PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, November 16, 2010

PAS: Media tidak beretika perlu diajar

 

PAS: Media tidak beretika perlu diajar

Nov 16, 10 1:07pm

 

Kongsi 47

Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Nasrudin Hasan menegaskan, memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah, lapor HarakahDaily.

Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum malam semalam, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya menghalang kebebasan media.

"Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab media pro-Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir. Media hanya tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan kerajaan negeri. Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar menjawab," terangnya.

Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin.

“Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih dan seumpamanya.

"Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya kecewa.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan, laporan yang dibuat oleh media pro-Umno itu didalangi oleh beberapa individu yang sengaja mengambil kesempatan berlakunya banjir terburuk yang melanda Negeri Kedah.

Beliau juga yakin peristiwa yang berlaku itu tidak akan mendorong rakyat untuk kembali ke pangkuan Umno yang telah membohongi mereka sejak 50 tahun lalu.

"Rakyat Kedah pasti tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Semua itu pembohongan media pro Umno yang senantiasa mencari ruang untuk mereka mengucar-kacirkan pemerintah Pakatan Rakyat,” katanya

 

 

16 November 2010

Saya Islam, mengapa perlu terkejut?

 

 

 

Semasa saya tiba di wilayah Arab itu untuk bekerja di pusat kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya membawa bersama pandangan yang dimiliki semua wanita berkulit putih kelas pertengahan (secara senyap atau terbuka) mengenai wanita Islam, wanita yang saya anggap tidak lebih dari sekadar jasad yang dibalut dengan jubah hitam.

 

Sebagai seorang wanita Barat yang mempunyai semua kebebasan, saya jangka saya akan hanya berurusan dengan golongan lelaki sahaja. Bukankah itu yang menggambarkan dunia Islam?

 

Nampaknya pandangan stereotaip saya itu terbukti masih dikongsi oleh semua penduduk Barat apabila beberapa kolumnis yang mendengar saya sudah menganut Islam, menjerit ketakutan dan terkejut.

 

Ya, begitulah pandangan mereka terhadap lebih setengah bilion wanita di dunia yang menganut agama Islam.

 

Semasa lawatan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lebanon, saya banyak berurusan dengan lelaki yang berkuasa, termasuk lelaki berjambang yang kita selalu lihat dalam berita di tempat-tempat di mana kita sendiri menghantar bom untuk dimusnahkan.

 

Tetapi sesuatu yang mengejutkan (untuk saya), semasa lawatan ini, saya turut berurusan dengan banyak wanita berkuasa pada semua peringkat umur yang memakai pelbagai gaya tudung.

 

Percaya atau tidak, wanita Islam boleh dididik, mampu bekerja dalam tempoh waktu yang lama seperti wanita Barat, dan mereka juga mengarah suami mereka supaya melakukan sesuatu, walaupun di hadapan rakan lelaki itu.

 

Adakah bukti ini mencukupi? Saya harap ia mencukupi, kerana selepas saya menganut Islam, pengulas sinis menggunakannya sebagai alasan untuk menimbulkan pelbagai pandangan buruk terhadap wanita Islam di mana-mana.

 

Jadi mari kita semua menarik nafas panjang dan benarkan saya mendedahkan dunia Islam sebenar pada abad ke-21 ini.

 

Kebanyakan amalan dan peraturan di negara 'Islam' sudah jauh terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

 

Amalan-amalan yang merendahkan wanita ini wujud daripada budaya dan tradisi (yang dikuasai lelaki) yang telah menular ke seluruh lapisan masyarakat.

 

Perjalanan saya menuju kepada Islam bermula dengan kesedaran mengenai jurang dalam apa yang diberitahu kepada saya mengenai Islam, dan realiti sebenar.

 

Semasa lawatan saya ke Iran September lalu, apabila saya melihat jemaah berwuduk, sujud dan membaca doa di dalam masjid, saya teringat mengenai pandangan Barat yang salah mengenai agama ini, agama yang menolak keganasan, mengamalkan keamanan dan kasih sayang melalui meditasi secara senyap.

 

Saya melalui perubahan ketara yang saya sendiri tidak sedari iaitu setiap kali berdoa sejak setahun lalu, saya mengucapkan 'Ya Allah' dan bukannya 'Ya Tuhan.'

 

Memang kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama tetapi bagi mereka yang baru memeluk Islam, bahasa asing yang digunakan dalam solat dan al-Quran kadang-kala menjadi penghalang untuk beribadat dengan sempurna.

 

Tetapi saya amat bernasib baik apabila dapat mengatasi perbezaan bahasa itu tanpa saya sendiri sedari.

 

Kemudian saya mula merasakan hubungan emosi antara umat Islam lain dengan perasaan penuh terbuka dan kemesraan.

 

Sejak memeluk Islam, saya mula merasakan betapa rakan-rakan bukan Islam seperti tidak berperasaan.

 

Mengapa kita tidak boleh menangis di tempat awam, memeluk satu sama lain atau mengucapkan kata-kata sayang kepada kawan baru tanpa disyaki atau diperlekehkan?

 

Saya melihat bagaimana pelbagai perasaan dikongsi antara umat Islam dan berfikir jika peraturan yang ditetapkan Allah berasaskan ketakutan semata-mata, mengapa rakan-rakan Islam saya tidak berpaling tadah daripada agama mereka dan mula meminum arak untuk mendapatkan 'keseronokan' seperti kita di Barat?

 

Kita seronok, bukan?

 

Dahulu, saya sering cuba berhenti mengambil minuman beralkohol tetapi tidak berjaya, namun sejak saya memeluk Islam, saya langsung tidak membayangkan akan minum arak lagi.

 

Saya yakin inilah pilihan yang tepat bagi saya, terlalu banyak yang dapat dipelajari, dinikmati dan dikagumi dalam Islam.

 

Sebelum saya mengakhiri perkongsian pengalaman ini, saya ingin memperjelaskan perbezaan antara budaya Islam dan budaya media yang mungkin dapat memberikan orang ramai lebih pemahaman mengenai agama suci ini.

 

Apabila kita melihat rakaman media yang menunjukkan penganut Islam melaungkan 'Allahu Akhbar!', kita, orang Barat, telah dilatih menterjemahkan perbuatan itu sebagai ancaman.

 

Kita berfikir apabila mereka melaungkan kalimah itu, mereka sebenarnya mengatakan: "Kami membenci anda rakyat Britain, dan kami akan meletupkan diri di pusat membeli belah semasa anda sedang membeli keperluan harian."

 

Padahal sebenarnya, kami (umat Islam) hanya melaungkan 'Allah Maha Besar!' dan kami cuba menenangkan jiwa selepas negara bukan Islam menyerang kampung kami.

 

Kalimah itu mewakili harapan kami untuk hidup dalam suasana aman dengan semua masyarakat, sama ada beragama Islam atau tidak, dan jika itu terlalu susah untuk dicapai seperti keadaan sekarang, kami hanya mahu supaya kami tidak diganggu.

 

*Lauren Booth, 43, adalah adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Booth memeluk Islam selepas melalui 'pengalaman suci' semasa melawat Iran, September lalu. Beliau menulis rencana ini untuk akhbar Britain, The Guardian bagi menjelaskan kritikan yang diterima daripada media Barat selepas mengumumkan keputusannya memeluk Islam.

 

 

:: Balik Semula ::

 

ADMIN - KedahLaNie TIME - 3:18 PM 0 Komen Anda 

Labels: Sinar Harian

Dah Kena Halau Pun Masih Bohong!

 

 

Oleh Zolkharnain Abidin

 

Ni kecoh kot mana ni? Wartawan tak boleh masuk DUN Kedah. Depa kena tahan di pintu pagaq. Peliknya, depan pintu pagaq tak dilaporkan kecoh, tapi kecoh jadi dalam dewan. Lagu mana?

Depa tak boleh masuk dalam dewan, depa kata kecoh jadi dalam dewan. Lagu mana pulak?Padan muka hampa, aku sokong Ust Azizan. Sekali hampa kena baghu hampa tau. Tulah lain kali kalau nak tulih, tulih bagi betul. Jangan dok pemohong.Depa ni memang jenih tak sedaq diri. Kena batang hidung lagu tu pun dok pemohong lagi. Tak bulih masuk dewan kata dewan kecoh. Memang hampa cari makan dengan cara pemohong.Ajaq depa tu sikit. La ni baghu sebut pasai kebebasan medialah, demokrasilah, tak adillah. Awat yang hampa dok pemohong tu adillah tu. Padan muka hampa.

Nilah balasan oghang pemohong. Padan muka hampa. Syabas dan tahniah Ust Azizan.

Nilah berita pemohong tu!

 

-----------------

Sidang DUN Kedah kecoh wartawan dilarang masuk

2010/11/14 (Berita Harian Online)

 

ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dicemari sedikit kekecohan apabila beberapa organisasi media arus perdana, termasuk jurugambar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dihalang daripada memasuki perkarangan Wisma Darulaman, untuk membuat liputan.

 

Pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk Wisma Darulaman memberitahu mereka diarahkan Pejabat Menteri Besar untuk tidak membenarkan beberapa organisasi media tertentu memasuki perkarangan bangunan berkenaan dan membuat liputan sidang DUN yang dirasmikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, pagi tadi.

 

 

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

 

 

 

:: Balik Semula ::

 

ADMIN - KedahLaNie TIME - 2:28 PM 0 Komen Anda 

Labels: Media, Penulis Tamu - Zolkharnain Abidin, Sidang DUN

Degilnya Umno tolak fakta sebenar, hukum agama

 

 

Oleh Mat Zain Mat Isa

 

Ada benarnya kata orang, Umno dikuasai manusia yang gemar mengambil tindakan ebal dan sembrono. Kononnya mahu memperlihatkan diri sebagai sebuah parti yang prihatin dan sensitif, para pemimpin Umno sering tergesa-gesa memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara berbangkit.

 

Selalunya tanpa usul periksa atau meminta penjelasan lebih terperinci, mereka mudah membuat kesimpulan atas sesuatu isu tercetus. Kerap berlaku reaksi tidak teliti didorong serakah politik itu jauh tersasar dari hakikat sebenar isu terbabit.

 

 

Tabiat Umno itu ibarat ungkapan sindiran dalam masyarakat Barat, “like a frog, easily jump into conclusion”. Perangai itu juga menepati apa yang diistilahkan oleh orang Pantai Timur sebagai “baham rambang”.

Sepatutnya hal sedemikian tidak berlaku. Selaku parti pemerintah kerajaan sejak sekian lama, Umno perlu menjaga imej dan kredibilitinya daripada dinilai sebagai tidak teliti. Lagi pun, ia ada akses kepada segala kemampuan komunikasi dan teknologi maklumat. Ia juga menguasai seluruh saluran media arus perdana, elektronik mahu pun cetak.

 

Jika mahu, ia boleh meminta agen perisiknya memaklumkan fakta sebenar sesuatu isu sebelum diulas para pemimpinnya. Umno juga boleh memastikan letak duduk sesuatu perkara dari media-media talibarutnya yang mencetuskan isu-isu terbabit agar reaksi diberikan tidak menyerlahkan kegopohannya.

 

Bagaimana pun, hal sebegitu itu tidak banyak berlaku. Sehinggakan dalam mengulas isu penting dan sensitif pun, para pemimpin Umno sering tersasar dari fakta sebenar, lari dari tajuk atau menyentuhnya secara ‘out of contact’. Sesiapa pun yang meneliti dan menilai secara waras dengan dada terbuka agak sukar menerima banyak komen dan reaksi Umno itu sebagai rasional.

 

Meneliti laporan media beberapa hari sepanjang minggu lalu membantu memudahkan kita mengiyakan hakikat itu. Isu-isu dimanipulasi Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen di dua pilihan raya kecil, masing-masing di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah, banyak membabitkan kenyataan sembrono para pemimpin parti itu yang tidak menepati fakta sebenar.

 

Di Galas, misalnya, BN mendakwa kerajaan PAS menafikan hak rakyat daerah Gua Musang mendapatkan hak milik tanah. Sedangkan penjelasan pegawai kerajaan terlibat hal itu menunjukkan kelulusan hakmilik kepada 12,000 permohonan di kawasan itu telah pun dibuat.

 

Para pemimpin Umno juga cuba mengelirukan fakta kononnya dengan mengundi calonnya masalah hakmilik tanah akan dapat diselesaikan. Sedangkan mereka tahu kuasa meluluskan tanah dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri.

 

Amat memalukan, kegilaan mereka menyeleweng dan membelakangkan fakta sebenar sesuatu isu bukan terbatas setakat perkara-perkara sosio-ekonomi. Umno malah tergamak mengenepikan pertimbangan rasional dan munasabah dalam isu-isu menyentuh fakta hukum agama sekali pun.

 

Isu pemberian wang zakat kepada saudara baru Orang Asli oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, misalnya sewenang-wenangnya digemariuhkan sebagai rasuah politik. Lalu tanpa bertangguh para pemimpin Umno mencanangkan bahawa PAS menyogok pengundi.

 

Segenap penjuak Umno bangkit menuntut PAS dikenakan tindakan kerana didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya. Seperti biasa, dalam keadaan genting sebegitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tumpang mengeruhkan keadaan, apabila tergesa mengeluarkan kenyataan memberikan gambaran negatif terhadap PAS.

 

Tambah menyemarakkan persepsi buruk terhadap PAS ialah ulasan dan sorotan media talibarut BN yang sengaja memanipulasi isu itu secara tidak bertanggungjawab.

 

Penjelasan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman, bahawa wang berkenaan adalah sumbangan zakat kepada penduduk yang baru diislamkan Nik Aziz sepatutnya menyelesaikan salah tanggapan itu.

 

Malangnya, penjelasan itu tidak diberi tempat seeloknya, terutama oleh media arus perdana dikuasai BN. Keegoan para pemimpin Umno pula menghalang mereka daripada mengakui keterlanjuran, walau pun membabitkan hukum agama.

 

Bukankah mereka tahu betapa golongan muallaf termasuk asnaf yang layak menerima zakat? Dan, seperti dijelaskan Abdul Halim, pemberian zakat kepada saudara baru boleh dibuat walau di mana dan bila.

 

Inilah yang dikata orang, sudah lah jahil, degil pula. Para pemimpin Umno terbukti enggan mengakui kesilapan, sukar menerima penjelasan orang, sehinggakan tergamak membelakangkan fakta hukum agama, walau pun sudah dijelaskan di depan mata oleh pelbagai pihak.

 

Sama juga halnya dalam isu pemberian wang kepada warga emas di Pulau Pinang. Minggu lalu, Pemuda Umno negeri itu mencuri tumpuan media sekali lagi apabila melakukan gimik menyerahkan kembali wang berkenaan kepada kerajaan negeri, atas dakwaan dibuat sebelum ini bahawa ia bercampur dengan wang judi.

 

Nampak sangat makhluk bernama Umno ini degil dan bebal, sehingga tidak bersedia menerima penjelasan para ulama dan tokoh agama mengenai letak duduk hukum wang berkenaan. Hati, mata dan telinga anugerah Tuhan seolah tidak digunakan untuk menerima kebenaran. Ia masih seronok menegakkan benang basah mempertahankan kebebalannya membantah secara “baham rambang” sesuatu yang belum pasti fakta hukumnya.

 

Itulah perangai hodoh Umno!

 

 

 

:: Balik Semula ::

 

ADMIN - KedahLaNie TIME - 1:26 PM 0 Komen Anda 

Labels: Detikdaily, UMNO

Pesanan Untuk Zaid - Baik ko pergi buat parti sendiri lee..!!

 

 

Kepalang Berjuang

 

Zaib Ibrahim Bakal Penerima Hadiah Nobel?

 

DURI busuk yang bernama Zaid Ibrahim kini sudah tercabut dari daging bernama PKR, khususnya Anwar Ibrahim. Saya tidak mahu mengatakan Zaid adalah alat ataupun perkakas kepada Umno dengan tindak tanduknya. Saya tidak fikir begitu. Orang yang cerdik dan kaya macam Zaid tidak mungkin sedia untuk berbuat demikian menjadikan dirinya perkakas.

 

Apabila Zaid keluar PKR (apakah dia pernah menjadi ahli secara rasmi), maka habislah cerita. Beliau tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan PKR dan juga Anwar. Beliau boleh mengulas dan mengkritik atas kapasitinya sebagai seorang ahli politik yang profesional yang maha hebat di negara ini.

 

Kalau Zaid masih lagi membalun PKR statusnya samalah dengan dua tiga orang wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti berkenaan kerana baru berbau akan kebusukan Anwar. Sebelum ini mereka memeluk dan mencium Anwar tetapi selepas keluar baru merasai tangan mereka berbau tatkala memegang atau bersalam dengan Anwar.

 

PKR dan Anwar atau sesiapa saja tidak perlu mendengar apa-apa kritikan dan pandangan dari Zaid lagi. PKR boleh biarkan begitu saja pandangan Zaid. Lainlah kalau dia masih 'ahli' PKR dengan memegang berbagai jawatan itu PKR perlu mendengarnya kalaupun tidak mahu bertindak atas pandangan dan kritikan itu.

 

Ke mana Zaid selepas ini? Beliau memberi tahu yang tidak ada mana-mana parti yang inginkan beliau. Umno katanya tidak sudi memandangnya. Begitu juga Pas. Tetapi kalau kena cara Pas boleh menerima Zaid. Kalau Inchek Ibrahim Ali, Pas boleh menerimanya apakah dosa dan busuknya dengan Zaid. Kalau silap dan kekurangan Zaid hanya 'mabuk' saja. Tetapi apakah Inchek Ibrhaim tidak mabuk, rasanya mabuk Inchek Ibrahim lebih teruk dari Zaid!

 

Seburuk Zaid dia tidak menghentam Nik Aziz. Dia tidak mengatakan huduh kepada Nik Aziz. Apakah itu tektik untuk menarik Nik Aziz. Sebelum inipun dia jual bangunan Umno Kota Bharu kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan. Apakah itu sebahagian daripada tektik dan pelaboran Zaid ke dalam Pas? Begitu juga bila Zaid cadangkan beberapa nama pemimpin Pas yang relevanan untuk jadi penyelaras Pakatan, apakh itu tektik atau Zaid akan bersama mereka? Semacam ada kerja mahu mengait buah di dahan lembut oleh Zaid.

 

Tertakdir kalau Pas meneriam Zaid tidak mustahil juga masalah sama akan berlaku. Kalau Zaid menyertai Pas, dan Pas tidak mengikut kehendaknya, misalnya menghalang dia hendak jadi presiden, pasti Zaid akan meratah Pas dan Nik Aziz sekali macam dia ratah dan makan mentah PKR dan Anwar. Kalau tidak percaya Pas boleh cuba beri peluang kepadanya.

 

Saya secara peribadi suka dan gembira campur bahagia kalau Zaid tidak menyertai mana-mana parti politik. Lebih afdal kalau beliau tubuh parti politik sendiri. Kita mahu tengok sejauh mana sambutan partinya nanti. Zaid boleh jadi presiden yang lebih baik dari Najib, Anwar ataupun Abdul Hadi. Atas keyakinan bahawa Zaid mulia, suci dan bersih tentu partinya itu akan mendapat sambutan hangat dalam masa terdekat.

 

Mungkin ahli Pas, Umno dan PKR yang kecewa dengan parti masing-masing boleh menyertai parti Zaid. Parti Zaid mungkin sesuai dengan naluri mereka. Orang hebat seperti Zaid, orang bersih sepertinya dan orang suci, mesti akan mendapat sokongan. Anwar Ibrahim pun akan tenggelam. Begitu juga Abdul Hadi Awang juga akan tenggelam dalam kehebatan dan keagungan Zaid.

 

Zaid boleh membawa partinya bertanding dalam pilihan raya umum nanti. Kalau menang dan tidak cukup kerusi untuk tubuh kerajaan, Zaid boleh bergabung dengan Umno. Tentu mudah bagi Umno dan Zaid untuk bergabung di antara satu sama lain kerana mereka pernah duduk dalam kloni yang sama.

 

Marilah kita mengucapkan selamat berjuang dalam wadah baru kepada Zaid Ibrahim. Semoga beliau akan memjana demokrasi yang sihat dan subur. Demokrasi yang benar-benar adil dan tidak korup yang diharapkan oleh segenap ahli politik dunia. Mudah-mudahan juga dunia akan mengiktiraf Zaid sebagai tokoh demokrasi tulen dan seterus penerima hadiah novel kerana berjuang untuk melahirkan demorkasi tulen dalam negara Malaysia.

 

Harapnya selepas ini Zaid akan terus dikenang dan mendapat liputan meluas dari akhbar. Rumahnya akan dikerumini para media massa yang ingin mendengar bual dan cakap Zaid. Dan selepas ini juga kita berharap nama Anwar tidak akan disebut-sebut lagi. Nama Abdul Hadi tidak diingat lagi. Semuanya akan teralih kepada tokoh baru yang hebat dan suci bersih, Zaid bin Ibrahim. Selamat! [wm.kl. 6:00 pm 15/11/10]

 

Mohd Sayuti Omar(MSO),

 

 

 

:: Balik Semula ::

 

ADMIN - KedahLaNie TIME - 12:21 PM 0 Komen Anda 

Labels: Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO)

Banjir Kedah : ADUN dan AP BN ambil peruntukan negeri Kedah

 

 

Sultan Kedah dikatakan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha."Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu."Maknanya selama banjir di Kedah, belumlah ada bantuan dari Najib, Muhyiddin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dari KL. Setakat hari ini 14 November 2010 semuanya masih dari Kerajaan Kedah" kata bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah.Nampaknya wartawan yang membuat liputan di tempat banjir, beritanya didapati palsu bilamana dia mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keperluan makanan dan lain-lain dengan menggunakan peruntukkan persekutuan.

 

http://alkerohi.blogspot.com/

 

 

 

:: Balik Semula ::

 

ADMIN - KedahLaNie TIME

 

 

 

 

Sunday, November 14, 2010

Banjir di Kedah: Sebelum dan Sesudah

Seperti yang dijanjikan, lebih kurang seminggu selepas banjir besar melanda Kedah, kami berkunjung sekali lagi ke kampung yang pernah kami bantu sewaktu kemuncak banjir hari itu.

Ada kawan tanya, pasai pa nak pi kampung yang sama jugak?

 

Saya jawab, banjir kali ini besar sungguh, bukan setakat satu dua kampung yang terbabit, tapi ratusan permatang/kampung dan taman yang kena. Sebagai NGO kecik, kami tak akan mampu nak bantu semua kampung-kampung itu, jadi - kalau kami dapat tolong bantu satu kampung pun jadi lah.

 

Maka itu, tadi Ahad 14 Nov 2010 kami sekali lagi ke kampung yg pernah kami kunjungi di kemuncak banjir hari itu; ada kawan yang turun pi riki waktu banjir dah surut, dia habag kata bila dia tengok keadaan dlm rumah waktu depa dok tengah cuci tu sebijik macam kita nak masuk rumah sewa baru, apa pun tak dak hatta lantai pun tinggal simen saja; pinggan mangkuk dan kain baju serta peralatan lain terperosok kat satu penjuru bercampur dengan selut banjir yg berbau hanyir. Dapur gas pula tak boleh pakai sebab tersumbat dgn selut dll. Pendek kata memang tunggang langgang jadinya kehidupan penduduk kampung kat situ yg tak bersedia nak hadapi banjir besar yang mai secara tak disangka-sangka ini. Melalui yahoogroup dan facebook kami buat rayuan kepada kawan-kawan mohon bantuan dlm bentuk barangan seperti dapur gas, tikaq, pinggan mangkuk, pakaian terpakai dan serba sedikit brg2 makanan. Alhamdulillah, kami pun tak sangka, asalnya team NGO kami Wargakilang ini hanyalah 4 buah kereta yang confirm nak pi – tapi bila sampai di R&R Gurun, ada 13 buah kereta lebih kurang semua sekali. Turut sama bersama-sama kami ialah sebuah NGO yg depa namakan diri depa sebagai PEMBELA dari Pulau Pinang dan juga beberapa org kawan yg turun secara individu tanpa mewakili mana-mana parti, NGO atau pun kompeni. Ada sorang tu, dia mai nun jauh dari KL sana nu nak menyampaikan amanah ibunya minta dihulurkan bantuan secara bersemuka dengan mangsa banjir itu sendiri; kami rasa berbangga kerana beliau memilih kami untuk menunjukkan arah jalannya ke sana.Bersama-sama kami juga ada team Baju Biru CSR dari INTEL mewakili syarikat INTEL secara rasmi yg diketuai oleh sdra Aznee dan juga Puan Azlina. INTEL bagi sumbangan hampir beribu pieces pinggan mangkuk melamin yang berkualiti tinggi itu. Saya pula, selain mewakili NGO Wargakilang, saya turut diwakilkan oleh KITA (Kulim Hitech Industrial Tenants Association – Persatuan Pekilang2 Kulim Hitech Park) untuk menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan seharian. NGO PEMBELA dan geng-geng kilang OSRAM, Pulau Pinang bawa mai 50 buah dapur gas. Kawan-kawan yg lain dari kilang Fuji, Seagate, Jabil, Honeywell, Venture dll bawa mai barang-barang yang lain, cukup untuk membantu memulihkan kehidupan 50 keluarga di kampung itu untuk jangka masa terdekat.Pasal apa saya perlu tulis semua ini, sebab saya nak habag kata, sejak banjir melanda Kedah ini memang ramai individu/kompeni/NGO yang dah pi turun bantu mangsa-mangsa banjir ini, tapi sebab depa pi tanpa bawa lampu kamera media, maka cerita-cerita depa setakat berakhir di facebook dan diskusi group depa sajalah.

Dan satu lagi, depa-depa ini adalah antara kumpulan yang tak terpengaruh dengan cerita-cerita kata kerajaan Negeri tak ambik berat la, kerajaan Pusat lepas tangan la dan sebagainya. Depa yg turun sendiri depa tau lah.Sembang bab Negeri vs Pusat, UMNO vs PAS ini vs Banjir ini, saya nak kongsi 2 cerita: waktu dok harung ayaq banjir waktu malam pi bantu mangsa banjir di Pendang, bila sampai rumah JKKKP (ketua kampung – UMNO) dia suruh kami amik gambaq dia, suruh habag kat org kata UMNO tak mai bantu dia. Saya tak tau nak kata apa sebab hari itu juga kalau tak silap, saya ada tengok dalam suratkhabar seorang YB Puteri UMNO dok harung ayaq sampai ke tangga. Macam tu jugak bila kami singgah di sebuah masjid (yg saya confirm kemudiannya sebagai masjid PAS), ada Kepala kat situ habag kat saya kata YB depa tak turun-turun sejak banjir mula, dia kata dok sibuk di Kuala Lumpur saja. Malam itu saya baca dalam Internet, YB depa dok tengah harung ayaq bagi sumbangan kat kampung tak jauh dari kampung depa.

Makna kata, kalau semua YB tak kiralah PAS ka UMNO ka nak harung ayaq pi semua rumah-rumah kat Kedah ni, pakai masuk hospital habis la YB-YB ni, kami yg pi harung ayaq kat sebuah kampung itu saja pun ada yang balik demam 2 hari!Makna katanya, dalam bab-bab malapetaka dan bencana alam macam ni, jangan la kita semua dok berharap kat YB saja atau nak salahkan kerajaan Negeri atau pun kerajaan Pusat semata-mata; kita ada kaki ada tangan, elok kalau boleh kita turun sendiri. Agak-agak tak mampu nak turun, lain kali kalau banjir besar mcm ni jadi lagi, boleh tolong kutip brg-brg makanan ka apa pi kirim kat mana-mana sukerelawan yang kita kenal yg dok turun pi bantu mangsa banjir itu.Banjir kali ini memang teruk sungguh, untuk seminggu dua ini habis lintang pukang hidup depa-depa yang rumahnya berada dalam laluan air banjir ini. Depa cukup berterima kasih kalau ada sapa-sapa yg pi bantu tak kiralah kita ini parti politik ka, NGO ka, kompeni ka, individu ka atau sapa-sapa ka. Sebab itu agaknya bila dah habis bagi barang-barang sumbangan itu – dapur gas, tikaq, pinggan mangkuk, kain baju terpakai, brg2 makanan dll – bila sampai rumah, saya terima SMS daripada Kepala kat kampung itu, dia sms kata:

“Saya pun tak tahu nak cakap mcmana, cuma sampaikan ucapan terima kasih kpd semua yg terlibat dlm misi bantuan ini”.Saya pun tak tau juga nak reply tulis apa, saya sms balik, saya jawab:

 

“Terima kasih sebab ucapkan terima kasih, moga Allah merahmati kita semua”.

 

Ya, moga Allah SWT merahmati kita semua, sebab kejadian banjir ini sebenarnya adalah satu pengajaran daripada Allah buat kita semua tak kira sapa. Orang alim kata Allah boleh jadikan benda itu ada dan boleh jadikan benda itu tiada, Allah boleh jadikan tanah itu kering kontang dan Allah boleh jadikan tanah itu penuh dengan air sejauh mata memandang. Semua ini Allah boleh buat kalau Dia nak; lihatlah gambar-gambar ini sesudah dan sebelum, masyaallah hebatnya kuasa Allah - Ayaq boleh mai tiba-tiba, kemudian boleh surut macam itu saja!

 

moniermatdin@yahoo.com

14.Nov.2010

http://www.moniermatdin.blogspot.com/

 

 

 

No comments: