PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, November 10, 2010

PEMIMPIN UMNO CAKAP BERBELIT MACAM ULAQ SAWA





Adun BN cadang wang warga emas tiap bulan
Mohd Ali Hashim   
GEORGETOWN, 9 Nov: Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mencadangkan
supaya kerajaan negeri memberi wang penghargaan warga emas sebanyak RM100 setiap
bulan dan bukannya setahun sekali sepertimana yang dilaksanakan kini.
Adun Barisan Nasional (BN) itu juga menyatakan langkah tersebut adalah suatu perkara
yang wajar dilaksanakan kerana warga emas sememangnya memerlukan bantuan dan
perhatian.
"Apa salahnya sekiranya bantuan RM100 ini diberikan setiap bulan kepada warga emas
yang memang benar-benar memerlukannya. Kerajaan negeri wajar memberi bantuan
tersebut kepada warga emas yang memerlukan pembelaan sejajar dengan apa yang
diwar-warkan selama ini," ujarnya mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain ketika dihubungi pula berkata,
ini membuktikan Umno Pulau Pinang sememangnya tidak mempunyai pegangan dalam
perjuangan mereka.
"Sepatutnya percakapan mereka sebagai pemimpin tidak harus berbelit-belit, sekejap
kata wang penghargaan warga emas dari sumber yang haram ,kini kata wang itu patut
diberikan setiap bulan pula.
"Mana satu yang mereka perjuangkan. Oleh kerana itu suka saya sarankan kepada
kepimpinan Umno di Pulau Pinang supaya bermuhasabah diri sebelum membuat
apa-apa tindakan yang akhirnya mencalitkan lumpur ke wajah mereka sendiri,"
ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican
Naina Merican mendakwa wang sumbangan warga emas itu dari sumber yang
tidak halal.
Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim turut mendakwa menerima wang yang
dipulangkan bagi kawasan Dun Penaga, kemudian diikuti pula oleh Umno Bayan
Baru.
Rentetan itu, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, turut membuat
dakwaan yang sama dengan menjalankan usaha mengutip wang yang didakwa
dari warga emas untuk dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri.

No comments: