PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, November 06, 2010

Analisis Penuh PRK GALAS...Syukurlah PAS Kalah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Analisis Penuh PRK GALAS...Syukurlah PAS Kalah
Posted on Friday, November 05 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori


BeritaOleh: antihadhari92

"Teka-teki Pilihanraya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri N45 Galas Kelantan akhirnya terungkai juga.Setelah hampir tiga tahun ianya dipegang oleh Pas,UMNO telah berjaya mengambil kembali kerusi yang menjadi salah satu kerusi quo mereka dalam DUN Kelantan.Itulah Galas.Pas tidak pernah memenangi kerusi tersebut sejak daripada pilihanraya umum pertama lagi,

malah kerusi tersebut hanya mampu dimenangi pembangkang ketika diwakili oleh calon Semangat 46.Akhirnya,barang ditakdirkan Allah,Pas berjaya juga menang di Galas dalam PRU12.Persoalannya sekarang,adakah Pas telah ditolak oleh pengundi di Galas?Mari kita fikir bersama-sama.

 

DATA ANGKA PRK GALAS 2010

 

Secara umumnya,berikut adalah keputusan pengundian bagi kerusi N45 Galas semalam:

 

 

 

 

Berikut pula adalah perbezaan undi Pas dalam PRU 12 dan PRK 2010:

 

 PILIHANRAYA

UNDI PAS

UNDI UMNO

MAC 2008

4399

3753

NOVEMBER 2010

4134

5324

PERBEZAAN UNDI

-265

+1571

 

Melalui perbezaan undi tersebut,sebenarnya Pas hanya kehilangan sekitar 265 undi,masih berpeluang untuk menang jika sekiranya undi UMNO tidak mendadak dengan begitu banyak.Pada tahun 2008,sebanyak 8356 orang pengundi telah keluar mengundi bagi membentuk jumlah keluar mengundi sebanyak 80.89 peratus. Dalam pilihanraya kecil ini pula,bilangan keluar mengundi pula bertambah kepada 9555 orang telah keluar mengundi mewakili 82.71 peratus daripada jumlah pengundi.

 

PILIHANRAYA

JUMLAH PENGUNDI

KELUAR MENGUNDI

MAC 2008

10 330

8356

NOVEMBER 2010

11 553

9555

PERBEZAAN

+1233

+1199

 

Bagi keputusan pilihanraya 2010 mengikut peti undi pula adalah seperti berikut:

 

POS BROOKE (LOJING)

UNDI PAS

UNDI UMNO

2008

112

241

2010

78

424

PERBEZAAN UNDI

-34

+183

SUNGAI BER

UNDI PAS

UNDI UMNO

2008

105

158

2010

99

257

PERBEZAAN UNDI

-6

+99

 

BELATIM

UNDI PAS

UNDI UMNO

2008

11

74

2010

9

117

PERBEZAAN UNDI

-2

+43

 

BALAR

UNDI PAS

UNDI UMNO

2008

51

85

2010

41

153

PERBEZAAN UNDI

-10

+68

BIHAI

UNDI PAS

UNDI UMNO

2008

27

82

2010

5

233

PERBEZAAN UNDI

-22

+151 

 

HAU

UNDI PAS

UNDI UMNO

2008

81

115

2010

89

138

PERBEZAAN UNDI

+8

+23

 

KAMPUNG PULAI

U

"

 

 

Perlu Ada Mentaliti Keluarbandaran dalam Kalangan Pejuang Pakatan Rakyat

Posted on Friday, November 05 @ 18:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

 

Oleh: ruhan

 

"Seronok apabila membaca kritikan terhadap kekalahan Pakatan Rakyat (PAS dan PKR) di Galas dan Batu Sapi. Mungkin ada antaranya yang bernas. Namun, kedapatan juga yang hanya tahu menghentam tetapi tidak memberikan cadangan yang membina. Ini semua suatu kebiasaan dalam kehidupan rakyat di semua negara yang sedang membangun.

 

Majoriti penduduk di luar bandar kurang pengetahuan dan pengalaman. Yang mereka tahu hanyalah mencari makan untuk diri dan keluarga bagi menyambung hidup untuk besok dan besok dan besok. Sehubungan itu, mereka tidak ambil pusing tentang hal-hal lain kerana kesemua itu akan menyerabutkan pemikiran mereka.

 

Ahli politik yang hebat tidak mampu mengambil hati golongan yang simplistik ini. Mereka perlu menjadi sebahagian daripada golongan itu dengan penuh ikhlas. Sehubungan itu, orang kota akan menghadapi kesukaran yang melampau apabila mahu melaksanakan misi ini.

 

Pakatan Rakyat perlu memikirkan strategi untuk mengatasi permasalahan ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Orang Melayu tinggalnya di luar bandar. Keluarbandaran tidak mungkin menjelmakan kekotaan.

 

Fikirkanlah bagaimana caranya mencukupkan makan pakai mereka. Bagaimanakah caranya untuk mengubah nasib generasi muda mereka? Bagaimanakah caranya untuk mensejajarkan keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah dengan pelbagai hambatan imej moden yang dicelarukan? Mereka bukan sahaja keliru malahan juga terpaku dengan suasana asing itu hingga berjaya dipesongkan oleh pihak yang berkepentingan.

 

Aspek kebajikanlah yang paling utama dipercukupkan di luar bandar. Sudahkah semua pejuang Pakatan Rakyat dilengkapkan dengan ilmu itu? Jika rasa-rasanya belum bermula, percepatkanlah sebelum terlewat. Kelewatan akan mengundang keterlopongan ke Putrajaya. Tiada gunanya memasang impian selain itu!!!

http://bilahrotan.blogspot.com

 

 

 

 

 

Tawakal Kepada Allah

POSTED BY USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL AT 8:04 AM CATEGORIES SOAL JAWAB AGAMA 

 

Soalan :

 

Assalmu'alaikum, ustaz...minta perjelaskan, soal tawakal...masih ramai yg anggap, usaha dulu kemudian baru tawakal! Dan meletakkan hadis sbg hujah...

 

Jawapan :

 

Tawakal berasal dari perkataan “wakalah” yang bererti memilih wakil. Kita mengetahui bahawa kredibiliti seorang wakil yang baik boleh dilihat, paling tidak dari empat sifat, iaitu pengetahuan yang cukup, kepercayaan, mempunyai kemampuan, dan penuh perhatian.

 

Jelas bahawa memilih seorang wakil untuk sebuah pekerjaan dilakukan ketika seseorang tidak mempunyai kemampuan lagi untuk bertahan. Pada saat inilah ia boleh mengunakan kekuatan orang lain untuk membantunya dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

 

Oleh kerana itu, tawakal kepada Allah swt. tidak mempunyai maksud lain, kecuali bahawa manusia menjadikan Allah sebagai wakilnya dalam menghadapi persoalan, musibah, musuh, para penentang, dan masalah-masalah yang sedang dihadapinya. Ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan dan memecahkan persoalannya, ia akan menyandarkan diri kepadaNya dengan tanpa menghentikan usahanya. Bahkan, ia sendiri mempuyai kemampuan untuk melakukan pekerjaannya, ia tetap menganggap bahawa faktor utama yang boleh menyelesaikan masalahnya adalah Allah swt sahaja. Firman Allah yang bermaksud :

 

“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)

 

Tawakal merupakan salah satu cara yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya dalam mereka mencari jalan dalam mencapai sesuatu. Tawakal ini adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan seorang Muslim. Rasulullah saw bersabda :

 

"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang." (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

 

Ramai umat Islam sekarang ini tersalah faham tentang konsep tawakal, ada yang bertawakal sebelum berusaha dan ada juga yang bertawakal tanpa usaha dahulu. Contohnya seorang pelajar hanya berdoa dan bertawakal sahaja kepada Allah supaya ia lulus dalam peperiksaannya tanpa berusaha. Ini pasti tidak akan lulus dalam peperiksaan. Ataupun paking kereta tanpa kunci dan kuncinya ditinggalkan di suisnya dan bertawakal kepada Allah, ini juga pasti hilang. Kemudian mereka ini menyalahkan Allah dengan mengatakan Allah tiada kuasa, Allah tak dengar tawakalnya dan sebagainya. Inilah yang dikatakan umat Islam yang jahil tiada ilmu dalam mengerjakan sesuatu.

 

Tetapi berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Hal ini perlu kita cermin dahulu diri kita, adakah usaha kita mencukupi atau kita abaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya. Sebab itulah tawakal kita perlu bersama dengan redho dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan kekuasaan Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

 

“Bersabar itu separuh daripada iman”.

 

Konsep tawakal

 

Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam berkata :

 

“Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.”

 

Perlu diketahui bahawa tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah semata-mata, namun disertai juga dengan melakukan usaha.

 

Ibnu Rajab berkata lagi :

 

“menjalankan tawakal tidaklah berarti seseorang harus meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya.”

 

Sahl At Tusturi berkata bahawa :

 

“Barang siapa mencela usaha (meninggalkan sebab), maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan). Barang siapa mencela tawakal (tidak mau bersandar pada Allah), maka dia telah meninggalkan keimanan.”

 

Penutup

 

Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, setelah berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

 

“Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya”.

 

 

No comments: