PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, December 04, 2010

Kredebiliti Kerajaan Najib Tercalar lagi

Kredebiliti Kerajaan Najib Tercalar lagi

via Episode Sebuah Perjuangan by Nasrudin Hassan at Tantawi on 12/3/10

 

1. Semua orang boleh faham bagaimana harga minyak di pasaran antarabangsa kini naik mendadak ekoran beberapa keadaan yang menyumbang ke arah itu seperti peperangan dan ancaman kepada laluan dagang yang melibatkan laluan eksport minyak. Tanpa dinafikan juga peranan kuasa besar dunia yang senantiasa manipulasi prestasi ekonomi dunia dengan kuasa politik mereka untuk terus menguasai empayar ekonomi dunia terutama dalam sektor aliran bahan mentah dunia seperti minyak dan sekaligus menekan negera - negara lemah yang sedang membangun.

 

2. Namun bagi sebuah kerajaan terlebih dahulu mesti mempunyai rancangan yang komprenhensif agar bukan sahaja negara tidak tewas dalam manipulasi ekonomi tersebut sekaligus tidak mengainaya rakyat yang menjadi pengguna secara langsung . negara mesti memiliki penampan yang kukuh bagi mengelak negara terseret dalam kancah " kekecohan ekonomi " dunia . Terkini melibatkan lonjakan harga minyak di pasaran dunia.

 

3. Penampan yang saya maksudkan boleh dilihat dalam beberapa aspek . Antara yang penting juga ialah bagaimana negara atau kerajaan yang memerintah dan mentadbir mengurus pegangan pembendaharaan negara dengan cermat , jimat dan bistari agar keupayaan hasil negara tidak lenyap dan hangus begitu sahaja ekoran terbuang pada projek mega yang tidak bermanafaat dan pembaziran pada perlaksanaan projek yang tidak diurus secara bijak dan berhemah .

 

4. Negara kita begitu banyak sekali kes - kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara yang jelas menunjukkan urus tadbir kewangan negara sangat banyak kepincangan yang berpunca dari nafsu rakus dan tidak teliti dalam mengurus dana negara .

 

5. Sebagai contoh peruntukan  jutaan ringgit melalui bajet negara pada institusi atau projek yang tidak mendatangkan hasil lumayan serta manafaat kepada rakyat terbanyak .

 

6. Kerajaan sewajarnya mengamalkan dasar jimat cermat yang serius bukan sekadar berjalan kaki ke Parlimen sehari sebagai gimik tidak mahu menggunakan minyak yang naik harga sedang hari - hari yang terpaksa pula menggunakan kenderaan justeru ia satu keperluan yang tiada siapa mahu mempertikaikannya.

 

7. Jimat cermat dalam semua aspek pengurusan dana negara akan menghasilkan tabungan yang memadai untuk mengekang kenaikan harga minyak meskipun dunia berdeppan dengan kenaikan tersebut dan ia memberi keselesaan dan keutamaan kepada rakyat . Sesuailah dengan slogan rakyat di dahulukan , Jika ini situasinya , maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu .

 

8. Kerajaan sewajarnya sedar , rakyat awam tidak mampu mengekang kenaikan harga minyak dan juga akhirnya kenaikan harga barangan keperluan yang lain jika kerajaan tidak bersedia menampung bagi pihak mereka . Bukankah hasil mahsul negara adalah anugerah Allah untuk dinikmati oleh seluruh penduduk negara ini  ? sementara kerajaan diberi mandat melalui pilinhanraya hanya untuk menjadi pentadbir dan pengurus yang bijak dan pintar terhadap hasil mahsul tersebut,  supaya rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan harga minyak ini .

 

9. Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa , maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara . Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna . Sementelah pula kenaikan harga minyak itu kelak akan membawa risiko kenaikan harga barangan keperluan yang lain . Akhirnya rakyat yang miskin terus tertindas.

 

10. Dana tampungan atau tampanan yang saya maksudkan itu selayaknya tidak dibaca sebagai subsidi sebagaimana sebelum daripada ini . Kerana sememangnya dana yang terhasil dari perolehan negara  itu menjadi hak rakyat atau rakyat berhak menikmati dana tersebut agar mereka tidak perlu membayar harga minyak dan barang keperluan lain dengan harga yang jauh mengatasi kadar pendapatan mereka. Malangnya dana atau tabungan itu tidak wujud kerana ia hangus dan terbuang begitu sahaja ekoran salah urus dan silap tadbir , lalu kerajaan terpaksa menaikan harga minyak .

 

11. ..... atau kenaikan harga minyak ini sememangnya dirancang oleh kerajaan kerana mereka mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepetutnya mereka galas sebagai sebuah kerajaan , sebaliknya rakyat pula terpaksa menanggung. Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan UMNO dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian ketua audit negara . Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat .

 

12. Kelantan sebagai contoh , mampu berdikari , bijak berjimat dan tabah mencari dana sehingga mampu bertahan selama 20 tahun memerintah serta mentadbir dalam tekanan yang hebat dari kerajaan pusat yang kononnya memperjuangkan ketuanan melayu . Dulunya mereka menempelak bagaimanalah Kelantan mampu bertahan kerana ia dipimpinan hanya oleh seorang Tok Guru Pondok dan mereka bertaruh kononnya Kelantan hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja ? Realitinya , kerajaan itu telah berusia lebih 20 tahun .

 

13. Ironinya ,  20 tahun itu berlangsung dengan membesar dan membangun malah mampu melunaskan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat yang tidak pernah henti menindasnya. Sekaligus memperbaiki kedudukan di carta kemiskinan negara , bukan lagi kedua miskin tetapi kini telah berada pada tangga keenam . Terengganu yang kini saban waktu dibekalkan wang ehsan oleh kerajaan UMNO dan BN kekal berada pada tangga kedua negeri termiskin di negara kita . Entah kemana duit minyak itu diangkut ?

 

14. Kalau boleh  saya tanya soalan nakal , saya nak tanya .... kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu ? habis duit buat main jet di Langkawi ? maaf , saja saja jer tanya  ! kerana sedar soalan ini agak nakal .

 

 

 

 

PM dan TPM : Menurut Perspektif Islam

via Episode Sebuah Perjuangan by Nasrudin Hassan at Tantawi on 12/1/10

 

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Menurut Perspektif Islam

Muqaddimah

                Malaysia yang kita kenali merupakan sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya sekaligus mengertikannya sebagai sebuah negara ummat Islam. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini, Islam masih menjadi tunggak asas walaupun imejnya masih samar-samar dewasa ini. Selepas penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu, struktur kepimpinan dalam negara berubah secara total. Dahulunya, kuasa Sultan adalah yang utama di dalam negara pemerintahannya. Kini, kuasa Sultan dihadkan dalam hal ehwal yang berkait dengan soal-soal keagamaan sahaja. Adapun kuasa-kuasa yang melibatkan hal ehwal pengurusan negara diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk menguruskannya. 

 

Rentetan dari itu, ketua yang mengepalai Jemaah Menteri juga mestilah individu yang Islam agamanya dan mengetahui hal ehwal agama. Di dalam Islam sendiri, perbahasan Wazir al-Tanfiz dan Wazir al-Tafwidh telah dijelaskan oleh ulamak-ulamak secara panjang lebar. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan kepada Islam maka agama pemerintahnya juga mestilah Islam. Bagaimana seseorang Islam boleh menyerahkan urusan pemerintahannya kepada seorang yang bukan dari agama Islam. ? Firman Allah swt di dalam Surah Ali 'Imran ayat 28

 

لا يَتَّخِذْ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنْ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلاَّ أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمْ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

 

" Janganlah orang-orang Yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. dan sesiapa Yang melakukan (larangan) Yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya Yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali."

 

Sesungguhnya nas ini tersangatlah jelas buat umat Islam yang hidup di dalam sebuah negara Islam untuk tidak menyerahkan urusan kehidupannya kepada seorang yang tidak beriman dengan Allah swt.

 

Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz

 

Umumnya di dalam sistem pemerintahan Islam, kedua-dua jenis kementerian ini amat terkenal sehingga ianya dibahaskan di dalam kitab-kitab feqh yang besar. Terlebih dahulu, kita perlu mengenali apakah dia definisi bagi kedua-dua kementerian ini supaya kita dapat mengqiaskannya di dalam negara kita.

 

1-      Wizarah al-Tafwidh

 

Ia juga dikenali dengan nama معون التفويض atau وزراء التفويض atau سلطة القضائية . Ianya bermaksud individu yang diangkat oleh Khalifah supaya menjadi pembantu kepada Khalifah untuk membantunya dalam mengembang tanggungjawab dan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan. Mereka yang dipilih oleh Khalifah di dalam wizarah ini berpeluang menguruskan dan melaksanakan urusannya menurut pendapatnya atau ijtihad dirinya. Dengan kata lain, Khalifah telah memberinya bidang kuasa secara umum dan juga kedudukan untuk mewakili Khalifah.Sabda Nabi saw menurut riwayat Imam al-Tarmizi ra yang berbunyi

 

عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: (ما من نبي إلا له وزيران من أهل السماء ووزيرين من أهل الأرض، فأما وزيراي من أهل السماء فجبريل وميكائيل، وأما وزيراي من أهل الأرض فأبو بكر وعمر)[1]

 

Daripada Abi Sa'id al-Khudri ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw " Tiadalah daripada para nabi melainkan bagi diri mereka itu dua orang pembantu daripada penghuni langit dan dua pembantu daripada penghuni bumi, adapun pembantuku daripada penghuni langit adalah Jibril as dan Mikail as, dan adapun pembantuku daripada penghuni bumi adalah Abu Bakar ra dan Umar ra ".

Perkataan wazir dalam hadis ini adalah bermakna pembantu dan penolong. Ia bersifat mutlak dan mencakupi semua bentuk bantuan dan pertolongan dalam semua urusan. Dari hadis ini juga dapat difahami bahawa (bilangan) mu'awin boleh lebih dari seorang.

 

Saidina Abu Bakar ra setelah diangkat sebagai Khalifah, juga telah mengangkat Saidina Umar al-Khattab ra sebagai wazirnya di mana peranan Saidina Umar ra sebagai wazir sangat menonjol. Setelah Saidina Umar ra dilantik dan memegang jawatan Khalifah, Saidina 'Uthman bin Affan ra dan Saidina Ali bin Abi Thalib ra menjadi dua orang mu'awinnya. Begitu jualah yang berlaku kepada khalifah-khalifah selepasnya. Saidatina Aishah ra pernah mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

 

عن عائشة  قالت : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : إذا أراد الله بالأمير خيرا ; جعل له وزير صدق إن نسي ذكره ، وإن ذكر أعانه ، وإذا أراد به غير ذلك ، جعل له وزير سوء ; إن نسي لم يذكره ، وإن ذكر لم يعنه[2]

 

Daripada Saidatina A'isyah ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw "Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang amir (Imam/Khalifah), Allah akan jadikan baginya seorang pembantu (wazir) yang jujur dan benar; jika ia lupa wazir itu akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu akan membantunya. Jika Allah menghendaki terhadap amir itu selain yang demikian, Allah akan jadikan baginya wazir yang jahat/buruk; jika ia lupa wazir itu tidak akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu tidak akan membantunya".

2-       

Wizarah al-Tanfiz

 

Ia juga boleh disebut dengan معون التنفيذ ataupun سلطة التنفيذية  yang bermaksud pembantu yang dilantik oleh Khalifah untuk urusan-urusan pentadbiran. Ianya berfungsi untuk menghubungkan Khalifah dengan struktur dan sistem dalaman negara. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menghubungkan Khalifah dengan rakyat dan juga negara luar. Kementerian ini bertanggungjawab untuk membawa polisi Khalifah dan juga membawa informasi daripada rakyat kepada Khalifah.

 

Wazir al-tanfiz diangkat sebagai pembantu Khalifah dalam hal pelaksanaan dan jua pelbagai urusan. Tugasnya hanyalah tugas administrasi, bukan tugas pemerintahan. Jabatannya merupakan lembaga pelaksana yang melaksanakan pelbagai polisi yang dikeluarkan oleh Khalifah kepada instansi-instansi (perwakilan) dalam negeri dan juga luar negeri, di samping menyampaikan informasi dari berbagai-bagai instansi tersebut kepada Khalifah

 

Dalam bidang seperti di atas kuasa bagi Wazir al-Tanfiz adalah terbatas dan dikehendaki merujuk kepada khalifah sebagai penentu dasar. Sekiranya di dalam wazir al-Tafwidh diberikan hak di dalam urusan pemerintahan dan boleh menguruskan dengan bergantung kepada pandangan dan keputusan dari dirinya maka, wazir al-Tanfiz pula adalah satu jawatan yang ruang kerjanya lebih kecil dan dia hanya bertindak dengan apa yang telah diputuskan oleh Khalifah.

 

Siapa Perdana Menteri

 

Kita melihat bahawasanya Perdana Menteri seolah-olah tenaga utama yang menggerakkan bahtera pentadbiran di dalam negara kita. Akan tetapi, apa yang kita lihat bukanlah realitis sehingga kita boleh mengqiaskan Perdana Menteri itu sebagai Khalifah. Sekiranya, terdapat golongan yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia itu umpama Khalifah maka, ketahuilah bahawasanya syarat bagi khalifah itu adalah Islam.

Menurut saya, Perdana Menteri umpama wazir al-Tafwidh yang menjalankan urusan kepimpinan oleh Ketua Negara iaitu Yang di Pertuan Agong. Kita dapat lihat di sini, Perdana Menteri boleh bertindak dengan keputusan yang dibuat oleh dirinya tanpa merujuk kepada Sultan di dalam urusan pentadbirannya. Jadi, sekiranya Perdana Menteri itu adalah wazir al-Tafwidh maka timbul pertanyaan di dalam diri kita iaitu; Adakah disyaratkan untuk memegang wazir al-Tafwidh  itu mestilah dia seorang Muslim ?.

 

Syarat-syarat melantik wazir al-Tafwidh

 

Imam al-Mawardi[3] menetapkan antara syarat-syarat yang perlu untuk melantik seseorang di dalam jawatan ini mestilah dia :

1-     

Islam

2-      Baligh

3-      Beraqal

4-      Merdeka

5-      Lelaki

6-      Adil

7-      Mestilah dia orang yang mengetahui hukum-hukum syara' dan usul feqh

8-      Sihat dan sejahtera tubuh badan

 

Sebagai maklumat tambahan, syarat- syarat di atas merupakan syarat-syarat yang disepakati dan tiada khilaf padanya di dalam wizarah al-Tafwidh walaupun terdapat sedikit perbincangan yang dibincangkan oleh para ulamak dan rasanya ianya tidak perlu untuk diperbahaskan di sini kerana takut ianya akan lebih terperinci sehingga menjadi panjang penulisan ini. Fokus utama di dalam wazir ini adalah Islam yang menjadi syarat pertama dan juga yang terutama.

 

Adapun di dalam wizarah al-Tanfiz, syarat-syarat yang diperbincangkan oleh ulamak tidaklah sama dengan syarat di dalam wizarah al-Tafwidh. Di dalam wizarah al-Tanfiz, perempuan dan orang bukan Islam boleh memegang jawatan tersebut. Ini kerana ianya adalah melibatkan pentadbiran bukannya bertugas selaku pemerintah. Adapun syarat yang ditetapkan oleh para ulamak untuk wizarah al-Tanfiz adalah seperti berikut:

 

1-      . Amanah, supaya dia tidak mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang diberi.

2-     .  Jujur tidak berbohong , supaya dipercayai apa yaug hendak disampai dan dilaksanakan,

3-      . Tidak tamak, supaya tidak melakukan rasuah, dan pecahamanah,

4-      . Tidak ada hubungan buruk atau permusuhan dengan orang ramai, supaya apa yang hendak dilaksanakan      dapat diterima oleh rakyat.

5-      . Bijak dan pintar, marnpu memahami realiti dan keutamaan sesuatu perkara sebelum dilaksanakan.

6-     .  Tidak mengikut hawa nafsu, supaya tidak ditukar kebenaran dengan kebatilan.

7-      . Lelaki, kerana dianya bertanggungjawab secara langsung kepada khalifah (seorang lelaki), dan layak menjadi saksi kepada khalifah dalam laporannya.

8-      . Berpengalaman, supaya melakukan sesuatu berasaskan realiti dan penilaian yang teliti tentang kesan-kesan baik dan buruk terhadap sesuatu perkara.

 

Di sini saya ingin menjelaskan bahawasanya Islam tidak menjadi syarat untuk jawatan ini. Perlantikan wanita juga tidak berlaku masalah kerana padanya ada pendapat yang membenarkan wanita untuk memegang jawatan di dalam wizarah ini.

 

Rasional Perdana Menteri mestilah seorang Muslim

 

Diwujudkan sistem al-Sultah al-Qadhaiyyah di dalam Islam adalah bertujuan untuk menjalankan hukum-hukum syara' dan meperincikan ceraian-ceraiannya di atas muka bumi ini. Selain itu, ianya adalah supaya denda-denda atau hukuman-hukuman yang disepakati di dalam Islam boleh direalisasikan.

Justeru, disediakan oleh Islam syarat-syarat asas yang utama dan tertentu di dalam Kementerian ini. Oleh kerana, kementerian ini merupakan satu bidang tugas yang besar maka Islam memandang ia sebagai satu tanggungjawab yang besar sehingga syarat-syaratnya juga khusus dan menghimpunkan motif kementerian ini iaitu memastikan hukum Allah swt tertegak di dalam wilayah pemerintahan Islam.

 

Menurut Ibnu Khaldun[4] Khalifah pertama yang menggunakan sistem ini adalah Saidina Umar ra berikutan meluasnya wilayah Islam dan perlunya ada wakil khalifah lagi mujtahid sebagai sumber rujukan di dalam wilayah-wilayah tersebut.

 

Oleh kerana motif daripada wizarah al-Tafwidh ini adalah berkaitan dengan menegakkan hukum Allah swt, bagaimana pula diharapkan oleh umat Islam orang bukan Islam yang menjadi pemimpin di dalam urusan ini ?. Bahkan perlu kita tahu bahawasanya Islam telah melarang keras perlantikan orang bukan Islam sebagai pemerintah bagi orang Islam di dalam urusan mereka sendiri (urusan orang Islam).

 

Dalil dari al-Quran

 

wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Surah Ali 'Imran ayat 118 -     

Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan Yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

Surah al-Nisaa' ayat 144

 

Janganlah orang-orang Yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. dan sesiapa Yang melakukan (larangan) Yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya Yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Surah Ali 'Imran ayat 28

 

Dalil Hadith

 

Nabi saw pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud:

 

"Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran". Lalu para sahabat baginda bertanya tentang bagaimanakah yang dikatakan bahawa amanah itu disia-siakan? Lalu nabi saw menjawab: "(Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancuran!".

 

Dalam hadis nabi saw yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, baginda bersabda yang bermaksud:

 

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab kepada setiap perkara yang berada di bawah kepimpinan kamu, seorang imam (pemerintah) merupakan pemimpin, maka dia bertanggungjawab kepada sesiapa pun yang berada di bawah kepimpinannya…".

 

Kesimpulan

 

Larangan-larang tersebut jelas melarang Umat Islam mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin di dalam urusannya secara umum. Ketahuilah bahwasanya dengan melantik orang bukan Islam sebagai Perdana Menteri atau timbalannya seolah-olah menyerahkan urusan umat Islam kepada orang yang bukan daripada umat Islam.

 

Simbol pemerintahan Islam turut digadaikan dengan perlantikan orang bukan Islam sebagai pemimpin utama Negara Malaysia. Kita tidak menolak sekiranya kedapatan orang Islam dari bangsa lain yang menjadi Perdana Menteri atau timbalannya akan tetapi syaratnya mestilah dia Islam. Ini kerana di dalam Islam itu sudah lengkap dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam.

 

Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia .

 


[1] Sahih al-Tarmizi 5/579 cetakan دار الكتب العلمية. Adapun riwayat yang datang daripada al-Hakim dengan isnad yang sahih menurutnya berbunyi :

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: (وزيراي من السماء جبريل وميكائيل ومن أهل الأرض أبوبكر وعمر)

[2] Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Imam al-Nasaie. Kitab مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح di dalam كتاب الإمارة والقضاء hadith 3707.

[3] الأحكام السلطانية karya Imam al-Mawardi ra halaman 88

[4] مقدمة ابن خلدون 2/567

 

Bukan setakat 4 tapi 5 termasuk AIR akan NAIK

via Dr Siti Mariah Mahmud by Sekretariat Parlimen Kota Raja on 12/3/10

 

Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
azlanDi Selangor bukan setakat 4 barang keperluan yang akan naik tapi termasuk air sudah jadi 5.

 

Siapa yang gembira dengan semua kenaikan harga dibawah?

Adakah penyokong dan pengundi Umno & Barisan turut bergembira dan bertepuk tangan dengan pengumuman kenaikan harga barangan tersebut sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi, kepada kerajaan walau pun golongan miskin akan menjadi semakin papa kedana selepas ini?

Tidak cukup dengan itu Kerajaan Pusat terus bersekongkol pula dengan Raja Air yang kini kehulu kehilir bersama BAPAK untuk tunjuk baik kepada rakyat sebagai menunjuk-nunjuk kepada Najib diatas sokongan beliau untuk menaikan 37% harga air di Selangor. Apa kan tidaknya Rozali sedang berusaha untuk menambah lagi 37% dari gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)  yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan. Lepas ni kira sendirilah berapa pulak gaji dia.

Cukuplah setakat ini, penderitaan rakyat harus dihentikan, mengikut perkiraan beberapa siri kenaikan lagi akan dibuat sebelum kerajaan berlakun baik menjelang PRU akan datang.

Rakyat harus bersatu bangkit menentang kezaliman ini dengan melakukan tsunami kedua seterusnya menjatuhkan kerajaan yang kejam kepada rakyat kepada kerajaan yang membela dan memberi keadilan kepada rakyat.

 

Dengan harga gula, air dan gas naik, saya tidak pasti berapakah kenaikan harga teh tarik yang membuatkan mamak terus kaya raya membiarkan rakyat jadi papa kedana.

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini.

 

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. 

 

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

 

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

 

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

 

 

Kontroversi: Demontrasi Pertahankan Ketuanan Melayu Anjuran Perkasa Dan Sekutunya Berjaya Kerana Sikap "Double Standard" Polis Kuantan !!

via Pahang Daily Online by pahangdaily on 12/3/10

 

Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
KUANTAN, 4 Dis - Orang ramai di bandar ini terkejut dengan tindakan "double standard" pihak polis dalam menguatkuasakan undang-undang mereka terutamanya berkaitan dengan isu perhimpunan dan demontrasi aman. Jika ia melibatkan pemimpin dan NGO yang berkaitan dengan parti pembangkang, sudah pasti undang-undang tegas akan dikenakan. Malah, pihak polis sanggup menghalang acara terbabit dalam apa jua cara sekali pun termasuk menggunakan kekerasan terhadap mereka yang terlibat. Pihak polis bukan sahaja mengarahkan mereka bersurai malahan turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat. Malah, dalam kebanyakkan demontrasi aman yang dijalankan oleh merela, pasti saja Ketua Polis Daerah (OCPD) sendiri akan turun untuk memantau situasi di lokasi yang berkenaan iaitu perkarangan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini. Tindakan ini jelas sekali dengan konsert "mesra rakyat" yang sepatutnya diamalkan oleh pihak polis sebenarnya. Jika ia melibatkan pembangkang, maka mereka sewenang-wenangnya menguatkuasakan undang-undang berlandaskan undang-undang. Tetapi apabila melibatkan pemimpin, parti politik atau NGO yang menyokong kerajaan maka semua arahan tersebut "longgar begitu sahaja". Inilah yang berlaku dalam demo "Bantahan Ketuanan Rakyat" yang diadakan di perkarangan masjid terbabit petang semalam.

 

Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Sebahagian peserta demo yang kelihatan semasa cara itu berlangsung
Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Kain rentang "Anwar Ibrahim Bertaubatlah" juga dipamerkan mereka
Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Kain rentang yang dipasang di pagar masjid, hero demo semalam (kanan)

Apa yang menarik ialah "Laungan Allahu Akhbar" yang dijeritkan oleh Faiz langsung tidak mendapat "sahutan" daripada jemaah yang keluar dari masjid berkenaan. Hanya beberapa kerat yang menyahut laungan tersebut dengan hati yang tidak ikhlas. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkag terutamanya dari PAS sebelum ini. Mungkin kerana "roh perjuangan Islam" dalam diri mereka itu tidak berapa kuat agaknya, maka ia gagal memberi impak besar kepada jemaah masjid yang berada disitu semalam.

 

Demo Anjuran NGO Sokong Kerajaan Di Halalkan

Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Demo yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Pahang itu dikatakan untuk menyatakan bantahan terhadap mana-mana pihak yang terus berdegil mempertikakaikan hak dan keistimewaan orang Melayu. Demo yang diketuai oleh Ketua Penerangannya iaitu Mohd Faiz Hashim
(foto), yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Indera Mahkota itu dilihat berjalan dengan lancar dan baik tanpa gangguan oleh pihak polis seperti kebiasaannya. Biarpun ia mungkin tidak mempunyai "permit" seperti lain-lain demo sebelum ini, namun anehnya mereka dilihat selesa mengadakannya tanpa ada mana-mana pegawai polis yang mengarahkan ia diberhentikan seperti yang berlaku kepada pihak pembangkang sebelum ini. Memang benar polis ada memantau, tetapi mereka dilihat sekadar berborak-borak sesama sendiri dan tidak bertegas untuk menghalang. Inilah buktinya, yang pihak polis dilihat "double standard" terhadap rakyat itu sendiri. Bayangkan jika yang bercakap itu pemimpin atau NGO pembangkang, sudah pasti mereka akan bertegas mengarahkan ia diberhentikan, semua bersurai atau memberi masa lima minit sahaja untuk berucap dan beredar dari lokasi berkenaan. Apapun, demo terbabit hanya disokong oleh pihak yang berkenaan sahaja, termasuk beberapa orang pemimpin UMNO, serta wakil NGO terbabit seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Pahang dan juga MAYC.

Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Bukti, demo bantah judi anjuran PAS (pembangkang) diganggu pihak polis
kelihatan OCPD Kuantan, Jasmani Yusof memberi kata dua kepada peserta
Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Lagu bukti kukuh, pihak polis kuat kuasakan undang-undang bila demo itu
dilakukan pembangkang tetapi tidak untuk mereka yang sokong kerajaan

Menurut Faiz, ketuanan Melayu yang cuba dipersoalkan tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh sensitivi kaum Melayu. Beliau juga memberi amaran pihak berkenaan supaya tidak lagi mempersoalkan perkara terbabit kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan. Disamping ketuanan Melayu, yang dipersoalakan juga ialah tentang penghinaan terhadap agam Islam itu sendiri yang dibuat oleh salah seorang wakil PKR ketika Kongres Nasional parti itu baru-baru ini. Mereka mengecam tindakan wakil berkenaan yang juga merupakan ADUN Hutan Melintang Perak, S.Kesavan yang didakwa mentafsir ayat Al-Quran secara membuta tuli dan tidak tepat. Apa yang pasti pemimpin UMNO dan NGO mereka perlu banyak belajar ilmu berdemo daripada pembangkang.

[Apa yang menarik untuk diperkatakan disini ialah kenapa harus ada dua undang-undang untuk perhimpunan itu sendiri?. Jika ia diadakan oleh parti kerajaan atau NGO yang menyokong mereka, maka arahan itu longgar atau sengaja dilonggarkan tetapi jika ia membabitkan pemimpin dan NGO pembangkang maka arahan itu ketat atau segaja diketatkan. Apakah ini caranya kerja profesional yang dilaung-laungkan itu agaknya. Lokasi yang sama tetapi undang-undang yang berbeza untuk rakyat. Sewajarnya, pihak polis mengambil langkah yang sama terhadap NGO kerajaan jika mereka benar-benar ingin mendaulatkan undang-undang. Amalan inilah yang menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya kepada kerja-kerja pihak polis itu sendiri sebenarnya. Mereka sanggup menggunakan kekerasan atau berhemah mengikut arahan politik jika sesuatu demontrasi yang tidak memihak kepada kerajaan itu sendiri. Sebaliknya arahan akan bertukar jika ia boleh menguntungkan kerajaan. Ternyata, demo yang diadakan itu adalah dinaungi oleh parti UMNO sebenarnya. Malah Ketua Penerangan Perkasa itu sendiri juga adalah Bendahari UMNO Indera Mahkota sebenarnya. Oleh itu, pihak polis diharap agar tidak meneruskan amalan doubble standard ini pada masa-masa yang akan datang. Berilah keadilan kepada semua rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing].

 

 

No comments: