PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, December 13, 2010

Siapa khianati bangsa?

 

Siapa khianati bangsa?

Labels: Najib, Rasuah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata:

"Siapa kata Felda bankrap...mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat" (lihat Malaysiakini hari ini "PM: Pihak tuduh Felda bankrap pengkhianat bangsa").

Mengapa "jangan sebut"? Felda bukan syarikat milik peribadi. Malah, kalau saya ada syarikat sekalipun, saya terpaksa bersikap telus tentang jumlah aset saya, sekurang-kurangnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Adakah Perdana Menteri bersetuju supaya "jangan sebut"? Kalau dia tak setuju, mengapa dia nyatakan perkara itu dalam ucapan terbuka sehingga memberi gambaran bahawa dia menyokong tindakan "jangan sebut" itu. Kalau dia setuju, adakah dia tak sedar bahawa Felda adalah perbadanan awam?
Felda mesti telus. There is no such thing as "jangan sebut".

Dan, tak bersikap telus bukankah lebih mengkhianati bangsa?

Saya percaya, pihak yang yakin dan mempunyai bukti, termasuk bukti yang telah diterima oleh mahkamah, bahawa para peneroka Felda ditipu dan ditindas akan meneruskan perjuangan mereka.

Bagi saya, kenyataan Najib menambahkan lagi ketidakyakinan saya kepada beliau dan Umno Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya.
Sebab itulah semalam, apabila saya terlihat tajuk muka depan Berita Harian, "Perang rasuah positif", saya tidak percaya.

Boleh jadi orang bertaraf rendah, miskin dan jongos seperti saya ramai yang diambil tindakan (memang saya miskin sehinggakan apabila anak saya, Muhammad Sadiq, 16, kembali ke sisi Allah s.w.t. Sabtu lalu, ada kawan-kawan yang berkata "Apa nak jadi dengan bakaq [maksudnya, macam mana saya nak uruskan pengkebumian anak saya]? Dia tu tinggal Allah dan Rasul ja [maksudnya tak dak duit]" . AlhamduliLlah, Allah mendorong ramai yang sudi memberi ihsan).

Boleh jadi juga orang yang hendak dimodelkan bagi menayang-nayangkan kononnya kerajaan sunguh-sungguh melawan rasuah, seperti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, didakwa di mahkamah.

Tetapi, bagaimana dengan kes-kes lain? Apabila bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendapat projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion di zaman Najib menjadi menterinya, adalah ia merupakan transaksi yang telus dan bersih? Di Dewan Rakyat, ketika perkara itu didedahkan, puak backbencher BN hanya sekadar menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan perkara yang sama ketika ia berkuasa. Tidak ada seorang pun yang Ahli Parlimen BN yang tampil membela Najib dari sebarang amalan buruk.

Kita lalu tertanya-tanya, adakah asal kepala Umno ja, mesti buruk kelaku?

Baru-baru ini, saya mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta.

Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS dahulu. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga mengakibatkan MAS rugi besar sehingga lebih dari RM8 bilion? Siapa di belakang dia?

Saya sebut dua contoh ja. Banyak lagi kes besar yang lain. PKFZ, pembelian Sukhoi dan Scorpene, pembantaian Wang Ihsan, senaraikanlah sendiri.

Sebab itulah saya tak percaya propaganda haprak kononnya perang ke atas rasuah dan penyelewengan kian positif. Adakah saya tak percaya kerana yang kononnya berperang itu Umno BN? Tidak. Bukan kerana itu. Bukan sama sekali. Kalau PAS atau parti lain yang buat, adakah saya percaya? Juga tidak. Tidak sama sekali.

Parti mana pun yang memerintah, selagi tak dilakukan institutional reforms ke atas kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan-badan seumpamanya, saya tak percaya. Selagi badan-badan yang dah lunyai sakan disalahgunakan tidak diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen, parti mana memerintah pun saya tak percaya.

Marilah kita bercakap tentang kepentingan rakyat dan kepentingan anak cucu kita yang akan tinggal dalam negara ini. Tak payahlah nak cerita mana-mana parti macam bagus sangat. Semuanya, terutama Umno BN, adalah mudharat kepada rakyat. Kalau terpaksa memilih, kita hanya boleh memilih mudharat yang kita yakin paling ringan. Setakat itu ja pilihan yang ada.

 

 

 

8:27 PM (22 minutes ago)

Susupan Malam

 

from MSO Melayu

Bolehkah Dipercayai Pendedahan Wikileaks?

PENDEDAHAN laman bebas Wikileaks mengenai isu politik Malaysia khasnya pembabitan baka Perdana Menteri ke 7, Anwar Ibrahim dalam isu liwat jangan mudah ghairah untuk mempercayainya. Pendedahan laman itu yang memetik beberapa pegawai Singapura mempercayai apa yang didedahkan itu boleh jadi satu perangkap kepada politik negara ini sendiri.

Tidak mustahil juga pendedahan itu satu konpirasi melibatkan pembayaran wang beratus juta ringgit. Ingat, manusia sanggup melakukan apa saja bila sudah terdesak dan demi mempertahankan kekuasaan.

Mungkin pihak UBN merasa senang dengan pendedahan laman berkenaan. Blog blog tajaan UBN akan memperdagangkan hal itu segila-gilanya. Mereka boleh menguatkan lagi hujah untuk memburukkan Anwar yang kini dijalan dengan pelbagai cara. Media UBN telah memungguh semua sampah sarap dan pemuda sepak kertas untuk menimbus dan membusukkan Anwar.

Kalaulah semut ataupun burung dapat bercakap memburukkan Anwar, pasti media masa akan menyedut dan menggunakan pakai cakap mereka. Semua manusia telah digunakan media pro UBN untuk memburukkan Anwar. Namun hasilnya nampak masih belum sampai kemuncak.

Mungkin ada rancangan media Malaysia untuk menterjemahkan kicauan burung ataupun kokok ayam, atau katak bagi mengukuhkan tuduhan ke atas Anwar. Tidak mustahil akan keluar dalam akhbar atau tv, ayam atau burung atau katak akan dipetik kenyataannya yang memburukkan Anwar.

Kenapa saya melarang agar jangan ghairah dengan pendedahan Wikileaks itu? Apakah Wikileaks selamanya akan memburukkan peribadi Anwar? Belum tentu! Iya sebuah laman bebas yang menyaring 250,000 kebel diplomatik Amerika Syarikat. Gambaran diberikan bahawa laman berkenaan profesional dan mengetahui segalanya. Dan kenapa pula kita mudah akur dan tunduk kepada badan-badan bebas yang penuh propaganda seperti Wikileaks itu?

Ingat juga pada mulanya ia dijalankan secara percuma. Tetapi bila ia sudah menjadi perhatian dunia, laman itu akan berharga berbillion ringgit. Sesiapa yang ingin mendedahkan sesuatu untuk kepentingan politik akan sedia membayar laman berkenaan.
Dalam politik hari ini hanya mereka mempunyai wang saja mampu berada di atas dan memegang kuasa.

Pada saya kemunculan Wikileaks adalah strategi musuh Islam. Ia bukan saja musuh negara ini tetapi Islam seluruhnya. Kalau dari sisi lain dengan pendedahan laman bebas itu ia memberi gambaran Amerika itu sendiri mengetahui luar dan dalam sesebuah negara dan juga individu di mana-mana saja. Dalam erti kata lain Wikileaks dan Amerika terus menjalani propaganda dan perang saraf mereka bagi melemahkan negara dan kuasa lain. Mereka nampak bergaduh tetapi hakikatnya mereka bersekongkol untuk mengugut dunia.

Bagi mereka yang ghairah menerima pendedahan laman berkenaan harus berhati-hati dan waspada. Jangan ghairah sangat. Saya bimbang ia akan terbalik kod (istidraj) nanti. Apa kata kalau selepas ini Wikileaks atau laman-laman blog dunia yang lain mendedahakan pula apa yang berlaku ke atas jisu-isu lain termasuk pembunuhan wanita Mongolia yang dibunuh kejam di hutan simpan di negara ini dua tahun lepas itu? Apakah kita boleh menolaknya begitu saja?

Dengan mempercayai Amerika mengetahui setiap apa yang berlaku dalam seluar kita, termasuk juga dalam seluar dalam isteri kita, kita percaya kes pembunuh Altantuya juga berada dalam kabel diplomatiknya. Bila-bila masa ia akan terbongkar. Apakah selepas Wikileaks mendedahkan jenayah itu nanti kita akan memperacayanya? Amerika hanya menanti masa saja untuk mendedah apa-apa rahsia kita kalau kita tidak sedia mengikut telunjuknya.

Kalau misalnya dalam pendedahan itu (pembubunah Altantuya) ia membabitkan pemimpin negara yang berkuasa sekarang ini, apakah kita akan mempercayainya. Atau kita akan menganggap pendedahan itu satu fitnah pula? Hendaknya jangan ada sikap double standard dalam menerima pendedahan Wikileaks ataupun maklumat yang dimiliki oleh Amerika ini. Kalau hari ini kita percaya maka esok juga kita kena percaya apa yang akan didedahkan. Jangan... kalau ia dedah mengenai keburukan oposisi kita mudah menerimanya dan kalau ia mendedah kelakuan pemimpin pemerintah kita buat-buat buta untuk melihatnya.

Dalam tilikan saya pendedahan penglibatan Anwar dalam isu liwat semacam ada urusan jual beli dan strategi lebih lanjut. Ia melibatkan kewangan yang besar. Tunggulah..

Jadi semua pihak hendaklah tidak mudah mempercayai pendedahan Wikileaks itu dan anggaplah ia hanya permainan kuasa dunia yang ingin mencaturkan politik dunia saja. Kita boleh akui dunia luar itu lebih maju dan moden daripada kita, tetapi kita tidak dapat merasakan apakah nawaitu mereka ke atas kita benar atau tidak. Saya yakin selamanya Amerika akan memperkudakan kita. Maka semua pihak perlu berhati-hati jangan sampai menggit jari tertelan air liur. Kita jangan kehilangan banyak orang yang berpotensi untuk jadi pemimpin. [wm.kl. 8:00 pm 12/12/10]

 

 

 

 

4:14 PM (3 hours ago)

Sensasi: Gara-Gara Iringi Neneknya Menunaikan Fardhu Haji Haji Di Tanah Suci Mekah, Apakah Si Saiful Boleh Mengatakan Dia Di Pihak Yang Benar

 

from Pahang Daily Online

Berita sensasi yang kini dipaparkan di laman blog pro UMNO pastinya berkenaan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dikatakan menunaikan fardhu haji ke Mekah baru-baru ini. Ramai yang terkejut dengan perkembangan terbaru ini. Sesungguhnya cerita ini kini menjadi hiasan mereka untuk membuktikan bahawa Saiful Bukhari berada di pihak yang benar hanya kerana beliau berani menunaikan haji. Soalnya sekarang, apakah rakyat boleh menerima kenyataan ini. Benarkah mereka yang pergi haji bersih dari segalanya?. Sedangkan selama ini kita selalu mendengar mereka yang banyak dosa akan dibalas "tunai" oleh Allah SWT ketika mula-mula menjejakkan kakinya ke Tanah Suci. Namun, kenapa itu tidak berlaku kepada Saiful?. Malah, beliau juga khabarnya telah berada betul-betul hampir dengan kaabah. Andainya beliau berdosa, kenapa beliau tidak ditimpa bala?. Inilah yang dihujjahkan oleh puak-puak mereka sekarang. Malah, mereka juga menempelak kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bersalah dalam kes "liwat II" itu dek kerana beliau tidak berani bersumpah laknat dan kini menunaikan fardhu haji macam Saiful. Sebaliknya Anwar lebih berminat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Syariah supaya Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi yang sah.


Pergi Haji, Apakah Maknanya Di Pihak Yang Benar

Benarkah Saiful juga ada membuat pengakuan beliau memang benar diliwat ketika di depan Kaabah seperti yang didedahkan mereka?. Saiful dikatakan telah mengaku dia memang diliwat kepada rombongan jemaah haji dari negeri Johor. Sudah tentu ada antara mereka yang mengenali beliau selepas membuat pengakuan itu, tambahan kesnya sedang dibicarakan di mahkamah sekarang ini. Kononnya, dek kerana ragu-ragu dengan pelbagai cerita fasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, maka ada diantara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu. Saiful dikatakan menjawab soalan itu dengan mengatakan beliau memang telah diliwat oleh Anwar. Bagi sestengah pihak pengakuan Saiful ini bukanlah sesuatu benda yang pelik dan sesuatu yang baru, tetapi bila diambilkira ia dibuat di Tanah Suci Mekah ketika beliau mengerjakan rukun Islam ke lima itu. Maka kononnya amatlah mustahil segala apa yang menimpanya adalah rekaan semata-mata dan dibayar oleh pihak tertentu sebagai agenda untuk menjatuhkan Anwar. Alasanyan, ramai umat Islam percaya kononnya mereka yang menunaikan haji atau berada di Mekah tidak boleh bercakap sembarangan apatah lagi bercakap bohong. Inilah hujjah-hujjah yang dimainkan oleh puak-puak mereka bagi membuktikan Saiful "bercakap benar". Jika inilah alasannya, sungguh mudah untuk kita membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang bersalah dalam kes-kes yang lain. Tunaikan haji atau berada di Mekah tidak bermakna seseorang itu benar belaka. Malah, di Mekah sendiri pun ramai umat Islam terutamannya dari negara-negara miskin yang datang ke situ bertujuan untuk mencuri dan sebagainya. Malah, mereka tergamak mencuri di kawasan masjidil haram itu sendiri sebenarnya. Maka, kenapa Allah tidak menurunkan bala kepada mereka jika berpandukan kepada hujjah-hujjah itu tadi?. Malah, jika itu alasannya maka tidak perlulah kes berkenaan dibicarakan di mahkamah seperti apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Cakap Saiful Dan Majlis Fatwa, Mana Satu benar?


Kebenaran tetap kebenaran dan kesalahan tetap satu kesalahan. Namun, Islam juga menuntut keadilan sebenarnya. Sebab itu dalam Islam andai seseorang itu menuduh sesuatu kesalahan seperti liwat, zina dan sebagainya, maka mereka perlu mengemukakan empat orang saksi yang sah dan tidak diragui. Malah dalam kes sumpah laknat pula, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Kuala Trengganu sebelum itu sudah memutuskan bahawa sumpah laknat hanya boleh dilakukan selepas kes mahkamah selesai. Malah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu Zahid Hamidi (foto) mengakui perkara itu. Bukan Zahid adalah pemimpin UMNO dan beliau bercakap berasaskan kepada keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa. Makanya, cakap siapakah yang harus didengar sekarang ini sama ada cakap beberapa kerat penyokong Saiful Bukhari dan UMNO atau pun Majlis Fatwa Kebangsaan agaknya Justeru itu, tidak timbul soal Saiful berani bersumpah dan berani pergi haji maka dia tidak melakukan kesalahan. Banyak benda yang dipersoalkan sebenarnya. Antaranya, kenapa Saiful tidak menghebohkan soal pemergiannya ke Tanah Suci kepada media atau di dalam blognya?. Kenapa selepas pergi ke sana baru perkara ini dihebohkan?. Malah, persoalan juga timbul pada gambar beliau dan neneknya yang telah pun disiarkan dalam laman blog peribadi beliau.


Bukti, inilah gambar wanita yang dikata neneknya di"blur"kan itu

Gambar neneknya sengaja di"blur"kan (bulatan kuning) supaya tidak nampak jelas wajah sebenar neneknya itu. Kenapakah ini berlaku?. Apakah Saiful takut neneknya dikenali kerana ramai yang mempunyai gambar asal neneknya itu sebenarnya (akan kami dedahkan). Benarkah wanita yang ditolak atas kerusi roda itu adalah nenek Saiful atau sesiapa sahaja yang dipinjam sekejap untuk tujuan bergambar?. Persoalan juga boleh timbul tentang kenapa Saiful begitu cepat dapat pergi menunaikan fardhu haji ke Mekah. Siapa yang menguruskannya dan siapa pula yang membiayainya?. Sedangkan orang lain menunggu masa yang lama untuk berbuat demikian tiba-tiba Saiful begitu mudah pergi haji dengan pakej Muassasah Tabung Haji. Kuota siapa yang digunakan agaknya. Apakah Saiful boleh dengan mudah masuk nama seperti dia masuk ke rumah PM Najib Razak ketika mengadu diliwat Anwar dulu atau sebaliknya?. Semua ini memusykilkan kita sebenarnya. Malah, ramai juga yang terkejut kenapa Saiful mengikut kumpulan rombongan haji dari negeri Johor dan bukan negeri lain?. Apakah kerana negeri Johor (karat biru dacing) dan yang pergi majoritinya ahli-ahli UMNO maka nama Saiful dimasukkan. Apakah Saiful benar-benar pergi tunaikan fardhu haji seperti yang diperkatakan atau sekadar mengiringi neneknya sahaja. Inilah yang menjadi persoalan!.

Popout

Bukti video kenyataan oleh Zahid Hamid tentang isu sumpah mubahalah

[Jika sekadar mengiringi, maka kenapakah awal-awal lagi tidak dihebohkan dalam blognya itu?. Apakah Saiful takut berhadapan dengan ribuan jemaah haji Malaysia ketika beliau mengerjakan ibadat tersebut di sana?. Lantaran itu beliau pergi secara rahsia dengan tujuan untuk membuat promosi dan menaikkan imej Islam pada dirinya. Masuk kali ini, sudah beberapa kali beliau menghebahkan perkara sebegini termasuk sumpah laknat, solat tarawih, hitamkan dahinya dan kini tunaikan haji. Apakah rakyat boleh begitu mudah mempercayai adengan ini semata-mata mahu mempercayai yang beliau memang dipihak yang benar. Apapun, rakyat dan umat Islam boleh menilai apa yang berlaku ini dengan menggunakan akal fikiran mereka sendiri. Usahlah sebegitu mudah percaya dengan permainan agama untuk memastikan berada di pihak yang benar. Hari ini, ramai golongan agama yang terlibat dengan aktiviti masksiat dan melanggar undang-undang agama itu sendiri. Termasuk terbaru kes yang berlaku kepada pegawai kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah ditangkap khalwat di sebuah hotel dekat Kuantan bari-baru ini. Isu ini sedang kami bongkarkan dan pendedahan eksklusif siapakah yang terbabit akan dibuat dalam masa terdekat ini].

http://www.pahangdaily.co.cc

 

 

 

No comments: