PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, November 03, 2010

Perutusan PRK N.45 Galas

Perutusan PRK N.45 Galas
Posted on Tuesday, November 02 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
teori


Kenyataan MediaOleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz 

Image Hosted by ImageShack.usSalam persaudaraan semua Pengundi Galas.

Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita semua bertemu dalam pilihan raya kecil N.45 Galas, Gua Musang.
Semoga semua Pengundi Galas daripada orang Melayu, Cina, Orang Asal sampai kepada orang India berada dalam sihat dan afiat.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan pengharapan agar Pengundi Galas dapat menghayati jasa dan bakti serta ketulusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan bersempena panggilan keluar mengundi pada hari Khamis, 27 Zulkaedah 1431 bersamaan 4 November 2010 nanti.

Maka, undilah Calon Kito, Dr. Zul dari Parti PAS, iaitu Parti Kerajaan yang mentadbir Negeri Kelantan hari ini.

Sesungguhnya, ambillah pengajaran daripada tujuan Allah SWT menciptakan manusia ini "lelaki dan perempuan, dan berbangsa-bangsa, supaya kita semua berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain". (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:13).

Justeru Allah menciptakan manusia semua adalah dari satu keturunan, iaitu Nabi Adam.

Image Hosted by ImageShack.usIni bermakna asal-usul sesuatu kaum itu, tidak kira Melayu, Cina, India dan Orang Asal adalah dari seorang manusia bernama Adam yang kemudian berkembang menjadi pelbagai keturunan, bangsa, bahasa, budaya, warna kulit dan pelbagai adat resam.

Maka Islam memandang tinggi dan memberi kemuliaan di atas semua perbezaan, asalkan mereka beriman dengan Allah SWT.

Memahami ciptaan Allah itu, saya dapati Saudara Dr. Zul selaku Calon Kito telah memberi kesanggupan untuk berkhidmat kepada semua rakyat, Pengundi Galas, termasuk Melayu, Cina, Orang Asal dan India.

Ini sesuai dengan perintah Allah SWT, agar kita semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan, menerangkan kebenaran dan jangan timbul rasa kebencian terhadap sesuatu kaum sehingga melakukan
ketidak-adilan ke atas kaum itu (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Maidah 5: 8).

Inilah misi dan matlamat sebenar Kerajaan Negeri di bawah Kepimpinan Ulama’ tatkala berkuasa– sedia membantu dan menyelesaikan permasalahan rakyat– sentiasa utamakan prinsip keadilan untuk semua.

Begitu pula dari segi kemasyarakatan, Allah SWT melarang perbuatan saling cemuh-mencemuh dan rendah-merendah terhadap kaum tertentu. Ini mungkin kaum yang dicemuh itu lebih baik.

 

Dan kita harus mengelakkan daripada panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:11).

Oleh itu, semua Pengundi Galas sama ada orang Melayu atau Cina, India atau Orang Asal hendaklah saling hormat-menghormati.

Prinsip ini telah menjadi pendirian dan dasar sosial Kerajaan Negeri Kelantan sepanjang mentadbir Negeri ini sejak pilihan raya umum 1990 lagi.

Maka prinsip ini menjadi panduan Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan (dari Parti PAS/Pakatan Rakyat) menjalankan tugas dan berkhidmat kepada rakyat.

Saya yakin Saudara Dr. Zul bersedia
mengamalkan khidmat terbaik untuk rakyat Galas berpandukan prinsip
tersebut.

Sesungguhnya, pilihan raya kecil Galas berlaku pada saat Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyambut 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam.

Dalam tempoh 20 tahun itu, banyak usaha pembangunan sudah dibuat
Image Hosted by ImageShack.usdan sedia dinikmati oleh semua rakyat.

Aspek kebajikan rakyat, kepentingan dan hak rakyat menikmati hasil pembangunan adalah keutamaan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

Termasuklah, Pengundi Galas sudah menerima banyak perubahan hasil daripada pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri di Jajahan Gua Musang.

Justeru itu, tiada pilihan lain bagi Pengundi Galas, melainkan bersetuju untuk mengundi Calon Kito, Dr. Zul yang sanggup memberi khidmat terbaik bagi menyambung usaha Wakil Rakyat sebelum ini, malah sedia menjadi penghubung dan pemudah-cara antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

Semua Pengundi Galas harus menerima hakikat bahawa segala rancangan pembangunan akan berjalan lancar apabila Dun Galas ini mempunyai Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri. Ini kerana banyak urusan pembangunan adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Di antaranya rancangan pemilikan tanah, pembinaan jalan, bekalan air paip, pembinaan rumah, bangunan perniagaan dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Maka, pesanan saya, janganlah mudah percaya kepada janji pemimpin BN yang jelas menentang Kerajaan Negeri, kononnya mereka ada kuasa untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah atau bekalan air, atau pun perumahan rakyat.

Semua urusan ini tidak akan selesai tanpa kerjasama Wakil Rakyat dari Parti yang mewakili Kerajaan Negeri.

Memahami keadaan yang sedemikian, apa pasal kita nak pilih calon BN?

Natijahnya calon BN tidak akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin BN yang terlibat dengan rasuah, kroni dan pilih kasih yang jelas berlawanan dengan ajaran agama, bercanggah dengan hasrat rakyat dan tidak sehaluan dengan dasar-dasar Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Maka seruan saya, berilah keyakinan dan kepercayaan kepada Calon PAS, Dr. Zul sebagai Calon Kito yang sedia berkhidmat untuk semua Pengundi Galas.

Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi dan undilah bulan.

“Pertahan Galas Kito”

Calon Kito, Dr. Zul – Cakno & Mesra

Perutusan PRK N.45 Galas

 

Perarakan Satu Malaysia: Satu Orang, Satu Ratus Ringgit
Posted on Tuesday, November 02 @ 15:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
teori


BeritaSumber MerdekaReview

Perarakan bukan lagi "budaya Barat" yang mengancam ketenteraman masyarakat, sebaliknya setiap pesertanya dibayar ganjaran "Seratus Ringgit Malaysia", seandainya mengambil bahagian dalam perarakan Satu Malaysia dalam PRK Galas, semalam.

Namun demikian, ganjaran ini diberi secara senyap-senyap, tanpa mahu didedahkan kepada media.  Wartawan MerdekaReview menerima khabar pada jam 9.50 pagi ini, bahawa peserta perarakan Satu Malaysia yang dianjurkan semalam boleh menuntut ganjaran RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka.

 

Bagaimanapun, penduduk tempatan yang menerima wang enggan berterus-terang kepada wartawan.  Ada yang mendakwa "ada pemeriksaan darah percuma" di tingkat atas, ada pula yang berkata "ada tiket jamuan malam".  Makcik-makcik yang turun dari tingkat atas melipat sampul surat putih dan memasukkannya ke dalam kocek, meninggalkan situ secara tergesa-gesa.

Ketika wartawan MerdekaReview sampai ke tingkat atas, kononnya tempat di mana wang diberikan, seorang wanita yang berpakaian "Satu Malaysia" dengan kolar merah kelihatan berada di situ.  Terdapat juga beberapa helai senarai nama dalam bahasa Malaysia, dan nombor kad pengenalan yang disalin menggunakan tangan.  Penduduk yang mengelilinginya meletakkan kad pengenalan di atas meja, menunggu untuk dikenalpasti.

Wartawan MerdekaReview cuba bertanya, sama ada itu aktiviti "pemeriksaan darah percuma", dibalas wanita tersebut dengan, "Ya, tapi dulu".  Apabila wartawan menyusul dengan soalan lain, wanita tersebut menjelaskan bahawa mereka sekadar mendaftarkan peserta jamuan malam.  Ini kerana pertubuhan yang menyebarkan konsep "Satu Malaysia" telah tiba di Gua Musang untuk menjamu penduduk tempatan.

Isyarat tangan: RM100 diberi

Kemudian, wartawan pula bertanya penduduk yang berada di tingkat bawah.  Mereka dengan tegas menafikan bahawa mereka mengambil wang, malah seorang lelaki berpakaian T-shirt merah menekankan bahawa penduduk sekadar datang untuk mengambil tiket jamuan, dan tiada wang diberikan.  Wartawan mendesak dengan pertanyaan berapa orang dalam senarai namanya, ataupun berapa orang yang mendaftarkan diri, namun soalan-soalan ini enggan dijawabnya.

Wartawan mendapati makcik-makcik yang turun ke tingkat bawah mempunyai sampul surat putih dalam koceknya.  Mereka menerima isyarat daripada penganjur, yang disyaki didalangi MCA, enggan ditemuramah wartawan, dan meninggalkan tempat kejadian dengan terburu-buru.

Tetapi, seorang makcik yang turun dari tangga memberi isyarat kepada wartawan bahawa wang diberikan di tingkat atas.  Wartawan MerdekaReview menunggu di kawasan berdekatan untuk hampir sejam, dan menanya seorang lelaki yang turun dari tingkat atas.

Beliau mengangguk secara senyap, ketika ditanya sama ada wang diberikan di tingkat atas.  Wartawan menyusul dengan pertanyaan sama ada "RM500 diberikan", beliau menafikan sambil ketawa, dan memberi isyarat tangan bahawa RM100 diberikan.

Pada kira-kira jam 11.30 pagi, wartawan cuba untuk naik ke tingkat atas sekali lagi.  Kebetulan wartawan terserempak dengan dua orang wanita yang sedang turun dengan sampul surat putih di tangannya.  Seorang daripadanya dengan tangkas memasukkan sampul surat ke dalam begnya, sementara seorang lagi memasukkan ke dalam koceknya dan meninggalkan tempat kejadian sambil berlari.

Taukeh kedai yang berdekatan bertanya wartawan, "Kamu ada menyertai perarakan Satu Malaysia semalam?  Naik tangga, bagi dia tengok kad pengenalan, kemudian kamu akan dapat RM100."

Selepas itu, beberapa orang penduduk menyerahkan sampul surat berwarna putih itu kepada wartawan, yang ditulis nombor siri dengan pen merah, juga tertera perkataan "Food and Lodging".  Dua helai RM50 didapati di dalam sampul.

Seorang penduduk tua memberitahu MerdekaReview, mereka dibasahi hujan ketika menyertai perarakan Satu Malaysia semalam, maka ia dianggap sebagai "elaun" kepada apa yang tertimpa ke atasnya (dibasahi hujan).

Apa yang menarik, walaupun pertubuhan "1Malaysia" ini mendakwa diri mereka badan bukan kerajaan yang bebas, tetapi lelaki dari tangga atas yang memberi penjelasan kepada wartawan tadi turut mengedarkan risalah untuk aktiviti "berdialog" dengan Menteri dan Timbalan Menteri dari MCA, iaitu Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong.  Risalah ini tertera nama cawangan MCA Kota Gua Musang.

*Wong Shu Qi ialah Wartawan Senior MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Perarakan Satu Malaysia: Satu Orang, Satu Ratus Ringgit

 

 

Galas: PAS Tak Bina Menara 100 Tingkat
Posted on Tuesday, November 02 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
teori


BeritaOleh: ustnik

"
selamat datang Gua MusangPeluang berada di Galas sempena pilihanraya kecil DUN Galas tak lama. Bertolak dari Kemaman dengan Innova 11.40 pagi dan tiba di Batu Papan, Gua Musang 5.30 petang lebihkurang. Jalan berlubang selepas Kenyir, Felda Aring melambatkan perjalanan. Lori-lori mengangkut balak banyak menyumbang kepada cepatnya jalan berlubang. Bawa keluar balak semuanya ikut prosedur? Atau ada yang ‘berlubang’ juga? Ada iman, amanah insyaAllah tapi kalau tiada, maka akan banyaklah berlubang hutan nanti.

poster Ku LiSuasana meriah pilihanraya menanti di Gua Musang. Nama Ku Li barangkali lebih istimewa di Gua Musang dari nama Najib. Kain rentang BN ‘Ku Li jaga hak kita’ menampakkan Ku Li mengatasi nama Najib. Gambar Najib pun hanya menumpang di sebelah gambar Ku Li. Billboard besar calon PAS Dr Zul bersama Tok Guru MB mencuri pandangan di simpang lampu isyarat. BN banyak menaikkan papantanda jasa pembangunan yang dibuat. Satu papantanda BN bertanya: ‘PAS buat apa?’.

 

Pembangunan bagi BN bermakna menara 100 tingkat. Pembangunan bagi BN bererti banyak kelab malam. BN buat tak tahu selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan, segala ‘mok nenek’ pembangunan telah dibuat. Bacalah papantanda besar di Kota Bharu apa yang telah dibuat, kalau tak mahu baca harakah pun. (Atau baca di sini (0)).

Papantanda  ‘Jasa penyelewengan’ tidak dinaikkan. Pemerhatian saya PAS agak lambat menjawab isu pembangunan dalam bentuk papantanda. Mungkin difikirkan ia tidak menjadi isu atau tidak memberi kesan kepada pengundi. Tetapi sekurang-kurangnya ada jawapan dalam bentuk papantanda.

Sampai di Gua Musang, petugas PAS Kemaman membersihkan sebuah surau di satu kawasan tengah bandar Gua Musang. Surau yang tak dimakmurkan. Satu soalan untuk ahli PAS di situ (?)

rumah PAS KemamanPAS Kemaman menyewa sebuah rumah kecil di tepi belukar di Batu Papan. Agak jauh dari penempatan, tapi barangkali itulah yang sempat dicari. Bilik tidur ada sebuah. Bilik air hanya bertirai kain. Kena berdehem acapkali. Beberapa orang petugas sudah sedia ada di situ beberapa hari sebelumnya.

Saya berkuliah Maghrib di surau di taman almarhum YB Chek Hashim tinggal. Ahli jemaah setempat tak ramai. Campur dengan petugas pilihanraya baru agak ramai. Kuliah tentang ‘Membangun Bersama Islam’, mulai zaman Nabi Muhammad SAW yang mengajak kepada Islam di Mekah hinggalah membangunkan masyarakat dan negara di Madinah. Umat berada dalam rahmat apabila Islam yang memayungi. Saya kaitkan dengan perjuangan PAS secara umum, dan khususnya selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Ketika berkuliah, kelihatan seorang dua yang seperti mahu berkuliah juga. Baru tahu kemudiannya, mereka adalah mudir-mudir maahad yang bermesyuarat hari itu di Gua Musang. Nampaknya mesti ada penyelaras yang memastikan tiada pertindanan pemberi kuliah.

makan laksa rumah almarhum Chek HashimSelepas solat Isyak, solat hajat memohon daripada Allah kemenangan PAS dan tahlil buat arwah YB Chek Hashim. Berjamu laksa di rumah almarhum di situ. Bertemu sahabat lama ketika belajar di Jordan, Ketua Pemuda PAS Kelantan, YB Ustaz Latif. Malam itu ceramah oleh Tok Guru MB, DSAI, KM PP Lim Guan Eng.

Pagi Jumaat, sekali lagi berkuliah subuh di tempat yang sama. Ayat ’sujud’ menjadi tema kuliah sempena bacaan surah as-Sajdah solat Subuh di pagi Jumaat. Sujud bukan sahaja dalam solat tapi luar solat. Sujud bukan sahaja oleh alam tapi semua manusia. Sujud bukan sahaja dalam ibadah khusus tapi termasuk kehidupan yang merangkumi sistem politik dan lain-lain.

van UMNO KemamanPagi Jumaat pusing-pusing Gua Musang. Dewan Ulama PAS Kelantan nampaknya berkampung selesa di Taman Damar. Tapi cabarannya mungkin agak besar. Penduduk di situ ramai. Terserempak dengan van UMNO Bahagian Kemaman. Bertugas (untuk memenangkan jahiliah) di situ agaknya.

Penempatan Sungai Terah agak padat. Melayu ramai di situ. Di sinikah UMNO kuat? DUN Galas nampaknya boleh tahan dengan komposisi masyarakat pelbagai. Ada Melayu di taman perumahan, Melayu kampung yang sibuk menoreh. Ada yang berseloroh: ‘Macamana nak kempen? Pagi menoreh. Petang menoreh. Lepas Isyak pun menoreh!’ Ada Cina di bandar Gua Musang. Kata petugas: Cina ok. Ada orang Asal yang kami tak sempat tinjau.

abe jak bercelotehPagi Jumaat itu juga ada program Cakna Rakyat di Kampung Batu Papan. Ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PAS Pusat ada bersama. Salahudin Ayub, Dr Zulkifli Ahmad, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin sedang minum-minum di gerai sambil mendengar ‘ceramah’ Abe Jak. Banyak isu yang disebut oleh Abe Jak. Hj Hanafiah pun ada. Bagus juga rasanya kalau Abe Jak gi ceramah markas BN kat depan seberang jalan tu.

Program Cakna Rakyat di Kampung Batu Papan diserikan dengan beberapa aktiviti. Dr Hatta diberi peluang berucap. Beliau menimbulkan isu janji-janji BN yang belum ditunaikan, bukan sahaja di Manek Urai, tetapi dalam Bajet sebelumnya. Ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PAS Pusat itu kemudian dibawa melawat ke rumah-rumah almala’, pemimpin setempat dan mereka yang sudah pencen dari kerja di sekitar kampung itu. Kami menuruti dari belakang.

Dr Hatta berucapSetelah berkempen, dalam perjalanan untuk pulang, kami bertembung dengan petugas UMNO/BN dan dari NGO- SEDAR. Saya sempat bertanya tentang kedatangan mereka. Seorang petugas menjawab: ‘Jalan tengok senario politik di sini.’ Pas di dada tertulis NGO. (NGO betul atau alat UMNO?).

Di sebuah Taska PERMATA di Kampung Batu Papan itu kelihatan menjadi bilik operasi UMNO/BN pilihanraya. Taska PERMATA diperalat dan disalahguna?

Taska PERMATA Batu PapanBerada di Galas dalam tempoh yang singkat tidaklah dapat mengubah senario politik dan mempengaruhi undi secara total dan drastik, tetapi itulah sebahagian dari tugasan yang dapat ditunaikan. PAS Kelantan yang sudah berkuasa 20 tahun di Kelantan sepatutnya terus dapat menguasai hati penduduk di Galas dan Gua Musang, walaupun ‘Gua’ itu menjadi kubu kuat Ku Li untuk tempoh yang sudah lama.

Dalam perjalanan pulang, berselisih dengan kereta berplet PAS 12, kereta DSTG Presiden PAS di Kuala Berang, agaknya bergegas ke Gua Musang untuk ceramah pada malam itu.

 

 

 

 

 

 

 

Orang Asal dapat zakat, Umno kata rasuah

 

M Faqih   

GUA MUSANG, 3 Nov: Umno benar-benar terdesak sekarang apabila pemberian zakat kepada tiga Orang Asal yang memeluk Islam kelmarin dianggap pula sebagai rasuah pilihan raya.

Kejahilan mereka tidak mampu disembunyikan lagi apabila memperlekehkan pemberian zakat kepada Orang Asal yang menganut Islam.

Pemberian duit zakat kepada tiga Orang Asal tersebut disumbang Tabung Amanah Tok Kenali sebagai bantuan awal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru selepas menganut Islam.

Bagaimanapun bagi Umno pemberian zakat seolah-olah hina bagi mereka. Ini secara tidak langsung menggambarkan Umno benar-benar memperjuangkan kebendaan tanpa menghiraukan kehidupan rakyat.

Mungkin dalam diari Umno langsung tidak ada soal dakwah bagi menarik lebih ramai masyarakat Orang Asal menganut Islam sebagaimana dilakukan pemimpin PAS dan NGO Islam.

Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, tidak timbul sama sekali duit yang diberi kepada pemuda Orang Asal yang menganut Islam sebagai rasuah pilihan raya kerana ia merupakan pemberian zakat.

“Islam menggalakkan saudara baru dibantu bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru. Jadi bantuan tidak seberapa yang diberi kelmarin ketika kunjungan Menteri Besar ke penempatan Orang Asal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru.

“Saudara baru termasuk dalam lapan asnaf yang perlu dibantu terutamanya melalui sumbangan duit. Jadi isu ini nampak sangat dipolitik Umno selepas mereka kehabisan modal,” katanya.

Laman berita Umno semalam menganggap PAS terdesak apabila merasuah wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi Orang Asal di perkampungan Sendrop.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, Umno cuba menyembunyikan perkara sebenar pemberian zakat disampaikan Menteri Besar kepada tiga Orang Asal yang menganut Islam.

Katanya, segala strategi Umno bagi memburukkan PAS ternyata menyimpang jauh termasuk juga isu khalwat yang dijaja mereka terkena kepada batang hidung pemimpin Umno sendiri.

 

No comments: