PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, November 22, 2010

Sumbangan Lembu:

Sumbangan Lembu: Pelik, PM Najib Terima Boleh Tapi Jika Pemimpin Pembangkang Terima Mereka Akan Kata Ianya Rasuah Dan Salah Guna Kuasa !!

Ramai rakyat Pahang terkejut dengan berita 20 syarikat swasta menyumbangkan sebanyak 659 ekor lembu untuk diagihkan kepada 13 bahagian UMNO di negeri ini termasuk 55 ekor lagi ke seluruh masjid dalam daerah Pekan. Sumbangan itu dibuat dalam Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban dalam Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan semalam. Sumbangan berkenaan telah diterima oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Ahli Parlimen Pekan. Hadir sama dalam program semalam ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob serta barisan Ahli Exco kerajaan negeri, ketua-ketua UMNO bahagian dan para pemimpin masyarakat. Apa yang mengejutkan, jika tahun lalu (2009) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa gara-gara menerima sumbangan 46 ekor lembu untuk program korban diperingkat Parlimen Bandar Tun Razak untuksurau-surau dikawasannya. Maka, kenapakah sumbangan yang sama pula berlaku Perdana Menteri kali ini?. Laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kononnya Tan Sri Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor. Selepas disiasat oleh pihak SPRM, akhirnya kes itu ditutup pada Julai 2010 kerana tidak cukup bukti dan kerana “tujuan rasmi telah dilaksanakan dan ia dihadiri orang ramai”. Persoalannya sekarang, jika ia berlaku kepada pemimpin Pakatan Rakyat sudah pasti ia akan dianggap sebagai satu kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Namun, kini kenapakah ia ditiru pula oleh pemimpin UMNO Barisan Nasional itu sendiri?. Bukankah ini bermakna mereka nyata "cakap tak serupa bikin" dalam hal rasuah ini.

[Rakyat sebenarnya semakin keliru melihat adengan yang berlaku ini sebenarnya. Negara Malaysia sudah jadi carca marba, bila pemimpin UMNO BN buat semuanya boleh tetapi bila pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) lakukan ia akan dianggap rasuah dan sebagainya. Samalah juga dengan pemberian sumbangan yang lain seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Persoalannya sekarang, apakah UMNO sudah terlalu "sengkek" hingga terpaksa menagih sumbangan lembu korban daripada syarikat swasta berkenaan?. Masalahnya, jika lembu itu disumbangkan oleh swasta makanya kepada siapa mahu diniatkan ketika upacara menyembelih haiwann itu dilakukan?. Bukankah, lembu yang dikorban itu sebenarnya sudah mempunyai hak masing-masing pada bahagian tubuh haiwan berkenaan. Malah semua nama-nama yang terlibat akan dibaca satu persatu oleh penyembelih sebagai menunaikan hajat pihak berkenaan. Namun, jika lembu-lembu disumbangkan oleh syarikat swasta maka kepada siapa mahu disebut?. Apakah kepada syarikat terbabit atau siapa?. Tanyalah mana-mana orang alim berkenaan hal ini. Akhirnya terjadilah upacara korban sekadar "menunjuk-nunjuk". Malah, sembelihan lembu korban itu sudah jadi sedekah sebenarnya dan bukan korban yang dituntut dalam Islam. Apakah pihak terbabit fikirkan semua ini sebelum membuat tindakan].

 

No comments: