PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, November 05, 2010

JANGAN LEMAH SEMANGAT... WAHAI PEJUANG YANG IKHLAS...


JERAI, 5 Nov: Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kekalahan PAS di Galas dalam pilihan raya kecil (PRK) semalam tidak akan mematahkan semangat juang yang ada pada semua pejuang dan penyokong parti serta Pakatan Rakyat.

Ketika dihubungi, beliau berkata PAS tidak pernah melakukan kesalahan seperti amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyalahgunaan media sebelah pihak sepertimana yang menjadi amalan Barisan Nasional (BN) bagi memenangkan mereka.

"Dalam negara ini jelas terbukti rakyat dipengaruhi oleh media pro BN secara berleluasa tanpa memberi ruang langsung kepada parti lawan, sedangkan amalan demokrasi mereka war-warkan dengan begitu lantang.

"Janji projek masih lagi menjadi gula-gula dan manisan untuk meraih undi. Namun begitu kita dalam PAS mempunyai semangat juang untuk terus bangkit bagi menghadapi pilihan raya umum yang lebih besar selepas ini," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri Kelantan perlu meneruskan agenda yang telah lama diamalkan sebagai sebuah negeri yang berkebajikan dan bukannya seperti BN yang hanya berkebajikan apabila menjelangnya pilihan raya sahaja.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Jerai juga menyatakan tiada kekecewaan dalam perjuangan untuk mencari mardatillah.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain pula berpandangan terdapat hikmah di sebalik keputusan yang diterima semalam.

"Kekalahan ini bukan bererti kita kecundang untuk seterusnya. Ia memerlukan kita bermuhasabah untuk melihat kepincangan yang ada bagi memastikan kemenangan sebenar dalam PRU yang akan datang.

"Adalah tidak mustahil kemanisan gula-gula BN yang ditaburkan menjelang PRK tersebut telah memenangkan mereka di samping serangan yang menggunakan media berat sebelah dalam negara ini sejak sekian lama," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut berkata, kekalahan itu bukan sebagai penamat kepada perjuangan PAS bagi mengambil alih tampuk pemerintahan negara menjelang PRU akan datang bersama-sama dalam Pakatan Rakyat.

PRK Galas menyaksikan calon BN, Abd Aziz Yusoff meraih 5,324 undi manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi.

No comments: