PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, October 12, 2010

RE: Najib Hina Islam Di Depan Soi Lek

 

K'jaan belum terima satu sen pun wang JUDI .MANA PI DUIT TU YANG DIKUTIP DARI ORANG TUA-TUA ?

 

 

Kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.

 

“Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

 

Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

 

Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu.

 

 

Program diteruskan

 

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

 

“Kerajaan negeri akan meneruskan program penghargaan warga emas dengan pemberian sumbangan RM100 setiap tahun di masa akan datang selagi Pakatan Rakyat masih menjadi kerajaan negeri ini tetapi kita tidak halang jika ada yang mahu memulangkan cuma fikir masak-masak dahulu,

 

“Jangan mudah terpedaya dengan fitnah Umno kerana yang rugi akhirnya ialah warga emas dan waris-waris mereka yang tidak mendapat sumbangan RM100 setiap tahun dan RM1,000 untuk belanja pengebumian,” kata Lim selepas menghadiri mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat Pulau Pinang, Selasa lalu.

 

Menurut Lim, hakikatnya Umno dan BN, sengaja mengadu domba fitnah seumpama itu bagi mengelakkan pertanyaan rakyat yang hairan mengapa kerajaan negeri BN sebelum ini tidak mampu memberi bantuan sedemikian.

 

“Jawapan kepada 'keanehan' itu sangat mudah kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang berjimat-cermat dan berhemah dalam segala perbelanjaan dan tidak makan duit, maka boleh beri duit pada warga emas berbanding dengan kerajaan BN yang bertindak sebaliknya,

 

Dalam pada itu, Lim turut menuntut penjelasan Umno BN berhubung kutipan cukai judi sebanyak RM2.3 bilion oleh kerajaan Persekutuan pada setiap tahun.

 

Penjelasan cukai dosa BN

 

Tegas beliau, penjelasan berkenaan perlu bagi memaklumkan kepada umum mengenai saluran cukai dosa itu ke dalam akaun hasil disatukan kerana pihaknya difahamkan duit hasil kutipan judi RM2.3 bilion setiap tahun digunakan untuk membiayai semua projek pembangunan dan pembayaran gaji semua 1.2 juta warga penjawat awam persekutuan.

 

“Tidak seperti kami yang membantu warga emas di Pulau Pinang dengan menggunakan lebihan hasil pendapatan negeri menerusi pendekatan jimat cermat dan tidak makan duit” katanya.

 

Ini katanya, dibuktikan dengan surat terima kasih kepada Kelab Lumba Kuda yang secara terang lagi bersuluh mengenai sumbangan untuk program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) dan bukan untuk program penghargaan warga emas itu, katanya.

 

Tambahan pula, jelas beliau lagi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus telah mengesahkan pihaknya mengasingkan sumbangan dari Kelab Lumba Kuda dan syarikat korporat lain untuk program melibatkan orang Islam dari mengelakkan unsur haram dan semua dana yang digunakan untuk program penghargaan warga emas itu datangnya dari penjimatan dijana oleh pendekatan anti-rasuah kerajaan negeri.

 

“Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tipu muslihat UMNO untuk memaksa kerajaan negeri membatalkan program penghargaan warga emas yang secara ikhlas mengenang jasa dan budi sumbangan warga emas kita,” kata beliau lagi.

Dicatat oleh SANTAi di 2:05 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

 

Reaksi:            

Wednesday, September 29, 2010

umno kutip wang rm100.warga emas

 

 

 

 

 

SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ihsan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipercayaai bersumberkan judi dalam satu majlis sambil diperhatikan Azhar Ibrahim (kanan) di Penaga, Kepala Batas.

 

ULASAN 1

 

Ada dua kebodohan dalam isu ini. Pertama, warga emas ini hanya dengar khabar dari laporan media, bukannya sumber sahih. Dan laporan media datang dari mamak kahwin dua (dengan artis pulak tu) dan dari blogger pencacai UMNO, pisau.net. Bukannya sumber sahih pun. Hanya hearsay (dengar cakap) sahaja. Bawa dalam mahkamah pun, hakim akan tolak berita ini.

Kedua. Kenapa serah pada ketua Pembangkang yang juga Adun UMNO, Dato Azhar Ibrahim. Kenapa tak serah pada Lim Guang Eng sendiri. Tak takut ke UMNO rembat duit tu. Kalau 40 orang darab 100, maknanya RM 4,000. Cukup untuk pemimpin UMNO tu bawak lari pergi golok. Beli tilam toto banyak-banyak kat sana.

Kan dah padam muka. Hilang rm 100 macam tu je. Memang orang tua suka diperbodohkan oleh UMNO. Kalau macam tu, baik semua kakitangan kerajaan, pulangkan duit gaji mereka. Sebab kerajaan UMNO dapat hasil dari judi, dicampur gaul dengan hasil-hasil lain seperti cukai dan wang rampasan. Nak ke kakitangan awam pulangkan duit gaji mereka kat Najib. Tentu jawabnya tak kan. Sebab mereka tak bodoh macam warga emas ini. Bukan salah warga emas itu, tapi salah UMNO yang tak nak taubat, asyik-asyik tipu orang tua je. Kalau orang muda, tak beraninya UMNO ambil kesempatan...

 

 

.....................................................................................................................................................

 

 

Lebih 40 warga emas pulangkan wang ihsan P. Pinang

 

 

 

ULASAN 2

 

 

KEPALA BATAS 29 Sept. - Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ihsan yang diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72, berkata, dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ihsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di sini.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata, kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

Seorang lagi penerima Rosnani Mohd. Rashid, 62, berkata, dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.

 

ULASAN 3

 

 

  KEPALA   BATAS : Sekumpulan 40 orang warga emas memulangkan wang ihsan

kerajaan Negeri Pulau Pinang yang di "heboh"kan  bersumberkan judi dalam satu

majlis. Kelihatan ketua pembangkang Pulau Pinang, Azhar Ibrahim (kanan berkopiah

hitam) sedang menjuarai pungutan tersebut di Penaga, Kepala Batas.

 

 

 

Walaupun

telah dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa sumbangan tersebut

diasingkan dan diagihkan secara Islamik.

 

 

 

Beginilah

mainan mereka. Cuba kita lihat secara lebih terperinci. Bukankah Umno juara 

memelihara dan membiakkan serta mengutip segala hasil judi dan bisnes maksiat di

seluruh negara? Lihat juga bagaimana haramhalalnya "Lembaga Loteri Kebajikan

Masyarakat". Bagaimana wang ini diagihkan? Adakah kerajaan UBN mempunyai dua

tabung seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan Darul Naim yang ditadbir

oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat?

 

 

 

Amat

kasihan melihatkan warga emas yang kelihatan menyerahkan kembali wang tersebut

kepada Azhar dan rakan-rakan. Memang bijak pemimpin ini . Memakan hasil judi

memang jelas dan mutlak haramnya dalam Islam. Maka takutlah sekelian yang telah

menggunakan duit pemberian kerajaan negeri tersebut. Berebut-rebutlah mereka

mengembalikannya.

 

 

 

Pemimpin-pemimpin

beginilah juga yang mendiamkan diri apabila kerajaan memberikan lesen judi di

Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur, meluluskan lesen judi bola, memperbanyakkan

lesen pusat hiburan yang berbagai jenis jijiknya. Lihat sahaja pemimpin

-pemimpin ini membutakan mata dan memekakkan telinga serta membisukan mulut

melihat pusat-pusat hiburan maksiat di segenap ceruk ibu kota. Lihat sahaja di

Jalan Bukit Bintang sebagai contoh. Apa yang tidak ada di situ dan lihat juga di

bandar-bandar lain di Malaysia.

 

 

 

Lihat

juga judi dan maksiat yang lebih "professional", diberikan lesen-lesen untuk

kapal-kapal mewah mengoperasikan kegiatan-kegiatan tersebut. Bukankah kerajaan

UBN yang bertanggungjawab ? Perniagaan  jenis ini amat besar kutipan hasilnya.

Segala jenis hasil cukai , lesen, permit dikenakan bagi setiap jenis

perniagaan.Sebagai contoh, bagi membuka sebuah pusat hiburan, pendaftaran

perniagaan adalah wajib, lesen hiburan, bayaran kepada badan yang mengawasi

keselamatan iaitu permit dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, sekiranya mengambil

tenaga kerja dari luar negara, kemasukkan mereka ke Malaysia juga mendatangkan

hasil kepada kerajaan UBN. Segala lesen dan permit ini pula mestilah

diperbaharui dan ditetapkan pungutan hasilnya secara berkala.

 

 

 

Segala

hasil pungutan ini tidak pun diasingkan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan

Kelantan. Hasil ini jugalah yang disalurkan kembali kepada rakyat bagi membayar

gaji semua kakitangan kerajaan. Tidak ada pula yang memulangkan kembali gaji

yang di terima atau memulangkan kembali bantuan-bantuan berupa kewangan yang

diberikan oleh kerajaan UBN melalui agensi-agensi mereka. Tidak ada pula yang

menangis teresak-esak mengenangkan sudah lama makan gaji dengan kerajaan UBN

sehingga pencen memakan duit yang "tak tentu kalu" sehingga menjadi warga emas

sekarang......Bagi yang menangis tu..tambahkanlah ilmu Islam di dalam dada.

Semoga nur Islam akan memadamkan kecelaruan ini.

 

Ingat

masa sudah terlalu pendek dan semakin pendek untuk kita ke alam barzah !!!

 

 

 

Kepada

semua, UBN jadikanlah Islam sebagai rujukan dan pegangan dan PAKATAN (PR) pula

berhati-hatilah, kalau ada masalah jadikanlah ulama muktabar sebagai tempat

berguru dan menimba ilmu .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 thegreencompass:

 

gunakan

kompas anda : siapa yang kena tentulah celaru dan siapa yang mengena tentulah

juru harubiru.

Dicatat oleh SANTAi di 10:14 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

 

Reaksi:            

Melayu Pulau Pinang diminta perkuatkan PAS

 

KEPALA BATAS, 29 Sept: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut.

 

 

 

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar) , PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambilalih kedudukan Umno sebagai pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam.

 

 

 

“Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50.

 

 

 

“Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kebelakangan ini membuktikan sokongan sedia ada dari masyarakat Melayu dan pertambahan kepada sokongan dari bukan Islam mampu untuk meraih kemenangan.

 

 

 

“Percambahan masalah dalaman Umno dan BN seperti apa yang berlaku kepada Gerakan Pulau Pinang dengan perbutan kerusi dalam parti tersebut membuktikan sengketa dalaman ini akan turut merebak kepada Umno dan kuncu-kuncunya seperti MCA dan juga MIC, “ujarnya lagi.

 

 

 

Katanya lagi, kekuatan yang ada pada PAS, PKR dan DAP di Pulau Pinang telah menggerunkan Umno dan BN sehingga mereka sedia mencipta isu bagi memberi imej yang buruk kepada kepimpinan Kerajaan Negeri.

 

 

 

“Ini termasuklah isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng, gambar ‘super impose’ Ketua Menteri menyembelih lembu korban, wang ihsan untuk warga emas didakwa sebagai sumber judi, wang Kelab Lumba Kuda sebagai sumber tidak halal bagi miskin tegar.

 

 

 

“Kita juga tidak hairan selepas ini kemungkinan ada lagi cerita baru yang mungkin akan dicipta bagi mencalarkan imej PR secaraa berterusan sehingga tibanya pilihan raya umum yang akan datang, ” tegasnya lagi.

 

 

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut yakin peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu akan kekal dengan pertambahan kerusi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang.

 

Dicatat oleh SANTAi di 7:12 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

 

Reaksi:            

 

Tipu warga emas: Umno kutip wang 'haram'
Posted on Monday, October 11 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
KetamBatu


ArtikelOleh el'pollo de'locco

Kan macam yang Abdul Wahub anak yang bongsu dah kate...  "dah kene dahh.. si penyamun tipu si penyangak ".

tapi cemane pun kesian lah kat pokcik mokcik tu sume... moga ambik pengajaran... musang berbulu ayam nie ramai dah sekang nie...

 

KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man (gambar).

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.


Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.   

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

 

 

 

12 October 2010

Najib Hina Islam Di Depan Soi Lek

 

 

 

 

“Meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan, parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.” – Chua Soi LekKemaruk Najib kepada undi orang-orang Cina seperti kucing jantan kemaruk betina. Kini dia bersedia bersekongkol dengan sesiapa sahaja, asalkan undi orang Cina memihak kepada BN. Najib sebagai Presiden Umno adalah sebaris dengan Soi Lek sebagai Presiden MCA. Najib tidak kisah siapa Soi Lek asalkan dia boleh menarik pengundi Cina. Dan, samada Soi Lek boleh menariknya atau tidak, Soi Lek perlu dipergunakan untuk tujuan itu.Berbanding dahulu, kini orang-orang Cina mula dihargai oleh Umno. Kalau dulu pemimpin Umno mengajar orang Melayu ‘menumbuk Cina’ melalui kursus BTN, kini dimana-mana sahaja pemimpin BN menggonggong Cina macam ibu kucing menggonggong anak.Soi Lek hentam PAS dalam ucapannya. Semasa dia hentam PAS, dia tidak sedar dia turut menghentam Islam. Soi Lek boleh hentam PAS dari sudut lain, bukan dari sudut agama. Soi Lek kata PAS ‘berpendirian autokratik Islam’? Itu bahasa lunak Soi Lek. Maksud tersiratnya ialah, kalau PR menang, PAS akan menggunakan Islam untuk menindas orang bukan Islam.Bagi Soi Lek pendirian Islam PAS akan menyusahkan orang Cina. Pendirian ‘negara Islam’ PAS dan usaha PAS memastikan Islam ‘berkuasa’ walau pun bersama PR mengancam kehidupan masyarakat Cina atau orang bukan Islam.Najib pula menjadi ‘nasi tambah’, menyokong Soi Lek dengan membangkitkan isu ‘langkah mayat saya dulu’ oleh Karpal Singh. Ucapan Karpal dieksploit untuk menggambarkan kepada orang Cina bahawa Karpal juga tidak setuju dengan Islam kerana Islam turut mengancam kehidupannya.Najib dan Soi Lek cuba memasukkan ke dalam otak orang MCA bahawa Islam tidak sesuai untuk orang Cina. Cuma disebabkan PAS adalah parti Islam, maka sasarannya adalah PAS. Najib dan Soi Lek mengebom perahu untuk membunuh nakhoda dan penumpangnya.Kalau Soi Lek dan Najib tidak berhasrat menghina Islam, mengapa mereka perlu menghentam PAS dari sudut agama sedangkan mereka boleh menghentam PAS dari sudut lain?Mungkin bagi Najib dan Soi Lek, apa yang mereka maksudkan adalah ‘Islam PAS’. Kalau orang Cina dan bukan Islam mahu selamat mereka mesti menerima ‘Islam Umno’.Ini juga adalah penghinaan kepada Islam secara tidak langsung bahkan ini lebih teruk. Orang Cina akan lebih susah jika berada di bawah ‘Islam Umno’ yang bersekongkol dengan Israel yang memusuhi semua orang termasuk orang Cina.Kalau Soi Lek tidak mendapat gambaran yang betul mengenai Islam, bahkan kalau dia memusuhi Islam sekali pun, itu kurang menghairankan. Namanya pun Soi Lek dan kawannya pula adalah Umno.Sedihnya, kalau Najib jahil tentang Islam, kemudian menghina Islam di hadapan Soi Lek, bolehkah orang Islam di Malaysia termasuk orang Islam Umno memaafkan Najib?

 

--------------------------------------------

Kampong Kubang Paya, Arau - 11:29 pm

Posted by Zolkharnain Abidin

 

ADMIN - KedahLaNie TIME - 9:30 AM 

Labels: Penulis Tamu - Zolkharnain Abidin

1 Komen Anda:

 

pria malaya said...

Video bukti Najib Razak sanggup berkompromi dgn CSL hina undang-udang negara Islam!

 

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/video-bukti-najib-razak-sanggup.html

 

October 12, 2010 10:08 AM 

Post a Comment

Mahfuz Menibai Gerombolan

C

 

Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

 

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

 

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Najib telah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

 

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

 

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.

 

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

 

"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

 

 

 

No comments: