PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, December 16, 2010

Berubah Sekarang dan Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan

Berubah Sekarang

via Dr Siti Mariah Mahmud by Sekretariat Parlimen Kota Raja on 12/11/10

‘Berubah Sekarang' menjadi tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua yang bakal diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 18 dan 19 Disember ini.Tema yang nampak garang pastinya mencernakan kesungguhan kerja yang lebih cemerlang jika mahu menjayakan hasrat ke Putrajaya sekaligus menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.Pengarah Konvensyen Pakatan Rakyat, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sidang medianya bersama Setiausaha Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Ng Wei Aik dan Setiausaha Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusuf di luar dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) petang semalam menggariskan beberapa perkara yang menjadi keutamaan perbincangan.Antaranya, kata Mujahid persediaan Pakatan Rakyat merancang strategi bagaimana untuk memenangi hati rakyat agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat ketika menghadapi BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Keduanya, mengemukakan beberapa polisi seperti cadangan meningkatkan ekonomi, memajukan sosio budaya, mempereratkan keakraban bersama serta tidak ketinggalan mendedahkan kepada rakyat tentang kejayaan yang telah dicapai sepanjang memerintah di empat buah negeri iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang menjadi ikon pentadbiran yang telus dan bersih.

Negeri Perak juga katanya, turut mempamerkan beberapa kejayaan sebelum dirampas oleh BN dengan cara kotor dan tidak demokratik.

Beliau turut menjelaskan logo yang bertemakan warna oren berlatar belakangkan warna putih menunjukan keserasian antara parti yang bergabung di bawah naungan Pakatan Rakyat.

Gambar tiga individu pula memberi makna tiga parti sedia bersatu menumpaskan BN yang begitu angkuh semasa memerintah.

Cahaya matahari pula, katanya menunjukan harapan baru kepada Pakatan Rakyat bertekad menuju ke Putrajaya sementara sinaran menggambarkan sokongan yang terbit daripada badan bukan kerajaan (NGO), rakyat yang senantiasa berharapkan perubahan dan media yang selalu berlaku adil membantu Pakatan Rakyat mereaslisasikan perubahan sebagaimana dalam manifesto masing-masing.

Manakala pancutan air pula memberi makna kehidupan yang melimpah ruah menanti kemenangan Pakatan Rakyat sekiranya rakyat memberikan kepercayaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Menurut  Mujahid lagi, logo itu sekaligus memberi nafas baru kepada Pakatan Rakyat untuk menandingi kekuatan BN yang hanya bergantung pada wang ringgit, media yang berat sebelah serta jentera kerajaan.

"Kita akan menanti BN selepas ini dalam padang pilihanraya.  Bagaimana pun logo yang digunakan ketika konvensyen itu bukan logo Pakatan Rakyat. Jangan salah anggap," ujarnya kepada wartawan.

 

 

Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan

via Episode Sebuah Perjuangan by Nasrudin Hassan at Tantawi on 11/24/10

1. Setelah Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Akademi Tarbiyah Pemudanya berjaya melangsungkan Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kebangsaan edisi pertama di Rusila pada bulan Oktober yang lalu ,  maka sebelum panji Ijtimak Tarbawi edisi kedua berkibar di Pulau Melaka pada tahun hadapan , kini kelangsungannya akan terus digerakkan ke peringkat kawasan - kawasan di seluruh negara .

2. Dewan Pemuda PAS kawasan - kawasan diminta supaya melaksanakan Ijtimak Tarbawi Pemuda\i edisi pertama ini di kawasan masing - masing dengan membawa objektif dan matlamat yang sama iaitu memperkasa penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda.

3. Ijtimak Tarbawi di peringkat kawasan ini boleh dilaksanakan pada cuti hujung minggu atau mana - mana tarikh yang sesuai diperingkat kawasan masing - masing untuk sekurang - kurang tempoh perlaksanaan ijtimak selama 2 hari satu malam . [ dalam maksud yang lain ialah peserta diwajibkan bermalam dengan beberapa aktiviti amal tarbawinya ]

4. Dewan Pemuda PAS kawasan - kawasan juga diharapkan dapat melaksanakan Ijtimak Tarbawi ini sekurang - kurangnya 2 kali setahun agar ia terus membugar ruh amal tarbawi dikalangan pimpinan dan anggota dewan pemuda PAS kawasan .

5. Tentatif Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan :

[ Sabtu ]

08.00 am - 09.00 am : Pendaftaran

09.10 am - 10.00am  : Perasmian Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan

[ oleh : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia \ Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri ]

10.30 am - 11.00 am : Minum pagi

11.00 am - 12.00 pm : Kertas Kerja 1 : Aafaat A'la Toriiq \ Wabak Sepanjang Jalan

[ Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri ]

12.00 pm - 02.00 pm : Rehat , Solat berjamaah dan makan tengahari .

02.00 pm - 03.00 pm : Talaqqi 1 : Feqh Tahaaluf Siasi susunan Majlis Syura Ulama'

 [ Ust Nik Zawawi Salleh : Setiausaha Majlis Syura Ulama' ]

03.30 pm - 04.30 pm : Kertas Kerja 2 : Adab Ikhtilaf \ Adab Berbeza Pendapat

[ Ust Nik Mohd Abduh bin Nik Abdul Aziz Nik Mat ]

04.30 pm - 05.30 pm : Solat Asar berjamaah dan bacaan al mathurat

06.00 pm - 07.00 pm : Taujihat ar Ruuhiyah

[ Ust Syed Abdul Qader al Joofre : Pegawai Penyelidik Majlis Syura Ulama' ]

07.15 pm - 07.45 pm : Solat maghrib berjamaah

07.45 pm - 08.20 pm : Kuliah Maghrib :

Tarbiyah , Dakwah dan Siasah : Pakej perjuangan kita

08.25 pm - 08.50 pm : Solat Isyak berjamaah dan munajat

09.00 pm - 11.00 pm : Talaqqi 2 : Feqh Tahaaluf Siasi susunan Majlis Syura Ulama'

[ sambungan ]  [Ust Nik Zawawi Salleh : Setiausaha Majlis Syura Ulama']

11.30 pm - 04.40 am : Tidur dan hirasah

[ Ahad ]

04.40 am - 06.00 am : Qiamulail , solat subuh berjamaah dan bacaan  al Mathurat

06.15 am - 07.15 am : Kuliah Subuh : Akhlak Pejuang

[ Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri ]

07.30 am - 09.00 am : Sarapan dan rehat

09.00 am - 11.00 am : Forum Tarbawi : 

                                   Tarbiyyah mendasari Perjuangan Kita menuju kemenangan.

                                   Panel : Ketua Pemuda PAS Kawasan [ pengerusi ]

                                   Exco DPP Malaysia

                                   EXCO DPP Negeri

                                   EXCO DMP Malaysia

 

 

11.30 am - 12.30 pm : Ucapan Penutup

Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan

[ Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia ]

12.30 pm - 01.00 pm : Ikrar dan baiah pejuang [ doa wehdah ]

01.10 pm - 01.30 pm : Solat Zohor berjamaah

 

Bersurai .

6. Tentatif ini [ hari , masa , penceramah atau pembentang dan perasmi atau penutup adalah tertakluk kepada pindaan semasa yang bersesuaian tanpa meminda tajuk - tajuk perbahasan yang telah ditetapkan .

7. Semoga tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh DPP kawasan - kawasan . Ijtimak Tarbawi ini tidak dilaksanakan di peringkat pemuda negeri sebaliknya pemuda negeri berperanan sebagai pemantau melalui Lajnah tarbiyah DPP negerinya. EXCO DPP negeri - negeri boleh menyertai Ijtimak Tarbawi melalui kawasan masing - masing ,

8. Pengarahan rasmi telah dihantar melalui setiausaha DPP negeri dan Kawasan masing - masing . Semoga Allah memberkati kita dan mengurniakan kekuatan kepada kita semua agar amanah ini dapat ditunai dengan sebaik mungkin.

 

Sekian

Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

Pengerusi Akademi Tarbiyah Pemuda

Dewan pemuda PAS Malaysia

 

Projek 2011 : Masa Untuk Berubah

via Episode Sebuah Perjuangan by Nasrudin Hassan at Tantawi on 11/28/10

 

 

1. Menginsafi 2011 adalah tahun berkemungkinan besar pilihanraya umum akan diadakan , maka Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memutuskan beberapa tindakan melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Hariannya hari ini . Antaranya ialah Projek 2011: Masa Untuk Berubah [ PAS Sedia Ganti UMNO ] .

 

 

2. Antara aktivitinya yang boleh diumumkan di sini ialah :

 

 

Taklimat dan Amanat Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Road Show 2011: Masa untuk Berubah ke negeri - negeri. Tentatifnya seperti berikut :

 

 

03.00 pm - 04.00 pm : Pendaftaran atau kehadhiran

04.00 pm - 04.45 pm : Al Mathurat dan Doa Wehdah

04.45 pm - 05.00 pm : Solat Asar berjamaah

 

 

05.00 pm - 05.30 pm : Dialog  [ sekteriat DPP Malaysia dgn

DPP Negeri & Kawasan ]

05.30 pm - 06.30 pm : Taklimat Khas

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia  .

06.30 pm - 09.00 pm : Rehat

 

 

[ Peserta : EXCO DPP Negeri dan Jawatan Kuasa Harian DPP Kawasan - Kawasan ]

 

 

09.00 pm - 12.00 pm : Pentas Pemuda [ 2011 : Masa Untuk Berubah ]

                                    Penceramah :

                                                 Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

                                                 Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

                                                 Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

                                                 Ketua Dewan Pemuda PAS negeri

 

 

[ Peserta : Terbuka ].

 

 

3. Jadual negeri - negeri tuan rumah untuk perlaksanaan aktiviti taklimat khas Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Road Show 2011 : Masa Untuk Berubah ialah seperti berikut :

 

 

02 Jan 2011 [ ahad ] Pahang

08 Jan 2011 [ sabtu ] Wilayah

09 Jan 2011 [ ahad ] Selangor

14 Jan 2011 [ jumaat ] Kelantan

15 Jan 2011 [ sabtu ] Terengganu

16 Jan 2011 [ ahad ] Johor

22 Jan 2011 [ sabtu ] Kedah

23 Jan 2011 [ ahad ] Penang

05 Feb 2011 [ sabtu ] Perlis

06 Feb 2011 [ ahad ] Perak

13 Feb 2011 [ ahad ] Negeri 09

05 Mac 2011 [ sabtu ] : Melaka

 

 

25 - 27 Feb 2011 [ jumaat \ sabtu ] : Sarawak

18  - 19 Mac 2011 [jumaat \ sabtu ] : Sabah

 

 

4. Maklumat Awal ini  dikemukakan agar semua pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan wajar dan sempurna. Surat rasmi telah dihantar kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan dan perjalanan yang baik . Semoga pemuda terus menyemarakkan semangat perjuangan yang jitu untuk memimpin ummah dengan cahaya Islam dan menggerakkan kebangkitan mereka agar meledak perubahan total ke arah kedaulatan Islam yang syumul .

 

 

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia jua sangat mengharapkan komitmen tinggi dari semua pihak termasuk dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan projek 2011: Masa Untuk Berubah .

 

 

Setiausaha

Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments: