PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, November 09, 2010

Pelancaran BERSIH2.0

 

 

 

MaklumanOleh zaminc

"

Butir-butir pelancaran seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa :  8.30 p.m. – 10.30 p.m.
Tempat :  Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Sila bawa ahli-ahli dan rakan anda ke pelancaran ini nanti. Anda boleh berhubung dengan Nurul at 03-77844977 untuk maklumat lanjut.



Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah  pilihan raya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.

BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihan raya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan. Perjalanan untuk reformasi pilihan raya adalah ranjau di dalam proses demokratik bagi mendapat kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara. Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan.

Isu-isu utama di dalam reformasi pilihan raya termasuk
1.   Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.
2.    Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.
3.    Reformasi di dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.
4.    Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) media akses yang bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.
5.   Tempoh kempen minima 21 hari yang bermakna.
6.    Amalan-amalan adil dan professional di dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.
7.    Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.
8.    Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.
9.    Reformasi di dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.
10.    Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya kecil bagi badan perundangan di peringkat persekutuan mahupun negeri.
11.    Menegaskan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas, yang mengambil bahagian di dalam politik di dalam dan di luar kampus.

BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi yang dibawa mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.

Dengan ini, kami, dengan rasa rendah diri ingin menjemput anda dan organisasi anda untuk bersama-sama kita dalam memastikan pilihan raya akan datang dan masa depan kitabersih, adil dan demokratik.

"

 

Masjid di N.Sembilan tak siap, yang sedia ada nak diroboh
Posted on Monday, November 08 @ 01:16:46 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper


ResponOleh: amkns

"Apa nak jadilah dengan Islam di Negeri Sembilan ini, semakin terpinggir. Dahlah masjid yang baru tak siap-siap di kawasan padat penduduk. Masjid yang sedia ada pula nak dirobohkan atas alasan pembangunan landasan keretapi berkembar. Salah siapa? Salah kita semua, salah kita yang diam membisu, setidak-tidaknya berdoalah agar Negeri Sembilan diperintah oleh mereka yang sentiasa takutkan azab ALLAH di kubur dan akhirat nanti.

Kisah masjid di Negeri Sembilan tak siap-siap pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html  

Kisah masjid Kg Bongek , Rembau mungkin akan dirobohkan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html  

KEMPUNAN MASJID 

Berita Harian 8 November 2010  

Penduduk Seremban 2 kecewa tiada petunjuk projek akan dimulakan selepas majlis peletakan batu asas dua tahun lalu  

SEREMBAN 2: Walaupun sudah lebih dua tahun majlis peletakan batu asas Masjid Seremban 2, di sini berlangsung, hingga kini hanya papan tanda projek kelihatan tanpa sebarang petunjuk projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

Tinjauan Berita Harian ke tapak itu di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 mendapati, lalang dan pokok liar memenuhi kawasan yang sudah diratakan tanpa kewujudan sebarang cerucuk atau mesin.  

Penduduk mendakwa, keadaan tapak terbiar itu seolah-olah memberi gambaran projek pembinaan masjid yang sebelum ini dikhabarkan bernilai RM7.5 juta tidak akan dimulakan dalam waktu terdekat.  

Mereka kesal kerana walaupun Seremban 2 kini berkembang pesat dengan banyak kawasan perumahan baru serta pejabat dibuka dan bilangan penduduk dianggarkan puluhan ribuan orang, kemudahan masjid masih terabai.  

Lebih dikesalkan, penduduk mendakwa mereka sebelum ini diberitahu peruntukan pembinaan satu-satunya masjid yang dikatakan mampu menempatkan 3,000 jemaah pada satu masa di Seremban 2 itu sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri.  Berikutan ketiadaan masjid itu, penduduk dan pekerja di Seremban 2 serta beberapa kawasan sekitar, termasuk buruh binaan warga asing, terpaksa menggunakan Surau Al-Ikhlas di Garden Homes yang kecil untuk menunaikan solat Jumaat atau pergi ke masjid yang lebih jauh di Mambau atau Taman Bukit Chedang.  

Norazam Nayan, 44, berkata penduduk kawasan itu sangat memerlukan sebuah masjid yang selesa untuk menjadi pusat kegiatan komuniti masyarakat Islam yang bersepadu.  "Buat masa ini, tiada satu pun tempat di Seremban 2 yang boleh menjadi pusat kepada semua aktiviti keagamaan atau masyarakat Islam, menyebabkan setiap surau di kawasan perumahan hanya menjalankan aktiviti peringkat taman.  

"Bukan kita tidak mahu bersatu padu, tetapi bagaimana hendak bersatu menganjurkan atau bekerjasama dalam aktiviti lebih besar yang dapat merapatkan silaturahim masyarakat Islam di sini jika kita tidak mempunyai masjid," katanya.  

Bagi Nor Rahmat Sulaiman, 47, keadaan di Seremban 2 sebenarnya agak janggal kerana amat jarang bagi sesebuah kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam tidak mempunyai masjid.  "Jika kita pergi ke mana-mana sekali pun, terutama kawasan bandar baru seperti ini (Seremban 2), pasti akan menemui masjid.

Bagaimanapun, keadaan di sini amat berbeza kerana tiada masjid walaupun dilengkapi segala kemudahan lain termasuk beberapa sekolah dan pasar raya," katanya.  Mahmood Shariff, 57, yakin kerajaan mempunyai rancangan untuk mendirikan masjid di kawasan itu tetapi tidak pasti faktor yang menjadi penghalang kepada pembinaannya.  

"Dua tahun lalu, kita dijanjikan pembinaannya dengan batu asas serta majlis pecah tanah sudah dilakukan. Itu bermakna kerajaan memang ada perancangan dan tidak meminggirkan keperluan utama masyarakat Islam di sini.  

"Namun, projek itu kemudian senyap dan tapak berkenaan langsung tidak terusik, menyebabkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Apa pun, kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya demi kepentingan bersama," katanya.  

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan, berkata projek itu sudah diluluskan pada 2008, tetapi peruntukan pembinaan ditangguhkan atas sebab tertentu.  

"Buat masa ini, permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang dijanjikan sebelum ini sedang giat diusahakan kerana kita menyedari keperluan yang mendesak," katanya. 

 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Kempunanmasjid/Article

"

Lagi masjid terselamat dari tsunami
Posted on Monday, November 08 @ 01:09:37 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper


Luar NegaraOleh: blalang

"Ingatkah anda pada peristiwa tsunami besar yang melanda pada tahun 2004 yang lalu terdapat sebuah masjid di Acheh selamat dan kukuh berdiri sedangkan rumah dan bangunan disekitarnya semuanya musnah sama sekali.

mosque

Manakala pada tsunami yang berlaku di Mentawai, Indonesia baru-baru ini, terdapat sebuah lagi masjid yang selamat dari tsunami. Berikut adalah pengalaman dari seorang wartawan di Indonesia mengenai kisah ini.

 

Dari pantai, Dusun Pasa Puat suasana sungguh sunyi sepi. Sedikit pun tidak terlihat tanda-tanda seperti sebuah kampung. Rumah-rumah penduduk rata dengan tanah. Tiada satu pun rumah orang kampung yang berdiri. Semuanya tertiarap. Hanya ada satu bangunan berdiri kukuh menghadap pantai iaitu sebuah masjid. Seorang guru Al-Quran di masjid itu yang bernama Zulfikar juga selamat.

mosque

Dalam perbualannya, lelaki yang berusia 40 tahun itu mengaku telah tinggal di dusun itu sejak kecil. Sama dengan usia masjid itu yang berdiri sekitar tahun 1960 lalu. “Ini masjid tertua di dusun kami. Bentuk masjid itu sudah tidak asli lagi, kerana banyak kali diperbaiki,” ujar Zulfikar.

Zulfikar menceritakan, masjid ini sama sekali tidak tersentuh tsunami pada malam itu. Padahal, lokasinya tidak jauh dari pantai. Sedangkan rumah-rumah orang kampung di sekitar masjid, rata dengan tanah. Masjid inilah yang menjadi tempat perlindungan masyarakat semasa gelombang besar datang.

Seperti mukjizat, air laut hanya sampai di tangga masjid. Di luar masjid, Zulfikar melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa gelombang tsunami setinggi lapan meter. “Kami dalam masjid ada lebih kurang 50 orang, sedangkan penduduk yang lain telah menyelamatkan diri ke kawasan bukit yang jaraknya satu kilometer dari masjid. Melihat masjid tidak kena sama sekali, kami merasa hairan. Setelah itu kami sedar ini adalah kehendak Allah” jelas lelaki berjanggut itu.

Zulfikar dan 50 orang lain tidak henti-henti mengucap kebesaran Allah. Di luar masjid, gelombang tsunami terus menyerang sebanyak tiga kali. Tiada yang menduga, tsunami menghindari masjid. “Seperti, ketika air sampai di masjid air itu terbelah, sehingga lantai masjid pun tidak basah sama sekali,” katanya. (LieM/jpo)

Posted@ www.isuhangat.net . Subhanallah.

"

 

 

No comments: