PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, December 06, 2010

48 penyokong baju merah ditangkap

48 penyokong baju merah ditangkap



Posted on Sunday, December 05 @ 03:13:28 PST


Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih






Oleh Fadzly Esa & Jimadie Shah Othman






Seramai 48 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' perkarangan dan dalam Masjid Negara ketika polis bertindak menyuraikan ribuan penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.










Ketika mengesahkan jumlah tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, semua yang ditahan itu adalah orang dewasa.














Antara mereka, kelihatan seorang pegawai di pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Amin Ahmad dibawa dengan sebuah trak bersama yang lain.






"Manakala seorang wakil rakyat ditahan polis pagi tadi telah pun dibebaskan," katanya dipercayai merujuk kepada ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim.


Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu negara, beliau berkata, kesemua mereka kini ditahan di Balai Polis PGA Cheras.






Menurutnya, pihak polis telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim jam 10.20 pagi tadi meminta supaya jangan berarak ke Istana Negara.






Pihak polis juga, katanya, akan memberi bantuan untuk menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.






'Sepatutnya contohi Gaps'






Zulkefli berkata, sebuah lagi kumpulan, Ggasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mula berhimpun di Stadium Merdeka mulai jam 11.00 pagi dan berjaya menyerahkan memorandum pada jam 12.40 tengah hari tadi.






Pada jam 2.05 petang, polis mengiringi menteri besar Selangor itu bersama 10 anggota delegasinya untuk menyerahkan memorandum tersebut.






Zulkefli juga menyuarakan rasa sedih dan kesalnya kerana penyokong baju merah yang berhimpun di Masjid Negara tidak bersurai sejurus selepas diarahkan.






"Kita permudahkan perjalanan mereka (baju merah) untuk hantar demo. Tetapi mereka tidak hargai dan kata kita berat sebelah. Saya kesal.






"Kita beri peluang pada kedua-dua belah pihak. Kita tengok Gaps, dia ikut cakap kita. Pihak Gaps setuju bila dibenarkan berhimpun dalam kumpulan kecil dan kemudian menyerahkan memorandum dan tiada perarakan ke istana.






"Itulah yang sepatutnya perlu dicontohi," kata Zulkefli.

Menurutnya, pada jam 3.05 petang, pihak polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan mereka.
lantar kembali ke masjid negara Sementara itu, Zulkefli berkata, jalan-jalan yang ditutup di sekitar Masjid Negara akan dibuka secara berperingkat.Sebelum itu, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, mereka yang ditahan itu dibawa menaiki dua trak polis.
Mereka ditahan selepas kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung.






Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air.
Sementara itu, difahamkan kesemua yang ditahan kini dalam proses dibawa kembali ke masjid negara, tempat mereka ditahan. - Malaysiakini












No comments: