PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, December 31, 2010

Wajarkah Gaji guru sekolah agama rakyat hanya RM450 sebulan!

 

 

Gaji guru sekolah agama rakyat hanya RM450 sebulan!

PDF

Cetak

E-mail

 

  

 

PULAU PINANG, 3 Jun: Dilema yang dihadapi oleh guru-guru atau tenaga pengajar di sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh terus terpinggir tanpa ada mana-mana pihak yang benar-benar serius membela nasib mereka.

Dengan pendapatan antara RM450 hingga RM1000 sebulan di zaman serba mahal ini, mereka sebenarnya berada dalam dilema antara mahu mendidik anak bangsa mereka dengan ilmu agama dengan keperluan asas kehidupan mereka sendiri.

Dilema ini berlaku di seluruh negara. Mungkin berbeza dengan Kelantan kerana di sana ada badan khas iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menjaga kebajikan dan menguruskan kepentingan mereka.

Di Pulau Pinang, masalah ini terbiar sejak dahulu seolah-olah mereka boleh hidup pagi, petang dan malam dengan membaca ayat suci Al Quran sahaja.

Namun, amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul untuk mendidik dan memberi ilmu kepada anak-anak di teruskan walau dengan gaji yang tidak seberapa.

Tinjauan Harakahdaily ke Sekolah Agama Madrasah Nahdatul Islah, Kubang Semang, Bukit Mertajam baru-baru ini untuk melihat dari dekat masalah ini mengejutkan pihak kami.

Guru-guru di sini hanya menerima gaji RM450 sebulan dari Jakim di samping tambahan tidak sampai RM100 dari pihak sekolah hasil dari yuran pelajar di situ. 


Sekolah ini mempunyai hampir 100 orang pelajar berusia antara enam hingga dua belas tahun.

Mereka ditempatkan di enam buah kelas dengan pengawasan daripada lapan orang guru yang kebanyakannya mempunyai diploma dalam pelbagai bidang pendidikan agama.

Kelas bermula pada sesi petang antara jam 2.30 hingga 5.30 petang setiap hari  kecuali Sabtu dan Ahad. Antara penekanan mata pelajaran yang diberikan ialah al Quran, tauhid, fekah dan jawi. Kelas ini juga dikenali sebagai kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardu Ain.

Ustazah Nurulhuda Ismail (gambar) yang mempunyai Diploma Syariah memperolehi pendapatan sebanyak RM 450 setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan sumbangan berdasarkan kepada jumlah pelajar yang membayar yuran setiap bulan.

"Setiap bulan saya mampu mendapat sebanyak RM90 daripada pihak sekolah bagi jumlah pelajar yang belajar dalam kelas yang saya ajar."

Sementara itu Ustazah Mahfuzah Yusof yang mengajar KAFA selama 5 tahun di sekolah ini berkata, beliau memperolehi pendapatan daripada Jakim sebanyak RM450 sebulan. Manakala pihak sekolah pula memberikan sebanyak RM70 setiap bulan.

"Jumlah yang sekolah berikan kepada saya setiap bulan adalah tidak tetap namun begitu jumlah yang saya terima sebanyak RM70 ini adalah yang paling banyak. Ini berdasarkan kepada jumlah pelajar yang belajar di sekolah ini," kata Mahfuzah menceritakan nasibnya kepada Harakahdaily.

Ustazah Zahrah Zakaria yang telah mengajar sejak tahun 1993 lagi hanya memperolehi sebanyak RM300 sebulan. Manakala pihak sekolah pula memberikan sebanyak RM80 bergantung kepada jumlah pelajar yang ada.

"Dulu saya hanya mendapat sebanyak RM280 sahaja daripada pihak kerajaan. Tapi kini mendapat RM300. Namun begitu ini adalah khidmat saya kepada pihak sekolah yang begitu memerlukan tenaga pengajar dalam bidang agama.

"Dengan jumlah yang dibayar oleh pihak kerajaan, ia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan jumlah masa, pelajar dan komitmen yang diberikan oleh para guru bagi mendidik anak-anak,"katanya.

Ustaz Muhammad Najib Muhammed Khalid (gambar kiri) yang mengajar sejak tahun 2005 menyatakan beliau hanya mendapat sebanyak RM160 sebulan sebelum tahun 2009 dari pihak kerajaan.

"Pada bulan oktober 2009 sahaja saya mendapat kenaikan dengan bayaran sebanyak RM400 sebulan sehinggalah tahun 2010. Manakala pihak sekolah pula menyumbangkan sebanyak RM100 sebulan.

"Oleh kerana itu adalah menjadi harapan kami para guru KAFA supaya jumlah elaun yang diberikan kepada semua guru-guru KAFA dikaji semula dan diberi ganjaran yang setimpal bersesuaian dengan kos sara hidup pada waktu kini,"katanya.

Guru Besarnya, Ustaz Suhaimi Harun pula berkata setiap pelajar akan dikenakan yuran sebanyak RM10 setiap orang. Manakala sumbangan yang diterima dari pihak kerajaan adalah tidak tetap kerana ia berdasarkan kepada jumlah pelajar yang belajar di sesebuah sekolah.

"Pada tahun 2008 pihak sekolah menerima sebanyak RM3425 setahun dari pihak kerajaan negeri untuk pengurusan dan pembayaran kepada guru. Manakala pada tahun 2010 pula kita menerima sebanyak RM3450 yang mana jumlah ini juga adalah untuk gaji 7 orang guru dan pengurusan.

"Cuba kita darab dan bahagikan jumlah ini untuk setahun. Jumlah yang diterima amat sedikit.Sedangkan para guru perlu mengajar setiap hari walaupun hanya 3 jam yang diuntukkan oleh mereka," kata Ustaz Suhaimi kepada Harakahdaily.

 

(GambarUstaz Suhaimi, guru besar sekolah berdiri di depan bangunan baru sekolahnya.)

Bagi beliau, komitmen para guru sangat hargai kerana walaupun mendapat jumlah pendapatan yang tidak menentu dan sedikit mereka tetap komited untuk memberi didikan agama kepada anak-anak yang semakin meningkat.

Walaupun sedar mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mereka sendiri tetapi kesungguhan untuk memberikan didikan agama yang sesuai untuk anak-anak tidak pernah mereka ketepikan.


Tambahan lagi sejak kebelakangan ini kehendak dan minat ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama semakin tinggi.

Untuk itu, pihak sekolah telah merancang untuk membuat bangunan tambaha bagi menampung keperluan tersebut.

Untuk memenuhinya, mereka membuat permohonan ke merata tempat bagi menampung keperluan itu.

Sekolah ini masih lagi memerlukan sumbangan bagi membantu membangunkan sebuah bangunan baru untuk menempatkan hampir 100 pelajar yang sedang belajar di sini.

(GambarMasjid Lama Kubang Seman ini masih digunakan untuk kelas KAFA)

"Bangunan baru tiga tingkat bagi mendirikan sekolah ini sedang dalam proses pembinaan. Ia memerlukan sumbangan sebanyak RM130,000 yang masih kurang walaupun kita telah berjaya memperolehi sebanyak RM300,000.

"Oleh kerana itu sekiranya ada masyarakat yang ingin menyumbangkan bantuan, sumbangan wakaf atau infaq kepada pihak sekolah boleh memasukkan terus sumbangan mereka melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad, bernombor, 07016010051720,"tambah Ustaz Suhaimi lagi.

RM500 Pada Guru Kenapa Muhyiddin Melatah

Disember 26, 2010 ustazidrisahmad Tinggalkan komen

 

i

 

1 Votes

Quantcast


Parti Islam Semalaysia mengharapkan Timbalan Perdana Menteri jangan melatah tidak tentu fasal berkenaan dengan janji RM500 sebulan kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat. Pas merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri  mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

Iltizam Pakatan Rakyat  kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang. Pas mengharapkan Tan Seri Muhyiddin tolong perhatikan ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19/12/2010. Jangan terlalu gelabah sehingga terlalu emosi dalam membuat kenyataan. Selaku Timbalan Perdana Menteri beliau tentu lebih arif dalam hal kewangan negara dan bidang kuasa kuasa pendapatan negeri yang terlalu kecil, jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu. Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan. Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan. Pakatan berjanji pada guru-guru untuk peringkat awal, insyaAllah selepas ini semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga. Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.
Pas menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat , jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas. Guru bukan sahaja mengajar, malahan mereka juga sebagai kerani, bendahari, ambulan untuk hantar murid- sakit dan sebagainya. Sebab itulah Pakatan Rakyat beriltizam untuk membela guru-guru dahulu.

Categories: Pendidikan, Politik

Beri PR Perintah, Baru Buat Tuduhan

Disember 23, 2010 ustazidrisahmad Tinggalkan komen

  i

 

1 Votes

QuantcastPas menasihatkan pemimpin umno Bn supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Pas menasihatkan pemimpin umno Bn supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

 

Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah  takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali,  berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat. Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan. Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli. Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. Pas hendak mengigatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini. Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020.

 

 

 

 

 

 

 

 

SOKONG PAKATAN GAJI NAIK…..JOM CIKGU-CIKGU UBAH….ADA YANG MANDOM LAGI..

 

Perkara ke 5 dalam agenda Program 100 Hari Pakatan Rakyat ialah mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

 

Mengulas tentang perkara itu Muhyiddin berkata “Setiap guru RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion. Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, boleh jadi bankrap kita,”.

 

HABIS GAJI GAJI POLIS,TENTERA,JURURAWAT BOLEH NAIK????…TAK PAYAH MASUK UNIVERSITI PUN DAPAT NAIK SAMA MACAM BELAJAR MASUK UNIVERSITI? TAK PULAK MUHYIDDIN MERUNGUT, GAJI POLIS SELANG SETAHUN SAJA NAIK………

 

Nampak memang bodoh ulasan Muhyiddin itu tetapi Najib pula kelihatan menggelabah dengan perkara yang menyentuh gaji guru itu..

 

 

Biarpun sebelum itu Najib berkata pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat, tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka namun semalam Najib telah berjanji kepada Presiden Ceupacs untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.

 

Tapi kalau Pakatan tak keluarkan akan menaikkan gaji guru jika menguasai Putrajaya, korang rasa Najib akan menubuhkan Majlis Bersama Kebangsaan itu tak?

 

Biarpun begitu.. ini merupakan suatu yang baik buat guru-guru dan idea Pakatan juga jelas untuk membela nasib para guru dan ianya akan diciplak lagi oleh Najib..

 

ANAK SUNGAI DERHAKA

 

ajib janji tubuh majlis khas kaji isu guru, kata Cuepacs

 

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.

 

Cuepacs membawa syor itu sekitar 2002 tetapi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaporkan telah menolaknya.

 

Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu perwakilannya bahawa Najib menjanjikan penubuhan badan khas itu selepas merasmikan persidangan tritahunan badan induk kesatuan sektor tersebut semalam.

 

“Semasa sesi minum (selepas perasmian persidangan) Datuk Seri Najib (gambar) ada memberitahu bahawa satu badan perundingan akan ditubuhkan bagi mengatasi masalah dan isu-isu yang wujud dalam perkhidmatan perguruan.

 

“Perdana Menteri berkata beliau akan meminta JPA melihat perkara ini,” kata beliau ketika sesi perbahasan penyata tritahunan di sini.

 

Omar berkata Najib menjanjikan perkara itu memandangkan guru terdiri daripada satu pertiga tenaga kerja sektor awam peringkat persekutuan.

 

Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan, bilangan guru dianggarkan dalam lingkungan 438,000 daripada 1.2 juta kakitangan awam.

 

Malah terdapat 27 kesatuan dan persatuan yang mewakili kaum guru di seluruh negara kata Hashim ketika dihubungi The Malaysian Insider kemudian.

 

“Jika ada satu badan khas untuk membincangkan isu gred perkhidmatan dan saraan guru, ia satu perkara yang baik,” katanya.

 

Cuepacs mengadakan persidangan tiga tahun sekali selama tiga hari bermula semalam.

 

Persidangan hari ini tertumpu pada aspek pemilihan pucuk kepimpinan.

 

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin ketika ditemui berkata kemungkinan badan itu mirip Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membincangkan soal-soal berkaitan dengan skim perkhidmatan.

 

“Sebelum Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan (pada 1991), ada MBK khas untuk perkhidmatan guru, tetapi dimansuhkan selepas SSB dilaksanakan,” kata beliau.

 

“Saya fikir kerajaan akan wujudkan majlis macam itu… satu MBK khusus untuk guru,” kata beliau.

 

“Menurut apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, kerajaan akan timbang satu majlis perundingan seperti MBK, yang dikhususkan kepada perkhidmatan perguruan kerana guru mempunyai lebih banyak masalah,” kata beliau.

 

Sebelum SSB diperkenalkan lima MBK berfungsi sebagai saluran perbincangan dengan kerajaan iaitu masing-masing bagi perkhidmatan am, rendah, pelajaran, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

 

Ekoran pelaksanaan SSB, kelima-lima MBK itu disusun semula mengikuti kategori kumpulan pengurusan dan profesional, am sokongan dan sains dan teknologi.

 

“Kami anggap ini perkembangan positif,” kata Ahmad Shah yang juga setiausaha MBK Kumpulan Sains dan Teknologi.

 

Hashim juga bersetuju bahawa perkhidmatan perguruan yang terdiri daripada skop perkhidmatan berbeza memerlukan sebuah majlis khas untuk menyelesaikan masalah dan isu yang wujud.

 

“Sebenarnya kita ada banyak isu dan masalah, jadi untuk selesaikannya kami memerlukan satu badan khas, kami memerlukan satu mekanisme khusus,” kata beliau tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana majlis yang dimaksudkan akan berfungsi.

 

“Kami pun baru dengar, jadi kami tidak pasti mekanisme badan yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

 

NUTP juga merupakan salah satu kesatuan gabungan terbesar dalam Cuepacs.

 

Ia mempunyai 250 perwakilan dalam MBK dan 50 perwakilan dalam persidangan tritahunan Cuepacs

 

The Malaysian Insider

 

No comments: