PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, December 17, 2010

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari

 sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan

terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

 

JAWAPAN BERTULIS:

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor

 perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:

 

Tahun Jumlah (RM)

2000 1,958,380,415.89

2001 1,972,252,986.48

2002 1,922,115,807.36

2003 1,797,401,240.15

2004 1,849,176,119.10

2005 1,984,615,754.74

2006 2,266,814,152.52

2007 2,416,963,021.54

2008 2,561,892,892.66

2009 2,606,378,658.57

Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

 

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut

 dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan

Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara

tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

 

 

 

 

 


From: Azlisham Said
Sent: Friday, December 17, 2010 3:43 PM
Subject: ADUN Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia -AL FATIHAH'rosidihussain.ustaz@blogger.com'

 

ADUN Tenang selamat dikebumi

Dis 17, 10 3:09pm

Jenazah ADUN Tenang Allahyarham Datuk Sulaiman Taha selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Paya Merah, di Labis, hari ini.

Sulaiman, 59, yang dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur sejak 25 Nov lepas akibat kencing manis, meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi hospital berkenaan pada pukul 1.10 pagi ini selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Jenazah Allahyarham yang dibawa menggunakan van jenazah Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kemelah tiba di kediaman keluarganya di Jalan Melati, Labis Park, di Labis pada pukul 8 pagi sebelum disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamek Labis untuk disembahyangkan kali kedua dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Paya Merah, di Labis, pada pukul 12 tengah hari.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Seri Noraini Yaakop, enam anak perempuan iaitu Marsila, Marliza, Marina, Miza Liyana Taha, Miza Qamarina dan Miza Husna dan seorang anak lelaki iaitu Aiman Azri Taha.

Antara kenamaan yang dilihat menziarahi jenazah Allahyarham ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan, Anggota Parlimen Labis Chua Tee Yong dan Adun Kemelah Ayub Rahmat.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada pilihan raya umum 2004.

Beliau adalah Ketua Bahagian Umno Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Malaysia (1987-1993).

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.

Sementara itu, Seri Noraini, 34, ketika ditemui berkata suaminya merupakan seorang yang penyayang dan sentiasa membantu masyarakat di kawasan berkenaan ketika hayatnya.

Beliau berkata kesemua anak-anak berada di sisi ketika Allahyarham meninggal dunia di hospital.

Anak sulung Allahyarham, Marsila, turut mengakui Allahyarham bapanya adalah seorang yang penyayang walaupun sentiasa dilihat tegas.

"Arwah bijak memanfaatkan masa yang ada ketika bersama kami walaupun sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai wakil rakyat. Beliau sangat suka makan dan berkebun," katanya.

- Bernama

 

ADUN Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia

Dis 17, 10 5:05am

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONEAllahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Selain rawatan penyakit kencing manis, Allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Menurut bekas ahli parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad, ahli politik Johor itu akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Labis hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu.

Dengan kematiannya itu, satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kecil dijangka Januari

Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.

azlanPakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.

BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi.

Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

 

 

 

Pakatan akan buktikan ia lebih baik daripada BN

Hafiz Yatim & Abd Rahim Sabri
Dis 17, 10
12:31pm

Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini akan cuba membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan parti pembangkang itu adalah alternatif yang lebih baik daripada BN, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mujahid Yusof.

NONEMenurut Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjuran konvensyen itu, persidangan yang bertemakan "Ubah Sekarang" antara lain akan membincangkan mengenai isu dan membentuk pandangan Pakatan berhubung isu Melayu, federalisme, dan keadilan dalam pengagihan ekonomi rakyat.

Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.

"Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

penang pakatan convention 211110 03Mujahid - yang merupakan anak bongsu bekas presiden PAS Yusof Rawa, berkata yang penting dalam konvensyen itu ialah Pakatan akan membincangkan konsep ketuanan Melayu dan isu yang berkaitan dengannya.

Katanya, Pakatan juga mahu memperkasakan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa mengganggu hak kaum yang lain.

"Definisi tersebut berlainan daripada konsep "ketuanan Melayu" seperti mana yang tersebar luas. Tambahan pula, kita berharap konsep Pakatan tentang federalisme, di mana kekayaan negara dapat diagihkan dengan adil, dapat menarik minat rakyat (bersama Pakatan)," katanya.

azlan"Rakyat Sabah dan Sarawak pastinya mengenal diri mereka dengan objektif, kami ingin meningkatkan pendapatan isi rumah. Pandangan kami mengenai federalisme bakal menjadikan Pakatan sebagai alternatif kepada rakyat," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Konvensyen kali kedua - selepas berlangsung kali pertama di Selangor yang mana ia membincangkan rangka polisi umum bagaimana ketiga-tiga parti itu dapat berkerjasama.

penang pakatan convention 211110 audience 02Kira-kira 1,800 perwakilan - 600 peserta dari setiap parti - bakal bersidang hujung minggu ini. Selain itu, orang ramai juga akan berpeluang melihat pameran mengenai pencapaian dan kejayaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat temasuk Perak dan Terengganu pada 1999.

No comments: