PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, December 30, 2010

RE: Ini baru hebat .... 1Malaysia Wadah Perpaduan?CEO Syabas gaji RM 425,000 sebulan?

1Malaysia Wadah Perpaduan?

via Anwar Ibrahim by Anwar Ibrahim on 12/26/10

 

Dari Malaysiakini
Oleh Faekah Husin

Kenyataan perdana menteri bahawa slogan 1Malaysia bukan alat propaganda politik BN tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati.

Sebaiknya Datuk Seri Najib Razak mengarahkan syarikat yang membolot kontrak mencetak kain rentang dan banting slogan ini menarik balik semula kain rentang dan banting yang telah mereka cetak dan pasang.

Jika tidak, ia akan menunjukkan Najib menipu dalam terang. Rakyat melihat dengan jelas bagaimana lambang BN terpapar pada setiap banting yang dipasang.
Gambar PM yang jauh lebih besar dari jalur gemilang juga menjengkelkan mata. Nasihat saya baik tarik semula sebelum diketawakan anak-anak.

Apapun, isu yang lebih penting yang PM atau TPM harus jelaskan kepada rakyat ialah; jika benar ia adalah alat penyatuan dan bukan propaganda Umno-BN mengapa perkara ini tidak pernah dibincang dan dibahaskan dalam parlimen?

Mencecah RM100 juta

Mengapa ia tidak dimasukkan di dalam bajet negara sedangkan bayaran bagi menghasilkan slogan “indah” ini mencecah RM100 juta.

Mengapa hanya setelah ketua pembangkang membangkitkan perkara ini dengan kaitan kepada penglibatan Apco barulah parlimen membahaskannya? Itupun bukan untuk membahaskan kewujudannya, bayaran ke atasnya, mahupun matlamat mewujudkannya tetapi mahu menghukum ketua pembangkang kerana mengetengahkannya.

Sebarang perkara untuk kebaikan rakyat majmuk di negara ini khusus perpaduan, pasti mendapat sokongan hatta dari ahli parlimen pembangkang.

Namun persoalannya, ini tidak di lakukan dan seluruh proses kewujudan 1Malaysia ini cuba dirahsiakan. Ini jelas kelihatan apabila akhirnya minggu lalu ketua pembangkang dan tiga ahli parlimen digantung tanpa diberi hak membela diri.

Pada saya, untuk menerima slogan ini sebagai slogan penyatuan memang jauh dan tidak sama sekali. Ia lebih kepada simbol politik Umno-BN yang telah membunuh kesucian parlimen; institusi tertinggi Negara. Sekali gus ia telah menjadikan hari hitam kepada parlimen dan amalan demokrasi yang selama ini dikatakan diamalkan di negara ini.

2Malaysia

Tambahan pula, ternyata rata-rata rakyat Malaysia tidak menikmati 1Malaysia, tetapi 2Malaysia yang penuh dwi standard. Satu untuk Malaysia Umno-BN dan satu untuk Malaysia rakyat marhain.

Apa erti 1Malaysia apabila kroni Umno-BN seperti Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas yang menyebabkan kerugian syarikat sehingga berhutang RM2.9 billion tetapi menerima gaji RM 425,000 sebulan?

Apa erti 1Malaysia apabila kerajaan BN membelanjakan duit rakyat RM320 juta memberi pinjaman mudah kepada Syabas?

Adakah 1Malaysia jika bekas pemimpin Umno boleh bercuti ke Disneyland dengan membelanja duit rakyat? Atau adakah 1Malaysia namanya apabila pemimpin mendapat komisyen RM534 juta untuk pembelian kapal selam? Atau mungkin inilah 1Malaysia apabila rakyat kerugian RM12 billion akibat skandal PKFZ !

Sebaliknya, sejak mendapat ilham “penyatuan” 1Malaysia ini, terdapat rakyat Malaysia dari golongan marhain yang terpaksa memikul beban ekonomi yang kian berat akibat keputusan kerajaan Umno-BN menaikkan harga petrol, bil elektrik, gula, dan barang-barang keperluan asas lainnya.

Laga-lagakan kaum

Kita pelik dengan sikap ambil mudah PM yang merasakan rakyat boleh diperdaya melalui satu slogan. Sepanjang 50 tahun memerintah, Umno-BN tidak pernah berhenti melaga-lagakan kaum dan agama. Akibatnya, syak wasangka kian menebal. Isu perarakan kepala lembu, kepala babi dan pembakaran surau berlaku selepas 1Malaysia.

Apabila sesuatu dilakukan tanpa niat yang ikhlas maka perlaksanaannya pasti pincang. Logo 1Malaysia bertembung dengan jalur gemilang. PM menjerit “1Malaysia”, TPM melaungkan “Melayu Dahulu”.

Presiden Umno menjunjung 1Malaysia, naib presiden Umno menjulang keris bertempek “Ketuanan Melayu”. Hakikatnya kerana tidak ikhlas, berkata tidak sekata, melangkah pula, mengorak langkah sumbang.

Rakyat terutama di Selangor telah bersatu padu khususnya selepas Mac 2008 yang lalu. Slogan dalam apa bunyi sekalipun tidak memberi makna kepada kami, jauh sekali berasa takut.

Sebaliknya, sumber-sumber kerajaan negeri akan ditujukan sepenuhnya untuk menyemai nilai-nilai muhibbah yang jitu, membanteras segala unsur rasuah dan menegakkan keadilan atas prinsip 1Undang-undang Untuk Seluruh Rakyat.

Penulis adalah setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor

 

 

Muka Depan  Artikel M@rhaen  Suami bersama Puteri Umno, isteri lapor polis

Suami bersama Puteri Umno, isteri lapor polis

Rabu, 29 Disember 2010 06:55 Pria Malaya   

Bukanlah menjadi rahsia lagi kisah Puteri Umno yang dijadikan tayar 'spare'. Demi mengejar glamour dan kemewahan hidup, ramai anggota Puteri Umno rela diperlakukan apa saja oleh mereka yang mempunyai pengaruh dan kuasa dalam hierarki umno. Malah wujud pendedahan bagaimana seorang Ketua Puteri umno sebuah negeri berjaya mengumpul harta jutaan Ringgit melalui hubungannya dengan seorang pembesar umno negeri.Akibatnya, ramai isteri yang hanya memendam rasa kerana lebih mengutamakan menjaga aib si suami dan memelihara agar rumahtangga tidak berantakan. Namun sampai bila mereka sanggup menahan perasaan dan terus bersabar sekiranya kedudukan isteri pertama seolah-olah sudah bertukar menjadi 'tayar simpanan'? Pria Malaya ada kisah yang menarik mengenai isu ini.. Suri rumah dakwa diganggu Puteri Umno

TEMERLOH: Setelah tidak tahan lagi hidup dalam kesusahan angkara suaminya tidak pulang ke rumah selama lima bulan gara-gara mempunyai hubungan dengan seorang anggota Puteri Umno, seorang suri rumah akhirnya membuat laporan polis.Edah Abdul Rahim, 38, dari Kampung Paya Batu dekat sini, dalam laporannya mendakwa rumah tangganya menjadi porak peranda dan mereka anak beranak hidup terhimpit akibat perhubungan suaminya dengan Puteri Umno berkenaan.Dalam salinan laporan polis yang difakskan ke pejabat harakahdaily antara lain menyebut, semenjak dua tahun yang lepas sehingga ke hari ini Puteri Umno itu tidak henti-henti menggangu rumah tangganya.Malah suri rumah tersebut mendakwa hampir setiap malam puteri Umno itu menalipon suaminya untuk diajak keluar kononnya atas urusan perniagaan.“Disebabkan Puteri Umno itu saya dan keluarga saya tidak lagi mendapat apa-apa perlindungan dari segi pakaian, kemudahan pembelajaran anak-anak dan suami saya hampir 5 bulan tidak balik ke rumah.“Saya juga pernah beberapa kali berjumpa dengan Puteri Umno itu dan menasihati beliau supaya jangan mengganggu hidup saya dan anak-anak tetapi beliau menafikannya. Saya juga pernah terserempak dengan beliau bersama suami saya pada jam 9.00 malam di sebuah Taman dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ke balai polis.”Dalam laporan berkenaan Edah turut memberitahu telah beberapa kali merujuk perkara ini kepada Ketua Bahagian Umno, Ahli Parlimen dan pejabat JASA namun sehingga kini beliau mendakwa tiada sebarang tindakan diambil.Edah yang berasal dari Chenor, Maran telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya selama 20 tahun dan dikurniakan empat orang anak.(Gambar Hiasan: Puteri Umno cukup sinonim dengan 3 G, Gempal, Gemuk dan 'GEDIK'..bukan penulis yg kata, tetapi perwakilan Umno yg megakuinya sendiri..klik di SINI..penulis tambah satu G, 'Gatal'!...)Difahamkan, Puteri Umno berkenaan masih mempunyai suami dan borkongsi perniagaan membuat kontrak dengan suami Edah bertindak sebagai pelobi bagi mendapatkan pekerjaan.Sementara itu Majlis Tindakan Dun PAS Kuala Semantan yang bersimpati dengan nasib Edah sekeluarga, baru-baru ini turut tampil menghulurkan sumbangan barangan dan wang tunai melalui pengarahnya Ahmad Zubir Omar. - HD

Lagi cerita panas berkaitan puteri Umno...pengakuan pimpinan Puteri Umno sendiri ttg hakikat puteri Umno dan para pemimpin2nya...

Kata exco puteri UMNO Dati Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti...kata penolong setiausaha PuteriUMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"

Isu-isu yang berkaitan:

Skandal bekas MB Kedah, Mahdzir Khalid didedah!

Puteri Umno jadi pemuas nafsu pemimpin rakus?

 

 

Muka Depan  Artikel M@rhaen  Skandal bekas MB Kedah, Mahdzir Khalid didedah!

Skandal bekas MB Kedah, Mahdzir Khalid didedah!

Ahad, 26 Disember 2010 15:57 Pria Malaya   

Tatkala penyokong dan blogger Umno Kedah bertungkus lumus siang dan malam, merangka strategi, dakyah dan fitnah untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Azizan Abd Razak, satu pendedahan ttg bekas MB Umno terdahulu sangatlah menuntut pemerhatian dari kita.....Apa yang dipaparkan di bawah jelas membuktikan di bawah 'regim' pemerintah terdahulu, iaitu di bawah bekas MB Kedah ke-8, Mahdzir Khalid, ternyata pemerintahannya 1000 kali lebih teruk dan buruk!..dalam tempoh satu penggal pemerintahan pemimpin Umno ini telah berjaya mengumpul koleksi skandalnya yang tersendiri.. Jom ikuti pendedahan 'Kedahleaks' oleh blogger Kedah Times di bawah..untuk makluman, blogger Kedah Time adalah blogger pro-Umno, dan semestinya segala najis-busuk yang membelenggu pemerintahan dan pemimpin Umno Kedah di bawah pengetahuan mereka...Penulis tuntut dari pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera terhadap laman web yang mendedahkan skandal pemimpin Umno ini jika laporan yang didedahkan ini adalah palsu...fikir2kan...wallahua'lam..

Panas!!!!: Dari Kedahleaks

1. Semasa menjawat jawatan PEMANGKU MB KEDAH SELAMA 6 BULAN, Mahdzir Khalid telah melakukan urusniaga balak dengan pemberian tender secara tertutup membolehkan beliau mengutip hasil peribadi yang dimasukkan kedalam beberapa akaun proksi bernilai RM10juta.

2. Mokhtar kerani kewangan di Pejabat MB semenjak era Sanusi, kini bertugas di bahagian pembelian, dan kewangan SADA, mengesahkan perkara ini kerana beliau antara salah seorang yang ditugaskan untuk memasukkan wang kutipan berkenaan kedalam akaun peribadi orang tertentu. Persoalan???: Berapa banyak jumlah yang terlibat dalam urusniaga balak secara under table yang dilakukan oleh Mahdzir Khalid sepanjang 2 tahun beliau berkuasa sebagai MB.3. Mahdzir Khalid menggunakan jet TUDM dan jet pihak swasta yang disewa dari KAPTEN BIDI untuk semua urusan rasmi dan peribadi meskipun pekeliling dan arahan pentadbiran tidak melayakkan beliau berbuat demikian.

Arahan perbendaharan mewajibkan MB mesti menaiki pesawat komersial MALAYSIA AIRLINES. Hutang tertunggak sewa jet berkenaan kini mencecah RM1.2 juta.

Muka Depan  Artikel M@rhaen  Puteri Umno jadi pemuas nafsu pemimpin rakus? *

Puteri Umno jadi pemuas nafsu pemimpin rakus? *

Isnin, 13 Disember 2010 04:20 BlogMaster   

 Awas jika anak-anak anda menganggotai Puteri Umno!

Cerita panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut.Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail. Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan.Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi.

 

Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan

 

Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat.Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden.Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya.Sebenarnya kes yang berlaku dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak beberapa tahun lalu. Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan.Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?. Sebenarnya kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah bermaharajalela di jiwa.Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi. Itulah hakikatnya. Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini.Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi.

 

Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya.

 

Pahang Daily

 

http://blog.marhaen.info/index.php/laman-utama/1-artikelmarhaen/506-dokumen-yang-cuba-disembunyikan-oleh-kerajaan-najib

 

 

No comments: