PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, November 04, 2010

Kemalangan : Penyelesaian Islam

Wednesday, 3 November 2010

Hutang Negara Meningkat 2010

1 ] Baki Tunai lwn Pinjaman Tunai :

 

Walaupun kerajaan berjaya menyimpan baki tunai RM6.32 bilion pada 2009 berbanding hanya RM1.541bilion pada 2008, jumlah pinjaman tunai yang dibuat kerajaan tahun lepas adalah sebanyak RM107.171 bilion berbanding hanya RM75.156  bilion pada tahun sebelumnya

 

sumber : Laporan Audit yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC).

 

2 ] Hutang Negara :

 

2009 berjumlah RM362.39 bilion

 

paras paling tinggi dalam tempoh 5 tahun

mencakupi 53.7% daripada KDNK, kali     pertama berlaku dalam sejarah negara

PM hanya menyebut hutang RM233.92   bilion (34.3% KDNK) di Parlimen Jun lalu

2008 – RM348.6 bilion

 

 

  sumber : Laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang

 

3 ] Hutang Kerajaan dalam Negara :

 

Hutang kerajaan dalam negara (domestic debt) pada tahun 2009 berjumlah RM348.6 bilion atau 96.2% keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

 

 setiap rakyat Malaysia (26 juta)   menanggung hutang RM 14 ribu/org

 

Kerajaan membazir dan kurang berdisiplin dalam mengendalikan kewangan negara sejak kemelut ekonomi 1997.

 

Sejak 10 tahun lalu, Kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh mengurangkan defisit dan hutang negara, menjurus kepada akibat hari ini, kita berada di saat genting untuk membayar hutang negara dalam 3 tahun ini.

 

Kerajaan berpeluang capai keseimbangan belanjawan dalam tempoh 10 tahun lalu tetapi memilih untuk kekalkan defisit pada paras 4.3% secara puratanya.

 

4 ] Janji Perdana Menteri :

 

Tahap perbelanjaan (Peruntukan Bajet 2011) hampir 3% lebih tinggi daripada 2010.

 

Daripada peruntukan RM214 bilion,

 

RM163 bilion perbelanjaan operasi

RM51 bilion perbelanjaan pembangunan

 

Realiti :

 

Dari mana datang lebihan dana tersebut? Negara dalam keadaan defisit. Logiknya, perbelanjaan perlu dipotong jika negara berhutang.

 

Kerajaan komited kekalkan perkhidmatan awam yang terlalu besar, yg menggunakan 75% daripada peruntukan (perbelanjaan operasi > perbelanjaan pembangunan)

 

5 ] Kadar Pengembangan Perdagangan :

 

Dunia : dijangka berkembang pada kadar 11.4% berbanding pengucupan 11% bagi tahun 2009.

 

Malaysia – dijangka tumbuh 7% bagi tahun 2010

Thailand – 6.5-7.5% (setanding/lebih baik)

Singapura –13-15% (2x ganda lebih pantas)

China – 9.9%

Indonesia – tidak mengalami pengucupan pada 2009, pertumbuhan 6% (lebih besar kerana tidak mengalami pengucupan)

 

6 ] Kemasukan Pelaburan Asing :

 

Negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI dan peningkatan dalam pengeluaran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam ekonomi negara – World Investment Report 2010

 

hanya Malaysia dalam kalangan negara ASEAN alami ‘negative inflow’

 

FDI negara merosot 81%, RM4.43 bilion pada tahun 2009 dari RM23.47 bilion pada tahun 2008

 

Di kalangan negara ASEAN:

 

 

Malaysia hanya mengatasi Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos, Timor-Leste

Negara ASEAN lain termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam mengatasi Malaysia dalam kemasukan FDI.

Pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi Malaysia

 

7 ] Kadar Defisit Negara :

 

2010 – 5.6%, sudah 13 tahun berturut-turut dalam keadaan defisit sejak 1998.

 

2009 – defisit mencecah 7.4%

 

2010 - Hasil kerajaan berjumlah RM162.13 bilion. Daripada  jumlah ini, lebih kurang 36% pendapatan kerajaan datang daripada hasil minyak kerana Petronas menyumbang RM57.6 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti eksport dan dividen.

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 09:59 0 comments   Links to this post

Monday, 1 November 2010

Kemalangan : Penyelesaian Islam

1. Mutaakhir ini sungguh ketara berlakunya kemalangan maut dan ngeri dalam negara kita samaada di jalan negeri , persekutuan mahupun lebuh raya utara selatan dan timur barat.

 

 

2. Saya mendesak supaya satu Suruhanjaya Khas segera dibentuk oleh Kerajaan bagi menyiasat atau menyelidik fenomena ini untuk satu tindakan berkesan oleh semua pihak berwajib.

 

 

3. Kita tidak diajar oleh agama untuk sekadar mengeluh dan kemudiannya menyerahkan kepada takdir apa lagi menyalahkannya .  Malah apa yang diajar oleh syariat Islam ialah mengambil langkah berkesan bagi membendung perkara ini dari terus berlaku dengan kaedah umum syara' ialah mencegah lebih baik dari merawat . 

 

 

4. Selain dari pakar dari pelbagai bidang yang berkaitan , saya juga mengesyorkan agar pakar syariah adalah salah seorang anggota Suruhanjaya Khas yang dibentuk untuk menangani peningkatan ketara indeks kemalangan jalanraya dalam negara kita . Syor ini saya kemukakan kerana syariat Islam mempunyai pandangan yang sangat fundamental untuk mengatasi atau menangani isu ini .

 

 

5. Sebahagian dari Maqasid Syariah ialah memelihara nyawa dan harta . Kemalangan jalanraya adalah sebahagian dari peristiwa yang akan mengorbankan harta dan nyawa . Terlalu panjang perbahasannya dalam feqh Islam mengenai kemalangan jalanraya ini termasuklah pemandu atau mereka yang menyebabkan kematian seseorang yang lain dijalanraya boleh disabitkan dengan membunuh secara tidak sengaja . [ perbincangan lanjut dalam perkara ini diperlukan oleh pakar syariah ]

 

 

6. Demikian juga Islam melalui lidah Rasulnya saw mengajar supaya membuang perkara - perkara yang mengganggu di jalanraya adalah perbuatan sedekah . [ ertinya ia menjadi tuntutan kepada ummat Islam ] . Di jalanraya dan lebuhraya dalam negara kita saya lihat terlalu banyak perkara yang mengganggu yang tidak sepatutnya dibiar berlaku . antaranya ialah :

 

 

iklan - iklan yang menjolok mata

tanda arah yang dirosakkan atau rosak lalu mengelirukan

tanda - tanda isyarat jalan yang dirosakkan atau rosak tapi dibiarkan

permukaan jalan yang merbahaya seperti licin , pumping , berlubang dsbnya.

pokok - pokok yang ditanam besar di bahu jalan

 

 

[ saya harap kerajaan haramkan iklan menjolok mata di simpang jalan , di tepi jalan mahu pun dimana sahaja terutama yang mem"buta"kan mata pemandu lalu mengganggu tumpuan mereka. ]

 

 

[ Kajian-kajian tentangnya telah dilakukan sejak 30 tahun lalu, malah bermula 1950 an. Dapatan kajian konsisten menunjukkan iklan-iklan ini banyak menggangu pemandu di lebuhraya dan jalanraya. Ia menyebabkan Highway Hypnosis (pemandu tidur walaupun matanya celik), satu istilah yang semakin popular dalam kajian tentang kemalangan jalanraya. Berikut dikemukakan satu link tentang artikel journal yang sangat menarik tentang isu ini: http://cogprints.org/3307/1/driverdistractionarticle.pdf. Bukankah perkara ini berkait rapat dengan hadith-hadith Rasulullah saw:  Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Shaykhayn) ]

 

 

7. Saya menggesa supaya kerajaan atau pihak berwajib mengambil satu langkah serius untuk memastikan gangguan seperti ini tidak berlaku kerana jelas ia sangat mengundang bahaya dan maut kepada pengguna jalanraya sedang ia boleh dielak sedari awal melalui pemantauan dan tindakan segera pihak berwajib .

 

 

8. Saya ambil contoh mudah di atas kelekaan dan ketidakcaknaan pihak berwajib dalam bertindak ialah jalan di Taman Pelindung Perdana Beserah Kuantan . Telah berkali pihak penduduk kampung memohon agar di bina bonggol dari 2 arah bertentangan kerana jalan itu terlalu sibuk dan kenderaan bergerak laju justeru kedudukannya agak menurun bukit , sedang ia berada di kawasan yang padat penempatan . Sehinggalah kelmarin berlaku satu kemalangan yang hampir meragut nyawa seorang kanak - kanak dan juga pemandu kenderaan yang terbabas kerana mengelak kanak - kanak tersebut . Persoalannya , apakah kita selalu mengambil sikap "sudah berlaku kemalangan jiwa baru mahu bertindak ?" Islam mengajar bahawa mencegah itu jauh lebih baik dari merawat [ dan meratap - saya tambah ]

 

 

9. Begitu juga dengan sikap pengguna jalanraya yang perlu ditangani secara bijak dan islamik. Bermula dengan doa yang diajar oleh Islam untuk dibaca oleh pemandu dan penumpang sesebuah kenderaan , setiap perjalanan mestilah dilantik ketua rombongan [ justeru ia diajar oleh syara' apabila bermusafir hendaklah bertiga dilantik seorang amir \ ketua ] yang bertanggungjawab menjaga disiplin perjalanan dan penggunaan jalanraya agar tidak memudharat rombongan dan tidak mendatangkan mudharat kepada pengguna jalanraya yang lain .

 

 

10. Sebagai contoh mudah , Ketua rombongan ini [ dari kalangan penumpang ] bertanggungjawab memantau kebajikan rombongan dan juga kedudukan pemandu . Apakah pemandu memandu secara merbahaya , melanggar undang - undang atau mengantuk dll , ketua rombongan berhak mengarahkan pemandu tersebut berhenti . ] 

 

 

11. Jika di atas kapal terbang [ walau untuk perjalanan 45 minit ] kita begitu berdisiplin , lengkap pula dengan anak - anak kapal dan ketua pramugari yang bukan sahaja memberi khidmat kebajikan kepada penumpang tetapi turut memberi taklimat keselamatan yang lengkap setiap kali penerbangan tanpa jemu . Walau kita berpuluh kali naik kapal terbang , maka berpuluh kalilah kita di minta dengar dan patuh pada taklimat keselamatan itu . Penumpang muslim pula diajar berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan dan keselamatan dalam perjalanan pergi dan balik .

 

 

12. Kenapa kita tidak boleh meletakkan peraturan dan disiplin sedemikian di darat ke atas pengusaha kenderaan awam samaada milik kerajaan mahupun swasta , sedang kemalangan di darat lebih kerap. Saya menegaskan sekali lagi bahawa perkara seperti ini juga mesti dilakukan pada kenderaan awam di darat seperti bas ekspres , persiaran , sekolah dan sebagainya .

 

 

13. Masih banyak faktor lain termasuklah faktor kenderaan itu sendiri supaya satu langkah berkesan turut diambil agar kenderaan berisiko tinggi tidak dipandu dijalanraya sibuk dan juga lebuhraya kerana ia memudharatkan pengguna jalanraya seperti bas terlalu buruk yang mengalami kerosakkan yang terlalu kerap .

 

 

14. Akhirnya dalam perbahasan hukum mengenai perkara ini pula, saya lampirkan sebahagian pandangan feqh Islam untuk dinilai dan diambil tindakan oleh pihak berwajib agar indeks kemalangan jalanraya ini sekurang - kurangnya dapat diminimakan .

 

 

15. [ Lampiran ]

 

 

 

 

1. Jika kemalangan disebabkan kecuaian dan tidak melibatkan kecederaan dan kematian, maka hukumnya ta'zir ke atas pemandu.

 

2. Jika kemalangan disebabkan kecuaian dan  menyebabkan kecederaan atau kematian, maka hukumnya ialah diat yang wajib dibayar oleh pemandu yang cuai kepada mereka yang cedera atau keluarga si mati.

 

3. Jika kemalangan disebabkan oleh kecuaian pihak kerajaan, seperti lubang jalan yang tidak dibaiki (macam dekat rumah ana yang dah meragut 2 nyawa), atau seumpamanya, maka diyat perlu dibayar oleh kerajaan kepada keluarga mangsa jika melibatkan kematian, atau kepada mangsa jika melibatkan kecederaan.

 

4. Jika kemalangan tidak disebabkan oleh apa2 kecuaian, maka tidak ada apa2 diyat, tetapi ianya akan dicover oleh harta baitul mal secara optional, bukan compulsary. 

 

Contoh kes, jika seseorang langgar orang mati, maka ia kena bayar diyat kepada keluarga si mati. Namun dalam undang-undang hari ini, yang bersalah itu hanya kena bayar kompaun kepada kerajaan, tapi keluarga mangsa hanya menerima kematian dan kesedihan, bukan apa2 pembelaan atau apa2 pampasan.

 

 

 

 

 

 

 

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 16:56 0 comments   Links to this post

Wednesday, 27 October 2010

Economic Tranformation "Pumping"

1. Negara sedang deras menuju kehancuran dan kebinasaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib apabila satu lagi tindakan drastik dalam ETP diambil tanpa melihat kesan jangka panjang kepada negara , rakyat dan tamaddunnya.

 

 

2. Setelah Bajet 2011 tempohari menerima kecaman hebat dari semua pihak ekoran langkah kerajaan mengemuka satu strategi kewangan yang tidak banyak memihak kepada rakyat terbanyak, sebaliknya dilihat lebih kepada berlakunya pemusatan kuasa ekonomi dikalangan pihak elit [atasan] dan kroni pemerintah. Ianya termasuklah agihan peruntukan serta anugerah projek.

 

 

3. Peruntukan tinggi RM 111 juta kepada PERMATA dan pengisytiharan projek raksasa seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat antara subjek yang diperkata umum bagaimana Bajet 2011 ini dilihat pincang. Sementelah pula saat negara berdepan dengan kadar hutang RM 362.39 billion [ kadar yang paling tinggi dalam tempoh 5 tahun ] sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang . Lebih tenat apabila indeks rasuah negara masih tersangkut di tangga ke 56 diperingkat antarabangsa.

 

 

4. Melalui ETP pula kerajaan yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib pula mahu meluaskan industri maksiat dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan , iaitu menambah kelulusan dan pembinaan pusat - pusat hiburan seperti kelab malam dan melonggarkan syarat bagi persembahan konsert artis antarabangsa ke negara ini .

 

 

5. Saya melihat ini adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat sedang ia adalah langkah mundur kebelakang serta dilihat sebagai usaha untuk menjahiliyyahkan negara .

 

 

6. Tidak cukup dengan keadaan iklim sosial yang parah mutaakhir ini , kerajaan seperti mahu menularkan barah sosial yang sukar ditangani sekarang . Memacu pertumbuhan ekonomi kononnya tetapi seakan kerajaan mengalami sindrom Rabun Ekonomi untuk melihat lebih jauh kesan kepada ekonomi negara bahkan kesan pada sosial dan tamadun negara dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan .

 

 

7. Pertambahan pusat hiburan dan konsert artis yang sedia ada jelas tidak terkawal dan ia antara penyumbang besar kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi kita . Justeru di situlah berpusatnya segala aktiviti mungkar dan gaya hidup yang tidak sihat seperti pergaulan bebas , seks bebas , pil ectasy , khayal , mabuk  dan sebagainya . Implikasi dari fenomena ini lahirlah jenayah samun , ragut , rompak , rogol , buang bayi , bunuh dan sebagainya .

 

 

8. Akhirnya kerajaan terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat , menangani penyakit aids dan hiv , kos merawat pesakit , belanja tahanan dan sebagainya . Inilah yang saya sifatkan sebagai economy pumping . Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek Hub Hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak  langsung dari industri nafsu itu sedang ia boleh di elak sejak awal lagi.

 

 

9. Lebih malang langkah kerajaan ini dilihat sia - sia kerana membangunkan material kemudiannya meruntuhkan pembangunan modal insan . Sementara negara memerlukan modal insan yang berkualiti untuk meletakkan negara sebaris dengan negara maju pada masa hadapan. Kos membangunkan semula modal insan yang diruntuhkan ini tentu sahaja memerlukan kadar yang tinggi pula . Akhirnya kerajaan hanya buat kerja - kerja bodoh dan sia - sia iaitu korek lubang kemudian timbusnya kembali .

 

 

10.  Selayaknya kerajaan memiliki acuan sendiri dalam membangunkan negara dan menjana pertumbuhan ekonominya tanpa meniru dan terpengaruh dengan negara - negara barat. Justeru Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi maka wajarlah syariat Islam dijadikan asas dan acuan pembangunan iaitu membangun bersama Islam . Masih banyak sektor dan industri lain yang boleh memacu ekonomi negara ,kenapa industri mungkar juga yang dipilih ?

 

 

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 16:14 4 comments   Links to this post

No comments: