PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, November 29, 2010

Dr M: Malaysia tak perlu menara 100 tingkat

Dr M: Malaysia tak perlu menara 100 tingkat

Nov 29, 10 2:53pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.

NONE“Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.

Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.

Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.

"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.

 

 

 

 

 

 

Kain rentang palsu, PAS buat laporan polis

Susan Loone
Nov 29, 10
11:35am

PAS Pulau Pinang membuat laporan polis di Kepala Batas berhubung penemuan beberapa kain rentang dan sepanduk yang mendakwa parti itu menentang pemberian RM100 oleh kerajaan negeri kepada warga emas kerana dikaitkan dengan sumber perjudian.

NONEPAS berang kerana sepanduk dan kain rentang yang dipasang di beberapa lokasi mempunyai simbol parti itu, logo kerajaan negeri serta gambar perlumbaan kuda dengan ayat-ayat yang tertera “Kami tak nak wang judi”.

Laporan polis dibuat oleh ketua Pemuda PAS, Kepala Batas, Mohd Hafis Kasim yang diiringi oleh anggotanya dari Kepala Batas dan Tasik Gelugor. Mereka mendakwa kain rentang itu berunsur fitnah.

Mohd Hafis juga menafikan PAS bertanggungjawab memasang kain rentang itu dan berkata parti itu sebahagian daripada komponen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Katanya, beberapa pihak sejak kebelakangan ini mula gusar dan tidak senang dengan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin menambat hati rakyat dengan dasar-dasarnya.

NONE“Ini menjadikan mereka cemburu dan mencetuskan pelbagai macam propaganda,” katanya.

“Kita boleh kesan siapa mereka ini, kami yakin mereka berniat jahat, mereka sekarang seperti cacing kepanasan yang cuba dapatkan simpati daripada rakyat dan akan berbuat apa-apa sahaja bagi tujuan itu,” katanya.

Mohd Hafis merujuk kepada beberapa serangan dan tohman yang dibuat ke atas Lim dan kerajaan negeri. Antaranya menggantikan nama ketua menteri dengan nama Agong semasa khutbah Jumaat serta gambar 'palsu” yang menunjukkan beliau menyembelih lembu untuk upacara korban.

lim guan eng slaughters cow 310810 lim guang eng nizar jamaluddinIsu wang haram timbul apabil Umno menuduh kerajaan Pulau Pinang memberi wah ehsan dalam bentuk RM100 kepada warga emas dan RM1,000 untuk belanja pengebumian adalah dari hasil yang dicurigai, termasuk kemungkinan ia datang dari kegiatan perjudian.

Pesuruhjaya PAS, Pulau Pinang, Rosli Hasan, yang juga hadir pada majlis itu berkata kumpulan yang bertanggungjawab memasang sepanduk itu adalah kumpulan yang 'degil dan ketandusan modal politik'.
Katanya, mereka mempunyai peluang berkhidmat dengan baik pada masa lalu tetapi gagal berbuat demikian kerana kepentingan peribadi.

NONE“Apabila kita ambil alih Pulau Pinang, kita buat perubahaan yang baik, termasuk membangunkan neheri dan juga menjaga moral rakyat,” katanya.

“Mereka ini tiada maruah, malah mereka sanggup menunjukkan punggung mereka, apa yang sudah terjadi dengan mereka?” soalnya.

Beliau merujuk kepada ketua pembangkang Pulau Pinang yang juga ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang digantung kerana menunjukkan punggungnya di DUN Pulau Pinang.

 

 

 

 

 

 

Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara 

Nazri Abdullah    

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

 

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

 

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

 

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang  cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

 

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

 

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

 

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

 

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

 

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

 

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

 

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya.

 

 

JAMBATAN BENGKOK - MAHATHIR CUBA MENIPU RAKYAT JOHOR ?

21 Zulhijjah 1431H.

Oleh: WFAUZDIN NS

 

TUN Mahathir sebelum ini merapu apabila meminta semua ahli PKR `bertaubat' dan kembali kepada Umno. Selepas kenyataannya itu, berbagai pihak terus meminta Mantan PM itu bertaubat kerana beliaulah punca kepada perpecahan masyarakat Melayu dan Islam termasuk menghina institusi Raja-Raja sepanjang pemerintahan `diktatornya'. Terbaru, Tun Mahathir terus merepek lagi dengan mendakwa rakyat Johor ramai menolak Bn di dalam Pilihanraya Umum yang lalu hanya kerana `jambatan bengkok'.

 

Pasal jambatan bengkok pun rakyat Johor banyak mengubah sokongan kepada Pembangkang? Ternyata Tun Mahathir sudah tidak waras lagi. Jika begitu, di Perak, Selangor, P.Pinang, Kedah dan beberapa negeri lain ramai yang menolak Bn sehingga Kerajaan Bn hilang majoriti 2/3 itu juga adalah kerana `jambatan bengkok'?

 

Kita tahu mengapa beliau terlalu kecewa apabila jambatan bengkok sebagai pengganti Tambak Johor yang dirancang olehnya dulu dibatalkan oleh Pak Lah apabila beliau menjadi PM. Sebab itulah beliau tidak duduk diam mengganggu pentadbiran Pak Lah ketika itu sehingga sampai tahap beliau sanggup keluar dari menganut fahaman Umno.

 

Mahathir mahu namanya terukir indah sepertimana apabila orang melihat ketinggian Menara KLCC, pasti orang terbayang pada wajah beliau. Masalah untung ruginya bangunan itu Mahathir tidak ambil kisah. Beliau juga mahu apabila jambatan bengkok itu berjaya dibina, namanya akan dikenang. Tentulah marah bukan kepalang Tun Mahathir kepada Pak Lah kerana menghentikan jambatan bengkok tersebut. Tidak menerima idea dan perancangan Tun Mahathir seolah-olah menghinanya. Tidak hairanlah, sehingga sekarang beliau tetap menuntut jambatan itu dibina. Jika boleh, mungkin beliau mahu jika beliau mati nanti beliau akan disemadikan di bawah jambatan itu.

 

Tun Mahathir lupa, setiap PM selepasnya mahu mencipta sesuatu untuk kemegahan buat diri sendiri dan ingin mencipta nama sepertimana Tun Mahathir mencipta nama walaupun nama yang buruk. Jika Mahathir boleh cipta nama dengan KLCC, Pak Lah juga mahu cipta nama. Sekarang, Najib pun mahu cipta nama juga dengan perancangan membina bangunan 100 tingkat lebih tinggi dari 88 tingkat yang Tun Mahathir bina. Masalah ada untung atau rugi, masalah membazir atau tidak, rakyat semakin senang atau susah, kesemua mereka ini tidak peduli.

 

Pandangan Tun Mahathir bahawa rakyat Johor menolak Bn hanyalah kerana jambatan bengkok adalah satu pandangan yang cuba menipu rakyat Johor. Rakyat Johor cuba diperbodohkan oleh Mantan PM ini. Rakyat Johor sekarang mahu lebih dari jambatan bengkok yang mungkin hanya dapat memberi keuntungan dan kekayaan kepada beberapa kroni pemimpin Umno sahaja. Rakyat Johor tidak mahu menjadi seperti rakyat Terengganu yang tetap susah dan miskin walaupun dibina Masjid Kristal dan penganjuran Moonsun Cup itu./wfauzdin.blogspot.com

Read More..

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 2:56 PM 4 ulasan 

DUA WANITA BERJAYA TEWASKAN EZAM SESUMPAH

21 Zulhijjah 1431H.

Oleh: WFAUZDIN NS

 

Ezam raja sesumpah semasa berucap di dalam satu program anjuran MCA Kelang menuduh bahawa DS Anwar adalah orang yang teramat bahaya untuk semua kaum di negara ini. Wah, berubah rentak `Senatak' (Senator Katak) Ezam nampaknya, maklumlah kali ini bercakap di hadapan kaum Cina.

 

Semua tuduhan Ezam sesumpah hanya layak dijawab oleh anak perempuan DS Anwar iaitu YB Nurul Izzah dan beliau telah pun menjawabnya secara lebih berfakta dari omongan kosong pencacai Umno itu. Sebelum ini, di merata pelusuk negara Ezam sesumpah melabelkan DS Anwar amat bahaya kepada kaum Melayu dan Islam kerana DS Anwar kununnya begitu menyanjung kaum Cina dan DAP. Itu `fesyen lidah biawak' adik beradik lidah sesumpah. Percakapannya berubah mengikut tempat seperti juga binatang sesumpah.

 

Saturday, November 27, 2010

CONGRATULATIONS

This is the Federal Internal Revenue Services of the United Kingdom, we
wish to inform you that your contract/inheritance fund have been fully
authenticated and have been authorized to be paid finally with no further
hitches.

Please be informed that, the Bank of England on whose shoulders it rest to
issue the fund clearance have also concluded plans to do so. They realized
that they do not have a corresponding relationship with your bank as
contained in our system. The Bank they maintain corresponding relationship
with is Standard Chartered Bank. Having noticed this, it was finally
resolved that SCB will be issued the mandate to transfer your fund to any
bank Account you designate.

This is very easy and safe for you and it also forestalls official
bottlenecks associated with such transactions. To this end, you are
therefore requested to reconfirm in full the below stated information:
This shall be forwarded to our London office for immediate attention via
email: firs.uk@live.co.uk .

Your full names and address, your telephone, fax and cell phone numbers,
your banking details where you wish the fund to be transferred to. The
amount whether the full sum or part payment. Please indicate the exact
amount. Once this is received, the process of transfer will be completed
and the advice will be sent to you accordingly. Thereafter, you can
confirm your fund transfer accordingly to your designated bank account.

Get back to me, as soon as you receive this letter for proper advice.

Best Regards,

Donald Azlet

Friday, November 26, 2010

Islam bukan milik Melayu semata-mata

 



Islam bukan milik Melayu semata-mata

 

Nik Abdul Aziz Nik Mat   

Teks ucapan Majlis Penutup Kelantan International Business Forum

   Firman Allah yang bermaksud: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Surah Al-Hasyar: 7)

Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah keizinanNya, kita dapat berkumpul di dalam forum yang diadakan sempena dengan expo cheng ho ini. Tahniah saya rakamkan kepada Jawatankuasa Penganjur Kelantan International Business Forum dan Ekspo Cheng Ho kerana telah berjaya menganjurkan program bertaraf antarabangsa seperti ini.  Saya difahamkan bahawa program yang julung kali diadakan di Kelantan telah mendapat sambutan yang amat membanggakan terutama Ucaptama oleh Setiausaha Agong Asean, Tuan Yang Terutama Dr Surin Pitsuwan.

Kelantan International Business Forum yang diadakan sempena Ekpo Cheng Ho: Pesta Perdagangan Kelantan – China memfokuskan kepada usaha bersama untuk mengukuhkan jalinan dan rangkaian perniagaan serta inisiatif kerjasama  di kalangan usahawan, ahli-ahli perniagaan dan pelbagai pihak di rantau Asia terutama negara-negara Asean.

Fokus utama seminar ini ialah bagi membincangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh diterokai bersama di antara ahli-ahli perniagaan, pihak swasta dan pihak kerajaan antara negara-negara Asean dan China termasuk Kelantan.

Kehadiran sistem ekonomi Islam telah memberikan harapan baru bagi umat Islam di dalam usaha untuk membebaskan diri dari cengkaman ekonomi yang berasakan riba. Dengan terasasnya sistem perbankan Islam yang pertama di Malaysia pada tahun 1983, umat Islam di  Malaysia boleh menarik nafas lega kerana telah mempunyai alternatif kepada sistem ekonomi mirip kapitalisme yang telah lama berakar di negara kita ini. Di Kelantan, kita telah menyahut usaha yang positif ini dengan mengarahkan semua  simpanan wang kerajaan dipindahkan ke dalam perbankan Islam.

Sekalipun tindakan ini pada mulanya mendapat respon negatif dari banyak pihak, namun alhamdulillah, wang kerajaan dapat diselamatkan daripada terlibat dengan sistem berasakan riba yang boleh menjauhkan keberkatan dan mengundang kemurkaan daripada Allah SWT.Islam pada hakikatnya merupakan agama yang syumul. Undang-undang yang didraf oleh Allah SWT  bukan hanya setakat berkuatkuasa di dalam masjid dan madrasah semata-mata namun ia dituntut untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.

Inilah pelan yang telah dibuat oleh Allah SWT ketika menciptakan manusia. Jika manusia sendiri sekiranya ingin membina rumah atau bangunan, terlebih dahulu akan membina pelannya, maka langsung tidak munasabah jika dikatakan bahawa penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi ini tiada pelannya. Pelan untuk manusia itulah yang dinamakan Islam. Menerima Islam bererti menerima pelan yang ditentukan oleh Allah SWT, menolak Islam bererti menolak pelan Allah dan inilah yang dinamakan sebagai syirik.

Islam sangat berbeza dengan kapitalis. Semangat kapitalis ialaah menambahkan kekayaan kepada golongan yang sudah kaya dan meletakkan jurang yang besar di antara golongan kaya dan miskin. Islam pula melarang harta berlegar di kalangan orang-orang yang kaya semata-mata sebagaimana ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi. Justeru,  Islam telah meletakkan garis panduannya yang tersendiri di dalam berekonomi.

Ini kerana Islam bukanlah agama yang datang untuk meletakkan manusia dalam dunia kerahiban sehingga melupakan agenda ekonomi. Islam sama sekali tidak boleh menerima apa yang dituntut oleh golongan sekular supaya meletakkan agama berasingan daripada sistem kehidupan. Allah SWT sendiri telah menceritakan sikap orang-orang Quraisy sebelum kedatangan Islam yang suka berniaga dan amalan ini tidak pernah dilarang oleh Islam.

Yang bermaksud: Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam),  Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Surah Quraisy: 1-4)

Ini menunjukkan amalan perniagaan yang merupakan nadi kepada ekonomi tidak pernah dilarang oleh Islam, cuma diperintahkan agar jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan. Hubungan di antara manusia dengan Allah SWT tidak boleh putus hanya kerana kesibukannya di dalam mencari kekuatan ekonomi.

Inilah yang ditegaskan pula oleh Allah SWT di dalam ayat yang lain yang bermaksud: Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Surah an-Nur: 37)

Jika ditinjau di dalam sejarah, perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asas Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di pasaran yang mudah.

Mulai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba, sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya. Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab masing-masing.Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taymiyah (1262-1328 Masehi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masehi). Ibn Taimiyah yang berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi.

Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang terkenal, iaitu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara, dll. Beliau yang berasal dari Hadramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun. 

Hari ini masyarakat umat Islam muka membuka mata semula terhadap kepentingan membuat pilihan yang baik untuk kepentingan ukhrawi mereka. Dari sudut ekonomi, masyarakat mula tidak asing dengan istilah-istilah di dalam fiqh mualamat seperti mudharabah, wadiah, musyarakah, murabahah dan ijarah. Perkembangan positif ini perlu dikekalkan momentumnya agar akhirnya nanti Islam diterima secara keseluruhannya tanpa syak wasangka.  Saya optimis, akan sampai satu masa di mana sistem ekonomi Islam diterima sebagai sistem ekonomi global yang akan  menolak sepenuhnya sistem ekonomi riba yang jelas sekali tidak adil dan menindas. Kata para hukama' :

Di dalam usaha untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenar inilah, maka Kelantan menganjurkan expo Cheng Ho yang julung-julung kali diadakan di rantau ini. Cheng Ho selaku seorang muslim telah diberikan kepercyaan oleh maharaja cina untuk melakukan misi perdagangan ke seluruh dunia termasuklah ke Tanah Melayu sekitar 500 tahun yang lampau memberikan satu gambaran bahawa Islam bukanlah milik Melayu semata-mata tetapi milik semua bangsa.

Justeru, kerajaan Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam melangkah ke depan melangkaui sempadan bangsa yang disemarakkan oleh golongan-golongan tertentu dengan mengadakan expo seperti ini. Alhamdulillah, di tengah-tengah seruan perkauman yang menebal di samping ditiup  oleh semangat politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan meletakkan Islam sebagai dasar di dalam berpolitik dan bernegara. Harapan saya agar rakyat dapat membuka mata di dalam menilai kepimpinan yang mahu dipilih agar jangan lagi menjadikan agenda bangsa sebagai keutamaan kerana ia hanya akan menyemerakkan api permusuhan yang tidak berkesudahan.

 Kalau memilih tempat mandi,   

Pertama teluk kedua pantai,

Kalau memilih pemimpin negeri,   

Pertama elok kedua pandai.

 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak urusetia di atas penganjuran forum  seumpama ini. Terima kasih kerana sudi hadir ke Kelantan pada kali ini. Semoga kunjungan tuan-tuan ini bukanlah kali yang terakhir, Insya-allah. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

 

 

 

 

PAS buat laporan polis isu kain rentang

 

Mohd Sabri Said   

PULAU PINANG, 25 Nov: Setakat petang ini, tiga PAS kawasan di Pulau Pinang telah membuat laporan polis tentang dua kain rentang (banner) yang bertulisan 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam' yang dipasang di lokasi tertentu di negeri ini bermula malam tadi.

PAS Nibong Tebal telah mendahului tindakan tersebut di Balai Polis Nibong Tebal pada pukul 1.00 tengahari tadi apabila mendapati empat banner dipasang untuk menimbulkan provokasi serta memaparkan tiga wajah pemimpin Dewan Pemuda PAS negeri iaitu Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Yusni Mat Piah, timbalannya, Helmi Harun dan naibnya, Ustaz Zakaria Hamzah.

Menurut Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nazir Arshad kemungkinan banner tersebut dipasang selepas pukul 3.00 pagi oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau diupah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS.

"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan. Kami terus ke balai polis buat laporan supaya polis bertindak segera menyiasat siapa yang buat perkara itu," katanya.

PAS Kawasan Kepada Batas dan Tasek Gelugor berhimpun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas mulai jam 5.00 petang bagi tujuan yang sama.

Manakala Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Helmi Harun dijangka mengadakan sidang media pada pukul 8.30 malam ini untuk menyatakan bantahan terhadap kain rentang itu.

 

Tuesday, November 23, 2010

Lim Guan Eng telan tanah melayu pulau Pinang?

Lim Guan Eng telan tanah melayu pulau Pinang?

Posted on Monday, November 22 @ 07:29:19 PST

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu 

 

 Oleh Ustaz Saiful Bahri

 

 

Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain. Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang.

 

Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu.Siapa yang bersalah? Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China. Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

 

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa? Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan_Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu? Siapakah yang memerintah Tanah Melayu? Siapa yang memimpin Malaysia? Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew? Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

 

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa. Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje. Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca. Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus. Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.

Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

 

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

 

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

 

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

 

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor. Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula? Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka? Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda? Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

 

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang. Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak.

 

 

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

 

 

Kerajaan BN : Kerajaan Songsang

12:23 AM

Kerajaan BN : Kerajaan Songsang

from Episode Sebuah Perjuangan by Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Alasannya adalah untuk menangani kes pembuangan bayi dikalangan gadis - gadis yang hamil luar nikah mutaakhir ini yang begitu meningkat angkanya malah menakutkan. Tetapi malang , cara penyelesaian yang diambil oleh pihak kerajaan agak ganjil dan songsang apabila menganjurkan pendidikan seks kepada pelajar - pelajar seawal usia memasuki alam persekolahan.

 

 

2. Gejala buang bayi bukan berpunca dari kejahilan mereka mengenai seks . Sebaliknya kerana kemaruk seks lah akhirnya mereka tidak sabar - sabar lagi mahu melakukannya[ zina ]  sebelum mereka diijab qabul. Kesannya ialah sesal , takut , malu dan sebagainya lalu mereka mengambil jalan mudah ialah membuang bayi yang mereka lahirkan .

 

 

3. Sepatutnya didikan yang mesti diberi kepada pelajar atau remaja ialah bagaimana mahu membina syakhsiah diri yang soleh\ah , bermoral , tahu batas pergaulan , kenal halal dan haram , takut azab Allah , memahami adab berkomunikasi , adab keluar rumah , mengenali kawan dan sahabat , mentaati ibubapa , menghormati guru , tahu batasan aurat dan sebagainya . Bukan diajar mengenai seks ! sebab isunya ialah kes buang bayi bukan implikasi kepada kejahilan mengenai seks tetapi implikasi dari pergaulan bebas , tidak mengenal dosa dan pahala , tidak takut azab Allah , tidak menutup aurat dan tidak pandai memilih kawan atau sahabat .

 

 

4. Memang ganjil dan songsang tindakan sedemikian . Saya tidak nafi di dalam Islam pun ada bab dan fasal mengenai pendidikan seks namun ia bukan lah menjadi subjek yang wajar didedah dan diajar kepada pelajar sekolah seawal usia mereka di alam persekolahan . Sebaliknya mereka dididik agar memahami agama dengan baik dan membina peribadi yang soleh\ah. Justeru itulah benteng mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar yang akhirnya membuntingkan mereka dan meleret pula kepada jenayah buang bayi .

 

 

5. Pemikiran songsang ini wajar ditolak . Sebelum ini mereka mahu menubuhkan bank bayi kononnya jua untuk mengatasi kes pembuangan bayi . Mereka juga menubuhkan sekolah mengandung atau wanita hamil atas alasan yang sama . Seketika dulu mereka mempromosikan penggunaan kondom untuk mengatasi isu buang bayi . Semua ini mengarut . Kerana ia tidak menyelesaikan masaalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku .

 

 

6. Kelihatan seperti mereka mahu melindungi sesuatu , lalu meracau mengemukakan cadangan yang songsang sebegini agar masyarakat tidak fokus pada isu sebenar iaitu zina , maksiat dan mungkar yang lain . Zina seolah - olah tidak menjadi masaalah kepada kerajaan BN . Berkempen menentang zina ialah PAS , Ngo - ngo Islam dan orang perorangan . Pihak kerajaan seperti mahu menggalakkannya .

 

 

7. Sebab itu tidak hairan kalau kerajaan songsang ini mencadangkan usaha melonjak ekonomi negara melalui ETP ialah dengan menjadikan malaysia sebagai Hub Hiburan . Kelab - kelab malam yang menjadi pusat berkumpul dan membiaknya kupu - kupu malam , pelacuran , pil extasy , pil kuda dan arak ini mahu terus disuburkan . Selayaknya kerajaan BN serius membasmi pusat maksiat , kempen anti zina , mengenakan undang - undang selayaknya bagi mereka berzina seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi mereka yang telah merasai persetubuhan yang halal .

 

 

8. Pendidikan dan penguatkuasaan undang - undang mesti berjalan serentak. Sebelum ini banyak pihak antaranya Karpal Singh turut mempersoalkan kelemahan pelaksanaan undang - undang dalam negara kita membuatkan jenayah buang bayi terus berleluasa. lantas mereka mencadangkan agar hukuman mandatori mesti dikenakan ke atas pesalah atau penjenayah buang bayi tersebut . Inipun sebahagian dari pemikiran songsang apabila mencadangkan hukuman berat ke atas penjenayah buang bayi tetapi tidak bersetuju hukuman sebat kepada penzina yang mengakibatkan hamil , lahir dan buang bayi .

 

 

9. Songsang juga cara fikir dan cara tindak apabila hukuman mendahului proses pendidikan dan pencegahan  ! Rakyat atau remaja - remaja ini tidak dididik supaya takutkan azab Allah , menutup aurat , menjauhi pergaulan bebas malah mereka juga tidak dicegah dari berpelesaran di pub - pub , kelab - kelab malam sebaliknya digalakkan pula mereka ke arah itu dengan promosi kondom , arak dan konsert hiburan yang meleka dan melalaikan .

 

 

10. Saya harap ulama' mesti bangkit menegur kerajaan BN ini . Terutama Ulama' kerajaan seperti mufti - mufti , qadhi - qadhi , imam - imam dan demikian juga Ulama' muda . Sampai bila nak menegur kerajaan secara rahsia dan senyap sedang mungkar dan maksiat ini membingit ke seluruh negara , merosakkan aqal , budi , akhlak dan aqidah mereka ? atau semuanya sudah songsang ? wali'yazubillah . Berilah petunjukMu Ya Allah kepada pemimpin dan ummah yang masih leka dan lalai .

 

 

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar kerajaan BN mengkaji semula pendekatan yang diambil dalam membawa pendidikan seks ini kepada pelajar sekolah atau batalkan sahaja hasrat tersebut, jika tidak  ianya akan dilihat oleh rakyat tidak lebih sebagai projek mencari keuntungan melalui satu lagi teks pengajian akan dicetak dan diedarkan .

 

Cerai Berleluasa : Lelaki Lemah Tenaga Apa?

via zaharuddin.net by Zaharuddin on 11/22/10

 

Pendedahan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2008, tempoh selama sepuluh tahun perkahwinan amat kritikal sekali kerana potensi penceraian adalah besar.

Dalam kajian pada tahun 2007, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Bagi tempoh enam hingga sepuluh tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai. Ini bererti tempoh sepuluh tahun pertama merupakan tahun yang paling kritikan kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan penceraian.

Daripada sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan.

 

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LELAKI

Kita sudah biasa dengan kewujudan kementerian pembangunan wanita di Negara kita Malaysia. Secara spontan kita dapat fahami peranan kementerian terbabit adalah untuk menjaga kebajikan kaum wanita dari serba serbinya agar tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya. Namun melihat kepada keadaan semasa di Malaysia, mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu kaum lelaki yang kelihatan sudah semakin pudar keupayaan mereka.

Allah swt menciptakan isi dunia ini berpasangan agar mereka saling boleh bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka, fitrah yang pastinnya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan dinamisme. Namun, dengan jumlah wanita yang lebih ramai memenuhi institut pengajian tinggi dan setersunay semakin banyak menguasai jawatan-jawatan di medan pekerjaan. Pendidikan di dalam rumah tangga semakin terhakis, salah satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar beekrja seeangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak-anak.

Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak. Namun dunia rumahtangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni. Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan  dunia pekerjaan, tentunya kemampuannya mengurus isi rumahtangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan, tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang. Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumahtangga mereka sering gagal menampung ruang kosong yang ditinggalkan isteri bekerja. Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumahtangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa. Lebih buruk jika impak tersebut merosak jiwanya dan menjadi anak tersebut sebagai pembuli di sekolah, virus di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam Negara.

Allah swt menyebut :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Ertinya : Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafqah yang mereka berikan.. ( Al-Nisa : 43)

Jelas dari ayat diatas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumahtangga berdasarkan dua sebab utama iaitu a) kelebihan fizikal mereka dan b) tanggungjawab mereka selaku pencari nafqah untuk keluarga.

Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pastinya masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah, berakhir dengan penceraian dan anak-anak bermasalah.

Anak-anak ini akan membawa masalahnya ke sekolah dan universiti, sebagaimana ibu dan ayah mereka membawa masalah ke tempat kerja. Akhirnya aura negatif mereka berpindah dari seorang ke yang lain, lalu mempengaruhi sekelompok masyarakat dan seterusnya Negara. Ia adalah kesan domino yang berantai.

Kerana itu keharmonian keluarga amat penting dalam Islam, dan Nabi mengatakan krisis dalam keluarga adalah penghakis agama. Ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat.

Nabi memaklumkan keperluan segara mendamaikan dan menyelesaikan masalah dalam keluarga malah ia lebih besar ertinya dari sedeqah, puasa dan solat (sunat).

Nabi bersabda :-

ألا أخبركم بأفضل من درجة الصيام والصدقة والصلاة " أي درجة الصيام النافلة وصدقة نافلة والصلاة النافلة " ، فقال أبو الدرداء : قلنا بلى يا رسول الله ، قال : إصلاح ذات البين[1]

Ertinya : Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadhilatnya berbanding puasa (sunat), sedeqah (sunat) dan solat (sunat), Maka Abu darda' menjawab : ya Rasulullah. Nabi membalas "Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat" (Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud : Hadis bertaraf hasan dan sohih menurut Albani)

Dan Nabi menambah selepas itu, menyebut :-

وفساد ذات البين الحالقة

Ertinya : Keroasakan dalam hubungan rumahtangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama) ( Riwayat Ahmad dan Tirmidhi : Hadis Hasan)

SEMAKIN MUDAH CERAI

Apabila wanita sudah berkerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, trend perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan, hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri). Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian. ( RUJUK )

Allah maha mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah, justeru kuasa cerai diberikan kepada suami. Namun isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah, apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi syara'. Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekaligus menunjukkan kegagalan kaum lelaki.

Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebegai ketua keluarga. Ia merupakan satu tugas dan amanah yang datang dengan  tanggungjawab dan peranan.

Tanggungjawab sebesar itu, memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam ruamhtangga. Keputusan yang dibuat pula mestilah cukup rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah khususnya isteri. Seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan peguam pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan. Itulah sebaik-baik cara yang Allah ajarkan untuk manusia, mereka perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan. Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah maha mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang diciptakannya.

Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai yang menyalahgunakan kemudahan fizikal yang diberi. Digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal digunakan untuk merempit dan bergaduh, 'tunjuk kuat'. Sebahagiannya diguna untuk mendera anak dan isteri dan wanita lain. Minda logika dan kurang emosi yag Allah anugerahkan digunakan untuk justifikasikan segala kelalaian, menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan, padahal tiada usaha secukupnya dilaksanakan.

Akhirnya makin ramai lelaki yang gagal menggalas tugas ketua sebuah keluarga. Mendorongnya untuk terus mendesak isteri mengambil alih sebahagian tugasannya. Dan berterusan rumah menjadi 'rumahku nerakaku'.

Mungkin dengan sebab itu, kita kini memerlukan Kementerian Pembangunan Lelaki di Negara kita?

Kita sedar, tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang datang meminta, tidak seperti wanita yang lebih mudah menerima nasihat. Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh mengubah situasi buruk yang melanda?.

SEGERALAH MELAKAR PLAN BERTINDAK ATAU..

Apapun, pemimpin Negara dan semua pihak berkuasa perlukan kaedah dan strategi jelas bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki, bukan dengan sibuk menjual 'ubat kuat' dan 'tahan lasak' tetapi untuk memperkasakan iman, ilmu, jiwa, minda mereka agar kembali boleh berperanan sebaiknya, tanpa plan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku dalam negara kita.

Sudah tentulah, pemerkasaan yang pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah mereka, membawa lelaki kepada agama, kerana semua itu bakal mempengaruhi isteri dan anak-anak mereka.

Apa pandangan anda?

Sementara itu, saksikan tambahan pandangan saya dalam hal ini di petikan video pendek ini.

 

Sekian

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Nov 2010

 

 

HUJUNG MINGGU DI PULAU PINANG

from Tukar Tiub by noreply@blogger.com (Tukar Tiub)

 

 

 

KUMPULAN BANTAHAN ISA BERTEMPUR - melayau

 

PULAU PINANG 21 Nov. - Demi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mahu ia terus dikekalkan, beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di Komtar Walk di sini hari ini, iaitu tempat berlangsungnya program Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

 

Kumpulan kira-kira 50 orang itu memakai baju-T warna putih sambil memegang kain rentang bertulis 'Yes To ISA, Kami Nak Keamanan' dan melaungkan sokongan kepada kerajaan kerana tidak memansuhkan akta berkenaan.

 

Mereka kemudian bergerak menuju pentas utama ketika Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohammad Sabu sedang berucap.

 

Turut berada di atas pentas ialah beberapa bekas tahanan ISA dan pemimpin politik parti pembangkang seperti Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Hishamudin Rais.

 

Pertembungan dua kumpulan yang berbeza pendapat itu menyebabkan suasana menjadi tegang dengan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak selama lebih 10 minit.

 

Insiden pergaduhan nyaris tercetus namun ia berjaya dikawal beberapa ahli kedua-dua kumpulan itu.

 

nota:

semua akhbar tak melaporkan

yang tian chua ada bersama

kecuali akhbar malayau yang dimiliki

oleh gerombolan - ini bukan kerana wartawan

tak nampak - tapi untuk membuktikan

tian chua ini china - nak menunjukkan

bahawa china menentang ISA

 

nota:

bagini ceritanya:

program bermula jam 11.00 pagi

aku sampai ke komtar walk pada jam 10.45

ini sesudah kena tea c kosong dan mee sup di pinggir penang road

 

sesampai di komtar walk aku ternampak susan loone

susan ini adalah seorang wartawan malaysiakini

susan menuju ke satu kumpulan yang aku anggarkan

antara lima belas ke dua puluh orang

aku lihat mereka ini adalah penyokong hindraf

penyokong hindraf ini sedang berdiri

tidak jauh dari ruang forum

 

sesudah bersalaman bertegur sapa dengan susan

aku beredar menuju ke pentas forum

 

lalu aku terfikir bahawa salah seorang ahli panel forum ini adalah

anggota pimpina hindraf

kerana inilah maka ramai penyokong datang untuk memberi sokongan

aku amat senang hati kerana ramai yang datang

 

ketika mat sabu - ahli panel kedua - sedang berucap

kumpulan hindraf tadi datang menerbus masuk ke arah pentas forum

kini mereka memakai baju t puteh yang bertulis YES TO ISA

 

kah kah kah… GUA SALAH ANGGAP… kah kah kah…

 

kah kah kah… MEREKA BUKAN DARI HINDRAF… kah kah kah

 

kah kah kah… MEREKA ADALAH PEMUDA UMNO PULAU PINANG...kah kah kah..

 

kah kah kah…. KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG ADA SAMA DALAM KUMPULAN INI…. kah kah kah….

 

kah kah kah... YE NE WU LEH.. YE NE WUL LEH... HIDUP MELAYU... kah kah kah..

 

kah kah kah.. MIREK MIREK YENE WULEEH... HIDUP MELAYU.... kah kah kah..

 

kah kah kah… TAK PERCAYA LIHAT VIDEO INI… kah kah kah

 

nota:

kali pertama bertemu eeeeeeeeeee kah kah kah

 

 

TONTON DAN SAKSI-YANG BAJU BIRU KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG