PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, November 10, 2010

Parti Keadilan Rakyat dan Zaid Ibrahim

Surat terbuka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat
Posted on Tuesday, November 09 @ 23:52:29 PST
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutih


Aduan @ LuahanOleh ILLAM KUBONG AK DAGANG

Saya telah menjadi ahli parti sejak PKR ditubuhkan. Saya dan beratus ribu lagi rakyat Malaysia telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kami telah menaruh harapan untuk PKR membawa perubahan kepada mutu sistem pemerintahan di negara yang tercinta ini. Harapan kami telah menggunung apabila PKR serta PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan yang tidak diduga pada PRU 12. Kemaraan ke Putrajaya kian menjadi realiti.

Walau bagaimanapun perkembangan-perkembangan mutakhir dalam PKR amat mencemaskan saya. Rentetan daripada pemilihan pucuk pimpinan yang sedang berlangsung, parti telah di heret ke ambang krisis. Pada hemat saya, krisis ini ialah yang paling getir pernah dihadapi oleh parti. Besar kemungkinan parti akan berpecah akibat krisis ini dan sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.

Justeru itu, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti. Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas.

Ketua Umum parti mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden dan beliau sewajarnya tidak campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Presiden. Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan.

Jika perlu, sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan dengan mandat dari Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden sebagai pengerusi untuk menstabilkan parti.

Saya doakan Presiden akan berjaya dalam misi ini. Janganlah hancurkan impian kami sebagai ahli-ahli biasa untuk parti membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.

Sekian, Salam Reformasi.

 


ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568

 

 

9 NOVEMBER 2010

 

 

PKR REFORM
Posted on Tuesday, November 09 @ 21:29:10 PST
Dilulus untuk paparan oleh
KetamBatu


Analisis IsuOleh: PRO

"
Apabila Zaid Ibrahim dan Mustapa Kamil mula bersuara kepada  DS Anwar maka kita boleh melihat demokrasi penuh dalam Pkr.

Agenda reform bukan bermula dengan Anwar tapi anwar hanya penyambung mata rantai agenda reformasi.

Jika memberi komentar dalam isu ini,saya hanya lihat dari sudut medium sahaja.Maksudnya ,medium mengkritik,bagi saya,Zaid dan Mustapha kamil tidak perlu mengkritik secara terbuka dengan media jika sayang parti kerana ia vitamin buat Umno.Jika kritik dan nak bersilat teruskan bersemuka dengan KETUA UMUM.

Apakah rumah Pkr akan runtuh jika konflik ini berlaku?Konflik ini memuncak dan Saifudin Natusion kena galas maruah dan menjawab tomahan ini.Saya lihat semangat  chegu Bard memuncak mengenderai reform ini dan Anwar mesti bagi full support kepada semua calon tanpa kira bulu.

Begitu juga dengan cara pemilihan pimpinan secara terbuka,adakah sesuai?mahu tiru cara Umno?Lihat Pas,cara pemilihan melalui perwakilan dan syura lebih rapat dengan ruh ISLAM.

DS  Anwar Ibrahim perlu mendengar nasihat lawan dan kawan,teringat saya pada kisah Allahyarham Ust Fadzil Noor yang menasihati DS Anwar jangan masuk UMNO,tapi DS Anwar masuk juga.

Mendengar nasihat dan membaiki cara teguran amat signifikan buat DS Anwar Ibrahim pada masa sekarang.

 Sila ke http://sekolahreform.blogspot.com/

"

 

 

Demokrasi: Zaid hanya mahu menang tidak mahu terima kekalahan
Posted on Tuesday, November 09 @ 21:23:04 PST
Dilulus untuk paparan oleh
KetamBatu


ArtikelOleh: anak_muar

"
Tindakan zaid ibrahim mengundurkan diri dari bertanding jawatan timbalan presiden PKR serta melepaskan semua jawatan dalam PKR adalah tidak bersedia untuk kalah dalam pemilihan parti.Beliau hanya mahu menang secara tersirat mahukan semua ahli PKR memilih beliau untuk menang. Sedangkan beliau bercakap lantang tentang demokrasi.

Demokrasi jenis apakah yang di maksudkan oleh Zaid hanya mahu kemenangan berpihak kepada beliau dan mendakwa pelbagai tuduhan dan penyelewengan berlaku dalam pemilihan parti apabila jurang undi diantara beliau dengan Azmin semakin jauh kebelakang.


Zaid sudah lupa siapakah Azmin di dalam PKR selama ini.
Azmin diantara orang-orang paling setia dalam PKR yang melalui pelbagai kesukaran dari peringkat awal parti ditubuhkan.Azmin jelas begitu tegas dan kental dalam menghadapi serangan dari UMNO dan sentiasa dalam keadaan bersedia. Kesetiaan Azmin telah pon teruji dalam masa tempoh 12 tahun.


Tuduhan negatif terhadap Azmin wujud kerana beliaulah antara individu paling setia walaupun terpaksa menghadapi kesukaran demi kesukaran.
Sebab itu Azmin menjadi mangsa utama dari pelbagai pihak khususnya UMNO dalam usaha melemahkan gerakan Anwar.Sudah ramai orang kanan dan penting dalam PKR telah pergi meninggalkan Anwar namun Azmin tetap terus teguh bersama individu-individu lain yang mengikut langkah Anwar sejak 12 tahun lalu.


Layakkah Zaid mendakwa dan menggesa Anwar dan Azmin berundur dari PKR serta meletak semua kesalahan dan kelemahan parti kepada Anwar dan Azmin.Zaid tidak melalui zaman tahun 1998 dimana sesiapa sahaja yang bersama Anwar akan melalui kesukaran dan tekana dari UMNO pada ketika itu seterusnya hinggalah sekarang.Apakah kesukaran yang dilalui oleh Anwar mahupun Azmin,Saifuddin,Tian Chua,Syed Hussin Ali,Wan Azizah serta keluarga dan juga pendukung lain mempunyai kepentingan dan agenda peribadi.


PKR hanya parti baru yang tidak ada keistimewaan apabila memegang jawatan tinggi.PKR memerlukan pemimpin yang berkebolehan dan berani berjuangan serta bersedia berhadapan dengan kesukaran dan tekanan. Adakah Zaid mampu?Ya mampu untuk meruntuhkan PKR tanpa tunggu pihak musuh melakukannya.

"

 

 

Zaid Mengaku Mahu Ganti Anwar, Apa Yang Azmin Patut Belajar Agaknya?
Posted on Tuesday, November 09 @ 23:49:55 PST
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutih


ArtikelOleh WFAUZDIN NS

ZAID tanpa rasa segan dan malu mendakwa beliau layak menggantikan DS Anwar memimpin PKR. Baca sini. Zaid yang dihukum oleh Umno atas rasuah politik, masuk PKR kemudiannya tewas di Hulu Selangor, dapat jawatan Ketua Cabang PKR Wilayah Persekutuan secara `percuma' ini ada hati mahu menggantikan DS Anwar? Jangan muntah dulu....

Zaid kata DS Anwar tidak layak lagi memimpin PKR dan juga PR kerana beliau ada masalah tersendiri. Kekalahan PR di Batu Sapi dan Galas juga dibebankan kepada DS Anwar. Ada beliau datang ke Batu Sapi bantu calon? Ada beliau berkampung di Galas bantu PKR? Beliau tidak sebut kejayaan yang banyak dicapai di bawah pimpinan DS Anwar, kerana hatinya terlalu busuk semata-mata untuk berkuasa di dalam PKR. Bahkan bercita-cita tinggi untuk memimpin PR. Itulah Zaid Ibrahim tokoh yang baru `dua hari' kenal PKR.

Zaid tertinggal jauh dibandingkan dengan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Jika beliau mendahului Azmin sepertimana awal dulu, agak-agak Zaid jadi `gila' seperti sekarang atau tidak? Aku mulanya tidak percaya anggapan orang yang menyebut Zaid itu `racun' di dalam PKR tidak ubah seperti ejen Umno yang diutus untuk menghancurkan PKR. Tetapi, bila aku fikir balik sukar untuk aku menolaknya sekarang.

Masa Zaid tiada di dalam PKR, pemilihan di dalam PKR berjalan lancar, penuh harmoni di mana menyaksikan Azmin tidak pernah menentang Timbalan Presiden PKR waktu itu walaupun beliau mendapat sokongan agak besar. Sifat hormat menghormati begitu kuat waktu itu. Bila Zaid masuk Umno, kita sambut baik. Dia awal-awal sebut tidak mahu rebut jawatan tertinggi dalam parti. Tetapi, akhirnya dengan penuh putar belit dengan syarat itu ini, akhirnya masuk bertanding. Bila terasa nak kalah, malu dengan kekalahan di tangan Azmin yang beliau kata `perlu belajar' lagi tu, beliau cari pasal salahkan pihak lain. Lalu, beliau tarik diri.

Azmin perlu belajar lagi, katanya. Belajar apa lagi Zaid? Belajar masuk penjara? ISA ? Kamu pernah masuk penjara ke Zaid? Belajar rasuah politik wang seperti yang kamu lakukan dalam Umno dulu? Itu yang kamu mahu Azmin belajar?

DS Anwar mempunyai masalah katanya. Sebagai kawan kalau kamu baik dan ikhlas, kamu sepatutnya membantu kawan kamu apatah lagi dia yang bawa kamu masuk PKR. Tapi, kamu sanggup lepaskan tengkuk kamu demi jawatan yang kamu mahu. Kamu mahu ganti tempat DS Anwar dan biarkan DS Anwar sendirian dengan musibah yang melandanya? Inikah pemimpin yang kita mahu dalam PKR atau PR. Cukuplah Zaid....kamu sepatutnya balik ke Kota Bharu atau berguru dengan Berahim Ali lagi bagus daripada jadi perosak dalam parti./wfauzdin.blogspot.com

 

 

TPM Diibarat “Mengata Dulang Paku Sepih Kata Orang Dia Lebih”
Posted on Tuesday, November 09 @ 23:35:03 PST
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutih


BeritaOleh Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 10 Nov :- Mengata dulang paku sepih kata orang dia lebih, demikianlah peribahasa yang sesuai ditujukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan gambaran bahawa parti itu sebenarnya tidak mengamalkan sistem demokrasi yang mereka canangkan, kononnya bagi memperjuangkan keadilan dan ketelusan dan menyifatkan PKR tidak jelas hala tuju dan masih caca marba.

"BN lah yang sepatutnya bertanya kepada pertubuhan Melayu itu tentang status mereka (umno) sendiri, mengapa Datuk Zaid Ibrahim sanggup meletak jawatan sebagai Menteri dan keluar dari UMNO suatu ketika dahulu, perletakan jawatan itu adalah suatu yang jarang dibuat oleh Menteri dari UMNO sebelum itu" demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong ketika ditemui di sini.

BN telah kehilangan seorang yang dianggap berpengaruh, tindakan beliau meletak jawatan sebagai menteri sebagai protes bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan bertindak menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri suatu masa dahulu.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, rentetan perletakan jawatan tersebut, BN yang sudah kehilangan orang yang berwibawa .

Tambahnya, tindakan meyakin rakyat dengan mengatakan bahawa PKR sebaga tidak selayaknya dipilih oleh rakyat bagi menumbangkan BN pada PRU 13 nanti suatu yang boleh disifatkan sebagaimana yang diumpamakan di dalam peribahasa melayu "mengata dulang paku sepih kata orang dia lebih."

Suatu reaksi yang sudah dijangka, BN sepatutnya mengamalkan politik matang dalam memberi respon tentang hal ehwal politik baik dari pihak lawan mahupun sebaliknya.

BN disaran supaya melakukan muhasabah terhadap parti mereka sendiri, jangan hanya melihat kelompangan parti orang, kemudian mengatakan itu dan ini tentang keburukan parti lawan

Hakikatnya rakyat kini lebih terancam dengan kepimpinan Negara sedia ada (BN) yang menyebakan hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion ternyata lebih membahayakan rakyat Malaysia kerana situasi Negara kini menuju ke arah Negara bankrap lantaran lambakan hutang serta masalah-masalah serius lain yang sedang berlaku di Malaysia.

 

 

Awas Pemimpin Rakyat 5 Tahun Sekali
Posted on Tuesday, November 09 @ 23:32:24 PST
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutih


Kenyataan MediaOleh Ustaz Idris Ahmad

Tan Sri Muhyidin Yasin menggesa semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak.

Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab.

PAS berpandangan pemimpin BN hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. Selepas pilihanraya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk , kerana kuasa membeli semakin berkurangan. Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas. Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan. Mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat. Peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta berbanding dengan Permata milik isteri tersayang RM111 juta. Begitu juga peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Maka tidak peliklah komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendak berlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihanraya. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

 

BN Dan Rasuah Bagai Aur Dengan Tebing
Posted on Tuesday, November 09 @ 23:37:16 PST
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutih


ArtikelOleh Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 10 Nov :- Rentetan keputusan Pilihan raya pilihan raya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi 2010. TPM, Mahyudin dengan lantang menyatakan bahawa rakyat menyokong serta memihak kepada BN, berdasarkan kepada keputusan PRK di Galas dan Batu Sapi, di tempat tersebut mereka menang, lalu berkokoklah pemimpin BN bahawa rakyat terima mereka, kononnya 1Malaysia telah diterima dari setiap lapisan masyarakat.

Senario politik Malaysia kini tidak boleh diumpamakan seperti Kelantan yang telah membenamkan Negeri Sembilan 2-1 dalam final Piala Malaysia baru-baru ini, pasukan Kelantan layak bersorak dan berbangga menang kerana mereka bermain bersungguh-sungguh dengan strategi yang jitu dan betul.Walaupun Negeri Sembilan mendahului pada separuh masa pertama dengan 1 - 0 namun pada separuh masa kedua Kelantan Berjaya menyumpat dua gol.

"Apa yang berlaku di dalam ruang lingkup politik BN, hanyalah sogokan perkhabaran kosong, tiada faktor fakta sebenar, hanya retorik politik yang penuh unsur pembohongan," demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong ketika ditemui di sini.

Tambahnya lagi, rakyat inginkan situasi politik yang bersih, tetapi bagaimana kepincangan institusi politik boleh pulih selagi media dikawal dan disalah guna oleh BN, kita dapat lihat sendiri, Pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah diberi peluang walau seminit untuk berkempen di televisyen serta radio di Malaysia, kami juga warganegara yang punyai hak.

Kerja jahat sebegini layak kita terjemahkan sebagai undang-undang sarkis, peraturan yang sepatutnya tidak mendapat tempat di hati bangsa-bangsa yangmengaku telah bertamadun. Tegas Drs. Khalil.

Menurutnya lagi yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, BN pasti akan menghadapi kesukaran untuk menang di mana-mana PRK baik di DUN mahupun Parlimen jika tanpa wujudnya sogokan rasuah, janji-janji pembangunan sempena pilihan raya, fitnah jahat, ugutan, penipuan serta amalan politik sarkis (tutup ruang media) terhadap Pakatan Rakyat. Sedangkan Negara jiran (Indonesia) telah memperuntukkan bajet untuk parti pembangkang bagi mengelakkan dari berlakunya politik wang.

Selain itu beliau menekankan bahawa Rakyat Malaysia memerlukan pembelaan dalam aspek kebajikan, segala bentuk kebajikan yang membela seluruh dengan jumlah 26juta rakyat Malaysia mestilah diagihkan secara berterusan bukannya bermusim, persoalannya mengapa BN hanya manumpukkan wang dan agihan pembangunan tersebut di setiap kali berlakunya pilihan raya kecil,

"Tak kan tunggu wakil rakyat mati baru dapat pembangunan" sindir Dr. Khalil .

 

Misteri bagaimana pegawai PM ada harta RM200 juta  (klik imej untuk membaca dengan jelas)

Mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kakan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa. Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu. Dato’ Zakiah Ibrahim.Dato Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini.Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.Kuasanya melebihi kuasa datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.Beliau dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee Director” untuk Zakiah.Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.Satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk “rundingan terus” dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut.Hari ini kami kemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.(maklumat diperolehi dari orang sumber dalaman JPM yang tidak mahu dikenali, JPM atau individu yang dinyatakan di atas harus menafikan atau menerangkan kedudukan sebenar...satu masej twitter sudah dihantar kepada PM Malaysia untuk melihat respon beliau)enjawab kenyataan Dr Asri (utusan 2 Nov 2010)

Menjawab kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010 yang menggesa supaya Anwar Ibrahim menggundurkan diri dari dunia politik nyata adalah gesaan yang tidak wajar dan tidak dapat di terima. Alasan yang menggatakan bahawa rentak politik Anwar Ibrahim tidak seimbangan dan penggundurannya akan memberi ruangan kepada politik baru tidak tepat. Hakikat sebenarnya, politik Malaysia sedang mengalami anjakan yang besar dari sudut kesedaran dan kepekaan terhadap politik. Penglibatan rakyat Malaysia sebagai suara pengimbang kuasa politik adalah nafas-nafas baru yang telah wujud dan Anwar Ibrahim merupakan faktor utama penyumbang perubahan tersebut. Politik Malaysia bergolak kerana rakyat khususnya golongan muda menuntut perubahan dari situasi politik berbudaya usang yang ada pada BN. Kuasa politik mutlak yang mahu di pegang oleh BN hari ini tercabar dengan kebangkitan anak muda dalam mempersoalkan khususnya isu-isu berkenaan dengan demokrasi dan keadilan. Anwar Ibrahim di lihat sebagai kuasa penyatu dalam politik yang dapat mencabar tindakan-tindakan kerakusan politik BN dan UMNO khususnya. Usaha menyatukan suara-suara pembangkang bagi tujuan mendesak kerajaan memerintah dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar Ibrahim. Kita perlu ingat bahawa usaha menyatukan perjuangan pembangkang wujud sejak dahulu lagi – sewaktu timbulnya Gagasan Rakyat yang merupakan kalobrasi DAP, PAS dan Semangat 46 serta Angkatan Perpaduan Ummah yang di bentuk oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha mengimbangkan dominasi BN dan UMNO dalam memegang kuasa di negara ini. Usaha Tengku Razaleigh tidak berjaya sebagaimana berjayanya Anwar Ibrahim sebagai faktor penyatu dalam Pakatan Rakyat yang telah berjaya mencabar monopoli politik yang ada pada BN khususnya UMNO. Ini merungsingkan BN/UMNO sehingga berbagai usaha dibuat untuk mematikan imej dan karier politik beliau. Kita lihat hari ini tindakan – tindakan terdesak kerajaan memerintah terhadap Anwar Ibrahim wujud kerana beliau berjaya memberi kesedaran baru, politik baru dan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Ini dilihat sebagai satu ancaman kepada politik BN/UMNO yang sedia ada. Kemantapan Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif kepada BN adalah politik nafas baru yang sebenarnya. Kehadiran Anwar Ibrahim dalam menyatukan parti-parti ini bagi menguatkan suara rakyat adalah satu kejayaan. Faktor kehadiran Anwar Ibrahim dalam politik tanah air amat kritikal dalam kita membawa harapan baru untuk rakyat Malaysia. Sekiranya Anwar Ibrahim gagal kita percaya BN dan UMNO tidak akan melakukan usaha terdesak mereka untuk melenyapkan partisipasi Anwar Ibrahim dalam politik. Generasi baru ini melihat Anwar Ibrahim sebagai ikon penyatuan yang akan menjadi suara baru dalam perjuangan rakyat. Generasi baru hari ini juga nampak bahawa usaha terdesak BN dengan menggunakan segala jentera kerajaan, melakukan ketidakadilan serta kezaliman dan usaha jahat untuk membunuh politik Anwar Ibrahim hanya menunjukkan betapa korup dan pincangnya pentadbiran kerajaan dibawah BN. Ini memerlukan pembelaan dan pembelaan ini bukan setakat membela Anwar Ibrahim tetapi membela rakyat dari terus dipimpin oleh kerajaan zalim yang ada. Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak realistik dalam menuntut Anwar Ibrahim berundur dari politik. Alasan beliau tidak tepat dan ini juga mampu dilihat sebagai satu usaha untuk menggagalkan usaha reformasi yang dilakukan demi membebaskan rakyat dari terus di tipu oleh kerajaan memerintah. Anwar Ibrahim telah berjaya mengerakkan barisan pembangkang yang mantap dan semakin diterima rakyat Malaysia. Dr Mohd Asri sepatutnya lebih kritikal dalam memberi pendapat dan tidak terikat dalam pandangan sealiran dengan BN yang telah banyak melakukan manipulasi kuasa semata-mata mahu terus menipu rakyat Malaysia. Regim yang ada ini seharusnya di tentang dan diruntuhkan. Faktor kejayaan Anwar Ibrahim dalam membentuk kuasa berasaskan kuasa rakyat inilah yang mengerunkan kerajaan yang ada. Memang perjuangan ini bukan kerana sosok Anwar Ibrahim tetapi kenapa sosok Anwar ini berjaya dengan mudah diterima rakyat selepas dipecat dan dihina oleh Umno ?Selain dari sejarah latar yang dilakar Anwar sebagai pejuang rakyat sebelum memasuki Umno, beliau juga tidak dapat dinafikan telah membuktikan punya keazaman peribadi dan keazaman politik yang kuat dalam melakukan perubahan.1997 menyaksikan (Tun) Dr. Mahathir bercuti. Anwar diberi laluan memangku jawatan Perdana Menteri, Menteri dalam Negeri dan turut memangku Presiden Umno. Ramai mengatakan pada ketika itu Anwar sedang di uji oleh Dr. Mahathir sama ada layak untuk mewarisi kerusi beliau.Ada kuasa sekejap apa yang Anwar lakukan ? Beliau tidak beretorik. Anwar kembali ke parlimen membentangkan pindaan akta rasuah 1997 ini mencemaskan ramai pihak apabila akta rasuah diperketatkan. Akhirnya ini juga punca pada kaca mata ramai mengatakan Anwar gagal ujian tersebut. Kemungkinan jika Anwar ketika punya kuasa sekejap itu mungkin lulus ujian jika tidak membuat pindaan akta rasuah sebaliknya terus menggalakkan rasuah maka sekarang sejarah perjuangan dalam negara mungkin tidak sebegini.Jesteru itu Anwar mungkin ada kekurangan tetapi Anwar kini kuasa penyatu yang diterima rakyat. Anwar mampu membawa rakyat bersatu ke pintu perubahan. Maka barisan anak muda harus bersiap, apabila dipintu perubahan nanti jangan tunggu tetapi terobos masuk. Sebelum itu kita anak muda harus siap.

Perubahan perlu didesak bukan ditunggu.

 

Debat Perdana "Pengkisahan Tanah Melayu P.Pinang, apakah jalan penyelesaian"

Debat Perdana

 

"Pengkisahan Tanah Melayu P.Pinang, apakah jalan penyelesaian"

 

Tarikh : 10 Nov 2010

Hari : Rabu

Masa : 8.30 malam

Tempat : Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, P.Pinang

 

Barisan Ahli Panel

 

1) YB Dr Mujahid Yusoff Rawa

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar

2) Dato' Seri Yusoff Latiff

   Pengerusi Persatuan Melayu P.Pinang (PEMENANG)

3) YB Farid

   Adun UMNO Pulau Betong

4) Cikgu Azmi Hamid

Pengerusi TERAS

 

Moderator

Dr Amir Hussain (USM)

 

Mai jangan tak mai....

 

 

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

 

No comments: