media yang jujur dan adil sahaja. Tidak ada cara lain kecuali memilih jalan-jalan alternatif. Oleh itu kita harus mempertingkatkan kehadiran melalui media baru sebab walau pun BN  mengawal media seperti akhbar, TV dan radio, kita lihat golongan muda di Malaysia, dan dalam bercakap tentang masyarakat Melayu, lebih 75 peratus adalah di bawah umur 40 dan saya rasa golongan ini ada internet. Saya rasa saluran ini kita kena akses mereka sebab tak ada cara lain.

Lagi satu yang kita kena kekalkan ialah cara yang kita laksanakan tugas, iaitu cara CAT di semua peringkat, sama ada dalam kerajaan atau dalam parti, sebab kalau orang lihat kita buat dengan betul, tak rasuah, tak buat jahat, jaga rakyat, akhirnya orang akan lihat kebenaran. Saya lihat masyarakat Malaysia sudah tahu kerajaan BN ini begitu rakus kuasa, dan penyelewengan dan rasuah berleluasa itulah yang mengakibatkan tsunami politik 2008. Dan sampai sekarang mereka belum serik untuk mempermainkan rakyat.

Contoh yang paling baru ialah perhimpunan aman Bersih 2.0. Orang ramai dah tahu dan turun ke padang. Bersih 2.0, salah satu suksesnya ialah ia berjaya menarik minat orang muda  di internet, youtube, dan sebagainya. Jadi kita kena fokus kepada media baru sebab tak ada cara lain.

Pesanan saudara untuk orang muda?

Dalam konteks ini saya ingin merujuk kepada Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) di mana Mahkamah Rayuan telah mengatakan Seksyen 15 AUKU tidak sah kerana melanggar Perlembagaan. Ini bermaksud para pelajar universiti berhak aktif dalam politik. Pelajar berhak tentukan autonomi dalam kampus. Mahasiswa kita tidak patut dilayan seperti kanak-kanak sekolah rendah. Minda mereka harus bebas. Mengapa tak boleh? Apa salahnya? Saya bagi contoh, bapa saya dulu Menteri Pelajaran, masa itu tiada AUKU. Jadi setiap kali dia datang melawat kampus universiti, ada saja demonstrasi yang dianjurkan oleh mahasiswa tentah hak mereka dan hak rakyat. Yang paling kuat berdemo menentang bapa saya ialah Anwar Ibrahim! Tapi tak mengapa kerana itulah kebebasan yang harus ada kepada mahasiswa.

Tak pernah kerajaan zaman bapa saya dulu terfikir nak masukkan pemimpin pelajar ke dalam penjara, nak gubal undang undang yang menyekat para pelajar untuk akitf dalam politik, menarik kebebasan pelajar. Yang ini semua berlaku setelah bapa saya dipaksa untuk bersara. Saya harap anak muda tidak mudah putus asa untuk menuntut perubahan yang baik untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. – Roketkini.com

Re: Madrasah Salihiah

 
Konon 200 ahli Khariah Madrasah Salihiah.. takkan sorang pun takleh pi solat kat
Posted on Wednesday, December 28 @ 22:56:49 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

Artikel Blog Kedah La

Fakta penting pakat-pakat pikiag tengok:

*Waktu Maghrib, Isyak dan Subuh sekog pun tak pi solat kat surau tu. Mana dia kononnya 200 ahli jamaah yang bantah surau tu diroboh (untuk buat baru)

Zaman BN dulu depa roboh masjid Alog Malai untuk susun semula pembangunan kompleks Al-Bukhary yang di atasnya terletak Pasaraya Giant. Giant tu Ibrahim Ali (Melayu) punya ke?


*Mana lebih alim (berilmu).. Syeikh Mukhriz, Syeikh Bashah, Syeikh Sobri Sudin atau 10 ulamak Majlis Fatwa Negeri Kedah?


Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap 'biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.' Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi 'panas' kerana pihak pembangkang kini merasa 'terlebih pandai' dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Konon 200 ahli Khariah Madrasah Salihiah.. takkan sorang pun takleh pi solat kat surau tu waktu Maghrib, Isya dan Subuh?

 






 
 
 
 


 
2011/12/29 Azlisham Said <azlisham_said@jabil.com>

Thursday, December 29, 2011

Bila Mukhriz menari ikut Utusan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Dato' Mukhriz Tun Mahathir tidak perlu mengikut rentak tari mainan akhbar Utusan yang dilihat terus membina persepsi mengelirukan berhubung Madrasah Salihiah.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya menegaskan, asas kukuh berkaitan perkara itu telah pun diperjelaskan dan seharusnya Mukhriz tidak perlu mencari 'glamour' dengan menidakkannya.

"Kita nak ingatkan Mukhriz, dari segi hukum ia dilaksanakan setelah mendapat nasihat Majlis Fatwa Negeri. Ini bukan kerja menghancurkan macam Umno pernah buat. Berbeza dengan kerajaan pimpinan Umno yang pernah merobohkan surau dan masjid di beberapa tempat sebelum ini.

"Tetapi ini adalah pembangunan semula tapak berkenaan yang telah terbengkalai sekian lama. Sepatutnya Mukhriz kena rakam tahniah kerana dalam masa sama ruang solat dapat diperbesar dan diimarahkan. Amalan ini berlaku juga sepertimana pembesaran Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah," terangnya.

Ujar beliau, jika Umno selama ini mengaku jaguh soal pembangunan, sepatutnya Mukhriz menyahut pelawaan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bahawa kerajaan dan pembangkang sama-sama memerintah dengan turut serta menyokong usaha untuk masa hadapan itu.

Tegas Ahmad, Pemuda PAS Kedah menyokong usaha kerajaan negeri dalam menguruskan perkara itu dan berdiri teguh dengan kepimpinan Ustaz Azizan.

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak atas keputusan melupuskan pinjaman pelajaran bagi kes-kes terpilih.

1. DPPNK merasakan keputusan ini sangat bijak dan tepat serta kena kepada sasaran. Ia adalah satu bentuk tawaran tulen kepada golongan yang tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang tidak wajar. Kematian, penyakit kronik, gila dan tiada daya membayar adalah golongan-golongan yang ditimpa musibah. Mereka wajib dibantu.

2. DPPNK merasakan tindakan ini selaras dan merupakan bukti perlaksanaan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS serta komitmen penerusan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

3. Tindakan ini merupakan satu lonjakan positif bersifat jangka panjang dalam menjaga kebajikan rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan kos tinggi sara hidup. Ia bukanlah satu bentuk tindakan 'one off' yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat.

4. DPPNK merasakan dengan keupayaan kewangan terbatas serta hutang tinggalan Barisan Nasional yang bertimbun, penghapusan hutang kepada golongan terpilih adalah wajar sebagai permulaan.

5. Tindakan kerajaan negeri merupakan satu cara perkongsian hasil negeri dengan rakyat yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin lain.

6. DPPNK yakin keputusan ini adalah berita baik kepada seluruh penjamin yang terbeban sejak sekian lama. Keputusan ini sudah pasti melegakan penjamin seterusnya mereka akan memaksimumkan sumbangan untuk pembangunan negeri dalam bentuk yang lebih sesuai.

7. DPPNK juga berpendapat, Kerajaan Pusat yang mengutip hasil yang lebih banyak sepatutnya melaksanakan program ini di peringkat nasional. Adalah memalukan dengan segala hasil mahsul yang dijana daripada rakyat dengan begitu banyak, Kerajaan Pusat tidak berani bertindak seperti dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri.

DPPNK yakin dengan pengumuman serta tindakan Dato' Seri Diraja Menteri Besar dalam menyelesaikan masalah ini akan mendapat sokongan daripada rakyat. Ia adalah satu lagi pencapaian hebat Kerajaan Negeri Kedah. Tahniah!

"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua."


Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK

Tu dia aihh.. Tak yah pie LAS VEGAS... kot Malaysia pon dah belambak dah...

Tarian tiang unsur seks

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my
KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.


AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya.

Wednesday, December 28, 2011

Siapa Yang Jahil.....antara 10 pimpinan Majlis Fatwa Negeri Kedah dengan Otak Anak Mahadet Mat Basah & Zul Kulim..???

UMNO dakwa ulamak2 ni semua JAHIL.. Syeikh Mukhriz yang lebih ALIM dari depa ni semua

UMNO menempelak keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang telah membenarkan Bangunan Madrasah Salihiah, Kanchut dirobohkan mengikut kaedah Istibdal (ganti wakaf yang lebih besar manfaatnya). Kononnya Majlis fatwa telah dipaksa membuat keputusan mengikut kehendak Menteri Besar. Kononnya anggota majlis fatwa jahil, buat keputusan tak betul, tak takut akhirat... Betulkah?

Mai kita pakat tengok profail Anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah yang keputusan mereka dipertikaikan oleh UMNO dan rakan kongsi mereka Perkasa itu..


1. Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad (PENGERUSI)


Sarjana Muda di Nadwatul Ulama', Lucknow, India

Pada tahun 1980 beliau berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang Ilmu Hadis

Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana (M.A) peringkat mumtaz setelah menyampaikan tesis 1000 mukasurat yang menghuraikan dan mengkategorikan Sunan Baihaqi di bawah seliaan Prof. Dr. Muhammad Umar Hashim, Rector Al-Azhar.

Ahli Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa PERKIM Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah

Dekan Kulliyyah Usulluddin selama dua penggal iaitu selama 6 tahun

Tokoh Pendakwah Negeri Kedah sempena sambutan Maulidur Rasul. Anugerah itu telah disampaikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah semasa Majlis Pelancaran Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah pada 1 Mei 2004 bersamaan 12 Rabiulawal 1425.


2. Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (AHLI)


UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

UNIVERSITI AIN AS-SYAM, MESIR

YANG DIPERTUA MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

MUFTI NEGERI KEDAH

PENASIHAT LEMBAGA URUSAN DAN TABUNG HAJI
PENGURUSI LEMBAGA MA'HAD MAHMUD

AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH

PENGERUSI JAWATANKUASA SYARIAH KEDAH

3. Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR (IJAZAH SARJANA MUDA (BA) SYARIAH)

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (DIPLOMA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN DAN KEHAKIMAN)

PENGALAMAN KERJA

: GURU SANDARAN MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR

: PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM,

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

: KADI DAERAH PENDANG

: KADI DAERAH BANDAR BHARU

: PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH ALOR SETAR

: TIMBALAN KADI BESAR, KEDAH UTARA

: KETUA BAHAGIAN DAKWAH,

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

: YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

: KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH

: KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH (KONTRAK)

SUMBANGAN

1. PENASIHAT BADAN KEBAJIKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH

2. TIMB. PENGERUSI LEMBAGA MAKTAB MAHMUD

3. TIMB. YANG DIPERTUA PBMITT (CAW. KEDAH / PERLIS)

4. PENGURUSI PUSAT PENGAJIAN DARUS SALIHIN

5. YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH MENENGAH TUNKU MALIK, ALOR SETAR

6. PENGURUSI MA'HAD ADDINI, ALOR SETAR

7. AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)

8. AHLI JAWATANKUASA ZAKAT NEGERI KEDAH


4. Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (AHLI)

UNIVERSITI AIN SHAM, KAHERAH, MESIR (DIPLOMA PENDIDIKAN)

AHLI JAWATANKUASA MERANGKA PENUBUHAN AWAL MAAHAD TAHFIZ NEGERI KEDAH

AHLI JAWATANKUASA MERANGKA PENUBUHAN AWAL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AGAMA NEGERI KEDAH (INSANIAH

PENDAFTAR INSANIAH

SETIAUSAHA MAJLIS INSANIAH

PENGETUA MAAHAD AD-DINI


5. Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR (IJAZAH B.A SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG)

JAYYID (DIPLOMA PENDIDIKAN)


PENGALAMAN KERJA

1 : GURU PENOLONG KANAN DI KOLEJ ISLAM KELANG

2 : GURU PENOLONG DI SEK. MEN. KUALA PEGANG, BALING

3 : GURU PENOLONG DI SEK. MEN. SAINS, SG. PETANI

4 : PENASIHAT AGAMA DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

5 : PENOLONG KANAN DI SEK. MEN. KEB. AGAMA AL-MASHUR

6 : PENGETUA DI SEK. MEN. KEB. AGAMA KEDAH

7 : PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN GAYA KOTA KINABALU, SABAH

8 : GURU PENOLONG AL-MA'HAD MAHMUD, ALOR SETAR

HASIL KARYA:

BUKU HADIS DAN MUSTALAH HADIS UNTUK TINGKATAN 6 (KELUARAN DBP)


6. Dato' Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR

1-(B.A) AL-AZHAR -TAFSIR & ULUM AL-QURAN

2-DIPLOMA PENDIDIKAN AL-AZHAR


PENGALAMAN KERJA

PUSAT PENYELIDIKAN ISLAM JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR

MA'HAD MAHMUD ALOR SETAR






7. Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (AHLI)


UNIVERSITI EIN SHAMS, MESIR (DIPLOMA PENDIDIKAN)

UNIVERSITI AL-MALIK SAUD, RIYADH (SIJIL KURSUS: TA'LIM AL ARABIAH LIGHAIRI

AN-NATIQIN BIHA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI (SARJANA PENDIDIKAN (M.Ed))


PENGALAMAN KERJA:

GURU KOLEJ ISLAM KLANG, SELANGOR

PENSYARAH SAMBILAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM

GURU SEKOLAH MENENGAH KEB. AGAMA, KEDAH

TENAGA PENGAJAR (Pengajian Islan & Bahasa Arab) INSTITUT PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI UTARA (IPTURA) SIMPANG KUALA, ALOR SETAR


SUMBANGAN:

PENULIS BUKU TEKS BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5

PENULIS SKRIP TOPIK MUAMALAT BERSIRI UNTUK SIARAN TV MALAYSIA

JAWATANKUASA PENGGUBAL SUKATAN MATAPELAJARAN SYARIAH 1 STPM

AJK PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH AGAMA DAN SIJIL TINGGI AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

JAWATANKUASA PENGGUBAL SUKATAN BAHASA ARAB TINGGI SPM

PENCERAMAH KURSUS PENDEDAHAN PENGAJARAN BAHASA ARAB SPM KEPADA GURU-GURU BAHASA ARAB

KETUA KUMPULAN PEMERIKSA KERTAS SYARIAH 1 STPM

PENGGUBAL DAN PANEL SOALAN BAHASA ARAB SPM, LEMBAGA PEPERIKSAAN

PENYELARAS PEPERIKSAAN UJIAN LISAN SYAFAWI BAHASA ARAB STPM NEGERI SELANGOR, KEDAH DAN PULAU PINANG

JAWATANKUASA PENAPIS SOALAN PEPERIKSAAN SMRA DAN STA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

JAWATANKUASA PENAPIS SOALAN PEPERIKSAAN SYAHADAH NIHAIYYAH MAKTAB MAHMUD

PANEL PENGGUBAL SOALAN, PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN UJIAN LISAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


8. Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) Dalam Jurusan Syariah Sa Politik Islam / Ekonomi Islam,(Tajuk Tesis : Polisi Campur Tangan Kerajaan Islam Dalam Kegiatan Ekonomi)


PENGALAMAN KERJA

PENSYARAH, TIMBALAN DEKAN FAKULTI SYARIAH AKADEMI ISLAM DAN PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

PENSYARAH DAN KETUA JABATAN SYARIAH, INSTITUT PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN UGAMA ISLAM BRUNEI

PENSYARAH, PENGARAH, PENGARAH AKADEMIK KOLEJ ISLAM DARUL ULUM, POKOK SENA, KEDAH

PENSYARAH KANAN,KULIYYAH SYARIAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH DEKAN KULIYYAH SYARIAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

HASIL PENULISAN:

KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Nota Kuliah (200 halaman)
MATLAMAT ASASI PENUBUHAN SEBUAH NEGARA ISLAM Nota Kuliah, (180 halaman)
ZAKAT SEBAGAI YAYASAN JAMINAN SOSIAL Kertas Kerja Yang Dibentangkan di Seminar Zakat di Universiti Islam Negeri Acheh, 1986
KONSEP PERMODENAN MENURUT KACAMATA ISLAM Kertas Kerja Yang Dibincangkan di Seminar Pembangunan Islam Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur
KONSEP PEMILIKAN NEGARA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Seminar Fakulti Syariah, Universiti Malaya,1987
PENETAPAN HARGA BARANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Kertas Kerja Yang Dibincangkan Di Seminar Antarabangsa Anjuran UUM di Kaherah, 2009


9. Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR - IJAZAH SARJANA MUDA (SYARIAH)
UNIVERSITI MALAYA - IJAZAH SARJANA (SYARIAH) FIQH DAN USUL FIQH

PENGALAMAN KERJA:

GURU - MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR
PEGAWAI DAKWAH - BHG PENERANGAN DAN DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH
KETUA UNIT KARIAH - BHG DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH
PEGAWAI AGAMA DAERAH PENDANG, KEDAH
PEGAWAI AGAMA DAERAH PADANG TERAP, KEDAH
TIMBALAN MUFTI NEGERI KEDAH

HASIL PENULISAN:

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI KEDAH

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

BEBERAPA SIRI KHUTBAH JUMAAT - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH



10. Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (AHLI)


UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR - SARJANA MUDA (BA) SYARIAH


PENGALAMAN KERJA:

GURU SANDARAN - SEK. AGAMA TAUFIQIAH KHAIRIAH AL-HALIMAH, GUAR CHEMPEDAK

PENSYARAH - INSTITUT BAHASA ARAB (MINDA) SUNGAI PETANI

GURU MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR

GURU J-QAF - SEK. KEB. HAJI HASSAN ITAM,

PENOLONG PENSYARAH - KULIYYAH SYARIAH, KUIN (2010 HINGGA KINI)


HASIL PENULISAN

1 : HUSNUL IBANAH FI BAYAAN SYURUT MALABIS AL-MU'MINAH

2 : AL-KAULUL JALI FI DU'A AL-IMAM GHAZALI

3 : TASYWIK AL-MUSLIM ILA HUDHUR MAJALIS AL-ILMI

4 : PAKAIAN MUSLIMAH - TERBITAN JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH


11. Ustazah Faridah Bt. Hj Ahmad (SETIAUSAHA)

http://www.kedahla.blogspot.com/2011/12/umno-dakwa-ulamak2-ni-semua-jahil.html

Ahli Politik Khalwat - Kompom bukan PR...kalau PR dah 24jam dok canang dalam TV

Ahli politik ditangkap khalwat
Oleh : KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
Tarikh : December 28, 2011
Jaips

KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
"Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
"Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing," katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
"Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
"Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid," katanya.
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

BN hampir pasti hilang dua kerusi DUN... Sungai Tiang & Pedu

Oleh: Saiburi Sudin

SS ikut serta rombongan Menteri Besar dalam program bersama masyarakat Siam di Titi Akar, Pendang baru-baru ini. Hampir semua tok-tok sami penting Siam di kedah turun dalam program tersebut. Mereka sangat teruja dengan kehadiran seorang MB PAS yang masa BN dulu jarang depa dapat jumpa MB.

SS sempat bersembang dengan beberapa tokoh penting masyarakat Siam itu, hampir semua depa sependapat, selagu dan seirama. "Orang Siam tadak susah punya, sapa jadi kerajaan kami sokong." SS buat-buat tak faham, pi tanya pulak dengan sorang MKK Siam yang ada kat situ. Dia pun cakap benda yang sama tapi lebih jelas lagi, "Pilihanraya umum ni kita (PR) jangan takutlah orang Siam mesti bagi undi dekat Ustaz Azizan (PR) di DUN tapi Pusat (Parlimen) depa bagi kat Najib (BN). Perangai Siam memang macam tu, sapa jadi kerajaan depa sokong," cakap MKK tu terus terang.

SS tak mau syok sendiri dengan kenyataan tu tapi dari penelitian yang dibuat kenyataan tu memang ada asasnya sebab dekat Kelantan orang Siam bagi undi kat parti Tok Guru untuk DUN. Sebelum PRU12 lalu SS masih ingat, PAS jangan harap nak masuk kampung Siam. Semuanya dikuasai BN, bila PAS menang jadi kerajaan... Mat Sabu pun boleh ceramah dalam wat Siam.

Jika benarlah itu sikap masyarakat Siam di Kedah, maka BN hampir pasti akan hilang dua kerusi DUN yang masyarakat Siamnya sangat ramai iaitu Pedu dan Sungai Tiang. Jadi logiklah kalau Tok Det Khalid pun dah berkira nak cabut lari dari Pedu, nak ambik Parlimen pulak. SS dok nampak dah ketua pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham nak kena 'sembelih' kat Pedu.

Di Sungai Tiang pulak YB Suraya dok pekemaih barang nak angkat bungkuih. Dok cadang nak bagi Datuk Azmi Din SADA bertanding di situ. Kena 'sembelih'lah hang Midin woi kat Sungai Tiang.[KedahLa]

27 December 2011

Siapa yang ROBOH SURAU dan MASJID?


Umno Kedah menuduh kerajaan PAS Kedah hendak merobohkan surau di Kedah. Maka berduyun-duyunlah pimpinan Umno Kedah turun padang dan berlakon kononnya mereka juara Islam mahu mempertahankan surau Islahiah tersebut.

Sejak bila pula Umno pandai membela Surau dan Masjid sedangkan sebelum ini mereka pakar dalam meroboh dan menutup surau. Bahkan bukan surau sahaja mereka robohkan kuil pun mereka robohkan juga.

Sekarang ini (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim menjadi juara mempertahankan surau.


Tetapi ketika Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya dan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana pimpinan Umno termasuk Umno Kedah sunyi sepi.

Inilah sikap double standard dan talam dua muka Umno. Mereka mempertahankan surau bukan kerana agama tetapi kerana politik. Sedangkan Fatwa Majlis Agama Islam Kedah yang dikeluarkan membenarkan surau tersebut dirobohkan dan diganti dengan dengan kawasan baru dan surau baru.

Related Articles :

    Labels:
    Links to this post
    Print
    Untuk Print Artikel ini: Right mouse, open link in new tab/window
     

    Laporan Polis terhadap 'GOLONGAN' yang menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agung Malaysia..

    oleh KedahLa

    Dewan Pemuda PAS Alor Setar yang diketuai Ketuanya Mohd Azam Awang telah membuat laporan polis terhadap puak-puak yang derhaka kat Sultan dan menghina majlis fatwa Negeri Kedah.


    Berikut ini adalah salinan laporan tersebut:

    LAPORAN POLIS TERHADAP BBSMS

    Laporan polis ini dibuat kerana sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan himpunan pada 31 Disember 2011 di Madrasah Salihiah, Kanchut mulai 12 tengahari hingga 5 petang. Antara pengisiannya ialah bantahan terhadap usaha merobohkan madrasah wakaf bagi dibina surau baru oleh pihak pemaju.

    Saya sebagai rakyat negeri Kedah merasakan program tersebut mesti dihalang serta tidak diberikan kebenaran (permit) oleh pihak polis berdasarkan sebab-sebab berikut:

    1) Tindakan mereka adalah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan ISTIBDAL iaitu pindah wakaf bagi mendapat manfaat lebih besar. Kaedah tersebut yang diputuskan oleh Majlis Fatwa bagi mengizinkan madrasah tersebut dirobohkan dengan pampasan RM1.48 juta bagi mengadakan wakaf yang baharu, di samping pihak pemaju akan membina semula sebuah surau di lokasi yang sama dengan keluasan lebih besar. Sikap tidak menghormati keputusan majlis fatwa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam boleh mendorong kepada perpecahan ummah.

    2) Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong.

    3) Ahli-ahli majlis fatwa yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sohibul Samahah Syeikh Badaruddin Haji Ahmad adalah terdiri dari mereka yang alim (berilmu) di bidang keIslaman. Mereka terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor, Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh, Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof, Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir, Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim. Mereka telah berbahas dengan terperinci akan hukum hakam sebelum membuat keputusan. Dengan itu tindakan BBSMS menganggah keputusan ulamak yang berautoriti serta berwibawa dalam bidang tersebut boleh menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam.

    4) Madrasah Salihiah bukannya premis persendirian, ia berada di bawah Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah. BBSMS mestilah mendapat kebenaran dari MAIK sebelum mengadakan himpunan haram seumpama itu di premis tersebut.

    Dengan itu saya menggesa pihak yang bertanggungjawab:

    1) Menghalang program yang dicadangkan pada 31 Disember 2011, di Madrasah Salihiah, kanchut dari diadakan.

    2) Mengambil tindakan tegas terhadap BBSMS yang mengkucar-kacirkan serta mencelarukan pemikiran rakyat berhubung isu Madrasah Salihiah, Kanchut.


    Laporan polis oleh:

    MOHD AZAM BIN AWANG
    Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar.
    Bertarikh: 28 Disember 2011

    [18SX] : Blognovela Series (1) - Gila Janda Returned !

    Karya agung : albanjari

    Mat Tahir mesti ingat kisah mangkaq raya, 10 tahun yang sudah. Bukan setakat Mat Tahir, Si Asmad kelabu asap pun akan ingat. Mastura si janda top ! Hahaha..kan betul tu ! Wak dah agak. Gara-gara mabuk chatting di internet kan dah jadi haru biru 1 alam, nasib baik 1Malaysia belum ada lagi zaman tu. Kalau tak, dengan 1Malaysia sekali ribut. Siapa yg tak kenal Mastura ! Janda muda, ex-stewerdess tu ! Mana-mana yang selalu ambik morning flight dari Penang ke KL, mesti jumpa janda meletop ni ! Eh! camna wak leh tahu si Mastura ni janda ? Panjang ceritanyer beb ! Wak akan ceritakan kemudian.

    Zaman tu mana ada facebook beb!, myspace pun belum ada, tapi yg wak dok ingat, jika tahun 1996-2000, Warung Atuk chatroom, tu ler tempat lepak jejaka2 sepi lagi miang, dan awek biang. Macam-macam nick dapat kita tengok kat dalam tu, masuk ler wak..just try for fun kata org! Kat situ ler wak kenal lebih dekat dengan Mat Tahir, Asmad kelabu asap, dan janda top tu, si Mastura ! Fuh ! zaman giler berchatting beb ! dari lepas isyak sampai ayam berkokok masih keras duduk atas kerusi mengadap desktop menyental ayat dalam room tu. 7 hari seminggu. Punya ler hampeh ! Betul2 zaman mangkaq..spesis jakun internet.

    Sedangkan yg wak tahu, si Asmad kelabu asap dan Mat Tahir tu memang dah berbini dan beranak-anak. Tapi kalau bab mengayat, kalah si Rosyam Nor beb ! Ayat syahdu giler..! maka ramai ler awek biang termasuk janda2 sepi terpaut jiwa kat si Asmad ni. Konon kisahnya si Asmad ni paling hensemlah..antara yg ada ! Hensem mengayat, rupa belum tentu ! Tapi pasal ada awek dan janda dah 'gila' meroyan, jarum si Asmad jalan terus.

    Zaman tu zaman dial up beb, provider yg ada masa tu hanya TMnet dan Jaring jer ! 1515..tapi laju giler..kalau nak banding dgn broadband cap ayam awal2 itu hari, laju lagi 1515 tu, cuma kebarangkalian terdisconnected tu,kerap giler..! Apapun, apa pilihan yg ada..so telan ajerlah semua 'songeh' tu !

    Mastura ni wak kenal lama dah ! Sejak dia berlaki sampai ler dia jadi janda. Malah wak mula lebih mengenali Mastura melalui Warung Atuk tuh dgn lebih details. Jika sebelum ini, just hai..dan lalalala..ajer ! Jandanya Mastura tak sama dgn janda yg lain. Mastura ni, janda Pro beb! Tak sesia ilmu yg dia belajar masa jadi stewerdess tu hari. Mantap..dari cara jalan, makan, bersosial..kelass beb ! Tapi yg tak boleh tahan, Mastura ni memang dianugerahkan Tuhan dgn keseksian tahap maksima. Betis bunting padi, dada bidang tahap 34DD, bontot jgn tanya...memang spesis Mas Idayu. Bibir bak delima merekah.

    Itu pasal lah bila Mat Tahir tahu spec-spec yg wak berikan dalam chatroom tu tentang Mastura, dia jadi angau semacam. Langau hurung tahi pun tengok pening ! Antara Asmad dan Mat Tahir, masing-masing bersaing. Bersaing untuk merebut cinta si Mastura. Begitulah yg dikhabarkan kepada wak, kerana kedua-duanya memang suka bercerita tentang hubungan cinta gelap mereka di warung tersebut. Dan wak lah orang yg banyak menyimpan rahsia antara keduanya.

    Kerana Mastura, wak pun tetiba jadi popular kerana menjadi bahan rujukan Mat Tahir dan Asmad. Antara si Asmad dan Mat Tahir, Tahir lebih kehadapan, mungkin kerana kebetulan, isteri Tahir ketika itu memang tgh sarat mengandung 9 bulan, anak yg ke-4. Anaknya dah berderet tapi biang mengalahkan bujang Aduka.

    So, masa si Tahir lebih banyak bergerak solo, kerana tak di hurung bini, bini kat kampung beb ! Anak-anak pun begitu. Semua terlonggok kat kampung. Maka berleluasalah perangai biang si Tahir bila bini tiada di rumah. Berbeza dengan Asmad, masa untuk mengayat Mastura, hanya terbuka bila bininya dah masuk tidur. Selalunya Asmad hanya boleh online, antara jam 2 pagi keatas..itupun bergantung kepada situasi. Biarpun masa agak terhad, namun ayat power si Asmad sedikit sebanyak tetap menyentuh kalbu dan hati Mastura. Jantan experte katakan ! Walaupun ketika itu Asmad dah punya 2 anak.

    Oleh kerana, masa yg lebih terluang tanpa hurungan bini, maka peluang Tahir untuk lebih rapat bersama Mastura cukup luas terbentang, seluas peluang Zambri nak kena tibai dgn geng siak dan bilal masjid di Perak kerana tidak akur dgn janji yg pernah dibuatnya tentang elaun khas RM500 tu. Janji sebelum raya nak bagi, tapi barai.

    Kerana banyaknyer masa sengang, maka bertambah intim lah si Tahir ini melalui ayat-ayat cintanya yg jelas plastik. Kebetulan si janda tip top ni masih dalam keranda kesedihan setelah rumahtangganya runtuh setahun sebelum itu. Wah..kepada si Tahirlah segala duka lara dan nestapa dicurah dan dibisik saban masa. Kiranya saat itu si Tahir dah mula rasa dunia dia yg punya. Lebih-lebih lagi jika terlihat kelibat nick si Tahir, maka akan ada lahh..nicknyer si Mastura.

    Macam belangkas terlepas. Yang gilanyer..si Mastura juga tetap melayan cinta kalbu si Asmad. Double barrel betul si Mastura ni ! Wak sekadar geleng kepala. Dan drama tercela itu berterusan hampir 6 bulan lamanya, kesian bini si Tahir wak tengok. pasal masih bodoh tak tahu apa-apa akan cinta gelap si Tahir di internet. Dah adat bercinta, syaitan dan iblis sorak gembira. Dari berchatting di warung, dah mula mengatur janji untuk 1st. date. Adoii..bukan main lunak si Tahir bercerita kat wak ketika itu di warung, betapa tak sabarnyer dia nak berjumpa dgn Mastura, janda meletop di chatroom.

    Pada hari yg dijanjikan, dengan disaksikan pantai kotor Gurney Drive, 1st. date mereka berjalan penuh syahdu. Dengan mengerah segala pengalaman lalu, si Tahir menunjuk 'macho'. Si Mastura lemas dibaham angin bayu di pantai itu. Tanpa ada saksi bintang dan bulan, belangkas tak sedar diri itu mula meratipkan janji-janji mulus untuk hidup semati kononnya. Betullah..iblis betul-betul menjadi guider terhebat ketika dan saat itu. Lebih-lebih lagi umur si Tahir pun bukanlah tua sangat, baru cecah 28 tahun, dan Mastura 'boomm' tu pula ter'janda' muda di usia 25 tahun. Huh ! tengah gelora giler tu beb ! Dan dating gelap itu berterusan berlangsung penuh cemerlang.

    Setelah hampir 2 bulan berlalu, isteri si Tahir dah pun sihat dan habis dari pantang. Walaupun si Tahir ini perangainya begitu, namun bab bini 'awal'nya tetap tidak dipersia. Oi..bini 'awal' si Tahir ni pun bukannya hodoh, lawa beb ! Walaupun dah beranak 4. Kalau Tahir kata bini 'awal'nya ini tak 'best', jelas benar Tahir pembohong, iyerlah..4 org anak dlm masa 4 tahun beb! Pantang habis, berpantang, 'buat' ajer jadi..huh! Boleh fikirlah yer !

    Maka setelah bini 'awal' Tahir pulang ke rumah mereka, masa sengang Tahir tetiba jadi sangat limited. Di tambah lagi dengan karenah 'babe' baru, dan anak-anaknyer yang lain yg perlukan perhatian membuatkan masa Tahir kian menjadi sangat terbatas. Oleh kerana si Mastura ini perlukan lebih perhatian dan belaian dari insan lelaki..dan ketika itu pula hanya Tahirlah teman tapi mesra si Mastura, maka banyaklah adegan rajuk dan pujuk terpaksa dilayan.

    Kepala otak Tahir betul2 jadi kusut. Fikiran celaru, antara tanggungjawab bini yang halal, dan kekasih gelapnya, si Mastura ! Di sini wak lihat sudah ada sedikit terpancar ciri-ciri gagal si Tahir yg cuba mahu menunjuk 'hero' mengumpul lebih dari seorg bini ! Ceh..!!

    Sangkaan wak tersilap rupanya. Wak kira si Tahir sudah gagal terus. Rupanya tidak ! Akal iblis Tahir lebih 'advance'. Memang wak perasan bahawa Tahir jarang online utk berchatting seperti masa dulu-dulu. Jarang sangat. Mungkin kerana 'bini awal'nya sudah mula menghidu. Mungkin ? Yang jelas ada, hanya si Mastura dan si Asmad, makin rancak dan mesra lagaknya di chatroom. Gurau senda, usik berahi..komplet. Mungkin ini masa yg terbaik si Asmad mahu menunjuk 'hebat'nya kepada Mastura. Biarlah masa yg menunjukkan akhiran cerita. Drama mangkaq ini masih jauh untuk berakhir.

    Di petang itu, tiba-tiba si Tahir call wak. Ada cerita bagus katanya. Terasa ego sungguh Mat Tahir bercerita, sambil gelak2 syokk, Tahir bilang dia sekarang sedang bercuti bersama Mastura. Entah apa la bohong keji yg Tahir berikan kepada bini 'awal'nya di rumah. Rupanya mereka sedang syiokkk holiday di kota Genting, kota keriangan siang malam. Dalam kepala wak, dah mula terbayang perkara 'keji-meji' yang bakal berlaku. Yelah bapak budak anak 4 dgn janda berahi yg seksi giler. Fuhh !! Harap-harap si Tahir ini masih ingat anak bini dan keluarganya. Berbeza dengan Mastura, walaupun dia dah punya anak 2, tapi anak2nya dijaga oleh ibunya di kampung. Janda dah macam anak dara lagaknya. Bekas Pramugari plak tu..Fuhh ! wak pulak yg jadi tak keruan kalbu.

    Dan percutian gelap ini pasti tidak diketahui oleh si Asmad. Jantan tonggong yg tak puas dengan seorang bini. Wak dapat tahu, pasal di chatroom si Asmad bagitau, Mastura balik kampung jenguk anaknya. Adoi..hidup-hidup kena tipu dgn si janda, kesian Asmad ! Wak hanya dapat simpati dalam hati. 2 jantan berebutkan janda di chatroom. Wakakakaka..! masing-masing tunjuk hebat dan gaya. Sehingga dosa dan pahala dah tidak dikira, ikut suka nafsu depa saja.

    (*) Sedutan dari Siri 2 - Blognovela@ABO;
    'Mastura, kau dah giler ker, mana boleh perempuan kahwin 2 lelaki dalam 1 masa ? Sunnah mana yg kau pakai..haa ? Wak jadi emosi bila Mastura jawab begitu, samada dia mahu menguji wak atau betul-betul, wak kurang pasti, tapi wak serius inginkan jawapan dari dia. Mastura ketawa..ini dapat wak lihat dari ikon yg keluar di skrin. Ikon kepala bulat warna kuning dok ketawa. Cilakak !
    Tunggu esok untuk dipostingkan...lebih keras dan mengeraskan kalbu !